Gelang Kekasih dari Ijat

Assalammualaikum readers. Ape yang aku nak sampaikan ini berlaku pada diri aku sendiri. Sekitar 10 tahun lepas. Tapi masih segar dalam ingatan. Dan aku harap cerita ini dapat memberi iktibar pada yang baru nak ‘up’ sebagai student.

Aku bekas pelajar kolej terkemuka dan popular di kuala lumpur pade mase itu. Tahun 2010. Aku ambil course hotel management. Kehidupan aku macam biasa sebagai seorang student. Pagi pergi class, petang balik. Bermacam kawan yang aku jumpa. Datang dari pelusuk negeri. Aku sendiri datang dari selatan tanah air.

Kisah bermula apabila aku mula mengenali seorang student lelaki, dari luar semenanjung. Cukup aku gelarkan dia Ijat. Dia pendiam and tak ramai kawan. Kitorang duduk di satu kondominium yang sama, dia tingkat 10 dan aku tingkat 8. Kami kerap makan bersama serta rakan yang lain. Pergi class bersama. Suatu hari, Ijat ada memberikan aku seutas gelang tangan hitam. Gelang pattern seperti itu sangat digilai budak muda seperti aku pade waktu tu. Dan aku menerima kerana aku anggap ia satu trend. Aku pakai di kaki.

Bermula kisah seram dengan gelang pemberian kekasih aku itu. Aku tidak pernah menanggalkan nya walau seketika. Sejak aku pakai gelang itu, hati aku terlalu rindu yang melampau pada Ijat. Tidak bertemu dia satu hari boleh bikin hati aku kacau. Siang malam berkepit. Sampai tak ada kawan lelaki yang nak tegur aku. Sedangkan sebelum ini semuanya okey, aku seorang yang friendly.

Senang bertegur sapa dengan orang. Bila sendirian, aku rasa tak keruan, rasa bilik yang aku tidur gelap walaupon siang. Ke mana aku pergi macam ade yang ikut. Pernah aku nampak kelibat berbulu yang besar duduk tercangak di belakang pintu mase aku sorang dalam bilik. Kawan yang lain ke class. Aku cuba call Ijat konon nak bagi hati aku chill, dia cakap tak ada ape lah, khayalan aku je.

Pernah sekali, aku dah balik daripada class petang. Stay lah dalam bilik. Ade yang ketuk pintu bilik. Aku bukak, roommate aku si Wani. Muke masam masuk bilik. Aku syak gaduh dengan boyfriend dia tak pon train delay. Dia terus baring atas katil dia. Tidur. Aku biarkan sampai malam.

Dalam pukul 10 aku keluar turun bawah, tapau nasi lemak dekat kedai mamak. Terserempak dengan si Wani tengah berjalan nak naik bilik. Eh, aku tegur bila kau turun? Dia cakap ape? Aku baru balik class ni. Train delay 2jam. Habis yang balik pukul 7 tadi siapa? Yang kat atas tidur siape? Yang stay dengan aku daripada pukul 7 sampai pukul 10 kat dalam bilik tadi siapa? Tak jadi tapau aku menebeng kat kedai mamak tu dengan Wani. Cerita yang jadi. Biru muka masing².

Esoknya aku rasa curiga dengan gelang pemberian Ijat ni. Sejak pakai rase macam ada bodyguard. Aku tanggalkan. Dan macam biase aku jumpa Ijat. Dia boleh perasan yang aku tak pakai gelang tu. Padahal aku pakai seluar panjang. Dalam hati aku kate, mamat ni ade mate ke kat kaki? Dia marah² suruh pakai. Yang bodohnya aku pon pakai balik. Lepas kejadian tu hidup aku bertambah huru hare. Ijat semakin control life aku. Ape aku buat dekat kolej mesti dia dapat tahu. Macam ade cctv kat mate dia. Duduk discuss dengan member lelaki sekelas pon kena marah.

Aku tak boleh tahan dengan sikap dia. Aku break off dengan Ijat. Jadik singa dia sekejap. Dia tak boleh terima. Aku balik bilik, buang gelang hitam tu kat tingkap. Dari tingkat 8. Sebab kau lah gelang aku jadi huru hare. Aku mandi,masuk bilik tengok gelang tu ade dalam almari aku. Ish, takkan lah!

Memang aku yang buang gelang tu kat tingkap. Aku takut teramat sangat, sampai roommate aku Wani dan Jaja baca yasin dalam bilik. Kitorang bakar gelang tu. Roommate yang lain dah pelik kenape kitorang buat pembakaran dalam rumah.

Lepas bape hari kejadian tu, aku dengar roommate Ijat cakap Ijat dah berhenti study. Balik negeri dia. Ermm biar lah dia. Aku pon tak nak jumpa manusia spesis dia lagi. Pendiam tapi psiko. Cukup lah aku rase pengajaran yang Allah bagi ni. Silap aku jugak suka hati terima barang daripada orang.

Itu sahaja dari aku. Terima kasih kerana sudi membaca..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Emy
Gelang Kekasih dari Ijat
9.7 (96.92%) 26 votes

9 comments

  1. kesian penulis dpt jumpa ijat yang psiko tu…. siap ada mata2 lagi. lain kali kawan dgn ijat dalam upin ipin ye. hahahahhahah

    1. Aku tak tahu sama ada pelancong yang melancong dalam laman Fiksyen Shasha ini sedar atau tidak?

      Benggolan yang memilih nama “Pengamput” ini — nama ini nama lucah.

      Pengamput masksudnya entot/mengentot — entot maksudnya bersanggama — sanggama maksudnya amput/pengamput — amput maksudnya “jimak” dalam bahasa Arab.

      Aku kadang-kadang perhantian Si Pengamput ini bahasa Melayunya terpontang-panting — kejap-kejap tulis mengikut standard bahasa Melayu Dewan Bahasa & Pustaka — kejap-kejap tulis mengikut bahasa Indonesia.

      1. Boleh jadi.. Tapi aku tak mahu kita bersangka buruk. Cuma kita doakan dia diberi pengajaran atas carutan dia dan yang sama angkatan dengannya. Rimas betul banyak lucah kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.