Gangguan Hotel di Tanah Rata

Assalamualaikum pembaca fs..aku nana & aku nak ceritakan kisah seram aku sewaktu aku menginap di salah sebuah hotel di tanah rata,cameron highland. Kejadian berlaku pada bulan april 2018. Masa aku bercuti tu bukan waktu musim cuti sekolah atau hujung minggu. Aku kesana tengah2 minggu dengan suami & anak aku yg baru berusia 6 bulan waktu itu.

Hotelnya baru,bersih & bilik sangat luas. Pemandangan pun cantik. Setelah puas ronda2 disekitar cameron aku dan suami check in hotel jam 5 petang. Sebelum melangkah masuk ke bilik tu aku bagi salam,baca alfatihah dan ayat kursi. Itu memang kebiasaan aku. Tapi entah kenapa aku rasa seram sejuk masa melangkah masuk dalam bilik. Dalam hati aku fikir positif ‘sejuk kot cameron ni’ .

Setelah selesai rehat mandi dan solat maghrib,aku dan suami decide utk mkn mlm diluar. Masa tu jam 8 malam dan kami pulang ke hotel jam 9.30 malam. Masa tu anak aku dah tidur dalam kereta. Dan menjadi kebiasaan anak aku akan bgn jam 12 tgh malam. Tapi selalunya lepas tukar pampers dan menyusu dia akan terus tidur sebab dia blh dikatakan senang utk tidur kecuali dalam keadaan tertentu(contohnya demam dengan masa dia tak buang air besar 2 hari lebih). Tapi kali ni lepas menyusu dia terus menangis,aku bagi susu dia tak nak dia tolak2.

Sambil tutup muka dia kat perut aku. Aku pun check pampers dia balik, takde pulak membuang. Aku sapu minyak kat perut dia takut perut kembung,dengan pakaikan stoking takut dia sejuk. Tapi dia tetap jugak menangis. Lepas tu aku perasan dia tengok setempat kat penjuru dinding dkt dgn sliding door. Dia tgk penjuru tu lepas tu tutup mata lepas tu tengok balik lepas tu tutup mata balik. Aku dah rasa tak sedap hati,sebab anak aku menangis macam budak menangis nk melarikan diri dari sesuatu. Suami aku pulak tidur mati sebab masa hari kami bertolak dia baru habis kerja syif malam. Aku kejut dia kali pertama dia tak bgn,kali kedua dia tak bangun. Tiba2 terdengar ada org seret barang mcm kerusi meja kat bilik atas..perlahan tapi kuat. Anak aku pandang siling,lepas tu dia menangis lagi kuat. Baru la suami aku terjaga. Dia tanya kenapa dan aku cerita apa yg dah berlaku.

Suami aku pangku anak aku,dia masih lagi menangis. Suami aku suruh aku baca yaasin guna aplikasi dalam handphone. Aku pun baca tanpa putus. Masa tu kaki aku rasa seram sejuk kebas macam tu.tapi kat bahagian pergelangan kaki je.badan aku masih lagi rasa biasa. Suami aku baca ayat kursi dan ayat 3 Qul. Tiba2 aku terdengar orang main campak guli pulak kat atas bilik yg sama. Dan anak aku makin menangis dan menangis lagi. Dan Tiba2…..

Blackout!

Dan makin kuat dengar bunyi kerusi dan guli bermain2 dekat atas bilik. Suami aku call receptionist. Dia ckp seluruh cameron blackout dan dia akan hantarkan lilin utk kami. Setelah 30 minit menunggu dan sepanjang itu juga anak aku tak berhenti menangis,suami aku nak call balik receptionist tapi line telefon bilik langsung tak ada. Tak ada bunyi tutt tutt langsung.

Tiba2 pintu bilik hotel diketuk,dan tiba2 bunyi kerusi seret dan bunyi guli berhenti serta merta.masa tu jam 2 pagi, dah 2 jam anak aku menangis dan masih menangis lagi.Aku dan suami berpandangan sesama sendiri dan suami aku agak bengang sebab lepas 30 minit baru pekerja hotel nak hantar lilin. Sebelum suami aku nak bukak pintu aku pesan tgk dulu kat lubang bulat yg kat tengah pintu tu. Bila suami aku tengok kosong gelap tak ada org.

