Gugur

GUGUR

Pangsapuri Baiduri, Shah Alam- 2016 (TINGKAT 10)

Aku tengah duduk sambil menghadap laptop, buat assignment macam biasa. Aku kerling ke arah jam di laptop aku, ‘12.52am’. Aku macam biasa kalau buat assignment memang suka buka tingkap luas-luas bagi angin malam masuk, sejuk kan best lah. Lagipun rumah aku tingkat 10 jadi lagi kuat lah angin. Seronok ambil angin sejuk malam. Aku balik kelas pukul 6 petang tadi dan terus tidur sampai ke malam jadi memang tak keluar bilik langsung. Jam 9.35 malam aku bangun tidur mandi dan terus buat assignment. Jangan tanyalah kenapa aku tak maghrib, biasa lah bendera merah. Tapi tak elok juga sebenarnya tidur di waktu maghrib. Bak kata orang tua, waktu-waktu panas.

Sedang aku leka buat kerja, aku terdengar dari tingkap bilikku. Suara itu seperti perempuan sedang menangis, sayup-sayup suara tangisannya. Terkejut aku, lantas kepala ku toleh ke arah tingkap tapi tak ada apa-apa, angin pun tak ada. Tiba-tiba rasa sunyi gila bilik, aku cuba nak buat tak endah nak ambil earphone sambil nak dengar lagu. Seram sebenarnya, berdiri jugak la bulu roma aku.
Mana tidaknya, boleh pula dengar perempuan nangis malam-malam buta.. Tak kan la jiran pulak yang menangis mendayu macam tu. Aku memang tahu sebenarnya benda apa yang menangis tu kalau bukan ‘CIK PON’ Memang belakang pangsapuri ni hutan, tapi student suka parking belakang sebab pangsapuri kami ni memang tersangatlah limited parking. Ramai je yang selalu nampak benda tu terbang, Menangis dekat balcony rumah diorang. Ada yang siap kata nampak muka berdarah-d***h , terkopek kopek dimuka. Haih NGERI!

Tengah selongkar beg cari earphone, eh dia menangis lagi. Sayup je suara dia. Macam teresak sikit, pastu sambung mendayu. Aku toleh pandang tingkap lagi, tak ada apa pun masalahnya. Aku buka youtube kat laptop cari ayat-ayat ruqyah dan buka kuat-kuat.
Tiba- tiba aku dengar macam dekat dapur bising dengan bunyi kelentung-kelentang, pastu kerusi macam “krekkk’ orang seret nak duduk. ‘Asal la dorang ni malam-malam masak bising sangat. Tarik kerusi pun tak reti perlahan sikit ke’ getus hati aku.
Aku buka whatapps, Scroll kebawah cari whatapps group budak rumah. Niat nak marah. Terlupa sekejap kes yang kena kacau dengan ‘CIK PON’ tadi

*The baidurians group*
Erra: Salam, korang ni pehal bising sangat malam-malam ni?Saya ni tengah nak buat kerja. Tau lah lapar takyah la bising sangat. Tarik kerusi tu slow sikit. Sorry lah sound tetibe macam ni, tapi agak bingit jugaklah sebenarnya. Mintak tolong jangan bising sangat ya lagipon dah malam nanti jiran marah kang.
Aku mengerling ke laptop ku, jam menunjukkan pukul 1.00 pagi tepat. ‘Ting’ whatapps masuk.
Dada aku naik turun bila baca dari notification sahaja. Rasa nak nangis weh !
Kak Emma: Waalaikumsalam Erra, kiteorang semua dah balik semalam. Kiteorang cuti sem dah. Kunci tak pintu pagar? Dah mangga ke semua pintu dik?
Alin: Aah la kak, semua dah balik. Akak biar betul kak? Kunci pintu tak? Bahayanya..

Berderau d***h aku. Allah aku sorang rupanya dari siang tadi. Maknanya roomate aku pun dah balik la juga .Aku fikir diorang keluar ada assignemnt group ataupun memang lambat sebab lepak. Menggeletar satu badan aku.
Pertama aku dah tersentap kenapa semua balik tak bagitahu aku. Budak rumah aku semua UITM, aku seorang je student UNISEL dalam rumah tu. Sepatutnya bagi lah tahu kot nak balik ke, cuti ke apa ke ni biar aku sorang-sorang dekat rumah.

Kedua, ada orang jahat ke? Setahu aku, aku balik tadi kunci dah rumah mangga dah. Aku pun memberanikan diri membuka pintu bilik, masa buka pintu bilik, rasa angin menerpa muka aku kuat gila. Aku pun keluar bilik aku pergi buka lampu diruang tamu. Buka je lampu aku terkejut, sliding door kat balcony terbuka luas. Ni nak cerita, sliding door rumah kiteorang ni memang jarang bukak, bukak pun sikit je sebab keras dan boleh muat-muat badan kiteorang je , untuk sidai baju ke tu jelah. Memang tersangatlah limited untuk buka. Roller bawah tu memang tak makan sangat, guna minyak apatah baru boleh slide senang. Tapi, korang mesti faham kenapa aku terkejut. Macam mana boleh terbuka luas? Sedangkan seingat aku masa aku balik kelas, sliding door tu memang tertutup rapat.

Aku tengok meja makan kerusi elok je tak bergerak pun. Aku gi check dapur, tengok kerusi hitam yang kiteorang guna untuk sidai baju kat balcony boleh ada kat tengah- tengah dapur sedangkan last memang kat balcony. Berdiri terus bulu roma aku. Aku pun lari masuk bilik, kemas-kemas barang. Telefon kawan aku yang study satu unisel juga yang tinggal block lain. Aku siap-siap tak tutup lampu apa terus keluar rumah. Check phone banyak whatapps masuk dari budak rumah. Ahh nantilah, yang aku tahu nak lari dulu macam mana sekalipun.

