Kelihatan kelibat toyol-toyol berwarna hijau melangkah masuk ke dalam gua. Lipur Lara menyusun hasil ‘tangkapan’ toyol-toyol itu di satu tempat. Inilah hasil pencarian yang digunakan oleh Lipur Lara, untuk mengisi perut sendiri, dan ‘tanggungan’ syaitan-syaitan yang dia ada di situ. Suri hanya sekilas memandang, tidak mempedulikan apa yang sedang tuan dan anak-anak buahnya sedang lakukan. Tiba-tiba, Lipur Lara membaling sebungkus plastik ke arah Suri. Suri hanya menangkap mudah dengan tangan kirinya, tanpa perlu berpaling.
“Darah segar, untuk kamu. Nasib baik aku tidak lupa makanan baru kamu ini. Tu, toyol nombor tiga tu yang carikan. Ucap terima kasih kepada dia,” Lipur Lara seraya berkata kepada Suri, melihatkan Suri seolah-olah tidak faham dengan apa yang diberikan.
“Manusia?” soal Suri. Darah manusia yang diidam-idamkan, semenjak ‘hidup’ semula sebagai makhluk puaka. Seolah-olah menyerupai pontianak. Penuh dendam dan keinginan berdarah.
“‘Puasa’lah dulu nak, bukan senang nak dapat darah manusia. Toyol tu bukan ada kuasa nak bunuh manusia pun. Di hospital, curi peti bank darah? Kamu mahu darah sebarangan di sana?”
“AKU MAHUKAN DARAH NATRAH!” Suri mula berang keinginannya amat sukar dicapai.
“Natrah pun belum tentu ada dalam pertarungan itu nanti. Kau mahu cari dia di rumah sekarang? Ayuh, pergilah. Aku nggak menghalang. Tapi, bila aku suruh diam di sini, kamu harus pulang. Bagaimana?”
Sedang mereka berbincang, tiba-tiba datang dua susuk manusia dari arah pintu gua. Busroq memberi isyarat dengan menghantar angin kuat ke dalam. Tiada langkah tambahan daripada Busroq, hanya mengundur diri ke arah Lipur Lara. Bisikan dari angin terdengar dengan perlahan, menyebut nama Adam dan Wasir.
“Selamat datang ke gua impian kalian. Hahahaha!” Lipur Lara cuba berseloroh ketika menjemput kedua-dua tetamunya.
Adam segera menerkam Busroq. Tangan kemas menyekik lawannya itu. Bersiap siaga untuk mematahkan leher makhluk ular berjubah yang penuh muslihat. Dendam lama berdarah kembali. Usai mencekik, Adam merasakan lehernya juga dicekik dari belakang. Bahunya dihimpit tangan sesuatu. Lehernya keras ditusuk kuku hitam yang tajam. Telinganya menangkap suatu suara yang keras, memberi amaran.
“Busroq, milikku! Kau juga milikku. Berani kau bersekutu dengan manusia untuk menentang aku? Kau berdua sama sahaja. Akan aku patahkan leher kau berdua untuk santapan aku!”
Busroq mencelah,”Aku berdarah sejuk, darah aku penuh bisa. Mati aku dimakan darah, kamu juga turut mati, sayangku Suri. Heheheh~”
“Waduh, waduh. Gawat bener gini. Kalian harus bertenang. Kita rakan sekutu, usah bergaduh. Ayuh, ke mari semua. Kita selesaikan apa yang utama, kemudian sengketa kalian kita selesaikan selepas itu. Mari, mari,” Lipur Lara cuba meleraikan persengketaan yang nyata boleh merosakkan rancangan mereka. Diajaknya berbincang. Pekat loghat Indonesianya ketika bertutur. Wasir hanya tersenyum. Dia sedari tadi, hanya melihat pergelutan makhluk bertiga, yang saling benci membenci. Dia kemudiannya bersalam dengan Lipur Lara, tanda persahabatan baru dalam mencapai matlamat yang diingini. Setelah reda, Lipur Lara meneruskan bicaranya.
“Baik. Kita sudah berlima. Di sini, aku masih bimbang, ada di antara kalian yang akan berpaling tadah. Menumpahkan darah antara satu sama lain. Jadinya, lihat pada lembaran kertas ini. Aku mahu kalian serahkan darah pada tangan masing-masing, calitkan di sini. Kita buat perjanjian berdarah, bermula di sini, sehingga tamatnya perang. Jika ada yang engkar, maka dia akan diseksa sampai mati oleh sihir aku.”
Busroq menggigit tangan sendiri. Maka, darah mula mengalir, tumpah ke atas kertas berupa fabrik seperti kain ronyok. Lipur Lara memulakan bacaan mentera, seraya dibakarnya isi di dalam kemenyan. Gua mula diselubungi bau yang tengik dari bekas kemenyan itu, dan aura yang menyeramkan mula menyelubungi di sekeliling gua. Dengan tertumpahnya darah bisa Busroq, datang satu makhluk berjubah penuh hitam. Berdiri di belakang Busroq, seolah-olah penjaga yang memerhatikannya jika dia membelot nanti. Maka, makhluk berjubah inilah yang akan menjatuhkan hukuman kepada pembelot yang menjadi jagaannya kelak.
