Hantu Bomoh Pukau Bahagian 3

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan yang lalu.

“kita berlabuh hingga isyak, sebelum kita mula naik ke atas semula!” jelas arahan yang diberikan pak seli.

Kami sambung kembali selepas menghabiskan isyak disitu, dan sampai ke puncak bukit sejam kemudian.

Tanah lapang berumput menyambut kedatangan kami, dan beberapa batang pokok yang tumbuh disekitar jelas dapat dilihat dengan bantuan cahaya bulan walaupun kelam, seolah hari akan hujan sebentar lagi..

Kami berpusing-pusing disekitar puncak bukit, hinggalah pak seli mengarahkan kami untuk berhenti!

“dengar dengan teliti!” katanya

Ya, ada suara manusia meratib dalam nada rendah dengan suara yang parau, tapi tak dapat dipastikan dari mana, gema suaranya seperti datang dari sekeliling puncak bukit yang luas!

Seolah seluruh puncak bukit sedang ikut meratib!

“sana!” katanya sambil mengarahkan ke sebatang pokok yang sebesar 3 pemeluk, dengan banir besar yang terkeluar dari tanah!

Kami mara lebih rapat dengan pokok!

Sekonyong-konyongnya, nampaklah lembaga manusia sedang bersila dan duduk diatas tanah bergumpal yang sedikit tinggi di sebalik pokok!

Ya!

Itu usin yang dicari, dan..

Dia sedang duduk diatas busut!

Busut dipuncak bukit!

“usin!” jerit imam sahak!

Usin berhenti meratib dan menoleh!

Jelas terakam diminda saat melihat usin pertama kali!

Mata hitamnya tidak kelihatan, dan dia menyeringai dengan wajah menakutkan membalas panggilan kami!

Imam sahak cuba nak menerpa usin, tapi ditegah pak seli!

Hujan rintik mula turun ke puncak bukit!

“kenapa kamu datang?” kata usin dengan suara garau dalam nada rendah

“astaghfirullahal azim! Apa yang kamu buat ni usin?” kata bapak aku pulak

“aku mau kaya! Aku mau dihormati! Aku mau segalanya! Tapi aku tak punya apa-apa! Sampailah aku berjumpa dengan Dia yang boleh beri aku segalanya!” kata usin

“usin, kembalilah ke pangkal jalan! Jangan dengar bisikan syaitan!” getus bapak aku

“ahhhhhhh!! Kamu semua membosankan!” balas usin

Tak bercakap banyak!

Jarinya di tunjukkan ke arah kami, ke arah imam sahak lebih tepatnya! Dan di cantas secara isyarat..

“ALLAHHHHHHHHHHH!!” suara imam sahak mengeluh kesakitan

Dia terpelanting ke belakang beberapa meter dan memegang dada kiri dengan muka berkerut kesakitan!

Aku toleh pada usin!

Aku pulak jadi sasaran seterusnya!

Aku buat balik kuang ke belakang dua kali secara spontan, mengacah ke kiri dan ke kanan! Menghambur ke kanan dalam pencak yang bersilang kaki dan tangan!

Sambil tersenyum, dia memancung angin ke arah aku!

TERSASAR!

TERSASAR LAGI!

Kali ketiga, tak sempat dielak! Di sasarkan pada perut!

Kena betis kiri!

Aduhhhhhhhhhh!!!

Spontan kaki naik segaris lebam dan terasa sangat lenguh!

Dalam bertinggung..

Aku jeling, bapak dah bukak kuda-kuda, cukup bersedia! Tapi jangkaan aku yang usin akan mencantas bapak aku ternyata salah!

Usin berdiri tegak! Lalu Terapung beberapa inci dari tanah…

Dia terbalik!

Ya kaki keatas dan kepala kebawah dalam keadaan terapung!

Dan dia melayang ke dahan pokok di atas!

Sambil ketawa!

HAHAHAHAHAHA!!

Meremang bulu roma melihat tindakan usin!!

Syaitan melakukan apa sahaja tipu muslihat untuk membuat manusia gentar dan takut kepadanya!

Pak seli yang sedari tadi berdiri tegak mula membuka langkah!