‘Gelap la,macam tak ada org ni’, lalu suami aku balik ke katil.
Kemudian bilik diketuk lagi sekali. Dan suami aku tak pergi bukak pintu sambil dia mengomel ‘nak main2 ni’. Lepas tu tombol pintu bilik aku seperti digoncang2 2-3 kali. Suami aku suruh aku call mak aku sbb mak aku pandai sikit bab2 mistik ni. Bukan dukun atau bomoh ye. Cuma dia diberi kelebihan oleh Allah dpt melihat dan merasa kehadiran benda2 ghaib.

Suami : cuba awk call mak.bagi tahu apa yg jadi
Aku : Line E la bang. Ptg tadi masuk bilik elok je pulak.husnuzon,mungkin bekalan elektrik dgn talian telekomunikasi dua2 not inservice kot
Suami : takpa,awk cuba sampai boleh.

Tiba2 bunyi guli dan kerusi seret dibilik atas bersambung balik.Dan suami aku meneruskan baca yaasin sbb anak aku pun sambung menangis dengan kuat.
Setelah lebih kurang 15 minit cuba,akhirnya aku dpt call mak aku tak suara putus2. Aku cuba send mesej tetapi asyik failed. Dan aku cuba call lg sekali. Akhirnya dapat! Aku bagitahu apa yang berlaku dan mak aku ckp jangan letak telefon. Tak lama kemudian mak aku bagitahu kat penjuru bilik tu ada 2 makhluk besar dan hodoh. Niat dia nak mengacau anak aku. Yg bunyi guli kat atas tu konco2 dia jugak.

‘Takpa,mak cuba buangkan. Sambung je baca ayat kursi dgn 3 Qul. Yaasin jangan putus’,mak aku berpesan. Lepas talian telefon dimatikan aku buat seperti apa yg mak aku suruh. 15 minit kemudian anak aku berhenti menangis serta merta dan kebas seram sejuk kt pergelangan kaki aku pun hilang. mak aku call aku semula.
Mak : hana dah tidur?
Aku : dah mak,tiba2 je terus senyap tak menangis.
Mak : okay,kalau ada apa2 call mak balik.

Baru aku nak lelap tiba2 kerusi dekat dalam bilik macam ada orang seret.
Aku pun cakap dalam hati ‘cukuplah kau ganggu anak aku yg tak bersalah ni. Aku datang sini nak bercuti dengan family aku,bukan nak buat benda jahat’. Keadaan time tu sunyi-sesunyinya.

Bunyi dengkur suami aku pun aku tak dengar. Aku tak dapat lelapkan mata,aku paranoid takut apa2 jadi kat anak aku lagi. Aku peluk erat anak aku nak make sure dia sentiasa ada dalam dakapan aku. Aku pun tengok jam. Dah hampir pukul 4 pagi! Aku hanya pejam mata dan terbangun balik. Pejam celik pejam celik.Tiba2 aku dengar azan subuh berkumandang dan seraya itu lampu pun terbuka semula. Macam pelik tp kejadian dari malam tadi dah memang pelik.Aku malas fikir dan terus amik wudhu solat subuh,barulah aku dapat tidur. Aku kejut suami aku untuk subuh sekali.

Pukul 9 pagi setelah siap2,sebab suami aku nak check out terus,kami breakfast dulu setelah itu pergi ke kaunter receptionist.
Suami : malam tadi berapa jam blackout dik?
Receptionist : blackout?tak ada pun encik. Kawan kami syif malam cakap semua elok je takde apa2 masalah.

Suami : eh yeke?bilik kami blackout. Sy call receptionist dia ckp nak hantarkan lilin tp sampai sy nk check out tak ada. Lepas tu line telefon terus terputus.
Receptionist : hmm sekejap ye encik. Saya call kawan sy syif malam tadi untuk tanya apa yg berlaku.

Setelah 5 minit.

Receptionist : encik,sy minta maaf sangat tapi kawan sy ckp mmg elektrik ada dan talian telefon pun berfungsi seperti biasa.
Suami : takpe la kalau mcm tu dik. Sy dgn isteri nak check out dulu.

Kami pun check out dan pindah hotel lain. Alhamdulillah tidak ada kejadian pelik berlaku di hotel lain yg kami duduk. Apa yg berlaku malam tadi,adalah perkara benar aku dan suami alami. Mungkin kita org dewasa sudah biasa dgn bunyi perabot diseret dan bunyi guli melantun2. Tapi utk bayi sekecil anak aku,mungkin dia nampak entiti yg menakutkan dimata dia. Wallahualam.