Suri menghiris pula lengannya dengan kuku tajam. Darah dibiarkan meleleh, tumpah ke kertas itu. Menurut sahaja apa yang telah Busroq lakukan. Maka, timbullah makhluk berjubah baru di belakang Suri. Hal itu berterusan kepada Wasir dan Adam. Semuanya memandang tepat kepada Lipur Lara. Adam membuka bicara.
“Kamu, tidak turunkan darah kamu di sini? Bagaimana kami mahu percayakan kamu, jika perjanjian ini tidak melibatkan kamu?”
“Aku sudah awal-awal lagi turunkan darah di sini. Apa kalian ingat aku pembelot seperti kalian? Lihat pada makhluk di belakang kamu. Itu semua makhluk pujaan darah aku. Lihat di atas kertas. Ada lima darah semuanya di situ.”
Benar, Lipur Lara sudah awal lagi menurunkan darah, sebagai seruan kepada sihir yang lebih besar. Kini, mereka berlima terikat pada satu perjanjian berdarah. Jika berpaling pada janji ini, maut akibatnya.
“Jadi, selamat datang kepada kamu, Adam dan Wasir. Aku akan terangkan misi dan rancangan perang kita. Maklum sekalian, kita mempunyai dua musuh. Manusia biasa, dan makhluk bunian.”
Adam meningkah,”Manusia berdua itu mudah sahaja untuk dihapuskan. Kita perlu lebih tumpukan kepada si bunian di Kampung Tinggal itu. Biar kita takluki tempat itu, aku mahukan takhtanya.”
Lipur Lara tertawa dengan kata-kata Adam. Adam mengangkat kening sebelah, seperti tidak memahami kenapa dia ditertawakan.
“Aku lebih bimbangkan manusia. Cetek akal kamu, jika merendah-rendahkan mereka. Jika kamu ingat hanya dua orang sahaja akan datang menentang kita dari pihak manusia, jangkaan kamu meleset sama sekali. Mereka berempat. Dua lagi daripada darah daging yang sama.”
Wasir mencelah,”Siapa? Raykal Danish dan ibunya?”
“Nggak. Bukan mereka. Ada satu darah kacukan, ada saka lagi. Satu lagi, adiknya berlainan bapa. Mereka juga sedang berlatih, untuk perang ini. Empat semuanya,” ujar Lipur Lara.
“Apapun, kita tidak perlu tumpukan serangan pada manusia di sana. Kita akan menggempur tanah tumpah lahirnya kamu, Adam. Medan perang kita, di Kampung Tinggal. Jika manusia mahu turut serta, maka mereka perlu ke sana untuk bertempur. Pertarungan di dunia sebenar, tidak menguntungkan. Pasti ada gangguan daripada makhluk-makhluk di sini. Bukan main banyak lagi jin-jin akan mengambil kesempatan.”
Adam dan Wasir bersetuju, lalu mengangguk. Kemudian, Lipur lara menambah lagi kenyataan.
“Adam, aku tahu kamu ada pengikut apabila turun ke dunia nyata baru-baru ini. Panggil mereka, akan aku sihirkan menjadi kebal. Biar ada 11 pahlawan kebal di kalangan kamu. Keris mereka juga akan aku perasap, untuk menambah kekuatan dan semangat pada besi-besi itu.”
“Baiklah. Sebenarnya, aku ada 11 pahlawan yang turut serta. Jika perancangan kita berjaya, Salafus Luqman,pengikut rapat aku, akan aku tabalkan sebagai orang kanan diraja. Dia juga turut berada di dalam kalangan 11 orang pahlawan bunian yang bersama aku untuk menyertai perang di pihak kita.”
“Baiklah. Lebih ramai, lebih bagus. Tapi, aku akan kekal di sini semasa kalian berada di kampung bunian itu. Aku akan mengerahkan ‘syaitan-syaitan’ peliharaan kamu dan menyeru dari sini untuk membantu kalian. Jangan risau, aku tidak akan berpaling tadah. Aku juga ada dalam perjanjian berdarah kita.”
Wasir ketawa puas. Busroq dan Suri, senyum menyeringai. Adam dan Lipur Lara, saling bertentang mata. Kedua-dua mereka masih ragu-ragu dengan pakatan bersekutu mereka. Namun, buat masa sekarang, itulah harapan dan peluang yang ada untuk dia mencapai matlamat utamanya, menghapuskan raja sekarang di kalangan manusia, dan mengangkat dirinya sendiri sebagai raja. Dia tidak tahu, jauh di sudut hati, Wasir juga masih mengimpikan takhta yang sama. Namun, Wasir hanya menurut buat masa sekarang, memandangkan dia memerlukan sekutu untuk mencapai tujuannya juga. Masing-masing gilakan kuasa. Lipur Lara gembira. Mereka semua mempunyai matlamat besar, dan itulah menjadi pemangkin Lipur Lara. Untuk melihat manusia dan bunian bersengketa antara satu sama lain. Dia tiada kepentingan yang jelas dalam pertarungan yang bakal berlangsung, tetapi dia sukakan situasi itu. Lipur Lara, pencetus sengketa antara mereka.