Kaki kiri dilangkah kedepan, kedua tangan diangkat melepasi kepala, macam jepun menyerah kalah, aku fikir dia menyerah kan SEPENUH DIRI pada yang Maha Esa!

~~Dengan Nama Allah yang bila disebut, SEGALA SESUATU DIBUMI DAN LANGIT TIDAK AKAN BERBAHAYA, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui~~

Jelas bait-bait sebutannya yang dilafaz dalam bahasa melayu!

Disambung dengan bacaan an-nas disambung dengan ayatul qursi yang jelas…

Aku toleh ke kanan, imam sahak sedang duduk bersila, seolah bertafakur, tangannya diletakkan didada, lebih tepat lagi diletakkan di tempat cantasan usin tadi dan…

Ya..

Aku pasti, itu ayat bismillah enam yang dibacakannya..

Bapak pulak berdiri tegak dengan tangan yang dikiam, laksana guru silat memerhatikan murid berlatih! Dari kumat kamit mulutnya, aku pasti dia juga sedang membaca sesuatu!

Aku nampak pak seli lepaskan satu jurus angin dalam rintik hujan, sama seperti yang dilakukan usin tadi, cuma kali ni tapak tangan kanannya dibuka penuh!

ARGHHHHHHHH!!!

suara usin terkena pukulan dan jatuh ke tanah!

Secara spontan, dua kali cahaya kilat memancar didada langit!

Terang seketika kawasan ni dengan bantuan kilat!

Usin kelihatan sangat marah!

Dia menendang-nendang banir pokok yang sedari tadi cuma menjadi saksi bisu..

Ranap banir dek tendangan dengan ilmu syaitan yang dipuja dari usin!

Pecah terburai banir pokok..

Usin bergerak!

Bagaikan hantu, sekelip mata dia dah berdiri didepan pak seli yang beberapa meter dari tempat dia berdiri tadi!

Baju pak seli direnggut kasar, dan dia mengangkat pak seli hanya dengan tangan kanan! Dijulang keudara!

Pak seli cuba melepaskan diri!

Tendangan dan kuisan tangan yang dilakukan, tak berjaya!

Kekuatan usin, bukan kekuatan manusia biasa!

Bapak masuk menyerang!

Keadaan yang sungguh Kelam kabut!

Usin membiarkan bapak menumbuk dan menendang dirinya seolah tak berlaku apa-apa pun!

Dua-tiga kali tertangkap pendengaran aku dengan jelas, bapak bagi jurus pukul angin, penderas dan beberapa jurus lain yang pernah dia turunkan pada aku!

Kalau manusia biasa, aku sangat yakin, sudah tercampak! Paling tidak, muntah d***h!!

Tapi tak satu pun memberi kesan pada usin!

Kemudian dia melepaskan pelempang dengan tangan kiri pada bapak!

POMMMMMMMM!!!

Bapak terpelanting 3 meter dari situ!

Berguling-guling jatuh di atas rumput dan bapak berhenti bila badannya menghentam pokok!

Imam sahak dah mula bangun dari bersila!

Sementara usin masih menjulang pak seli didalam genggaman, imam sahak berlari ke arah mereka, dan mengeluarkan raja kayu yang dibawa dari petang tadi..

Kayu penawar kepada ilmu hitam, raja kepada segala kayu!

Warna yang hitam berkilat, panjangnya cuma sehasta. Dihadiahkan kepadanya secara ghaib, diambil juga secara ghaib melalui kaedah-kaedah yang tak dia sebutkan.

Kayu yang berupa tongkat ditekan ke tanah dan dibuat bulatan disekeliling usin, sambil mulutnya membaca ayat 9 yasin, yang diulang-ulang!

~~waj’al na mim baini…~~

Pak seli dilemparkan ketanah, dan usin cuba menerkam imam sahak!

Matanya terbeliak luas!

Mulutnya terbuka dua kali lebih besar dari manusia biasa!

Aneh!

Usin tak berjaya melepasi garisan bulat yang dilukis imam sahak tadi!

Usin mula membuat helah yang lain!

Mulutnya bercakap dalam bahasa siam dan sanskrit yang bercampur baur!

Dia terapung lagi kali ni, cuba melepasi bulatan yang dilukis imam sahak!

Tiba-tiba…

Ada ular yang datang mengerumuni, naik dari bawah bukit!

Bermata merah saga, dengan bunyi mendesir yang boleh didengar dimana-mana!

Asyik memerhati kedepan, aku terlupa ada yang dah menumpang di belakang badan!

“sial!” getus aku

Aku menghambur kedepan!

Melompat dengan lompatan akrobatik ke kiri dan ke kanan!

Sampailah kepada lompatan aku yang begitu hampir dengan pak seli!

Kolar baju aku direnggut kasar dari belakang!

“diam! Ni hanya khayalan yang usin reka untuk menipu daya kita!” kata pak seli

“aku pagar tempat berdiri! Kamu bertahan disini!” kata perintah dari pak seli!

Aku diam dan mengangguk!

Bapak dah mula bangun dan melaungkan azan!

Hujan semakin lebat!

Imam sahak masih berdiri berdekatan usin, dan membaca sesuatu, sambil tangan yang memegang kayu, disimpul-simpul diudara ke arah usin! Seperti membuat bentuk lam jallallah!

Pak seli pulak dah mula bergerak menghampiri imam sahak, dan persiapkan diri dengan berdiri tegak, dan tangan kiri di kiam di perut, dan telapak tangan kanan dibuka dan dihadapkan kepada usin, sambil membaca sesuatu.

Usin yang terkurung dalam bulatan ghaib dan masih terapung-apung, berubah-ubah wajah!!

Aku masih bertinggung lima kaki dari tempat pak seli. Dan aku mula mengigil kesejukkan dalam rintik hujan!

Ular yang banyak sedari tadi, ghaib saat kalimat azan terakhir dari bapak aku!

Tiba-tiba..

Raja kayu yang telah diisi Kallamullah mengeluarkan cahaya dari tangan imam sahak!

Warna kuning terang!

Hujan masih lagi lebat!

Menembusi bulatan yang imam sahak lukiskan ditanah, dan mengetuk kepala usin!

Dengan sekali ketuk, usin terhenyak ke tanah!

Pak seli dah menekan kaki kiri ditanah!

Memasak usin dengan kekuatan bumi!

Imam sahak ketuk kali kedua!

Usin mula muntah d***h!

Hitam pekat, d***h yang berwarna serupa dengan minyak hitam keluar dari mulut usin!

Ketuk lagi kali ketiga!

Usin terlentang menyembah bumi!

Aura kallamullah dalam raja kayu yang tak terlawan oleh iblis dan syaitan!

Pak seli rapat lagi ke arah usin!

Berdiri disebelah rusuk kiri usin, dan memangkah didahinya dengan jari tengah!

“Hai mahluk Allah! dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG dan dengan izin Allah! Aku batalkan perjanjian kamu! Batalkan ilmu kamu! Aku tarik semua ilmu jahat yang kamu ada!” kata pak seli tegas.

ALLAHHHHHHHHU AKHBAR!!!!!!

Tapak tangan kanan dibuka dari tengah perut usin dan secara batin, pak seli menarik ilmu dalam, iblis dan syaitan yang ada dari usin dan dibuang kesisi!

Usin mengelupur macam ikan tak dapat air!

Mukanya dipalingkan kesisi dan memuntah kan sesuatu!

Pak seli mengutip sesuatu dari muntahan usin dan dibungkus dalam kain perca berwarna kuning yang sedari tadi di ikat di pinggang!

Usin dibiarkan terlentang!

Pak seli berjalan menghampiri bapak dan imam sahak juga mengekori dari belakang…

Mereka bercakap sesuatu, dan bila aku bangun dan menghampiri, mereka dah selesaikan perbualan!

“arip, mari ikut aku! Kita kena selesaikan malam ni jugak! Tak boleh tidak-tidak!!” arah pak seli

Aku dan pak seli berjalan ke arah busut tempat usin bertapa tadi, sementara bapak dan imam sahak berdiri disisi menjaga usin..

10k words, Bersambung lagi gais! Nantikan ye? Bye..

Hantu bomoh pukau Grand Finale will be release by tomorrow.. Stay tuned and stay healthy, gais!!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya
Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.4]

9 thoughts on “Hantu Bomoh Pukau Bahagian 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.