Mesorat Tengah Malam

Suatu malam yang hening di rumah aku di kampung Bagan. Tak ingat dah jam berapa tapi dah lewat tengah malam. Suasana dalam bilik terasa bahang. Panas. Kawanan nyamuk sedang seronok menghurung telinga sehingga membangkitkan aku dari tidur. Aku kalih ke arah abang-abang aku di kiri dan kanan. Abang Long sebelah kiri, Abang Ngah sebelah kanan. Sepatutnya macam tu lah kedudukan kami waktu tidur bersama. Depa dua orang kan bodyguard dan tukang kipas aku. Masalahnya, kiri kanan aku kosong. 2 orang abang aku yang kerek tu dah hilang. Mana depa pi? Gamak tinggalkan adik depa keseorangan dalam bilik.

Pundi kencing aku pula makin membengkak tak dapat ditahan-tahan. Itulah isu aku sebenarnya. Nak terkencing tapi tak berani turun bawah. Yang pernah baca cerita aku dalam kisah Apek Ah Sai boleh faham la keadaan rumah aku ketika itu. Jamban dok kat luaq nu. Time malam ja memang kena berteman. Malangnya malam tu dua orang abang aku tu dah hilang.

Aku bangun dan duduk bersila atas tilam. Sayup-sayup bunyi burung hantu menerjah ke telinga. Sarangnya di pokok kekabu tak jauh dari rumah aku. Kat situ la dia lepak tiap-tiap malam. Suara anjing pula bersahut sahutan menyalak dari kejauhan. Kalau tak salah itu suara anjing Yap. Satu-satunya kawan aku berbangsa Cina dalam kampung ni.

Aku ketuk dinding bilik, cuba nak kejutkan Kak Ti yang aku dah tau tidur m**i kat bilik sebelah. Walaupun yakin yang cubaan aku tu akan jadi sia-sia tapi aku cuba juga ketuk banyak kali sebab nak terkencing sangat dah. Seperti yang dijangka, tiada jawapan dari Kak Ti.

Nak gerak mak, bilik mak kat bawah. Aku takut nak turun tangga. Rumah bawah aku tu gelap gelemat. Nak minta tolong ayah, sama juga. Ayah kan tidur dengan mak.

Aku pandang tingkap bilik. Silau cahaya bulan dari luar menerjah masuk ke celah-celah daun tingkap yang renggang. Di tingkap tu lah aku pernah nampak langsuir memanjat dinding rumah seperti yang diceritakan dalam kisah Langsiaq. Aku tenung tingkap tu lama-lama. Dah tak ada cari lain. Itu saja jalannya.

Aku berjalan ke tingkap dan berdiri di situ. Alamak, tak lepas. Aku ambil kerusi rotan yang sedia ada dalam bilik, letak tepi tingkap. Kemudian aku berdiri dan daun tingkap dibuka perlahan-lahan. Berkeriuk bunyinya memecah keheningan malam.
Krrrriiiuuukkkkk……….

Bayu malam berhembus lembut ke muka aku. Sejuk. Aku londehkan seluar dan hulurkan bebed yang masih belum bersunat tu ke luar tingkap.

Crreeeeeeeeeetttttttt………..punya laju air kumbahan tu menjunam ke tanah.

“Wooooiiiii……!! Bodo piang la dia niiiiiiiiiiii. Pasaipa kencing kot tingkaaaaapppp?!!”.
Tak semena-mena ada suara membebel dari bawah. Aku jenguk ke tanah. Sikit lagi ja kencing aku nak kena kepala Along. Dia sedang duduk mencangkung, berkelubung dalam kain pelikat.

“Hoiiiii…..!! Sapa ajaq hang kencing kot tingkaaaaaaaappp?” Satu lagi suara terpekik dari perdu pokok cermai.

Ehh.. tu Angah. Sama juga dok bertinggung, berkelubung kain pelikat. Apa depa buat kat bawah?

“Kot ya pun turun la kencing dalam bilik ayaq ni. Haram penakut sangat aihh. Orang nak berak pun tak senaaaaaaaaang.” Sahut Along.

“Ampa berak kaaaaaaaaaa?” Laung aku dari atas.

“Haaa laaaaaa. Kacau la haaaannnnggg!!.”

“Awat berak kambuuuuiiih? Awat tak berak dalam jambaaaaaan????”

