Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS yang setia. Terima kasih aku ucapkan kepada pihak FS kerana sudi menyiarkan cerita aku ni.
Terlebih dahulu aku nak menerangkan bahawa ini adalah pertama kali aku menulis dan jika ada kekurangan harap dimaafkan dan aku akan cuba yang terbaik untuk kongsi dengan korang agar jelas dan mudah difahami.
Cerita yang bakal korang baca ni adalah cerita benar yang berlaku kepada keluarga aku sendiri. Gangguan-gangguan yang kami lalui ni bukan la gangguan yang berat-berat seperti kerasukan dan sebagainya tapi agak seram juga la kalau korang lalui.
Ayah aku ni seorang tentera dan telah tamat perkhidmatannya, jadi kami sekeluarga telah berbincang dan bersetuju untuk berpindah dari kuarters tentera Port Dickson ke kampong emak yang terletak di Muar Johor. Kat kampong mak ni ada rumah pusaka nenek yang diberikan kepada mak aku. Rumah pusaka tu sebelum ni dijaga oleh jiran sebelah rumah merangkap nenek sedara.
Setibanya kami ke rumah nenek, keadaan rumah agak suram biasalakan rumah tiada penghuni memang akan Nampak m**i. Tapi keadaan dalam rumah bersih je dan terjaga yela nenek sedara aku ni seminggu skali dia akan datang rumah ni untuk membersih. Mase hari yang kami pindah tu memang tak rase apa-apa sebab riuh rendah dengan trak askarnya yang mengangkut barang-barang rumah, beberapa anggota yang turut ikut untuk membantu (ini memang adat tentera tau kalau ada anggota yang berpindah anggota lain akan bergotong royang membantu), nenek sedara aku sekeluarga pun datang jadi seronok pulak bila dah ramai-ramai tu.
Malam pun tiba, aku ni ada 4 beradik yang sulong kakak (16 tahun), kedua dan ketiga abang (15 tahun diorang ni kembar), aku(14 tahun) yang keempat. Kami semua berebut bilik malam tu dah la bilik tak banyk pun Cuma ada 3 bilik je rumah pn tak besar satu bilik dibahagian bawah dan dua bilik lagi dibahagian atas, last-last mak aku yang tentukan aku dengan kakak bilik kedua dan abang-abang aku bilik pertama. Korang mesti tertanya-tanyakan macam mane rupa rumah arwah nenek aku ni.
Okey rumah arwah nenek aku ni sama macam rumah-rumah kampong yang biase kite tengok dalam drama tu, ada rumah yang dibahagian bawah dan ada rumah dibahagian atas. Rumah dibahagian bawah ni rumah batu ada dapur, tandas dan bilik mandi, satu bilik iaitu bilik mak dan ayah dan ruang makan. Dibahagian atas pulak rumah kayu, dua bilik dan ruang tamu. Terdapat satu tangga batu yang menghubungkan antara rumah atas dan rumah bawah, tanggga pun tak tinggi mana dalam 6 mata tangga je.
Dipendekkan cerita setelah selesai makan malam, kami adik beradik semua naik ke rumah atas. Akak aku macam biase dia kaki blajar skit , abang-abang aku xpayah cakap la budak lelaki kan tgk tv diruang tamu, aku pulak masih sebok melayan komek UJANG. Mase ni komek UJANG memang famous. Mak tengah mengemas dapur dan ayah pulak tengah layan rokok daun dia didepan pintu dapur sambil meneman mak. Tibe-tiba aku terdengar perbualan ayah “rumah mak ni abang rase berat skit” mak diam je mendengar. Aku mase tu terfikir juga apa yang berat. Ayah aku ni tentera keluar masuk hutan jadi mungkin adalah sedikit ilmu didada.
