Gunung puaka

Hai semua. Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman saya dan rakan-rakan semasa ekspedisi menaiki sebuah gunung ( tak boleh mention dekat sini. Siapa yang tahu tu diam-diam jer lah  )

Okay , saya teruskan.. Hari pertama memang excited sangat-sangat , lagi-lagi saya. Ye lah kan nama pun baru pertama kali ikut sekali pergi naik gunung.. tanpa pengetahuan, cuma ikut je sementara free lah kan daripada tak buat apa-apa.

Hari dah senja , jadi kami decide nak buka khemah jer.. and esok sambung. Tengah tolong kemas kemas , tiba tiba tempat kami nak buka khemah ni berembun.. sorang pandang sorang , tak nak cakap banyak , kami teruskan juga memasang khemah.. angin sepoi sepoi malam tu , bunyi alur sungai memang kedengaran.. memang kami memilih untuk memasang khemah berdekatan dengan sungai jadi nanti senang nak mandi atau gosok gigi ke apa ke kan..

Lupa pulak nak bagitahu , kami ni berempat.. Tiha , Julie , Hania dan saya.. mereka bertiga ni berpengalaman sangat bab naik gunung ni.. Lagi-lagi si Hania.. Hania ni kuat agama.. Suka tengok si Hania ni.. sopan jer orangnya dan suka baca al-quran dimana-mana , al-quran tu memang tak lepas lah. Dia akan bawa dan simpan dalam beg dia.. untuk pengetahuan, , si Hania ni tak pernah pakai handbag , dia hanya akan pakai beg no mather what.. Haha.. Dia lah mak dan kakak kami.. Kami berempat ni kawan sekampus dan memang rapat.. Jadi dipendekkan cerita , kami semua dah siap dirikan khemah dan sediakan unggun api.. Kami pun berkumpul di tengah-tengah berdekatan unggun api sambil makan keropok dan bercerita mengenai ujian akhir bulan depan kecuali Hania.. Hania tengah baca al-quran dalam khemah.. Perasan juga lah seperti ada angin-angin yang lalu lalang tapi bunyinya seolah-olah suara perempuan yang sedang menangis.. kami terus terbangun dan duduk sebelah Hania..

Hania agak terkejut dan tanya “ Haihh korang ni kenapa ? Bukan main gelak tadi aku dengar kenapa sekarang tiba-tiba sunyi sepi jer ?” Sambil tu membuat muka blur.. Aku pun jawab Hania “kau tak dengar ke bunyi tu ?”. Lalu Hania menjawab “Ni hutan , memang perkara biasa bagi aku. Mak bapak aku pesan , kalau dengar benda yang pelik , lagi-lagi menyerupai manusia jangan sesekali tegur dan iman kena kuat. Jangan tinggalkan solat itu penting tau.” Aku pun mengiakan apa yang Hania cakap. Yang lain pun diam jer.

Jam tangan aku dah menunjukkan pukul 12 malam. Masa ni mereka bertiga dah tertidur kecuali aku. Tiba-tiba masa nak terlelap , aku terdengar bunyi loceng.. ya loceng kaki.. Aku teringat kata-kata Hania petang tadi.. Jadi aku biarkan aje.. Makin aku pejamkan mata , makin dekat bunyi loceng tu.. Dan si empunya loceng kaki tu seperti tahu yang aku belum tidur dan semakin aku biarkan semakin aku terasa seperti sesuatu mendekati aku.. Tempat tidur aku paling tepi sekali dan berdekatan dengan tingkap khemah.. Masa tu aku menjerit kerana ternampak seorang perempuan memakai baju tradisional dan terserlah dia memakai sanggul.. Aku tahu apa yang aku nampak , mata dia tajam melihat aku.. Seolah-olah dia marah dengan aku.. Jeritan aku membangunkan ketiga rakan-rakanku.. Akhirnya aku menangis dan peluk Hania.. Sambil tu Hania membaca ayat suci supaya aku tenang.. setelah beberapa minit keadaan mulai tenang , aku pun tukar posisi dengan Hania.. Aku ingatkan semuanya selesai disitu sahaja tetapi tidak..

Jam menunjukkan pukul 3 pagi , tiba-tiba selimut kami berempat ditarik serentak.. Jelas mata aku terlihat sosok yang berdiri diluar tingkap itu adalah orang yang sama tapi kali ini lebih menggerunkan.. Hania berkata jangan panik dan berdoa.. Kami pun ikut dan aku masih lagi bergementar , berpeluh dan ketakutan.. Masa tu aku hanya ingin balik dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan pada esok harinya.. Kami semua setuju untuk balik esok pagi..

Tidak habis disitu , selang lebih kurang 30 minit kejadian tadi berlaku , kami sekali lagi diganggu.. bunyi hentakan kuat diluar khemah membuatkan kami berempat terkejut dan terdiam.. bunyi seperti ada benda jatuh tepat diatas khemah kami.. Hania menyuruh kami membiarkan sahaja dan jangan pedulikan benda tadi.. sekali lagi bunyi hentakan tadi makin kuat tapi kali ini bukan hentakan disebabkan benda jatuh tetapi hentakan tangan diluar khemah.. Hania mengeluarkan al-quran dan membaca ayat-ayat suci.. Setelah habis membaca , keadaan mula sepi dan kami pun tertidur tanpa mana-mana gangguan lagi..

Pagi menjelang , kami pun segera mengemaskan apa-apa yang patut dan terus balik.. Dalam perjalanan balik , kami berempat tidak mengeluarkan satu patah ayat pun.. Keluar sahaja dari tempat itu, barulah kami berasa sangat lega dan decide untuk tidak bercerita mengenai kejadian yang mengganggu kami sepanjang berkhemah disitu.. The end..

Plus cerita : Saya google juga lah mengenai tempat tu , lama juga hati nak tergerak nak tahu.. setelah 3 tahun mengalami hal tersebut.. dan saya dapati gunung tersebuti mempunyai banyak sejarah hitam… hmm ok itu sahaja dari saya , sekian terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yani

2 thoughts on “Gunung puaka”

  1. Assalamualikum …
    menarik gak la ..ceritanya …
    cuma bagitahu jer lah gunung apa,tempat mana bukan terbakor pon …
    lagipun kisah ni ..seolah nak memberi peringatan kepada pembaca yang kaki naik gunung-ganang ni kan ..
    jadi bolehlah elakkan atau buat persediaan jika ingin melangkah ke gunung tersebut …
    kan ..👍

    Reply
  2. Ha ha betul, tak faham kenapa nak sembunyi2 bila buat cerita. Ada pantang larang? Takut orang pergi? Takut orang kenal? Sebab popular artis ke?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.