Hantu Almari 2

Assalammualaikum warga fiksyen shasha. So sekali lagi aku di sini untuk nenceritakan kesudahan tentang kisah “Hantu Almari.” yang aku pernah hantar tak lama sebelum ni..

Maafkan aku kalau cerita aku bersepah sikit,aku sebenarnya belum dapat ‘feel’ nak menulis lagi,maksud aku…aku masih tak dapat ‘mood’ yang membuatkan aku berkobar-kobar untuk menulis disamping aku yang agak busy sekarang.

Tapi aku ada terbaca beberapa komen di laman fiksyen shasha yang aku baca dari google pasal cerita yang aku hantar ni. Ada komen yang tuduh suami aku membela lah…ada yang berlakon jadi aku dan mula buat cerita lucah pasal ‘malam pertama’ lah. Untuk elakkan fitnah tu, aku kembali lagi hari ini untuk menulis sambungannya. By the way, semoga Allah ampunkan dosa yang memfitnah dan yang menyamar tu ye.

Kami pulang ke Tuaran 2 hari sebelum majlis akad nikah dan resepsi dijalankan, jadi kami ada sedikit masa untuk tolong apa yang patut sedaya kami. Ketibaan kami di kota kinabalu disambut oleh bapa tiri suami aku. Sepanjang perjalanan ke Tuaran aku memilih untuk tidur membiarkan suami aku bersembang dengan bapa tirinya. Badan aku letih.

Setibanya kami di perkarangan rumah suami aku. Aku dikejutkan oleh suami aku.

” sayang, bangun…dah sampai ni.”

Terpisat aku bangun sebelum aku buka turun dari kereta. Aku ke bahagian bonet untuk membantu suami aku. Mata aku seakan ternampak satu benda besar dibawah sebuah pokok yang berada di depan rumah. Jenis rumah yang ada perkarangan agak besar. Pokok-pokok berdekatan pagar yang ada besi nipis warna hijau tu. Disebabkan penat aku endahkan je.

Masuk je ke dalam bilik suami aku, aku tengok almari lama dah berganti dengan almari baru. Almari lama tu almari kayu yang masih berkilat-kilat cantik je rupanya. Tapi hmm….Yang baru ni almari biasa yang kita boleh jumpa dekat mana-mana kedai cina sekarang. Kedai pakistan pun ada je.

Aku tak banyak tanya sebab letih, nak mandi pun dah terasa malas memandangkan jam dah tunjuk angka 2 dan cuaca di Tuaran ni sejuk. Tak naklah aku cari masalah mandi malam-malam ni. Menggigil satu malam nanti.

Malam tu aku tidur dengan sangat lena, tak sedar apa-apa atau mungkin memang tak ada apa-apa yang terjadi macam malam yang dulu tu.

Paginya aku bangun bersama suami aku untuk solat subuh, lepas solat kami berpecah…suami aku pergi tolong uruskan hal diluar dan aku tolong uruskan yang di dalam macam packing goodies dan sebagainya. Dalam setengah jam aku sibuk packing goodies tu mama minta aku tolong panggilkan Wan. Katanya nak minta angkatkan periuk dari belakang rumah untuk digunakan nanti. Aku menurut.

Aku keluar dari rumah dan terus berlegar-legar cari suami aku. Dalam tengah sibuk mencari tu mata aku terpandangkan pokok malam tadi. Rupanya benda besar yang aku nampak tu almari lama dari bilik suami aku. Disebabkan takut aku terus pusing ke arah lain meneruskan pencarian sampailah aku nampak suami aku tengah borak dengan saudara dia dari kampung sebelah. Aku skip cerita dekat sini sebab lepastu tak ada apa yang menarik, aku kasi tahu yang mama panggil dia, dan dia terus pergi. Tu je.

Dalam jam 5 setengah macam tu, dah nak dekat maghrib. Orang-orang yang datang menolong beransur pulang ke rumah menjadikan suasana yang agak riuh tadi sunyi. Oh lupa, waktu maghrib dekat sabah awal sikit ye. Jangan terkejut pula aku kata jam 5 dah nak dekat maghrib haha.