***
Hari itu, persiapan dilakukan sebaik mungkin. Sehari lepas, sudah terjalin perkahwinan antara Fahmi dan Syaza, adik Natrah. Dengan sekali lafas, Syaza sah menjadi isteri kepada ‘kekasih’ kakaknya sendiri. Ikatan sah sebagai suami isteri itu direstui oleh kedua-dua pihak mempelai. Hari ini menjadi hari yang penting. Fahmi dan Syaza sebagai raja sehari.
Minji turut hadir bersama Ren ke majlis perkahwinan tersebut. Dia gembira, bagi pihak adiknya itu. Walaupun baru berkenalan selama empat tahun, hubungan darah mereka masih utuh. Minji memeluk adiknya, kegembiraan. Fahmi, bagaimanapun, agak kekok dengan layanan mesra Minji. Sedangkan dia sendiri tidak begitu mesra dengan kakaknya, sejak pertemuan pertama mereka lagi. Namun, Minji masih Minji, menyayangi adiknya itu, walaupun baru kenal empat tahun. Fahmilah ahli keluarganya yang terakhir yang dia kenali. Puan Mastura sudah meninggal, begitu juga dengan ayah kandungnya.
Hadirin sudah sedikit reda pada pukul 3 setengah petang. Ren, bersama Fahmi, sedang menikmati rokok masing-masing di belakang dewan perkahwinan. Fahmi, seperti Ren, sudah mampu melupakan cinta masing-masing terhadap Natrah. Hari ini, Munsyi datang berseorangan. Dan itulah yang terbaik bagi Fahmi dan Ren, supaya mereka tidak menumpukan perhatian kepada isterinya itu. Natrah hanya tinggal di rumah bersama Raykal Danish dan anak bungsu mereka, Indah Nadia.
“Kau ikhlas, bersama kakak aku, Ren?” Fahmi memulakan bicara, mengharapkan jawapan jujur daripada Ren.
“Kenapa, kau risau aku permainkan hati dia?” balas Ren.
“Aku hanya ada dia dalam dunia ini yang penting bagi aku, sebagai keluarga.”
“Kau jangan risau. Sampai mati aku akan jaga dia. Saka dia, bakal kami tamatkan nyawanya. Tapi aku mahu kau tahu, perang masih akan terletus di dunia lain. Dan aku setuju untuk kau turut serta, dan mempelajari ilmu yang aku dan Munsyi pelajari. Aku harap, kau tidak halang Minji untuk turut serta. Dia juga aset bagi kita, manusia biasa.”
“Kalau dia dan kau ditakdirkan mati di sana?”
“Maka, cinta kami akan ke syurga, insyaAllah. Minji juga Islam, sejak lahir. Dia hanya perlukan bimbingan yang lebih arif, untuk mengenali Islam yang dia tidak didedahkan sejak lahir. Kau yakin dengan aku, Fahmi?”
“Ya, aku yakin dengan kau. Tapi, pastikan kakak aku pulang selamat selepas perang nanti,”ujar Fahmi, separuh berharap, separuh mengugut Ren. Ren hanya tersenyum.
“Itu tanggungjawab kita berdua untuk pastikannya.” Fahmi mengangguk, tanda setuju. Fahmi juga telah mula berlatih ilmu-ilmu daripada Ren, untuk turut serta dalam persediaan berperang di alam lain.
“Kenapa kau setuju untuk kahwin, sedangkan hayat masih belum diketahui selepas perang nanti?” duga Ren. Dia ingin tahu, kenapa masih diteruskan perkahwinan dengan Syaza, sedangkan potensi untuk Syaza menjadi janda, amat tinggi selepas perang itu nanti.
“Aku mahu tahu, jika aku mati nanti, masih ada yang menangisi pemergianku,”ujar Fahmi ringkas. Dia mahukan kasih sayang, lebih daripada yang lain. Natrah tidak tercapai, setidak-tidaknya adiknya dapat meraikan cinta antara mereka. Sekurang-kurangnya, ada yang menangis, bila dia tiada nanti.
“Amboi, yakin betul kau ya. Entah-entah, habis edah, dah kahwin lain dia nanti.” Kedua-dua mereka ketawa besar. Ren, masih sempat berseloroh, dalam kerisauannya yang tersendiri. Mereka perlu bersedia, termasuklah Minji. Namun, Minji masih bertungkus lumus menentang sakanya yang sendiri. Ada kah dia perlu diketepikan daripada barisan pahlawan manusia nanti? Semua itu bergantung kepada keadaannya bila tiba masanya nanti. Dia juga sayangkan Minji, takut-takut perang itu meragut nyawa kesayangannya.
