Gangguan Malam PKP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS. Kenalkan aku Man ( samaran ). Sebelum aku nak mulakan kisah ini, aku ingin memohon maaf jika ada kelasahan dalam penulisan pertama aku. Maklumlah baru pertama kali nak kongsikan dekat Fiksyen Shasha, sebelum ni baca kisah korang ja. Okay tanpa membuang masa kita terus ke penceritaan.

Malam yang sangat sunyi dilalui,
aku membawa kenderaan seorang diri,
mencari ketenangan hati,
di lorong yang sepi.

Sejurus aku lalui satu lorong yang gelap, tiba-tiba satu tangan cuba menarik aku dari tingkap depan, dan aku sempat melihat satu sosok wanita dengan muka yang buruk berambut panjang!!!! Ketakutan menguasai diri… ARHHHHH!!!!!!! Aku terus teriak dengan kuat…..

_________-________-________-________-________-_________-_______-________-______

Aduh… Dah nak dekat maghrib dah pula, patut dapat mimpi yang buruk. ” Sebab tu tak baik tidur dekat maghrib ni, kesihatan pun tak baik “….

Aku mengeluh panjang dengan apa yang aku alami dalam mimpi sebentar tadi. Aku terus bangun dan terus mandi untuk bersiap solat maghrib. Mungkin apa yang akau lalui dalam mimpi tadi hanyalah satu permainan dalam tidur dan bukannya jadi kenyataan.

Entah kenapa harus aku juga yang kena, mungkin satu ujian gangguan bagi aku dimana tahap kesabaran aku menempuh benda ni.

Malam itu seperti biasa, semua jiran tiada lagi kedengaran mungkin semuanya sudah tidur awal kot padahal jam baru menunjukkan jam 11. Oh mungkin disebabkan PKP kan..” lupa nak bagi tahu, gangguan yang terjadi ni baru saja berlaku dalam waktu PKP ni.”

Malam tu entah kenapa rasa seperti bosan sangat tak tahu nak buat apa. Aku terus ke dapur bancuh air teh kurang manis dan lepak sekejap di beranda luar rumah. Angin sempoi-sempoi masa tu menyegarkan sangat dengan air teh. Aku mula keluarkan sebatang rokok dari kotak untuk menyegarkan lagi suasana masa tu. Belum sempat aku menhabiskan rokok tadi…Satu bunyi tapak kaki kedengaran dari bawah… Bunyi tapak kaki yang basah yang menggunakan selipar… Harap korang boleh bayangkan…

Aku terus ke bawah, bukan apa takut-takut ada pencuri yang nak mencuri..sejurus aku melihat kawasan rumah, tiada satu pun yang kelihatan. Mula dah aku tak sedap hati masa ni, memang mustahil aku salah dengar. Aku terus naik ke rumah dan tutup pintu, cuci kaki dan masuk terus ke bilik.

Sermpat aku membaca doa apa yang patut sebelum tidur, namun belum sempat aku melelapkan mata…satu bunyi cakaran pula aku dengar dari luar rumah yang sememangnya bunyi tu memang dari luar bilik ni. Masa ni memang aku betul-betul mula ketakutan. Aku baca surah apa yang aku tahu dan berdoa supaya gangguan ni terus hilang.

Nak bagi tahu yang masa ni , dalam rumah ni cuma aku dengan adik lelaki aku sahaja yang ada. Ayah ibu dan adik yang lain pergi ke tempat keluarga lain sebab ada urusan yang perlu dibuat.

Tiba-tiba…… PAPPPPPPPPPHHHHH !!!!! bunyi yang kuat kedengaran dari dapur… Aku terkejut panjang.. Adik aku yang sudah tidur tadi terus terbangun dan terus meluluh masuk ke bilik aku.
Tok! Tok! Tok!…. Bang buka bang… Aku membuka pintu bilikku dan membiarkan adik aku masuk.

Bunyi apa tu tadi bang… Aku cuma dapat menjawab entahlah mungkin dari rumah sebelah kot. Aku cuba untuk menipu sunat kepada adikku supaya dia tidak akan berpikiran lain dan takut sekiranya dia tahu yang itu adalah salah satu gangguan dari makhluk yang cuba untuk menyesatkan.

Aku cuba bertenang supaya tidak akan berlaku apa-apa. Aku terus suruh adik aku tidur dalam bilik aku saja. Aku terus melepon ayah, bertanya bila nak balik. Ayah aku cakap esok baru boleh balik sebab malam tak boleh lalu.

Aku mengeluh panjang lagi.. Ayah aku tanya kenapa tiba-tiba call malam-malam ni. Aku terus bagi tahu yang sekarang ni “masa tu” ada gangguan dekat rumah ni,,memang seram. Ayah aku bagi tahu banyak berdoa saja dan pasang surah-surah yang patut.. Dia “makhluk ghaib” tiada kuasa jangan terlalu takut dengan dia…

Selepas saja bertelepon, aku terus pasangkan surah dari handphone aku….

Assalamualikummm……Assalamualikumm…..

Seram…siapa pula malam-malam ni bagi salam..tak pernah-pernah ada orang pergi rumah lewat malam ni.. Aku sambut salam hanya dalam hati dan tidak berkata sepata pun. Dan memang aku tak berani sangat dah masa tu.

Sumpah naim daniel lah masa tu.. kaki aku memang bergetar selepas aku nampak ada bayang-bayang dari bawa lubang pintu…

Aku tarik selimut dan terus berselubung di dalam..Memang takut gila masa tu, takut-takut dia masuk pula dalam bilik…Aku terus saja pejamkan mata dan tak nak berfikir sangat mengenai makhluk tu…

Alhamdulillah…..selepas aku buka mata Dah pagi rupanya… aku bangun dan lantas ambil air sembahyang dan solat Qada…

Mungkin apa yang aku mimpikan itu boleh jadi satu petanda…Sekian dari aku Man…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]

3 thoughts on “Gangguan Malam PKP”

  1. Bila kau cakap ada orang bagi salam lepas tu kau berselubung. Aku terbayang Nayan citer Hantu Kak Limah dok dlm selimut tu hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.