Aku duduk didapur membantu mama mengupas bawang, mencuci dan sebagainya memandangkan majlisnya tu lusa. Dalam membantu tu tiba-tiba mama menyoal.

” malam tadi kau tidur dalam bilik tu okey ke?.” soal mama.

” okey je ma…almari tu mana ma?.” aku menyoal, berlagak macam tak tahu.

” almari tu ada mama letak dekat bawah pokok sana. Takkan tak nampak?.”

” oh tak perasan ma…”

dan lepastu aku dan mama sama-sama diam bila suami aku melintasi kami untuk ke bilik air.

lepastu mama sambung lagi bercakap.

” Yang kau kena kacau tu…mama rasa mama tahu kenapa…tapi ni hati mama yang katalah bukan mama nak cakap apa.”

dan lepastu mama mula membuka cerita. Rupanya almari tu almari milik seorang wanita beranak tiga yang kini telah pindah ke Melaka. Mak mertua aku ni jenis yang berjimat cermat orangnya, suka barang antik pula tu. Jadi bila dia nampak almari dan barang-barang lainnya tersadai di luar rumah wanita tu beberapa hari sebelum wanita tu berangkat ke Melaka. Mama minta izin untuk ambil memandangkan wanita tu nak buang je semua benda tu.

Mama bagi dalam 150 ringgit pada dia. Selama ni memang setiap kali mama lalu bilik laki aku, memang dia ada dengar bunyi perempuan bercakap-cakap bahasa yang dia pun tak tahu. Kadang-kadang pintu almari perlahan-lahan terbuka sendiri. Mama pun ada cerita yang Wan pernah kasi tahu pada dia yang suami aku tu dengar ada bunyi yang macam ada orang tengah ketuk dari dalam almari tu tapi suami aku ni jenis yang aku tak kesah haha.

Yang dia tahu, dia balik kerja nak tidur je. Dan dia pula memang jenis tidur mati. Cuma kadang-kadang Wan ada kasi tahu pada mama yang ada tangan pukul kaki dia setiap kali dia nak terlelap. Macam tak kasi dia tidur. Mama aku syak sihir/santau tapi ustaz kata tak ada. Sampailah pada suatu hari mak dan ayah bakal suami kepada adik ipar aku yang tumpang tidur disitu sementara diaorang tumpang tidur di rumah makcik Wan yang dulu aku tumpang tu. Mama cerita diaorang kena kacau teruk malam tu sampai diaorang tak boleh tidur langsung. Yelah kau bayangkan jelah boleh pula pintu almari tu terbuka dan keluar satu benda macam ju on pun ada versi badan besar dari almari tu.

Tapi nasib baik dia tak pusing pandang diaorang haha. Benda tu naik atas almari bahagian atas tu macam yang aku cerita haritu. Dia memerhati dari atas. Fuhhh meremang aku. Tengah taip pun berdebar-debar woi. Lepastu terus mama aku mintak anak-anak saudara dia semua tolong buangkan benda tu.

Bila aku tanya kenapa tak buang terus, kenapa letak dekat bawah pokok tu. Mama pun katalah yang almari tu berat macam ada sepuluh orang duduk dalam tu haha. Perumpamaan dia memang kedengaran hiperbola tapi aku rasa logik juga. Almari antik, kayu, besar pula tu, dan kalau nak pandang dari sisi makhluk tu memang bertambah logiklah sebab benda tu memang besarrrrr.

Tak tahu aku nak gambarkan macam mana. Ada kot saiz separuh almari tu. Mama kata nak angkut atas lori pun anak-anak saudara dia ni tak larat. Jadi tersadailah di bawah pokok tu. Itupun mama dah ingatkan pada orang dalam rumah tu dan berdekatan dengan diaorang jangan kerap keluar malam dan lalu depan rumah dia. Takut ternampak benda tu keluar dari almari tu. Sebab memang makcik Wan ada nampak benda tu keluar dari almari macam ju on lepastu dia panjat naik atas almari macam cicakman haha .Ada juga orang yang jatuh motor sebab terkejut tengok benda tu duduk atas almari tu sambil mata merahnya pandang diaorang dalam kepekatan malam tu. Mama aku kata lepas kenduri ni baru dia panggil ustaz untuk tolong halau benda tu.

Hari berlalu dengan tenteram sampailah habis je kenduri tu Ustaz tu datang. Aku tak berani nak tengok dekat-dekat jadi aku duduk je dengan akak-akak dan makcik saudara laki aku yang satu kepala penakut macam aku dekat bawah khemah. Tak jauh dari situ. Sementara suami aku, mama dan yang lain ikut ustaz tu mengelilingi pokok tu. Atau lebih tepat almari tu.

Hari hujan, aku tahulah kenapa diaorang ni tabah juga nak tengok dekat-dekat walaupun hujan ni semua. Dari pada sini kami memang tak dapat dengar dengan jelas cuma ada terdengar sikit-sikit bila ustaz tu tarik high note dia lagi-lagi sebab hujan kan.Bukan nak berlawak ke apa eh aku memang bukan dalam mood nak bercerita macam yang aku cakap tu. So mood seram aku kurang sikit.

Aku tengok ada yang mengelilingi tu berundur tiga empat tapak kebelakang. Jadi aku pendekkan lagi. Laki aku cerita ustaz tu kata benda tu nak dipulangkan ke tuan dia. Maksudnya yang ‘wanita’ tulah. Tapi almari tu kena angkut sekali. Betul-betul punya hantu almari natang ni. Mama ni pula tak tahu perempuan tu punya alamat yang tepat. Dia hanya tahu wanita tu duduk dekat melaka je. Yang diaorang berundur tu semua suami aku kata ustaz tu suruh bagi ruang sebab benda tu nak keluar tapi diaorang tak nampak apa-apapun.

Cuma pintu almari terbuka dan ada mcm kesan tapak kaki besar macam binatang punya tapak kaki pun ada dekat tanah. Tanah tu basah jadi memang ada kesan. Tapi suami aku kata memang yang lain tak nampak apa. Ustaz tu je nampak. Tapi memang dapat rasalah meremang dan seram dia tu.

Jadi pada malam tu diaorang berbincang sikit pasal wanita tu. Nak cari dekat mana Wanita tu sekarang. Sampailah suami aku buka mulut. Suami aku kata ada satu hari dia balik kerja, mama semua tak ada dekat rumah. Jadi dia pun terus masuk dalam bilik. Masuk je dekat bilik entah kenapa tiba-tiba bulu roma dia meremang, rasa bilik tu macam suram dan menakutkan. Dia jalan masuk ke dalam dan dia rasa macam terpijak sesuatu benda yang lembik. Dia tengok lantai macam ada lumpur atau tanah basah tu. Siap ada bentuk macam kaki lagi.

Tapi bukan kaki manusia for sure. Sebab tapak dia kecik je. Jari panjang gila. Dia tak fikir banyak dia terus ambil mop dan bersihkan bilik dia. Sampailah baru dia perasan yang rak baju dia dah berganti dengan sebuah almari yang sangat cantik. Dan sejak dari tu memang setiap kali dia balik kerja nak masuk bilik je mesti meremang. Kesan tapi kaki tu pula kadang-kadang je ada. Suami aku kata sebab dah hari-hari kena benda yang sama dia jadi dah biasa dan tak kesah dah pasal benda tu sebab benda alah tu pun memang tak kacau dia teruk-teruk.

Cuma waktu dia on call dengan aku dan aku kata ada suara perempuan tu dia memang terkejut dan takut sebab dia sorang je ada dekat rumah. Tapi alhamdulillah suami aku kata benda tu tak pernah munculkan diri depan dia. Mungkin sebab suami aku kuat sembahyang ke apa aku tak tahulah. Tapi memang kenyataannya suami aku ni kuat sembahyang orangnya. Mungkin sebab tu dia hanya kena kacau dengan bunyi,s entuh tu je. Suami aku ada juga cakap kalau waktu dia baca al-quran dia akan rasa macam ada bahang panas belakang dia sebab dia duduk membelakangi almari tu.

