Gerbang Alam Dimensi Gunung Ledang.

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih Team FS kerana masih sudi menyiarkan kisah yang saya hendak kongsikan dengan anda. Semoga kita semua di bawah lindungan serta keberkatanNya dan tidak mengalami kejadian sedemikian rupa.

Kali ini saya hendak kongsikan kisah ketika sesat di Gunung Ledang.Agak pendek dan ringkas ceria ini kerana saya tak lama berada disana berikutan ration habis sebab sesat. Kejadian berlaku pada tahun 2003 dan ketika itu saya masih sedang menadah ilmu di sebuah institusi pengajian di Melaka.Begini kisahnya..

Awal minggu itu batch kami satu dorm amat teruja dan happy sebab akan pergi bercuti selepas habis exam pada hari Khamis yang cuma berbaki 2 hari saja lagi. Trip kami terbahagi kepada 2 kumpulan,satu jenis yang nak sampai ke puncak(geng hiking) dan kedua adalah team saya jenis yang nak santai dan rilek dalam hutan ambil pengalaman katanya.

Maka sampailah hari tersebut, kami bertolak dari Pekan Jasin yang waktu ketika itu port lepak hanya di Waterfront saja. Selesai isi perut kami bergerak dan 2 van membawa kami ke lokasi. Van yang bawa geng hiking naik dari Sagil tapi saya dan geng santai naik dari Asahan. Time ni bukan semua ada handphone sebab time ni simcard starter pack pun masih mahal yang amat lagi ye. Oleh itu jangan memang ramai yang tiada handphone kerana kami bukan anak orang-orang LOT..

Sesudah kami sampai, segala kelengkapan barang disusun dan ration dikira sekali lagi untuk pastikan semua teratur. Geng saya ada 8 orang dan kami buat roll call untuk pastikan semuanya kami kenal masing-masing. Diantara petua yang saya gunakan sebelum memasuki hutan, saya amalkan baca Al-Fatihah 7x, Ayat Kursi 7x, 3 qul 7x, ayat Nabi Sulaiman A.S. Mulakan dengan langkah kanan dan semasa menapak patikan tumit jangan cecah tanah lebih kurang dalam 20 tapak sambil zikir Laila haillAllah(mana yang mampu).

Oleh kerana kami geng santai, setiap kali penat kami akan berhenti makan.Maklumlah kebanyakan semua debab-debab dalam geng ni. Untuk pengetahuan pembaca, kalau ke G.Ledang akan jumpa banyak denai-denai yang dibuat manusia . Pastikan jangan sesat dan teliti mana satu denai yang betul. Jika nampak orang pakaian hitam dan jalan seorang diri, jangan tegur. Kebanyakan di sana pergi bertapa menuntut ilmu. Karena mengikut kisah-kisah lama dan keramat di sinilah terletaknya salah 1 dari 7 kerajaan alam bunian di nusantara(jangan percaya 100%). Di gunung inilah yang dikatakan Hang Tuah bertapa sekembalinya dari Indonesia untuk menuntut ilmu menundukkan keris Taming Sari. DI gunung Ledang ini ada dua belah pecahan ilmu. Yang putih dan hitam, jika anda salah pergi untuk bertapa dan terasa inginkan kitab zabur dari alam ghaib kurniaan raja jin sana , silalah ke sana namun hati-hati dengan ilmuan yang kita tak pasti.

Balik pada cerita tadi, kami menyusur denai untuk ke puncak dan kerap berhenti bila penat. Salah seorang dari kami tiba-tiba bersuara, weh! jalan ni kita dah lalu tadikan? asal pokok yang sama je aku nampak ni ??? korang x perasan ke ape,penat dah ni. Kami semua berhenti dan diam, cuba mengamati suasana keadaan sekeliling apa yang berlaku. Ketua kumpulan kami suruh diam dan mencangkung kami pun follow arahannya.Baru kami perasan yang tiada satu bunyi pun yang kedengaran di sekeliling kecuali bunyi nafas kami sahaja.

Ketua kami memberikan arahan letakkan beg memasing perlahan-lahan dan duduk dalam bulatan, makai kami pun buat seperti disuruh dan mula mengambil posisi. Kapten mula berbicara”shhh, ini bukan kawasan yang aku familiar. tak pernah aku cam dan lalu kawasan ini”.Kita dah kena main dengan diaorang, kita lawan dan jangan takut sebab kita bukan nak kacau sesiapa.

