Hantar Benda Sebab Dendam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..firstly nak ucapkan tq kat admin sebab dah publish cita aku yang lepas. Dan secondly aku mintak maaf sebab bahasa aku nih tak bapa nak cantek hehe yelah sebab selalu ponteng kelas so tatabahasa aku mungkin berterabur sikit..

Sebenarnya benda ni baru ja jadi 2 hari lepas..baru sangat jadi masih segar di ingatan..okay pendekkan cita..aku sebenarnya berkongsi bilik dengan 4 orang iaitu maktok, adik no.3, adik bongsu, dan sepupu aku (dia anak susuan mak aku jadi dia jugak adik aku) bilik aku ni bilik tambah sebab maktok tak leh move on dengan bilik lama kami kat depan…sebab banyak kenangan manis dia dengan arwah tokwan aku..okay kembali pada cerita, bilik yang kami tambah ni kat tepi tapi belah belakang..memang laluan dia lah..okay aku ni memang jenis yang suka nyanyi mana ja aku pegi mesti nyanyi, kat dapur, bilik mandi, ruang tamu, masa basuh baju dan sebagainya..

Jadi nak di jadikan cerita petang tu dalam pukul 4 lebih aku duduk kat bilik aku sorang sorang sebab adik adik aku dah pegi padang main bola (adik beradik terdekat semua laki aku ja anak dara dalam rumah ni yang lain semua teruna)..

Walaupun hari siang bilik aku ni gelap sikit yalah sebab cat warna kelabu gelap and bilik aku macam dorm (macam kat asrama tu) dan ada 3 katil.. King untuk maktok ngan adik aku yang bongsu. Queen untuk adik adik aku yang dua orang tu dan single untuk aku..Jenis aku ni suka duduk sorang sorang dan aku suka bergelap entah kenapa tapi aku memang tak suka cerah cerah..orang bukak lampu aku tutup balik..jadi macam biasa aku duduk dalam bilik buat hal sendiri bukak lagu kuat kuat..

Tiba tiba aku dengar orang ketuk pintu bilik macam nak roboh..masalahnya pintu bilik ni tak pernah berkunci kecuali masa aku ngusik adik adik aku..aku pun dengan berani bangun dari katil maki hamun sebab ingat adik adik aku saja nak cari gaduh (budak budak kan memang suka gaduh) masa bukak pintu tu tak ada sapa aku ingat dah cabut tak apala..

Lepastu aku duduk kat katil balik..duduk tak sampai 10 minit aku layan lahu kegemaran aku, aku bau hancing aku ingat kucing aku membuang hadas dia (ya aku bela kucing dalam bilik) jadi aku pergi tandas nak cuci hadas dia tu.. pastu masa aku kat tandas tu ada 1 kelompok darah kat lantai dan sekali lagi aku maki hamun sebab aku ingat darah adik aku ka apa ( adik aku suka main benda yang bahaya sampai luka merata ) aku hangin bukan sebab apa aku baru cuci ja bilik air masa tuh..

Jadi masa aku cuci balik darah tu dengar pintu bilik terbukak..so aku pun marah la ngan nada kasar aku tanya kat ‘orang’ yang masuk tu “ nih sapa yang masok bilik yaq tak reti nak cuci ni takdak otak ka takdak akai “(ya aku kuat bebai dan bahasa aku agak kasar) memang naik angin aku masa tuh tapi ‘orang’ tu tak balas..aku geram aku baling segala benda yang aku pegang terus aku kuar bilik air..

Depan bilik air ada almari..belakang almari ada katil aku.. Jadi hujung kepala katil ada satu almari yang ada cermin, jadi bila kuar bilik air memang boleh nampak katil aku, jadi masa aku kuar tu aku nampak ada ‘orang’ baju hitam duduk kat birai katil sambil tunduk, tapi tak nampak muka…aku jalan perlahan lahan sebab dah rasa tak sedap hati..masa aku terpasang niat nak blah keluar dari bilik tuh dia toleh kat aku sambil kata ‘takut ka sayang, bukan tadi marah ke’ dengan lenggok yang agak manja tapi sanagat menyeramkan..