***
Tiga hari kemudian. Ren bertafakur di sebelah Munsyi, di rumah Munsyi. Mereka ada misi pada malam ini. Hanya mereka berdua akan ‘pergi’. Walaupun tidak dijemput, mereka perlu ke sana untuk menentukan sama ada perlu untuk berperang sesama sendiri, atau bersekutu menentang lawan yang sama. Ke mana? Kampung Tinggal. Mereka perlu berjumpa dengan wakil di sana, untuk berbincang berkenaan perang yang bakal meletus tidak lama lagi.
Mereka berbaring di atas tilam, lalu hilang di dalam mimpi. Natrah, sebagai pembantu, meneruskan bacaan zikir, menghantar ‘roh’ mereka ke kampung bunian itu.
***
Langkah mereka terhenti di pintu gerbang Kampung Tinggal. Dua pahlawan bertombak, menahan kemaraan mereka.
“Kalian tidak diraikan di sini. Berundur, atau risiko mati di sini!” jerit pahlawan berani itu. Mereka sedia maklum, dua manusia di hadapan mereka itu manusia biasa, yang telah melangkah ke kawasan larangan. Bahkan, kedua-dua pahlawan itu sangat kenal dengan Ren, manusia yang pernah menjejakkan tanah ke Kampung Tinggal ini.
” Kami tidak perlukan keizinan pahlawan rendah seperti kamu, untuk hadir di sini dan berjumpa dengan raja kamu. Turunkan tombak, jika sayangkan hidup kamu,” Ren menggertak pendirian pengawal berdua itu. Dia sedia maklum, kedatangan mereka tidak akan sia-sia. Secara lembut, atau secara berkasar, itu adalah pilihan pengawal tersebut. Ren dan Munsyi akan tetap mara walau apa cara sekalipun.
“Turunkan pertahanan. Biarkan mereka masuk. Aku akan mengiringi mereka ke dalam. Jemput masuk, saudara Ren dan Munsyi.” Salafus Salleh tampil ke hadapan. Mereka akhirnya diterima masuk, tanpa pertaruhan darah. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga, Ren dan Munsyi dilarang membawa senjata. Hanya diri sendiri. Mereka setuju. Mereka datang dalam keadaan sedia maklum, mereka akan menghadapi kesemua halangan di kampung itu dengan tangan kosong. Senjata mereka selama ini hanyalah imaginasi bila perlu, bukan sekarang.
Mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat khas. Raja Iskandar, cengkung, tidak cukup tidur, duduk di kerusi emas di hujung meja. Kesemua wakil keluarga turut hadir. Mereka seolah-olah di dalam mesyuarat yang tegang. Salafus Salleh mengambil tempat di hujung pintu bilik mesyuarat, berdiri, selepas menjemput Ren dan Munsyi duduk di tempat mereka.
“Kau rupanya, menjadi waris raja. Sudah matikah pak long?” Kata-kata Ren sedikit menyinggung wakil-wakil keluarga yang lain. Perkataan ‘mati’, bukan ‘mangkat’, dianggap mereka sebagai biadap kepada raja yang telah pergi. Seorang daripada wakil cuba untuk menjawab, tetapi dihalang oleh Raja Iskandar.
“Ya, aku sekarang sebagai pengganti. Kau tidak mahukan takhta ini, kan? Apa salahnya aku sebagai yang lebih layak dan mutlak, untuk meraih takhta ini,” ujar Raja Iskandar, sambil menunjukkan ke arah takhta raja di atas kepalanya. Ren tersenyum hambar. Sia-sia usaha ibu mereka untuk melindungi abangnya itu.
“Ren, mari kita berganding tenaga. Kita mempunyai musuh yang sama. Syaitan yang bakal menyerang kampung kami.”
“Musuh kamu akan menyerang kampung kamu. Bukan menyerang kami. Kenapa kami perlu mengambil risiko untuk mempertahankan tanah yang tiada kaitan dengan kami?”
“Kerana mereka mahukan darah kamu juga. Jika kami gagal dalam pertarungan ini, mereka akan pergi ke sana, membunuh kamu pula,” jawab Tun Masyhoor, wakil cabang keluarga Mustafa. Wakil bunian yang lain turut mengangguk, tanda setuju.
“Kamu hanya mahu menakut-nakutkan kami. Sedangkan, tindakan kalian tidak memberi keyakinan kepada kami untuk bersekutu dengan kalian,” tingkah Munsyi.
“Maksud kalian?” soal Tun Masyhoor. Dia tidak mengetahui, bahawa Raykal Danish yang menjadi banduan di situ, adalah anak kepada Munsyi.
“Kamu ada peluang untuk berbaik-baik dengan kami, dengan segera memulangkan anak kecil, anak aku, sebaik sahaja kalian menghukum Adam. Namun, kalian ‘menyimpan’nya di sini, menyebabkan dia sudah hilang sentuhan kepada dunia asalnya. Dia juga, sudah lupa siapa ibu bapanya, terima kasih atas perbuatan kamu semua. Jadi, aku tidak akan setuju untuk bekerjasama dengan kalian. Kalian, tiada beza dengan syaitan yang berdengki dengan kami.