Ketua kami mulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan 3 qul.Kami pun follow,masa tu mata saya dah melilau cari sesuatu di sekeliling. Mengikut petua ilmu hutan, jika sesat cuba cari sesuatu yang ganjil atau abnormal yang jarang orang perasan atau nampak jika nak cari jalan keluar. Ketika ini saya ada membawa 7 batang jarum sebagai persediaan jika keadaan begini berlaku untuk iktihar jika sesat .Saya keluarkan dan mula membaca zikir Nabi Yunus A.S semasa mengira bilah jarum itu dalam jumlah yang salah. Sedang-sedang saya mencari sesuatu yang ganjil, ketua kami arahkan supaya semua tutup mata dan jangan buka selagi dia tak arahkan. Semua tutup mata, selang beberapa minit kami dengar bunyi tapak kaki akan sesuatu menghampiri dengan dengusan nafas yang kasar dan kuat. Dalam kepala otak saya cuma berdoa,janganlah binatang buas ke yang dekat. Biarlah hantu atau manusia, kalau binatang buas maknanya al-marhum lah kami semua.

Saya yang curiga akan bunyi apa tu, gatal nak buka mata tengok sebab tak puas hati dengar bunyi je(padahal time ni takut). Saya buka mata sikit dan ternampak ada sesusuk tubuh berpakaian hitam seperti pendekar memegang tombak. Mukanya tak hodoh tetapi bengis yang amat macam anak perempuan dia kena perkosa, lebih kurang begitulah. Di belakang susuk itu ada mengikutinya binatang apa saya tak tahu dan pasti. Tapi badan seakan gajah, leher panjang mendatar, kaki ada 4 dan satu pendek,berkepala kuda dan ada tanduk kecil macam badak sumbu di tengah-tengah kepala. Benda ni mengelilingi kami yang sedang duduk dan tutup mata, tiba-tiba susuk lelaki itu menghentak tanah dengan tongkat tombaknya dan satu bunyi ngauman seperti harimau kami dapat dengar. Lantas susuk tadi dan binatangnya hilang dari pandangan mata saya. Ketua kami pun bagi arahan dah boleh buka mata. Saya perasaan semua orang berpeluh lencun termasuk saya sebab takut agaknya.

Ketua cakap, kita asyik lalu jalan sama saja sebab penghuni situ marah kita lalu denai yang melepasi kawasan kampung mereka. Kita dah terkacau tempat yang tidak sepatutnya.Susuk itu suruh kita berpatah balik dengan menyusuri jalan tadi dalam 15 langkah nanti akan sampai ke tempat yang last kita berhenti.Juga benda tu beri amaran dan pesan akan adab jika nak masuk Gunung Ledang.berikut adalah dialog antara mereka.

Ketua : siapa kau?
susuk : aku pengawal di sini
ketua : kenapa kau nak kacau kami dan apa salah kami?
susuk : kamu semua kacau kawasan kami, ketua aku mengarahkan aku jumpa kalian.
ketua : apa yang kami kacau? kami tak buang sampah merata, buat bising dan tidak mengambil barang sesuka hati dalam hutan ni.Apakah yang kau mahu?
susuk : kalian semua telah memasuki sempadan kampung kami, ketua ku ingin tahu apakah kalian mahu membuat onar?
ketua : Apa kau lihat kami bawa senjata untuk membuat onar? kami cuma pendaki yang ingin menikmati ciptaan Allah swt yang indah ini.Apakah agama kamu dan ketua kamu?
susuk : kami meyembah Allah swt yang Esa dan mengakui Nabi Muhammad s.a.w pesuruhNya sama seperti kalian yang aku dengar sedang membaca ayat-ayat suci dari Al Quran.
ketua : Jika begitu, kau dah tahu niat kami maka jangan ganggu kami dan kami tak akan ganggu kalian. Kami cuma tidak tahu mana yang laluannya betul. Jika kalian terganggu akan perjalanan kami, aku dan rakanku minta maaf. Tapi jika kau terus mahu menutup jalan keluar dari pandangan kami, akan kami lawan dengan mohon pertolongan Allah swt.
susuk : baiklah jika itu niat kau dan tiada mudarat pada kami, maka aku tak akan ganggu perjalanan kalian.Pergilah kalian berpatah menyusuri laluan ini sebanyak 15 langkah dan nanti akan kalian ketemu laluan keluar.Lagi sekali ini amaran aku berpesan pada kalian manusia lain supaya jangan mengganggu tempat kami, kerrana sesungguhnya keturunan kami telah lama tinggal di tempat-tempat sebegini semenjak sekian lama. Jangan membuat onar dan kacau serta adab yang kurang ajar.

Lepas kami dengar bunyi hentakan tombak dan ngauman seakan harimau, barulah ketua kami suruh kami bangun dan pimpin kami ke jalan keluar.Ketika kami menemui jalan keluar dengan Izin Nya, barulah kami perasaan bahawa waktu di jam dah menunjukkan hampir 7 petang. Maknanya kami sesat lebih kurang dalam 5 jam juga. Masing-masing penat dan berehat isi perut dulu. Kami makan habis bekalan dan ketua cakap malam ni kita bermalam disini, esok pagi kita akan gerak balik terus sebab ration dah habis dikerjakan oleh kami.