“Tong jamban tu hilaaaaang!!! Ah Sai kutip tak letak baliiiiiiiiiiik!!!”
Ohhh. Begitu rupanya. Patut la depa bertinggung atas tanah.

Untuk makluman, jamban rumah kampung aku dulu macam tu la. Kami panggil jamban angkut. Bukan ada flush macam sekarang. Jamban dia guna tong. Tiap hari ada apek mai kutip tong tu dan pi buang najis kat hujung kampung. Entah macam mana malam tu tong jamban tu boleh hilang. Mungkin apek tu terlupa letak balik kat situ. Khidmat apek tu memang dibayar orang kampung. Mulia betul kerja dia. Itulah apek Ah Sai. Jadi, bila tong tu tak ada, depa berdua terpaksa berak kambus dalam tanah.

“Ohh. Da lama ka beraaaaak?” Tanya aku lagi

“Berak apa lama-lamaaaaaa???? Nak abih dah niiiiiii!!!! Yang pi kencing kot tingkap pasai paaaaaaa??”.

“Nak turun tadi tadak orang temaaaaaaaaaaannnn!!”

“Haram penakut pait sangat aaaaaaiiihhhh!!”

Begitulah kami berbicara 3 beradik malam tu. Seorang kat atas, 2 orang lagi kat tanah. Aku tak kuasa dah nak melayan. Sekarang ni, kena turun bawah untuk basuh kencing. Bila dah tau 2 orang abang aku tu memang ada di bawah, tak la berasa takut sangat nak turun ke tandas.

Aku tutup tingkap dan betulkan kain pelikat yang dah separuh terlondeh. Dengan laju aku berlari turun anak tangga, buka pintu dapur dan melompat masuk ke bilik mandi.
Dah selesai bersuci, aku keluar menjenguk Along dan Angah kat belakang rumah. Aku berdiri diam-diam di sebalik dinding sambil pasang telinga.

“Esok pagi la kita pi. Time tu ayah tak balik lagi.” Bisik Along pada Angah. Walaupun berbisik tapi telinga aku boleh mendengar dengan jelas.

“Isshhh. Kalau ayah tau macam mana?”

“Alaaaahhh ayah taktau punya lah. Wayang start jam 11. Jam 1 dah habis. Ayah kan balik jam 3 macam tu.”

“Nak habaq apa kat mak?”

“Habaq ja pi Bagan sat jumpa kawan. Habih show kita blah balik terus. Tak singgah mana dah.”
“Hang ada duit ka?”

“Adaaaaa. Duit tabung aku ada. Pakai duit aku dulu. Nanti hang belanja aku pulak.”

“Hmmm. Esok pagi la aku bagitau lain nak pi ka tak.”

“Alaaahh hang ni. Kalau takmau pi, aku pi dengan Din Korma ja. Rugi wo. Rambo First Blood kot. Hero dia Stelen (Sylvester Stallone) yang main gambaq Rocky tu.”

“Sat la nak pikiaaaqq. Berak tak abih lagi ni. Lamanya haaiihh….”

Itulah perancangan depa malam tu. Nak pi tengok wayang tapi tak ajak aku. Ni kalau ayah tau, memang kena ikat kat batang pokok asam.

“Hoiii. Dok mesorat (mesyuarat) apa ha? Ampa tak ajak aku, aku report kat ayah.” Jerkah aku setelah rahsia depa terbongkar.

“Allahuakbaaaarrr!!! Tersentot taik aku haaiihh.” Balas Angah. Terkejut dia tatkala aku muncul secara tiba-tiba dari belakang rumah.

“Hang dok diam-diam boleh tak? Pi naik tidoq nuh. Orang tua-tua sembang jangan dok sibuk.”
Aku tak menjawab. Terus aku masuk ke rumah dan belari naik ke bilik. Kemudian, aku buka tingkap bilik. Depa tak habis lagi berak sambil berborak.

“Wooiii. Tadi kata tak lama. Ni pasaipa tak habih lagiiiii??” Jerit aku kuat-kuat.

“Diaaaaaammmmmmm…..!!!” Jawab Along.

Kemudian dia bangun, betulkan kain dan capai sebatang cangkul yang tersandar di dinding rumah. Cangkul tu gunanya untuk kambus lubang najis yang depa korek tadi.