Mase semua orang dah masuk ke bilik masing-masing untuk tidur kakak aku ni belum nak tidur lagi. Dia masih nak ulangkaji sebab yela tahun depan diakan nak SPM jadi dia memang akan selalu tido paling lewat. Dia pn duduk diruang tamu untuk belajar sebab aku nak tido tutup lampu. Mase dia tengah syok belajar tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan pada lantai dari bawah rumah. Tuk..tuk..tuk.. kakak terdiam dan cuba mengamati bunyi tu dan bunyi ketukkan hilang. Akak pn buat bodoh lagi tibe-tibe tuk..tuk..tuk skali lagi dia ketuk.
Kakak dah mula rase meremang bulu roma dan dia pun terus kemas buku-buku dan masuk bilik untuk tido. Mase dia tengah jalan nak masuk ke bilik tu dia macam perasan yang ada satu susuk tubuh tak Nampak muka sedang berdiri di tangga paling bawah seolah-olah sedang melihat kakak. Kakak pn apa lagi terus lari masuk bilik dan tido memeluk aku.
Keesokkan hari kakak menceritakan semuanye pada kami sekeluarga serta menunjukan kawasan dimana susuk tubuh itu berdiri malam tdi. Ayah aku mase tu diam je tapi Nampak mata ayah macam memikir sesuatu.
Pada sebelah siangnye mak mengadu pada ayah yang sampah-sampah yang kami buang hasil berkemas mase pindah hari tu berselerakan dan sampah-sampah itu seolah-olah dikoyakkan kecik-kecik. Kami semua pelik tak kan anjing plak nak carik-carik kotak-kotak ni sampai berkecai macam digunting-gunting. Kami sekeluarga diam lagi dan cuba bersangka baik.
Malam ke dua dan malam ke tiga tiada gangguan apa-apa.. tapi rupanya malam ke empat dia bagi betul-betul supaya dikenang hingga sekarang.
Malam tu rumah kami ada gangguan elektrik. Tak tahu la ada plug yang hangit pulak, ayah padamkan dulu plug besar jadi satu rumah bergelap. Cadangnya esok siang la ayah nak panggil orang mintak tengok kan. Ayah bab elektrik ni dia tak pandai sangat lagi pun bahaya. Kami semua tido diruang tamu sebab diruang tamu ni sejuk skit memandangkan ruangnya lebih luas.
Ayah tido yang paling hujung iaitu yang paling hampir dengan tangga untuk turun ke rumah bawah. Disebelah ayah emak dan disebelah emak aku. Malam tu aku rase susah sangat nak tido. Yang lain-lain tu semua dah dibuai mimpi. Aku pusing kiri tak selesa, aku baring terlentang pn tak selesa, aku pun cuba mengiring menghadap mak aku dan secara automatiknya aku mengadap tangga juga la kan.
Dalam pada aku terkebil-kebil melayan mata tu tiba-tiba aku terasa kepala aku macam ditolak oleh seseorang dan aku yakin yang tolak tu tangan sebab aku dapat rase jari dia. Aku memusing memandang kakak dan abang-abang aku, dorang ni kekadang memang suke mendengki tapi aku tengok diorang memang dah tido yang abg aku tu siap berdengkur lagi. Aku pun baring semula ke posisi aku iaitu menghadap tangga dan alangkah terkejutnya aku ada satu lembaga besar sedang tengok aku ditangga. Kedudukan dia dekat sangat dgn ayah mase tu.
Besar lembaga tu korang bayangkan dekat tangga tu hanyalah muka dia sahaja itu pun separuh muka sahaja mulut dan dagu aku tak nampak..besar gila dan lembaga tu berbelang-belang hitam putih, lembaga tu seolah-olah keluar dari dalam tangga tau. Aku dah terkaku tak tahu nak buat apa nak gerak kang takot bende tu terkam aku, pilihan terakhir aku pejamkan mata dan aku cengkam kuat-kuat tangan mak penyudahnya mak aku ingat aku mengigau mak pun tempeleng la skali bagi sedar skit kan tapi aku terasa leganya bile mak aku tempeleng aku dan aku buka mata tengok bende tu dah takda.