Dipendekkan cerita akhirnya selepas beberapa minggu mencari…dapat jugalah jumpa Wanita tu. Eh bukan jumpa dia, jumpa alamat dia. Dan wanita tu rupanya dah meninggal tak lama lepas kenduri kahwin adik ipar aku tu. Puncanya tidak diketahui. Anak dia jumpa dia dalam keadaan tak bernafas dah. Kenapa aku panggil dia wanita?sebab melalui gambar yang mama aku tunjukkan pada aku wanita yang dah berusia 50 tahun dan mungkin lebih tu kelihatan masih muda bergetah. Macam baru umur 30 an. Terkejut juga aku bila mama kata mayat dia tu. Muka dah berkedut teruk padahal beberapa tahun lepas mukanya memang masih macam 30 an. Tapi aku tak nak buat apa-apa kesimpulan pasal orang dah mati ni. Tak berani. Sekarang almari tu dah dirobohkan atas arahan ustaz tu dan dah dibakar pun. Lepastu memang tak ada apa-apa gangguan dah.

Cerita ni sebenarnya bukanlah yang paling seram yang aku pernah alami dan pernah dengar. Cuma yang lain tu aku malas nak cerita. Yang lain tu pasal santau dan sihir. Pasal anak angkat ibu aku yang kiranya akak angkat aku ni kena santau atau sihir oleh sorang wak indo ni bila dia cuba berubat lepas diberi minyak dagu oleh bekas teman lelakinya. Dalam diam wak tu minat dekat dia dan wak tu hantar bermacam jenis hantu dekat dia ni. Tapi itu nantilah aku fikir nak cerita ke tak.Kena minta persetujuan dan izin akak aku ni dulu haha.

Sampai disini saja cerita aku mengenai “Hantu Almari”…. Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

wan's Wifey
FOLLOW FB KAMI.

17 comments

  1. sapa2 minat nk beli pil manjakani RM10 sbotol(dlm ade 30biji kapsul) untuk kekuatan dalaman bagi pasangan baru kahwin ,sila pm tepi ya

  2. Jenuh gak tu klu nk kena antar lemari tu ke Melaka…
    Bkn sebarang2 nk kena seberang laut bagai…

    Yg psl kakak angkat tu, kesian betol…
    Lepas mulut buaya masok mulot naga plaakkk…
    Nayoooo…

    1. Boleh je sebenarnya kak..kasi lerai and masuk dlm kotak..pastu pos pakai couriers svcs caj ikut kilo..menatang tu memang xkemananya..hancur mcmana skalipun dh tu mmg ‘rumah’ dia

  3. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Cerita best je. Cuma tak perlu mention, tkda mood nak bercerita. Tengok la klau rajin nanti nak cerita ke tak. Memang attention seeker ke mcm mana ? Nak 100 orang cakap, cerita la lagi, baru nak cerita. Klau malas nak cerita. Stop. Naik menyampah pulak. Tapi sebab kan cerita menarik, you deserve 8/10

    1. Ni lagi sekor..Kotye pom gila nk jd juri tu tunjuklah bakat sikit..
      Teknik pemarkahan ntah apa2..bagi markah 1/2 or 2/2 mcm bodo..dh mcm soalan objektif..guru tadika ke?

    2. Ehem awak boleh tengok komen dkt part 1 which is org ckp lelaki saya bela khadam lah…komen lucahlah…ada masa saya busy…mungkin awak tak kerja kot tu yg boleh sedap je ckp apa yg awak nak.Attention seeker?huh…baiknya bahasa awak.Adab kat mana?

  4. Dia bukan dalam mood lagi xpelah.yg kita hat dok tanya² ni kena tolerate jugak.kita mintak orang cite kita kena sabar.tu hak penulis nak cite ke tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.