GANGGUAN KETIKA HAMIL

Salam sejahtera. Hai semua. Nama aku Bell (Nama samaran). Aku adalah salah seorang peminat Fiksyen Shasha. Pernah tergerak hati juga nak hantar kisah seram aku kat sini tapi baru sekarang aku dapat menulis nukilan kisah benar diri sendiri. Baru hari ini aku ada keberanian untuk menceritakan kepada korang semua kisah seram yang pernah aku alami. Banyak dah kisah seram yang aku pernah alami tapi biarlah aku ceritakan kepada korang semua kisah aku yang satu ini.

Kisah ini terjadi 8 tahun lepas. Sekarang ni anak bongsu aku pun dah besar dah. Jom aku teruskan kisah aku tak nak intro panjang takut korang bosan pula membacanya. Aku adalah ibu kepada 3 orang anak. Semasa mengandungkan anak yang bongsu aku mengalami gangguan yang tak terjangkau dek akal ku. Aku masih tinggal bersama kedua orang tua ku sebab aku yang jaga mereka. Suami ku adalah seorang askar jadi korang tau lah yang askar ni jarang ada kat rumah. Pada masa tu aku tengah sarat mengandung. Kandungan aku baru menjangkau 5 bulan. Malam tu suami aku ditugaskan untuk kerja shift malam. Jadi pada malam tu yang tidur bersama dengan aku si abang dan si kakak je lah. Si kakak ni tak pernah nak berenggang dengan aku masa tidur berbanding dengan si abang yang lebih suka tidur dengan nenek dan datuk nya. Entah kenapa pada malam tu dua dua tak nak tidur dengan aku. Puas aku desak tapi tak nak juga tidur dengan aku. Jadi terpaksalah aku tidur sorang sorang je.

Aku ni kalau tidur memang wajib tutup lampu. Tak suka ada cahaya terang nanti aku susah nak tidur. Aku tidur malam tu agak awal pukul 10 malam rasanya. Dah padam lampu aku main la handphone kejap hingga aku rasa mengantuk dan memutuskan untuk tidur. Aku tersedar sebab aku dengar pintu bilik tidur dibuka. Aku ingatkan suami yang balik. Disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat aku malas nak buka mata dan terus tegur suami kenapa dia balik awal sangat malam tu. Tapi suami tak menjawab. Malas aku nak hiraukan aku teruskan lah tidur. Aku dapat rasa suami dah start baring di sebelah tapi yang peliknya kenapa suami aku ni tak bertegur dengan aku. Bila dia baring tu aku mendekatlah tapi yang rasa pelik timbul juga dalam benak fikiran aku dengan mata yang masih tertutup. Masa ni aku belum ada rasa seram lagi. Badan suami rasa berbulu masa tu tidur mengiring ke sebelah kanan membelakangkan suami ku biasalah kalau mengandung aku tak dapat nak tidur baring mesti nak mengiring untuk cari keselesaan. Aku dah start cuak. Dia kat belakang aku memang terasa bergerak gerak macam orang yang tak selesa tidur. Jadi aku terfikir nak bertukar posisi pulak ke sebelah kiri. Masa ni aku bukakan mata korang tau apa yang aku tengok. Jantung aku terus berdegup laju mata tak dapat nak tutup lagi aku tak dapat nak bergerak. Air mata mula mengalir sebab terfikir anak dalam kandungan. Nak menjerit mulut pun tak dapat nak buka. Dalam hati aku berdoa semoga jangan di apa apakan aku dan anak dalam kandungan ku. Dalam kegelapan bilik dan kesamaran lampur di luar rumah aku dapat melihat sedikit makhluk itu. Badannya gesar berbulu hitam mata merah baring di tepi aku. Berlinangan air mata ku jatuh sebab takut yang teramat sangat. Tak putus putus aku berdoa dalam hati barulah badan ku dapat digerakkan dan mulut ku dapat dibuka. Serta merta aku bangun dan duduk di katil serta menjerit menanggil mak aku. Bila dia nampak aku dah bangun dan menjerit tu terus benda tu bangun dan lari menembusi dinding. Pintu bilik ku dibuka dan mak aku membuka suis lampu dengan muka yang cuak juga. Aku apa lagi menangis la cakap kat mak aku dan ceritakan apa yang aku alami. Lepas dengar cerita mak aku suruh aku tidur dengan lampu terpasang dan yang menemani aku tidur selama suami aku kerja malam tu adalah adik bongsu aku.

Semenjak dari kejadian tu benda tu hilang sendiri tanpa aku pergi ke mana mana pakar perubatan tentang hal ni. Masa kandungan aku berusia 7 bulan juga aku ada gangguan lagi tapi ada masa lain aku akan ceritakan. Sampai sekarang ni aku masih dapat membayangkan rupa makhluk tersebut. Badan seperti manusia tapi berbulu seluruh badan dan juga muka macam gorila tu dan bermata merah. Aku pun tak tau hantu apa kah itu? Tuhan maha mengetahui. Aku sering mengalami gangguan semasa mengandung anak pertama dan anak bongsu. Dan sekarang anak bongsu aku terbuka hijab sehingga sekarang ni. Lepas berubat dengan seorang ustaz hijab dia ditutup tapi jika dia sendiri mengizinkan untuk melihat maka dia akan melihat benda yang tak sepatutnya. Lain kali aku akan ceritakan juga.

Sekian saja cerita aku pada kali ni. Entah aku akan ceritakan lagi atau tidak melihat kepada keadaan selepas ini. Ini hanya pengalaman sebenar aku yang aku kongsikan dengan kalian semua. Mungkin tidak seram bagi sesetengah orang tapi cukup seram bagi aku. Sekian…..

Terima kasih kepada FS jika cerita aku ini disiarkan.

Bell

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 75 Average: 4.3]

1 thought on “GANGGUAN KETIKA HAMIL”

  1. Huurrmm natang yg nko ckp nie.. Mcm natang biras aku!natang nie mmng biras aku kata family dia amik! Sbb nk jaga family dia .. Cer nko tanya somi nko?sbb askar biasa amik bnda2 gini.. Untuk jaga diaorg time masuk hutan??

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.