Raja Iskandar berang. Pendirian mereka jelas. Mereka bencikan bunian, kerana banduan yang ditahan mereka. Raja Iskandar cuba bangun. Ternyata, dia uzur akibat perbuatan Adam. Juga akibat tidak mampu tidur dengan cukup, dek kerana gangguan misteri dan mimpi-mimpi ngeri dalam tidurnya. Dia tidak mampu bersama dengan Permaisuri Salju, seolah-olah dia dihalang oleh kuasa sesuatu, untuk menyentuh isteri ‘halal’nya itu. Permaisuri Salju tahu, itu perbuatan Wasir. Yang dahagakan takhta, dahagakan cinta permaisuri ayu itu. Wasir sentiasa bersedia untuk menyeksa Raja Iskandar dari jauh.
“Baiklah, bajingan. Kamu di sini hanya berdua. Apa kata aku penggal sahaja kepala kamu berdua sekarang, supaya senang urusan kami di kemudian hari,” gertak Raja Iskandar.
“Hinanya kamu, cuba mengugut semurah ini. Mahu bunuh kami, bunuhlah. Kami tidak akan gentar dengan ugutan murah kau, Iskandar.” Ren sedia maklum, siapa lelaki di hadapannya. Lelaki yang tidak berpendirian, hanya tahu mengambil peluang secara helah. Semenjak mengenali Iskandar, dia tahu, Iskandar akan cuba sedaya upaya, untuk mengambil apa sahaja yang dia mampu, untuk memuaskan hati. Sikapnya, amat sesuai dengan kaum bunian yang dia terajui sekarang. Matlamat menghalalkan cara. Dia yakin, jika Iskandar hidup di dunia, harta ibu bapa Ren akan menjadi targetnya, bila kedua-dua ibu bapanya meninggal kelak. Sebab itulah, Ren bersyukur, Iskandar telah pergi jauh daripada keluarganya. Pacat yang tidak mengenal tempat sendiri, getus hati Ren.
“Salafus Salleh. Bawa mereka pergi. Aku benci melihat mereka di sini lagi. Kami mahu teruskan mesyuarat, kamu berdua berambus. Kita jumpa sahaja di medan perang nanti. Sediakan batu nisan untuk ditanam di sini kelak. Baik untuk kamu agar kubur sentiasa bernama,” ujar Raja Iskandar, mengejek. Dia sudah tenggelam dalam dunia bunian. Keangkuhannya terserlah.
Ren tersenyum, lalu berjalan pergi bersama Munsyi. Salafus Salleh mengiringi mereka menuju ke pintu gerbang tadi. Munsyi berasa geram. Tiada penyesalan dan permohonan maaf daripada Raja Iskandar, atas apa yang telah berlaku terhadap Raykal. Dia berazam untuk menarik nyawa Raja Iskandar, dengan tangannya sendiri. Membunuh di dunia lain, tidak akan dihukum. Itulah yang menjadi matlamat baru Munsyi, membunuh abang rakannya sendiri.
“Dia cukup berbeza dengan perwatakan kau, Ren. Sangat angkuh. Berlagak raja, sedangkan dia hanyalah manusia biasa.”
“Jangan samakan aku dengan dia. Ayahnya, seorang pembelot, jauh lebih teruk daripada dia. Sebab itulah perangai sebegitu.”
“Macam mana kau kenal ayah dia?”
“Dari cerita mak aku. Suami pertama mak aku. Memang jenis sedikit angkuh, tetapi berani. Perangai menduakan isteri, sama sahaja dengan perbuatan dahulu. Meninggalkan isteri untuk kesayangan baru, padahal bukan manusia pun. Bunian juga yang dicari. Bodoh.” Ren berjalan tanpa memandang pahlawan pengawal pintu gerbang. Mereka berdoa seketika, lalu hilang dari pandangan Salafus Salleh. Salafus Salleh, berasa kesal. Pencapaian sepakat gagal dicapai. Dalam hatinya, mereka berdua sepatutnya menjadi aset kampung itu. Mereka, baginya, sangat hebat. Dia saksi kehebatan dua pemuda itu, ketika pertarungan di padang tandus suatu ketika dahulu.
***
Fahmi duduk di jendela. Menikmati minuman yang telah disediakan isterinya. Syaza, dalam baju pijama satin, telah tidur di katil dalam bilik. Fahmi sedang memikir masak-masak, apa yang perlu dia beritahu Syaza, agar wanita miliknya itu akur untuk melepaskan dia pergi untuk berperang. Syaza lena, selepas mereka bersama sebentar tadi. Fahmi sukar untuk meninggalkan isterinya, memandangkan Syaza sememangnya seorang yang manja, dan memerlukan kasih sayang. Lebih-lebih lagi, mereka baru sahaja berkahwin. Sukar untuk mencari jawapan untuk berhujah dengan kekasihnya itu.
Dia membuka mesej daripada telefon bimbitnya. Daripada Minji. Minji, kini, sudah mampu berbahasa Melayu. Mereka berhubung melalui mesej, dalam bahasa ibunda. Bait ayat Minji, amat terkesan buatnya.