Dalam masa yang sama, aku perasan sesuatu. Ada sebentuk tubuh manusia berbadan gempal sedang berdiri di sebelah reban ayam. Dia berdiri tegak di situ sambil memerhatikan kelaku dua orang abang aku yang sedang bertungkus lumus nak habiskan aktiviti depa di bawah.

Dari bentuk tubuh manusia tu, dengan gempalnya, dengan kain batik, baju kurung kedah dan sanggul tecotek atas kepala, aku yakin itu MAK. Hahahaha….kantoi!! Mak dok perhati depa berak dari tadi. Konpom mak dah tahu plan depa nak pi tengok Rambo kat Bagan. Menjawab la ampa satgi. Dah la tak ajak aku. Siap nak menipu mak ayah lagi. Menjawab laaa…..menjawaaaaaaaaaabbb!!

Untuk menambahkan lagi kekantoian yang terang dan nyata tu, aku panggil mak.

“Maaaaaaaaaakkkk!! Ooo maaaaaaakkk!!! Depa dua kan, nak pi tengok wayaaaaaaaannngg!!”
Jerit aku dari atas. Tapi mak tak menyahut. Dia tetap membatu di tepi reban ayam. Pandang aku pun tak. Marah sangat dah tu.

Along panggung kepala tengok aku.

“Dejeeeyy la dia niiiii. Sikit sikit nak report sikit sikit nak report. Kacau daun!!”
Aku panggil mak lagi.

“Maaaaaaaaakkk!! Taboh depa maaaaaakk!! Balon dengan pelepah pisaaaaaaaaannnggg!!” Jerit aku makin kuat.

“Diaaaaammmm laaaaaaaa hanaaaaatttt!!! Pi tidooooooqqq!!” Abang Ngah pula terpekik dari pokok cermai. Dia masih dalam keadaan bertinggung.

“Hang diam boleh tak? Mak dok tidoq nu. Hingaq haih.” Balas Along.

Hahaha. Depa tak perasan lagi mak dok skodeng kat belakang.

“Tidoq apaaaa?? Tu mak kat reban ayaaaaaammm!!”

Serta merta depa dua kalih ke arah reban ayam. Dua-dua orang mulut terkunci dan kaki terpasung ke tanah. Depa langsung tak sangka mak sedang menonton depa berak.

“Kaaaaaahhhhh kahkahkahkahkahhh!! Amik ampaaaaa!! Mak dah taaaaaaauu. Tuuudiaa mak dah taaauu. Tuuudiaaaa…..” Teriak aku lagi.

Dan dua orang abang aku tu langsung tak terkata apa. Perancangan depa selama dok berak tu akan jadi sia-sia.

Tiba-tiba pintu bilik aku terkuak di belakang. Aku kalih tengok kot-kot Kak Ti bangun dari tidur. Rupanya bukan Kak Ti. Tapi Mak yang muncul di muka pintu.

“Ehh. Cek buat apa ni kat tingkap? Awat tak tidoq? Mana Along dengan Angah?” Tanya mak lalu berjalan masuk ke bilik.

Suka aku tengok mak waktu tu. Berganda-ganda Along dan Angah akan kantoi. Aku cakap kat mak macam ni.

“Hahahahaha mak. Depa dok berak kat bawah nuuu. Paihtu dok mesorat nak pi tengok wayang esok pagi. Kahkahkahkahkaaaaahh…!!” Terbahak-bahak aku ketawa bila berjaya report kat mak malam tu juga.

Mak aku jenguk ke tingkap. Aku menyelit di celah badan mak yang besar.

“Tu mak. Depa dua ekoq dok berak dari tadi. Berak kambuihh.”

“Hooiii…!! Awat tak berak dalam jamban haaaa? Nak kena tibai dengan rotan tengah belakang?” Jerit mak pula. Keadaan yang sunyi sepi jadi riang ria dengan dengan suara mak yang begitu lantang.

Namun, dua orang abang aku kat bawah tu tak bergerak-gerak. Sorang tengah pegang cangkul, sorang lagi tengah gulung kain pelikat. Masing-masing terpaku di tanah, mellihat mak yang sedang berdiri di tepi reban ayam.

“Ehhhh….” Kat sini baru aku sedar.

“Ehhhh….kalau mak kat tepi cek, kat bawah tu sapa?” Secara spontan soalan tu keluar dari mulut aku.

“Mak kat bawah? Mak mana?” Tanya mak aku balik.