Bayangkan muka yang tak ada mata..mulut penuh ulat..kat bahagian mata dia tu ada cacing apa aku tak tau duk keluar masuk…Ya Allah…Nak tercabut jantung aku masa tuh tak ada kekuatan lansung nak lari. Jadi aku ambil keputusan untuk pejam mata dan baca apa yang aku ingat masa tu yang lawaknya aku tersasul baca doa makan masa aku dengar dia mengilai, terasa bodoh masa tu.

Lepas 5 minit aku tak dengar suara dia aku bukak mata dengan harapan dia dah tak ada kat katil aku…masa aku bukak mata tu ya memang dia dah tak ada…aku terus lari keluar terus kat padang (rumah aku depan padang ja)..

Aku ingat semua habis kat dalam bilik tapi jangkaan aku terpesong lerr. Masa keluar pi kat padang tuh takdak sapa…padang kosong..jadi aku ingat adik adik aku pi men bola kat padang sebelah, tapi yang sedarkan aku yang aku sorang ja ada kat taman tu sebab aku tengok jam masa tu…jam dah pukul 5.47 pm tapi sorang manusia pon aku tak nampak selalunya pukul 4.30 lebih macam tu semua jiran tetangga kat taman aku nih akan keluar dari dalam rumah, jadi ada yang siram pokok bunga, kami budak budak muda ni akan fly lumba basikal lajak faham faham la yaa, petang petang memang meriah.

Tapi petang tu sunyi tak ada seorang pon walaupun kucing/anjing, taman aku ni rumah aku ngan jiran belah kiri ja islam..start dari umah jiran sebelah jiran aku tu sampai ujung belah kiri suma cina..start dari umah aku sampai ujung belah kanan semua india, jadi paham la taman ni punya gangguan macam mana…bebalik pada cerita, aku kena kacau sekali lagi, aku nampak pompuan kat hujung padang, aku ingt pompuan tu manusia jadi aku pun pi la kat dia, masa dah sampai kat depan dia, aku kat dalam hati aku automatik tersebut ‘WTF mendatang nih lagih’ tak tau pasaipa aku carut kat dia mungkin sebab aku terlalu penat sebab aku tak sihat masa ni, di sebabkan aku dah tak larat nak lari aku duduk kat bawah tuh then aku jerit ‘Allahhuakbar’ kuat kuat..

Dan masa tu kawan aku zarif ( bukan nama betol ) dia tarik baju aku pastu dia maki aku ‘hang awat monyet..duk tak duk jerit sorang sorang..hang nak depa hantaq hang pi tanjung rambutan ka’ dia jerit kat muka aku sempat dia tampar dahi aku…kat dalam hati aku sekali lagi aku carut kat dia…dan guess what masa zarif bawak aku pi kat rumah aku baru aku perasan yang tadi aku duduk kat hutan yang ada kat belakang padang tuh..dan lagi satu baru aku sedar semua orang tengah usha aku…membe aku sorang lagi ni siap ambik video masa aku meracau tuh betuah dapat membe macam nih..dah sampai rumah baru aku cita kat depa semua pasai semua ni..jadi ummi aku terus call abah aku untuk ubatkan aku…

Dan baru sekarang aku tahu yang ada orang cuba nak hantar benda kat aku…tapi tak boleh atas sebab yang hanya family aku ja tahu..insyaAllah kalau ada masa aku cerita pasal keturunan aku pulak..sebab sekarang pun dah pukul 2.16 am…rasa macam ada yang memerhat, seram pula rasanya. Jadi baik aku habiskan kat sini ja…kang aku pulak yang tak boleh tido. Nak bagitahu maaf di pinta jika ada yang tersasul atau nama korang sama dengan watak yang aku letak tuh..mungkin hanya kebetulan, maaf kalau korang rasa tak seram…dan mungkin ada yang rasa cerita aku fake..tu terpulang pada korang nak percaya ataupun tidak…aku cuma berkongsi apa yang telah terjadi dengan aku…

p/s; kita ni manusia biasa takda hak nak hukum orang..jadi sapa yang buat ni semua aku maafkan hang, kalau aku ada buat salah dekat hang tolong bagitau aku dengan cara yang baik bukan cara yang macam ni..jangan sebab dendam hang terpesong jauh dari jalan Allah…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

manja__02
FOLLOW FB KAMI.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.