“Jangan turut serta, adik. Biar kami uruskan apa yang patut kami uruskan. Minta jaga diri baik-baik. Jaga isteri kamu. Sekurang-kurangnya, ahli keluarga kita masih ada waris. Kakak tidak penting buat keluarga. Kamu perlu teruskan hidup, sayangku.”
Fahmi mengeluh panjang. Dipandangnya isteri kesayangan di dalam bilik. Tiba-tiba, angin bertiup kuat di jendela itu. Fahmi memandang ke hadapan semula. Makhluk jijik bermata besar, berbau tengik, bergigi tajam, bertenggek di atas palang jendela di hadapannya. Menyeringai, mengeluarkan air liur yang luar biasa banyaknya. Bersedia untuk menyerang. Fahmi melompat bangun, bersedia untuk azan, agar dapat menghadapi makhluk jijik itu. Fahmi tidak gentar. Itu bagaikan ujian baginya.
“Tidak perlu berasa terancam, Fahmi. Aku hanya mahu berbincang.” Muncul suara dari atas bumbung. Susuk tubuh manusia mula terbang ke bawah, terapung di sebelah makhluk jijik itu, betul-betul di hadapan Fahmi. Siapakah gerangan manusia yang ‘melawat’ di tengah malam ini?
“Siapa kamu, celaka?” Fahmi berang. Dia amat terkejut dengan kunjungan tidak berjemput itu. Dia bimbang, isterinya bakal dicederakan.
“Aku Lipur Lara. Sudah lama aku perhatikan kamu. Sejak Suri datang kepadaku, untuk menyihir rakan sendiri. Itu, kakak isterimu, menjadi mangsa Suri. Aku ada pesanan untuk kamu, lelaki malang,” Lipur Lara mengenalkan diri. Kedatangannya berhajat, bukan semata-mata melawat musuh yang bakal dihadapi kemudian hari.
“Apa yang kau mahu daripada kami?”
“Oh, mudah sahaja. Suri kini masih hidup, dia mahukan darah Natrah sebagai galang ganti, dendam yang tidak kesampaian. Aku pula ada matlamat aku yang ingin dinyatakan kepada kamu.”
“Apa dia? Aku tidak berurusan dengan syaitan seperti kamu.” Lipur Lara ketawa besar di dalam keheningan malam itu. Urusan yang akan diusulkannya, pasti tidak mampu Fahmi tolak. Dia masak dengan permainan hati manusia. Dia sudah lama bermain-main dengan hati manusia. Sedangkan hati Suri yang keras dapat dilembutkannya, inikan pula Fahmi yang tiada apa-apa baginya.
“Celaka kau, Lipur Lara! Apa yang kamu mahu?!”
“Bertenang. Aku cuma mahu kau tahu, aku mahukan saka kakakmu. Aku akan tarik sumpahan saka itu untuk kamu, dengan syarat,” ujar Lipur Lara, mencuba untuk ‘memancing’ minta Fahmi dalam perjanjian itu.
“Apa syaratnya?”
“Mudah. Kau dan Minji tidak menyertai perang ini. Pertarungan yang bakal berlaku, tidak memerlukan pertumpahan darah daripada ahli keluarga kamu. Kamu hanya perlu melihat sahaja bagaimana kami selesaikan manusia yang menjadi penghalang kepada matlamat kami. Malah, kami selesaikan masalah kamu dan kakak kamu. Masalah saka itu. Kami akan jaga saka itu baik-baik, mewakili kamu. Bagaimana?”
Fahmi terdiam. Memang itulah hajat besarnya. Melepaskan Minji daripada gangguan saka. Tawaran yang cukup bermakna, dan sukar untuk ditolak. Lipur Lara menaiki makhluk jijik di sebelahnya, lalu mereka mula terbang tinggi. Mula berlalu pergi.
“Fikirkan tawaran ini. Ingat, tawaran ini tamat, sebaik sahaja kamu ceritakannya kepada Shahrin dan Munsyi. Aku tidak hargai hidup manusia dan makhluk yang tidak tepati janji, seperti mana seksa hidup emak kamu. Sanggup lari ke negara lain untuk selamatkan diri? Kuasa saka lebih kuat daripada itu. Gangguan saka itu takkan berakhir begitu sahaja. Masakan Mastura pulang ke Malaysia, jika dia tahu dia akan selamat di negara asing. Dia pulang, kerana dia tahu, dia terpaksa patuh dengan perjanjian saka itu. HAHAAHHAAHAH!”