Keesokkannya aku ceritakan semuanya pada mak dan ayah dan Alhamdulillah mereka percaya aku. Ayah pun bertanya-tanya pada jiran-jiran untuk mencari orang yang oleh tengok-tengokkan rumah.
Alhamdulillah imam masjid sukarela untuk bantu ayah. Petang tu juga lepas asar pak imam datang ke rumah. Selangkah je pak imam masuk dia terus mendongak tengok pada alang atap rumah dan dia berjalan sekitar tangga dan mengetok-ngetok tangga batu tu.
Selepas selesai pak imam mebaca-baca dan melihat sekeliling rumah tu pak imam itu sendiri cakap yang rumah ni ada yang duduk sebelum ni. Mungkin orang dulu-dulu punya untuk menjaga rumah dan hasil tanaman. Pak imam mintak ayah cari orang yg pandai membuang dan dia ada juga bagi beberapa kenalannya yang setahu dia pandai membuang saka atau belaan ni. Setlah mendengar semua tu ayah bersetuju dengan pak imam untuk mencari ustaz.
Setalah pak imam balik, ayah dan mak berbincang-bincang untuk panggil ustaz keesokkan hari. Kalau kawan-kawan nak tahu disebalah malam sehari sebelom nak panggil ustaz tu kakak aku kena kacau lagi dan kali ni mmg dia tunjuk muka dan tubuh dia. Kakak macam biase dia akan tido lewat ulangkaji.
Tepat pukul 12.30 malam dia pn start kemas buku-buku untuk masuk tido dibilik tiba-tiba dia dengar bunyi air singki terbuka dan dia terfikir mungkin ibu bangun dan membasuh pinggan atau cawan la kan. Akak pn buat tak tahu terus masuk bilik untuk tido. Kami plak biasanya tido memang tak tutup pintu bilik sebab panas. Akak pun terus baring mengring menghadap pintu dan alangkah terkejutnya dia bila mata dia terpandang seseorang sedang merangkak dari tangga menujuk ke bilik kami secara perlahan-lahan.
Badan kakak jadi kaku tidak boleh bergerak dan dia juga tak mampu untuk menjerit. Lembaga itu berbentuk manusia yang sedang merangkak tetapi tidak mempunyai kaki hanya paras pinggang keatas sahaja dan dia merangkak hanya menggunakan tangan sahaja. Lembaga tu menyerupai susuk tubuh lelaki berkemeja putih, rambutnya serabai dan matanya tiada bijik mata hanya berlubang hitam. Kakak mase tu menggigil ketakutan dan berusaha untuk bergerak dan menjerit.
Setelah kakak Berjaya bergerak dia pun terus menjerit sekuatnya sehingga satu rumah terbangun. Ayah dan mak bergegas naik keatas untuk mendapatkan kakak yang sedang menggigil dan bajunya basah oleh peluh dek kerana terlalu takot. Malam tu mak tidok dibilik kami dan ayah tido diruang tamu, ayah standby kalau-kalau lembaga itu mengacau lagi.
Alhamdulillah semuanya selamat sampai siang, ayah lepas sarapan terus ke rumah pak imam sama-sama pergi ambil ustaz untuk dibawa baliik ke rumah dan dalam mase yang sama untuk ubati kakak aku yang dah demam terkejut.
Alhamdulillah selepas ustaz datang pulihkan rumah dan semangat kakak dah kurang gangguan-gangguan dirumah pusaka nenek ni. Sikit-sikit tu adalah tapi tidaklah keterlaluan.
Rupa-rupanya bile mak aku bercerita dengan nenek saudara aku yang menjaga rumah ni dulu bru la nenek saudara aku ni membuka cerita yang ayah mereka memang ada membela dulu untuk membantunya menjaga kebun dan rumah tapi katanya dah dibuang. Allahualam, Sekian..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI