Gangguan mengandung

Assalamualaikum pembaca pembaca Fiksyen Shasha. Saya Ayra. Sebelum ni saya cuma lah “silent reader” saja tapi kali ni terasa nak berkongsi kisah sendiri. So saya akan gunakan kata ganti diri sebagai aku. Maaf ya kalau story ni tak mencapai tahap keseraman hampa.

Gangguan mengandung…

Alkisah bermula semasa aku dapat berita gembira pada tahun 2015. Aku disahkan mengandung oleh doktor lepas buat urine test sendiri. Sebelum tu, aku nak describe sikit rumah yang aku duduk. Aku memang stat rumah family mentua sebab husband anak bongsu dan ayah mentua yang sakit hampir 8 tahun terlantar (terbaring saja makan bersuap, buang air guna pampers, sekarang dah meninggal. Al fatihah)

Ok jom sambung. Ada 1 hari, mak mentua pesan kat aku suruh tengok2 abah sebab dia nak keluar cari barang. Aku pun ok je la sebab bukan kena buat apa pun cuma tengok tengok je. Jadi sambil2 tu aku pi dapuq cuci pinggan mangkuk dalam sinki. Tengah aku dok sabun pinggan2 tu dengan jelas kat pendengaran aku ni, aku dengar bunyi tapak kaki berjalan. Bunyi prap! Prap! Terkejut aku masa tu sebab dah memang sah2 dalam rumah tu cuma ada aku dengan abah yang terbaring atas katil tu, jadi sapa yang berjalan?? Yang boleh dengar bunyi berjalan tu sebab tikar getah dah hampir reput, dah keras jadi kalau pijak memang akan berbunyi.

Aku tak tunggu lama, dengan pinggan yang bersabun tu aku biaq je tak bercuci terus lari masuk bilik. Mak mentua aku balik, baru aku keluaq dari bilik.

Cerita no 2 aku masih lagi dalam tahun yang sama dan keadaan yang sama cuma masa tu aku dah dalam 5 ke 6 bulan mengandung. Untuk pengetahuan aku dengan husband ni penggemar kucing jadi memang banyak la kucing2 yang kami bela. Nak dijadikan cerita ada 1 malam tu kalau tak silap aku dalam pukul 1pagi, tengah2 kami sedap lena tiba2 kami dengaq bunyi kucing dok miow miow betul2 kat tepi bilik kami. Aku pun gerak la husband suruh tengok kot ada kucing kami yang terlepas. Dan memang betul kucing kami yang nama adik tu terlepas. Dok elok dalam sangkaq macam mana boleh terlepas pun tau laa. Dalam kami dok kalut2 nak keluaq amik adik tiba2 dengan tak semena2 kami dengaq bunyi syahdu suara mengilai. Kuat yang teramat betul2 kat depan bilik kami. Dalam hati jangan cakap la takut dia, dengan kucing lagi kat luaq. Bila memikirkan si kucing kami tu husband buka juga pintu depan ambik si kucing. Suara mengilai tu non stop makin kuat.

Lepas husband ambil si kucing bawak masuk rumah, husband terus ke dapuq sebab sangkaq kucing ada kat belakang rumah, and guess what? Suara ngilaian yang kuat kat depan tadi iku,t ke belakang seolah tahu yang husband ada kat belakang. Husband cepat2 settle kan apa yang patut terus kunci pintu.

Maaf ya kalau tak seram tapi ini pengalaman yang cukup seram dan hingga sekarang pun masih ada lagi gangguan2 walaupun tak seberat mana…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Gangguan mengandung”

Leave a Comment