Barulah Fahmi maklum. Perjanjian saka itu termeterai, atas usaha sama jin tersebut dengan ahli keluarganya. Penderitaan anak perempuan di dalam keluarganya, rupa-rupanya angkara saka, dikehendaki oleh manusia di hadapannya tadi. Fahmi berang. Dia tidak tahu untuk buat apa. Dia pasti, jika dia terima perjanjian itu, maka dia akan bermain dengan perjanjian syaitan sekali lagi. Seperti mana janjinya kepada Busroq, untuk menyiapkan lukisan padang tandus sebagai lokasi perang suatu masa dahulu. Perjanjian yang hanya menguntungkan satu pihak. Fahmi diserang rasa bersalah terhadap Ren dan Munsyi, jika undur diri dan setuju dengan Lipur Lara. Namun, dia turut rasa bersalah untuk menolak, kerana itu akan membuatkan Minji tetap sakit dek kerana saka berbulu itu. Dia serba salah. Manakah yang menjadi keutamaannya?
***
Lipur Lara kembali ke hutan simpan itu, puas hati. Di pintu gua, kelihatan sebelas pahlawan sedang menanti. Dia ketawa besar. Nampaknya, Adam berjaya memujuk mereka untuk menggunakan kuasa sihir. Malam itu, Lipur Lara bakal sibuk. Dia perlu ‘mengebalkan’ pahlawan-pahlawan di hadapannya, juga senjata-senjata mereka. Dia sanggup. Mereka seperti melangkah ke hadapan selangkah mendahului pihak manusia yang kucar kacir dengan mainan hatinya, manakala bunian terkebelakang akibat gagal mencapai persetujuan dengan pihak manusia. Dia puas. Mereka bagaikan menang sebelum berperang. Wasir hanya melihat dari jauh, di dalam gua. Dia berasa kemenangan masih 50/50, kerana dia telah membuat kesilapan. Dikhuatiri Raykal Danish turut serta dalam perang ini. Raykal juga mempunyai pendamping kuat, dek kerana Wasir yang ‘hadiahkan’. Malah, dia ada ilmu kebal, sekuat Wasir. Wasir bimbang, dan rasa bersalah. Dia telah menguatkan barisan serangan pihak manusia. Namun, dia pendamkan itu semua tanpa pengetahuan Lipur Lara. Khuatir dipersalahkan kelak.
Suri berdiri tegak di atas pokok di luar gua. Dia berkira-kira untuk keluar dari ‘sangkar’ ini, lalu memburu Natrah dan Fahmi. Dia hanya mahukan itu, bukanlah yang lain. Namun, dia akan mengundang kemarahan Lipur Lara, jika belot dan berpaling daripada perang ini. Dia perlu turut serta, agar mereka menang. Dia mahukan peperangan dimulakan segera, supaya dia dapat menghantui Natrah yang dibenci. Mengetap bibir penuh dengan gigi tajam, Suri tanpa sedar membuatkan bibir sendiri berdarah. Dia kemudiannya, menghisap darah itu. Memakan darah sendiri, sangat pelik dilakukan. Tetapi, dialah Suri, tiada apa yang mustahil baginya. Kemarahannya dilepaskan dengan hilaian kuat, menakutkan pahlawan-pahlawan bunian di pintu gua itu. Malam itu, kejahatan menang lagi. Mendahului perang dingin sebelum perang sebenar yang bakal berlaku.
***
계속 (Bersambung)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://www.facebook.com/gongpal.hakbon.7
Geng2 kesunyian mane? kesian btl kt dieorg tak laku sampai nak merenyam kat dlm FS ni. Kalau nak menggatai bkn kt sini. Some of us ada kt ruangan comment sbb nak baca experience org lain* So kalau asam keping dh gatai sgt tu, pegi la beli dildo. yg jantan pulak lorong hj taib berlmbak pondan, p la ride
Tahla…dok balas2 komen smpi bgun lewat la tu..kesunyian sgt agaknye mengadap je komen kat FS ni smpai tertido katenye. Muntah hijau aku tengok terkuit2 komen x membina tu. Aku igt aku je rase kemerenyaman dorang ni, ko pon rase Mail…
Nk pm inbox xleh jdi kena la merenyam dlm Fs ni.yg jantan bkn main tukar gmbar sana sini sbb jadi pujaan.si tiara tu yg acah2 meroyan tergila2 kan jantan2 tu sebenarnya mcm nak menganjing je.hahaha.aku igtkan pmpuan je jenis kemaruk pujian.sama naik lelaki pun
kalau tak suka tak semestinya menegur. Tapi kalau dah rasa melampau tegurlah secara berhemah. Bahasa yg digunakan biarlah beradab dan bersopan. Bukan apa… macam ada yang cakap.. readers dekat sini ada bermacam golongan. Yang kurang akal (budak), yang baru berakal (remaja), yang berakal (dewasa) & yang lebih berakal (elit). Jadi bahasa seeloknya biarlah universal. Tak salah menegur tapi kalau cara teguran kasar penerimaannya juga negatif.
**KEPIMPINAN MELALUI TELADAN**
#itsmyopinion
Betul tu Maira, saya setuju!
#BahasaMenunjukkanBangsa
#MenegurBiarlahBerhemah
#TakPerluGunaBahasaKasar
#GoWithTheFlow
#BeCOOL~!
