Gangguan Jelmaan Di Negara Kemboja

Sebenarnya, kisah ini pernah aku coretkan di sebuah laman forum popular suatu ketika dahulu. Tetapi, tak salah rasanya untuk aku menceritakan kembali pengalaman aku di sini yang pernah terjadi sekitar tahun 2018, tidak lama dahulu.

Nama aku Remy. Aku berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta. Pada bulan Mac tahun lepas, aku telah ditugaskan ke negara Kemboja selama 2 minggu oleh majikan aku. Turut serta di dalam lawatan kerja tersebut, adalah kenalanku yang juga seorang setiausaha. Kami diarahkan oleh majikan untuk menyelaras sebuah syarikat baru yang juga di bawah pengurusan yang sama, di sana.

Hendak dijadikan cerita, pada hari pertama sampai di Siem Reap, aku sudah berjalan ke sana sini, melawat segala tempat yang bersejarah seperti Angkor Wat, menikmati hidangan traditional mereka, dan sebagainya. Segalanya telah diuruskan oleh majikan aku. Layanan VVIP kelas pertama yang diberi oleh “tour guide” yang telah dibayar untuk aku dan kenalan aku itu, terasa bagaikan raja. Iya lah, esok lusa kan kerja berat bakal bermula. Alhamdulillah, hari pertama semua okey, yang jauh okey, di hari raya semuanya mesti okey. Tiber!

Pada keesokan harinya, barulah kami bertolak dari Siem Reap menuju ke kawasan yang sepatutnya aku dan kenalanku akan uruskan nanti. Kawasannya agak jauh, di pedalaman. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Kangar, begitulah jauhnya perjalanan yang aku tempuhi. Lapan jam lamanya sampai kebas-kebas punggung dibuatnya.

Sampai saja di hotel, rasa sangat kagum dengan keindahan persekitaran tersebut. Biarpun kampung yang dipenuhi hutan, tetapi ia dihiasi dengan air terjun yang mengingatkan aku kepada Niagra Falls. Wow, hebatnya kamu! Tak adalah aku bosan sangat dengan suasana yang agak kampung di sini kerana adanya air terjun yang sangat cantik itu. Dua minggu kot!

Aku ditempatkan di suite yang agak besar, sementara kenalan aku, ditempatkan di bilik yang agak jauh dari aku. Seronoknya bukan kepalang apabila melangkah masuk ke bilik itu. Bayangkan, aku seorang di dalam bilik yang terlalu besar! Tidak ada sekelumit pun perasan takut ketika itu.

Dan malam pun menjelma. Aku sangat teruja untuk tidur di atas katil empuk aku yang baru tersebut. Selesai mandi, aku pun melabuhkan tubuhku di atas tilam. Bilik memang aku padamkan semua lampunya, kecuali lampu tandas yang aku pasang tetapi pintu tandas telah aku tutup biarpun tidak penuh. Hanya sedikit cahaya yang menembusi ke kamar aku, tak adalah gelap sangat kan?

Dengan penghawa dingin yang sejuk membuatkan aku terus lena diulit mimpi. Dalam lebih kurang beberapa minit aku terlelap, aku dapat merasakan aku memeluk sesuatu. Wow, bestnya! Dalam fikiran aku yang agak nakal ini, aku tengah memeluk pasangan aku. Aku membuka mata. Ya, tepat sekali. Pasangan aku turut serta bersama aku, jadi makin kuat la pelukan aku jadinya. Sejuk katakan.

Tapi, tak lama lepas tu, baru fikiran aku kembali semula ke Kemboja. Ya, aku bukan di Malaysia! What the???!! Aku buka mata aku kembali, di depan aku, disertai dengan cahaya suram, jelas kelihatan raut pasangan aku sedang tersenyum asyik, agaknya seronok dapat kena peluk agaknya! Kaget aku dibuatnya, aku meronta untuk melepaskan tangan aku dari mendakap “pasangan” aku itu. Tapi macam biasalah kan, mana boleh nak gerak. Aku cuba melawan lagi.

Tiba-tiba, makhluk tersebut memeluk aku dari belakang serta merta. Kalau tadi, aku yang peluk dia, sekarang dia pula peluk aku kuat-kuat ibarat tak mahu melepaskan aku. Segala doa yang terlintas di fikiran aku, aku baca terkumat kamit. Kemudiannya, barulah dia melepaskan aku dan aku terus berlari ke arah lampu bilik dan….

Benda itu pun hilang. Jam di dinding terus berdetak ahhhh, menunjukkan pukul 1 pagi. Walaupun takut, aku redha sahaja untuk meneruskan lelapku, diterangi lampu seterang-terangnya kerana keesokan hari adalah hari pertama aku berkerja di sana.

Untuk memendekkan cerita, pulang saja aku ke hotel selepas berkerja, aku dipindahkan ke bilik lain di atas permintaan aku. Bilik itu kemudiannya disewa oleh seorang lelaki tua, dan berdasarkan cerita yang disampaikan oleh pekerja hotel di sana, lelaki tua itu turut dikacau oleh lembaga tersebut dan lebih malang lagi, beliau diganggu sepanjang malam di bilik tersebut!

Remy.
Gangguan Jelmaan Di Negara Kemboja
Rate this post

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.