Tergopoh-gapah aku buka pintu kayu, lepastu kena buka pula pintu pagar. Apalah nasib banyak sangat pintu. Dah selesai buka mangga pagar nak kena kunci balik pintu pagar, memang ambil masa aku sungguh. Dah selesai cepat-cepat aku lari ke lif. Tekan butang lif. Nasib masatu lif betul-betul di tingkat 10. Masuk je lif masih lagi kena ganggu. Sampai tingkat 5, lif buka. Aku pun tekan cepat-cepat nak tutup lif. Turun tingkat 4 terbuka lagi. Kiranya sampai ke Ground Floor, lif buka tutup. Dalam hati aku banyak mengucap macam-macam. Baca ayat qursi pun berterabur. Sampai Ground Floor lif buka, aku terkejut ada orang depan lif. Tapi orang tu membelakangi aku. Takut- takut aku nak keluar lif. Sekali orang tu pusingkan badannya, laaa kawan aku rupanya. Terus aku peluk dia. Affeen nama kawan aku. Dia bawa aku ke rumahnya di blok sebelah. Sampai rumah dia aku cuci kaki. Affeen pesan suruh aku terus tidur. Esok baru cerita dia kata. Jadinya malam tu aku tidur di rumah Affeen.

Keesokkan harinya Affeen teman aku pulang ke rumah aku untuk ambil barang-barang keperluan aku untuk bermalam dirumah Affeen. Aku buka pintu rumah, sliding door masih terbuka. Angin kuat menerpa kami. Aku memberi salam dan terus ke sliding door. Cuba nak tutup, tolak dengan segala kudrat. Affeen membantu aku. ‘Kreekkk kreek’ bunyi geselan di sliding door. Memang sangat susah nak tutup. Kami cuba sedaya upaya dan akhirnya kami dapat tutup dan kunci sliding door. Kerusi yang berada didapur aku letak dipintu belakang berdekatan dapur ada mesin basuh. Selesai semua, aku tutup pintu dapur, aku terus menuju ke bilikku selepas itu untuk ambil barang-barang keperluan. Aku mengerling melihat Affeen, dia sedang duduk disofa sambil membelek telefonnya. Aku membuka almari baju aku, ambil pakaian-pakaian untuk aku salin pergi kelas, untuk tidur di rumah Affeen. Aku ambil pakaian untuk 3 hari, aku lipat sambil masuk kedalam beg galas. Kedengaran bunyi barang jatuh dalam singki di dapur. Aku melihat Affeen bangun ke dapur.

“Kenapa Feen?” Affeen geleng-geleng kepala memandangku.
“Takda apa. Kau cepat sikit kemas barang kau tu.” aku angguk sambil terus masukkan baju secepat mungkin kedalam beg tanpa melipat. ‘Siang pun nak ganggu benda ni’ getus hati aku. Selesai mengemas aku dan Affeen terus keluar dari rumah.
“Bila budak-budak rumah kau nak balik?” Affeen bertanya. Kami sambil berjalan seiring ke lif. Aku menekan punat lif tanda ke bawah.

“Next week, hmm” aku mengeluh.
“Takpelah kau stay je rumah aku untuk sementara waktu.” Aku hanya anggukkan kepalaku. Aku pelik, selama ni aku tak pernah kena gangguan seperti ini. Selama setahun lebih duduk situ, memang orang-orang yang tinggal di baiduri ni selalu cerita pasal kisah “Cik Pon” la Gula-gula la. Tapi sekalipun aku tak pernah kena kejadian-kejadian ni. Kalau nak diikutkan kami dirumah selalu solat dan mengaji. Cuma sejak kemasukan ahli baru yang lain adalah 2-3 orang jadi pelik sikit. Atau memang ada kene mengena dengan diorang ni ke?

Nota: ada sambungan kisah gugur ni. Ada sebab nama cerita ni gugur. Saya akan buat sambungan. Cerita ini kisah benar bedasarkan pengalaman diri saya sendiri dan ada pengajaran dari cerita ini. Kalau cerita ni dapat sambutan saya akan sambung….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Gugur”

  1. I tahu cerita ni, and i think for those yg pernah duduk lama dekat baiduri mesti pernah kena kacau or dengar orang menangis. my roomate once pernah tegur time kita orang study tengah malam, my roomate tu macam blur2 sikit bab ni so bila dia dengar org nangis dia pi cakap ‘kenapa nangis tu, gaduh dengan bf ke?’ The problem is bunyi orang nangis tu kat balcony atas rumah kita orang and our house at level 10 (paling atas). so bunyi orang nangis tu atas bumbung la kan. hmm terus tutup buku masuk bilik and semua berkumpul dalam satu bilik. Kawan yang lagi sorang baru balik rumah tapi tak bawa kunci tekan loceng semua takut nak keluar sebab sliding door tak boleh nak tutup sebab rosak takut benda tu terpacak depan sliding door tu. Last2 kawan kitaorg yang kat luar tu yg kena kacau. dia pi tunggu kat tangga and lubang tangki yg kat atas siling tu tak tutup dia pi tengok and nampak la benda tu duk senyum kat dia. dia terus lari pi rumah sebelah kitaorg (student unisel jugak) minta nak masuk.

    Reply
  2. yang duk baiduri mostly memang kena kacau dengan benda tu sbnrnya. even kwn i yg duk block lain pun kena gak. lagi2 yang selalu buat mcm2 kat rumah tu lagilah benda ni suka kacau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.