Ade je teguran elok2.tp dh jenis merenyam x ingat dunia ni mna nk lyan teguran elok2.bila dh kena hambur ngn teguran x beretika bru nk celik mata gamaknya.Ko ni ok sikit sbb mtk d tegur elok2 sbb nmpk jgk ko ni bleh d tgur.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan DIAlah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
I tak terlibat. It’s my opinion….
#donecomment!!
mintak sgt2 ye. next time jgn komen2 macam ni. bukan apa maillll, u mengganggu i nk baca komen2 lain yg lagi bernas.
Mokcik pon perati je 4 5 ore, kemain demeee. Bagi je no telipong kan sonang??? set2 mu tak penat ko menaip panjang2?? Naik juling bijik mato mokcik menengoknyerrr…. Udah2 ler… Jange jadi birah sgt…. set2 mu dah la tepek gambo masing2…. komen apo yg patot udahlerrrr. Inilah budak2 zaman sekarang. Pantang ditego. Sekali lagi mokcik nampak. Siap sore2. Mokcik cili2!
makcik bawang oh makcik onion~ hahahahaha janganlah marah makcik oiiiii
Nice story #Gongpal~ Terjawab sudah tiap persoalan yang ada di minda, thanks anyway~
Rajinnye Asyifiona.. dah habis baca. Hihi Maira tak sempat nak baca lagi siri #Gongpal… banyak tertinggal..
Hahaha betul la Maira, addicted betul to this Fiksyen Shasha. Especially writer macam #Gongpal ni la. Dah habis baca sedari awal, tak pernah missed langsung every stories. Follow dia kat Facebook dia juga. Hehe jalan cerita dan watak2 dalam cerita dia ni pun dah hafal dah. Siap mempersoalkan kemana hilangnya watak2 lama. 😀 Terlebih sudahhh~ 😀 Tak sabar tunggu pengakhiran cerita ni, kalau novel dah lama saya beli. hehe #Penantian1Penyeksaan
OMG seriuosly?!!… bace short review Asyifiona… Maira pula yg teruja.. kena start baca gongpal sekarang jugak.. hahahah… btw tQ.
Yes seriouslyyyy!!! Saya baca dari mula~
http://fiksyenshasha.com/gongpal-siri-bercakap-dengan-sesuatu-skype/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-siri-bercakap-dengan-sesuatu-jangan-redha/
Yang ni awal kisah dia~ Cepat2 baca~ 😀
http://fiksyenshasha.com/gongpal-dendam-suri/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-dendam-suri-takdir-pertemuan-berdarah/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-dendam-suri-iii-akulah-adam/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-dendam-suri-iv-rahsia-di-sebalik-lukisan/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-dendam-suri-v-tewas/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-dendam-suri-vi-aku-bukan-kamu-kamu-bukan-aku/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tuntutan-berdarah-epilog/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tuntutan-berdarah-haji-jalal/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tuntuan-berdarah-iii-pengkhianatan-tahap-tinggi/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tuntutan-berdarah-iv-pemberontakan-yang-nyata/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tuntutan-berdarah-v-madah-berhelah-busroq/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tiga-penjuru-prolog/
http://fiksyenshasha.com/gongpal-tiga-penjuru-siri/
Penulis mesti seorang yang kreatif dalam kehidupan sebenar. Daya imaginasi yang diolah dengan tersusun dan dihamparkan menjadi kisah yang menarik, buat pembaca ternanti-nanti. Tahniah #Gongpal ?
Setuju..sbnr nye aku kurang gemar baca setori mcm ni..tp bile baca gongpal pny setori aku tertarik dgn ayat2 die..cara penceritaan senang nak faham..
#gongpal continue pliss??????
Betul
Hahaha..ko lg..komen selain ‘betul’ pliss..?
My favorite story. Tak penah mengecewakan. Kalo ada buku ni dah lama aku pegi beli. Tak puas lak baca sikit2 macam ni.
Kipidap ????????
#gongpal cerita terbaik macam biasa..
cpt submit chapter bru..
rse2 macam raykal join skli perang ni…
harap2 fahmi kekal pendirian jgn termakan kata penglipur lara tuh..
knp la raja iskandar jd mcm tuh…
#gongpalanakgirlkeboy
#Gongpal – Dapat anak boy or girl??
Bro gongpal always cenggini.. Salute
**Aku tgh bz dengan mak aku.. Malam sikit la baru aku join para KW..
**Don’t worry bebeh u got my attention
Anak mak~ 😀
Abaikan mereka..kahkahkah
Wah!! impress ngn S&K
**Don’t worry bebeh u got my attention** (siapakah gerangan yg dimaksudkan..jeng~jeng~jeng~)
Beb mana u?
Tiara tunggu u komen kenapa takde?
???Tiara miss you sayang.
Best. .Sentiasa follow gongpal ???
daebakkk bro gongpal ~ as always cerita memang best & tak mengecewakn.next story please ~
dapat baby girl or boy?
Bro #Gongpal, kalau ada next story atau idea baru, why not bro publish kan karya dalam bentuk novel. Baru puas baca. ?Kemas jalan cerita & senang nak fhm. Kipidap bro!