“Tuuuuu. Kat tepi reban Dolah (nama ayam aku).”

Mak aku tenung mak seorang lagi yang di bawah. Tiba-tiba abang Long bersuara, terketar-ketar.

“Maaaakkk tolonggg maaaakkk. Toloooonnggg. Kaki kebaih (kebas) ni maaaakk!!”

Angah pula sedang teresak-esak di bawah pokok cermai. Kemudian jatuh terduduk dan sambung tidur di situ. Macam biasa, pura-pura tidur.

Aku yang melekat di celah ketiak mak, terdengar mulut mak terkumat-kamit membacakan ayat suci Al-Quran. Dari tadi mata mak tak lepas memandang mak aku yang seorang lagi. Tu kalau betul la bini muda ayah, sah-sah mak terjun kot tingkap dan belasah dia cukup-cukup. Tapi aku dah hampir pasti bahawa yang kat bawah tu bukan manusia, bukan mak yang seperti yang aku jangka awal tadi.

“Bismillah. Salaamun a’la Sulaimaaaan. A’uzubikalimatillahitaaaammati minsyarrima kholaq.” Satu suara keras dan garang muncul dari belakang rumah. Aku pandang ke arah suara itu dan ternyata ayah aku dah keluar. Jeng jeng jeeeeennnggg….

Ayah aku bukan tokmoh, dia hanyalah seorang imam dan guru mengaji di kampung aku. Bapak gangster paling besar kat kampung pun seriau dengan ayah, inikan pula hantu setan level bodo-bodo macam tu.

Ayah capai sebilah golok yang terselit di dinding luar rumah dan golok dipunggai sekuat hati ke arah makhluk yang menyerupai mak tu.

“Allaaaaahukbarr!!!”

Gedegaaaaaannnggg……!!! Terpelanting golok tu menghentam dinding reban ayam. Serta merta makhluk tu hilang.

Abang Long yang dari tadi tegak memegang cangkul, terus melepaskan cangkul tu dan kainnya sekali ke tanah.

“Hantuuuuuuuuuuu….hantuuuuuuuuuuu!! Lari wooiii hantuuuuuuuuuuu…” Jeritnya lantas berlari bogel dengan laju ke arah belakang rumah. Allahu. Huduhnya perangai.

Sangkaan aku, dia lari masuk ke bilik mandi. Tapi tak, dia berlari ke halaman depan dan kembali ke belakang rumah sambil terpekik hantuuuuu hantuuuuu hantuuuuu….dia dah hilang kewarasan. Tadi cakap padai sangat.

Kali pertama ayah aku cuba tangkap tak dapat, dia menyelit tepi reban ayam dan patah balik ke depan. Kali kedua dia pusing, tak dapat juga. Kain ayah pula nak terlucut ke bawah. Mujur ayah sempat sarung balik kuat-kuat. Kalau tak…nau’zubillah.

Cukup 3 kali dia tawaf rumah kami, ayah dapat tangkap dan heret dia masuk ke bilik mandi. Mak pula ajak aku turun ke bawah. Keadaan jadi kucar kacir hingga jiran belakang mula buka lampu.

“Jom kita tangkap Angah. Buatnya dia pun lari keliling kampung jenuh mak nak hambat.” Kata mak sewaktu kami menuruni tangga.

Sebaik tiba di pokok cermai, Angah dah bangun betulkan kain pelikat. Lututnya masih lembik dengan sebelah tangan berpaut pada batang pokok. Mak papah Angah lalu di bawa ke bilik mandi juga. Dua orang sekali ayah mandikan sampai bersih. Sambil menjirus, ayah baca sesuatu yang aku tak dah tak ingat. Yang nyata, ia dari potongan ayat sudi Al-Quran untuk memulihkan semangat dua orang abang aku tu.

“Lain kali masa dok berak jangan bersembang. Nak bersembang waktu lain laaa. Macam dah tak dak tempat lain nak mesorat pun. Tu yang setan dok ngendap.” Bebel mak aku waktu sama-sama menjirus depa berdua.

Aku pun turut menambah garam di luka depa…..

“Tu laaaa. Lenkali nak buat projek ajak aku sama. Tu balasannya bagi abang-abang yang selalu buat honaq kat adik depa.”

Tamat

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Edi Arjuna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

8 thoughts on “Mesorat Tengah Malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.