Malam itu kami bermalam dan gangguan agak kurang cuma terdengar beberapa hilaian gelak ketawa yang menemani kami serta bau-bau masakan yang enak. Kapten cakap, kalau bau,dengar atau nampak apa-apa ini semua cubaan. Jangan tegur dan ambil peduli. Malam itu kami tak tidur lena sebab berjaga takut-takut ada binatang yang datang menyinggah.

Alhamdulillaah, kami berjaya mengharungi keadaan malam itu, selesai subuh kami pun mula bergerak turun dan diizinkanNya sampai ke laluan keluar.Dalam alam Allah swt ini ada makhluk lain yang wujud selain kita(bukan alien)tapi ciptaanNya yang dari bukan tanah. Kita bukan takut tapi menghormati sesama makhluk seperti juga binatang. Jagalah adab kita dan jangan sewenangnya mulut tu berkata bongkak dan sombong bila berjalan atas bumi Allah swt ini.

Sekian,
Wassalamualaikum wbt

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq
Gerbang Alam Dimensi Gunung Ledang.
7.9 (79.44%) 71 votes

22 comments

      1. kalau yang remeh temeh macam lot,lord atau load pun boleh dibahaskan…itulah keunikan dan kelebihan masyarakat kita..terbaik boss ku…

        fyi : lot bahasa melayu, sebab orang kaya2 je duduk tanah lot atau corner lot.loaded tu istilah inggeris..anyway cik memang hebat thumbs up

  1. Aku pun pernah kena game kt gunung ledang. Masa tu aku dibwa balik ke kg mereka. Lps 2 hari kt situ aku dh xtahan nk balik rmh tp dorg xbg aku balik. Jadi tindakan yg aku ambil ialah aku start rogol semua perempuan kt kg tu termasuk ratu mereka. Dorg pun sampai xleh tahan dan hantar sy balik. Agak2 anak sy dh brp ramai kt kg tu.

  2. Baca ayat Qur’an masuk ‘rumah’ orang lain, serupa kita bawak machine gun dan menembak sesiapa sahaja.

    Cukuplah sekadar bismillah dan niat di hati, kita ni tumpang lalu nak beriadah. Baca ayat macam2 tu buat depa marah ada la 🤦

    1. terpulang pada pemahaman masing2 nak pendinding atau x..sebab elok prepare dari xde apa2..kan jin syaitan dan iblis penuh tipu daya..rasanya x salah nak baca ayat Quran..namun itu hak cik nak baca atau x…tq

    1. itu petua yang dia suruh buat sebab bukan semua yang boleh tahan jika lihat bentuk dan rupa makhluk lain..jadi untuk mengelakkan seseorang histeria, kena lah tutup mata cik.. tq

    1. elok kita kaji karajaan abadi Allah swt dan mcmmana nak ke sana dari kaji kerajaan bunian..maaflah saya x layan sangat nak cari2 alam kayangan ni..sekadar pengetahuan am sahaja sebab bukan kayangan yang akan kita bawa ke sana nanti..

      wallahua’lam

  3. Tengah baca saya dah boleh agak tulisan & pengalaman saya. Bila sampai ke perenggan akhir, ya betul. Hasil kiriman tuan Syed.

    Banyak pengalaman dan ilmu tuan. Bertuah rasanya jika diberi kelebihan dapat melihat mahluk alam sana.

    1. tinggi sgt tu tuan untuk saya yang bodoh, xberilmu, jahil dan serba kurang lengkap penuh dengan khilaf,ujub,takbur dan riak..semua milik Dia tuan..tiada apa yang saya boleh claim milik saya..dariNya,keranaNya dan kuasaNya…tengok makhluk alam sana bukan kelebihan tapi lebih kpd dugaan

  4. area pekan jasin memang dulu ada waterfront dgn stesen bas je tampat lepak. dapat lepak situ dah dikira budak2 up la kununnya . aduii rindu betul. btw penceritaan best. mohon cerita lagi pada masa akan datang.

    1. waterfront, stesen bas, pasaraya Sakan, ni la tempat2 aku setiap kali outing asrama kat Jasin dulu.

      kalau rasa berduit sikit, pegi makan KFC. kalau tak, pegi pasar malam je dkt area kedai Avon (kalau tak silap). haha.

      1. weh kfc tu dulu tempat budak up lepak. memang dah rasa kaya dah kalau lepak situ hahahha. outing asrama? sekolah mana dulu? smk iskandar shah ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.