Sekian dari aku. Maaf jika cerita tak seram.

Nur izwani
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

45 comments

  1. WUISHHH ..SErammm …saya sangat memahami perasaan ibu bila bawak anak kecil bercuti,
    sbb penah kena juga dekat hotel kuantan …

  2. Kalau ada anak kecil, elok disapu (dilumur2 pn boleh) dengan minyak zaitun bdnnya, ubun2 kepala skali. Minyak zaitun asli, tambah2 dari Palestine, tak digemari baunya oleh penghuni alam 1 lg. Alhamdulillah utk anak2 sy bbrp org kemudian ni mereka serasi. Utk abg2 dia 2 org atas tu, mmg dr kecik smpi sek rendh dok nampak. si sulung amik masa la jg nk buang sifat penakut tu sbb asik nmpk aje sblm ni.

  3. Hotel tu mmg tersohor ngan cerita seram kan sis…yg terletak kt atas bukit…dpn tu ada nampak kebun teh kan…pengalaman miker ni mcm yg selalu org citer bila dok kt hotel tu…dah nk jd…xperlah ada gak pengalaman..

  4. Saje nak share tips sikit berkaitan gangguan ni. Boleh jugak org lain guna. Bila kita atau org kita sayang diganggu, kuatkan semangat dan tanamkan marah pada si jahat yang mengganggu. Marah dia mcm marah org jugak dgn suara yg garang. Org kalau kena marah dia akan takut, sama jgk dgn dia. Azan kuat2 dlm 3x, baca ayat kursi dan alfatihah. Kalau tak cukup sekali, 3x. Insyaallah dia panas, dia akan lari. Halau dia mcm halau org kita x suka dtg umah. Semoga tips ni boleh membantu sesiapa yg membaca komen ni.

  5. alamak seramnya…dah la 16hb aku nak pi honeymoon kat sana..alaaaaaa mintak² bukan hotel yg dimaksudkn aku dduk nnti…seramm

  6. Sampai Hotel Korang baca ayt kursi 4 penjuru bilik.. Dan pasang rukyah sampai pagi.. Saya amal mcm tu je.. Sebab ada pengalaman duduk apartment di PD yg terkenal ada hantu.. Setan iblis panas dgn kursi dan rukyah

    1. sy wat bnd yg cam sis ckp tu tp ttp die nk gurau² manja 😅..alhamdullillah sy leh hadap 2 mlm stay wlupn kne ganggu..sy kne kat melaka..situasi lbih kurang cam cite nie

  7. senarai hotel haunted di cameron
    1)heritage hotel (tingkat 4)
    2)equatorial hotel ( bilik 809)
    3)strawberry park hotel
    4)apartment dahlia

    1. Strawberrypark tu sebenarnya menarik ..buffet pun sedap. Tapi ada sesuatu tak kena…anak kecil saya masa stay sana pun cakap nampak benda hitam..hantu katanya. Adalah gangguan dlm bilik..

    2. apartment dahlia tu ok… cuma jgn amik town house 5 bilik… mmg bhantu… sepupu kami duk situ dier main sorokkan brg… kami selalu pg amik 3 bilik tingkat 1/2…alhamdulillah ok… dr dulu mmg duk situ jer

  8. Pengalaman penulis ni buat aku terfikir sejauh mana lagi kemampuan makhluk dari alam sana tu untuk memperkotak-katikkan hidup manusia..kalau “dia” boleh buat kau percaya ilusi yang “dia” ciptakan tu betul2 terjadi, itu dah cukup menyeramkan bagi aku..buat kau percaya yang kau betul2 bercakap dengan manusia tapi sebenarnya “dia”..buat kau terperangkap dalam blackout yang sebenarnya hanya kau yang kena..tu belum lagi bila “dia” tutupkan pandangan kau untuk nampak jalan keluar tapi sebenarnya kau hanya mundar-mandir di tempat yang sama..

