Gangguan Sebagai Rider

Assalamualaikum…Terima kasih kepada fiksyen Shasha kerana menyiarkan cerita aku ni.Aku harap korang enjoy kisah yang aku alami..

Kisah ni berlaku pada awal tahun 2018 time tu aku tengah cuti sem. Jadi aku bekerja sebagai rider pizza untuk aku cari duit lebih untuk next sem.

Kisahnya bermula bila ada satu malam ,dalam pukul 10.30 malam macamtu aku dengan crew lain tengah siap siap nak tutup dah. Tiba tiba ada satu order masuk dan semua rider semestinya taknak hantar sebab dah nakutup, jadi masa tu aku fikir nak kejar duit jadi aku yang rela hati nak pergi hantar tambah pula aku nak elak dari buat keje masa tutup tu. Nak bagi tahu order tu alamat dia kat satu rumah condo lama tingkat 6 tak silap aku. Condo tu memang seram sebab dah lama, jadi warna bangunan pun dah luntur ditambah lagi dengan berlumut dan tak ramai pun yang duduk situ hanya dalam beberapa orang je ada.

okay bergerak nak ke condo tu dalam 10 minit juga dan nak ke condo tu kau kene lalu tiga kali bulatan jalan raya, lepastu kau akan lalu kawasan kilang yang malam memangg sunyi. Jadi aku pun dah siap siap pack barang barang apa semua, aku pun gerak. Lepas sampai je condo tu aku jumpa guard minta izin masuk dan aku pun terus ke blok A untukk ke rumah dia. Bagi tahu condo ni pelik senbab dia berpecah pada dua, rumah nombor genap semua belah kanan dan nombor ganjil belah kiri. Nak dijadikan cerita aku tersilap masuk lif aku pun tekan lah tingkat 6 smpai je dekat tingkat tu, tempat yang sangat gelap gelita nak mampus aku dah menyumpah masa tu sebab aku dah syak aku tersilap masuk lif. Tapi masa ni aku tak fikir lagi benda benda ni jadi aku pun dengan panas hati kat diri sendiri sebab yakin sangat, aku pun tekan butang nak tutup dan tekan butang G balik ke bawah.

Mulanya dekat sini bila pintu dah tutup tiba-tiba dia buka balik. Lepastu tutup buka tutup buka dekat 3 minit aku tengok pintu lif macamtu dengan kawasan tu gelap ditambah pula dengn gangguan benda ni, buat lagi aku marah. Aku dah bengang sangat jadi aku keluar dari lif tu lepastu dengan slumber lif tu turun ke bawah tinggalkan aku..Ha time ni aku dah start cuak sebab yela flow gelap lif dah kebawah, nak taknak ak kene turun ikut tangga sebab aku nak cepat nak hantar pizza ni..

Jadi aku buka la torchlight kat fon , lepastu benda pertama aku suluh, aku suluh pintu lif dan benda yang buat aku jadi macam tak tentu hala bila aku nampak kesan.Ada tapak tangan org dekat pintu lif tu, mula dari situ aku dah tak sedap hati tapi aku jenis berani sikit jadi aku buat slumber je walau dah takut aku gerak pergi kat tangga nak turu.  Masa aku turun tu aku dah rasa mcm ada orang ikut aku dari belakang. Jadi aku apa lagi setiap tangga aku lompat lepastu aku gelabah nak cepat turun.

Masa sampai je kat aras 4 macam tu aku ternampak satu bungkus orang berbaju putih yang matanya merah bak lampu traffic light tengah tunggu aku lalu depan dia. Aku tersentak, terus aku campak beg panas pizza yang aku pegang lepastu aku turun tangga secepat yang mungkin sampai je dekat aras G aku terus pergi ke motor untuki balik. Tak sampai sini je dia kacau, aku gerak balik dan sesampai je dekat guard, Guard yang jaga tu org bangla. Dia nampak je aku terus dia macam buat muka pelik pandang aku, tapit dia bukan pandang aku sebenarnya tapi pandang belakang aku.

Aku terus beransur pergi, lepastu aku terasa motor aku bergerak perlahan mcm 20km/h sedangkan aku dah pulas minyak sampai habis yang boleh speed dekat 90km/h. Jadi masa tu aku dah syak mesti ada yang menumpang aku. Apabila setiba je dekat jalan kat kilang tu aku beranikan diri untuk pandang cermin sisi. Dan benda yang aku jangka si bonjol tu ikut aku balik da. Rasa gugur jantung aku masa tu. Dia siap berdiri lagi macam mat rempit buat asyik masa malam malam rempit..

Tapi yang aku rasa hebatnya aku bila aku boleh ajak dia borak..Aku cakap kat dia kalau kau nak tumpang, tumpang lah tapi jangan kacau aku nnti kita accident sesama. Lepastu aku terus bawa motodengan perlahan…Sesmpai je aku dekat bulatan jalan aku dah mula rasa ringan je motor. Dalam hati aku dah rasa lega. Aku dah fikir dia tak ikut aku dah tapi aku silap rupanya dia dah gerak dulu lepas je aku pusing “round the board” aku nmpk dia lagi dekat tengah-tengah jalan tengah duk berdiri smbil loncat setempat. Jadi aku tak boleh nak elak dari langgar dia, jadi aku pasrah je jalan. Lepas tak sempat aku nak langgar dia, dia dah berada dekat atas. Aku apa lagi teruskan perjalanan balik store. Alhamdulillah aku sampai store dengan jayanya.

Sampai je store manager terus tnya aku customer ada buat complain seabb pizza tak sampai lagi. Lepastu aku ceritade kat dia apa yang berlaku dan terus  call customer nak bagitahu apa yang berlaku. Benda paling best bila customer tu dengar benda yang berlaku kat aku dia hanya gelak dia kata benda tu nak makan pizza juga la tu. Lepastu aku fikir si bonjol tu tak ikut aku lagi rupanya dia ada tengah tunggu aku dekat luar kedai di sebalik pokok tepi jalan…

Sampai sini je la cerita ak.. Ada masa aku  cerita lagi kisah yang lain selama aku kerja sebagai rider…

ROY
FOLLOW FB KAMI.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.