    1. dia mampu buat lebih daripada tu lagi. tapi bukan semua jenis jin la. jin pun ada level2 nya kemampuan dia. saya pernah dulu kena, dia cipta suasana hari panas dan hari hujan silih berganti dlm beberapa saat saja(sekejap dia buat matahari keluar dari awan, sekejap dia buat mendung+turunkan hujan, sekejap dia keluarkan matahari keluar dari awan dan berulang2, sampai lah saya angkat kaki belah dari airterjun tu. mmg dia nak hambat saya belah dari situ hehe

      1. Oo..seram juga tapi bernasib baik sebab tak diperangkap dalam permainan “dia” tu..yang jadi tambah menyeramkan bila “dia” sengaja membongkarkan penipuan “dia” tu untuk kita ketahui & akan ada la dialog “kau dah tahu ke?” atau “kau takut ke?” sambil ketawa yang menyeramkan..kalau ada dalam situasi tu, mungkin pengsan atau pura-pura pengsan adalah jalan terbaik..

      2. Iblis boleh berkemampuan membuat begitu.. semuanya atas kehendak Allah S.W.T juga..

        Iblis Lebih Takut Kepada Orang Yang Berilmu Dibanding Ahli Ibadah

        Diriwayatkan dari Syaikh Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah bahwa pada suatu hari beliau sedang berjalan di tempat lapang, tiba-tiba muncul cahaya terang di ufuk, kemudian dia mendengar suara memanggil, “Wahai Abdul Qadir saya adalah Rabbmu. Sungguh, telah aku halalkan untukmu semua hal-hal yang haram.” Lantas Abdul Qadir berkata, “Enyahlah kau, wahai makhuk terkutuk!” Seketika itu, cahaya tersebut berubah menjadi gelap. Tiba-tiba muncul suara mengatakan, “Wahai Abdul Qadir! Sungguh, engkau telah selamat dariku lantaran pengetahuanmu tentang Rabbmu dan ilmu fikihmu. Sesungguhnya aku telah menyesatkan tujuh puluh orang dari kalangan ahli ibadah senior dengan cara seperti ini. Seandainya tidak karena ilmu, pastilah aku dapat menyesatkanmu seperti mereka.”

        Read more https://kisahmuslim.com/3129-iblis-lebih-takut-kepada-orang-yang-berilmu-dibanding-ahli-ibadah.html

  9. Pergh…sib baik tak buka pintu dik ooii….. Kalau dibuka hari tu, ntah jembalang apa depan pintu tu, bukan hantar lilin… seram hakak…

  10. Strawberrypark tu sebenarnya menarik ..buffet pun sedap. Tapi ada sesuatu tak kena…anak kecil saya masa stay sana pun cakap nampak benda hitam..hantu katanya. Adalah gangguan dlm bilik..

  11. Woooo…
    Main kasar sgt dah tuuuu…
    Main bunyik…
    Main letrik…
    Main tepon…
    Main loceng…
    Main tombol…
    Main perabot…
    Bikin serem bikin marah ni…

    Mase g Cameron dlu…
    Satu hotel ni…
    Setiap kali pintu lift nk ttp, akan terbukak smle mcm ade org lain tekan button luor nk masok…
    Aisehmeeennn…
    Setiap kali tu, hakak sound jelah…
    “Xyahlar naik skali…dh penuh lift ni pon…tunggu kosong next trip…”

  12. Salam sis bleh email nama hotel dkt sy x..20hb nie nak g bercuti dkt CH..sy pun ade ank kecik yg jenis mata liar..rasa takot pulak..trimeksih sis

  13. apartment dahlia tu ok… cuma jgn amik town house 5 bilik… mmg bhantu… sepupu kami duk situ dier main sorokkan brg… kami selalu pg amik 3 bilik tingkat 1/2…alhamdulillah ok… dr dulu mmg duk situ jer

  14. 11-12-2018 jam 1:24 pagi…
    sedang aku asyik melayan youtube dlm hp aku dgn menggunakan ear phone…
    tiba2 kedengaran bunyi salakan anjing yg kuat dan berbalas sahutan dan kedengaran bunyi salakan seperti anjing ternampak hantu…
    secara tiba2 aku ke jendela tingkap untuk perhatikan datangnya arah salakan itu.. dan bunyi tersebut dtg dari hutan belukar tempat aku menginap….. bulu roma aku terus meremang…….

    Tanah rata…

  15. strawberry park mmg ada… dgr budak2 main lari2.. main tombol pintu.. bila tnya receptionist diorg senyum je.. Nmpak sgt staff kat situ pun dah tahu.. copthorne pun ada jgk.. masa tu kat tingkat 8 ahhh seram..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.