hantu buluh

Hai dan selamat sejahtera kepada pembaca fiksyen shasha. Terima kasih kepada admin jika cerita aku dipublishkan. Nama ku Isya (bukan nama sebenar) dan aku berkacukan orang asli pada belah ayah aku dan melayu pada belah ibu ku. Cerita yang aku hendak kongsikan ini berlaku dua tahun lepas, ketika aku berumur 14 tahun.

Seperti biasa, masyarakat orang asli sentiasa dipandang rendah dan ini telah memberi kesan mendalam kepadaku kerana aku bersekolah di sekolah melayu pada waktu itu. Aku pergi sana kena ejek, pergi sini kena hina. Aku waktu itu sudah tidak tahan dengan ejekan kawan-kawan jadi aku mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah sekolah orang asli yang baru dibina di utara perak (tak boleh diberitau tempat spesifik atas sebab-sebab tetentu).

Segala persiapan untuk berpindah telah selesai dan asrama pun telah didaftar. Aku memilih untuk duduk di asrama kerana banyak sedara-mara belah ayah aku bersekolah di situ. Lagipun, rumah aku jauh iaitu di Manjung, Perak. Biar aku terangkan pasal asrama sekolah ini dulu. Asrama perempuan ada dua blok yang bertentangan dan dekat dengan dewan makan. Lagi satu, asrama lelaki berada di hadapan kami tapi aib wanita cukup tertutup dan bukan asrama lelaki yang aku mahu ceritakan. Asrama perempuan mempunyai 14 dorm dan setiap blok tu dua tingkat. Cuma, aku terlupa cara pembahagian dorm di setiap baris. Sorry.

Nak katakan, aku lah harapan mak ayah aku time tu since kakak aku dah berhenti sekolah pada umur 14 tahun dan adik-adik aku masih kecil juga jadi mak ayah aku akan buat apa sahaja untuk aku asalkan aku bahagia la kononnya. Balik kepada cerita aku, saat aku jejakkan kaki ke pintu gerbang sekolah untuk ke asrama, aku dah rasa lain macam sangat. Tapi, aku buang perasaan tu dan beranggapan ianya normal memandangkan aku baru saja nak duduk asrama. Hari pertama, aku disambut baik oleh saudara-mara aku dan mereka menerangkan tentang asrama. Aku okey je.

Nak dipendekkan cerita aku, beberapa bulan aku di situ berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang aneh. Bunyi-bunyi ganjil tengah malam tu dah sebati dengan diri aku jadi aku tak berapa nak kisah sangat lah. Semuanya bermula apabila aku tersuka kat seorang senior aku ni dan dia tahu pasal aku. Cumanya, dia tolak baik-baik dengan mengatakan dia tak bersedia untuk bercinta bagai-bagai. Dia ni baik,selalu jadi imam surau dan selalu juga mengajar junior-junior mengaji hujung minggu. Aku sedikit kecewa dengan tolakan dia dan aku jadi tak bermaya hari demi hari dan aku jadi halusinasi dengan nampak benda bukan-bukan.

First, aku nampak bungkusan putih tinggi dekat surau di bawah lampu yang berkelip-kelip. Second, aku nampak perempuan takda kepala kat bilik jahitan. Third, aku nampak pak gurad yang berkeliaran depan pintu asrama perempuan dan yang gempaknya, aku tak nampak muka dia. Semua ni dah buat aku jadi teruk dan tak waras. Aku selalu gelak sengsorang dan cakap sengsorang dalam kelas. Padahal kat rumah aku okey je. Nak masuk cerita, minggu depan aku ada kem badan beruniform yang berada dalam kawasan sekolah. Semua ahli badan beruniform yang terpilih saja boleh sertai dan aku salah satunya. Perlantikan ahli jawatan kuasa sudah dipilih dan aku dapat jawatan penghuluwati. Nama pun penghuluwati, jadi aku akan guard semua aktiviti ahli-ahli perempuan perkhemahan,termasuk kena berjaga memalam sehingga pagi.

Gangguan aku masa berjaga tu buat aku jadi tak tentu arah. Aku macam gila sampai saudara-mara aku pun takut dekat dengan aku. Aku hilang kawan dan yang stay pun beberapa saja. Gangguan pertama aku memalam tu adalah aku main suluh-suluh torchlight sekali aku tersuluh kat bilik jahitan. Aku kaku, tangan aku menggeletar laju. Aku nampak perempuan lawa gila tengah berdiri dekat tingkap kaca sambil memandangkan ke arah aku. Mulut dia ukir perlahan-lahan senyuman sinis sambil mata dia memandang tepat ke arah aku. Aku try alihkan pandangan dan torchlight tapi seakan-akan terkunci. aku berpaut pandangan dengan dia selama beberapa minit dan dia pun hilang, Barulah aku dapat bergerak. Tepat-tepat dengan tu, azan subuh berkumandang dan aku bangun kejutkan ahli-ahli yang lain untuk mandi dan solat.

Esoknya,selepas bersenam berbagai-bagai, aku ada mesyuarat dengan ahli jawatankuasa yang lain pasal aktiviti lepas sarapan. Tah kenapa, aku gatal pergi cakap buat pondok guna buluh. Aku main cakap je last sekali cikgu accept. Cikgu cakap nanti dia akan pergi cari buluh kat hutan dengan ahli lelaki yang lain. Semua okey saja sampailah buluh-buluh tu tiba di tapak perkhemahan kami. Tiba-tiba ada angin datang tolak badan aku dengan kuat (padahal berat aku lebih70 kg kot), seolah-olah bagi petanda yang something akan datang. Aku jadi serabut tiba-tiba, jadi resah tiba-tiba dan tak senang duduk. Biar aku pendekkan cerita, time nak buat pondok tu aku tak boleh pegang buluh tu. Aku pegang je rasa panas pastu miang satu badan kemain lagi. Padahal yang pegang tu tangan bukan aku pergi peluk pun. Aku memang tak boleh pegang sampai ahli lain mengamuk (aku PBSM). Hati aku dah cakap ,malam nanti mesti ada yang berlaku.

Malam pulak,lepas makan malam kitorang ada aktiviti lain. Macam malam kebudayaan camtu. Orang asli terkenal dengan tarian sewang sebab tu la cikgu pasang lagu sewang tradisonal tanpa bantuan lagu moden, cuma bunyi buluh yang diketuk dan nyanyian si penyanyi sahaja. Saat lagu tu dipasang, satu badan aku rasa berat, tangan aku mencengkam peha aku dan mata aku terbeliak ke atas. Aku seakan-akan diserang sawan dan pada masa yang sama dirasuk. Tiba-tiba pandangan aku gelap dan bila aku sedar, aku dikelilingi oleh ahli-ahli lelaki (salah seorang tu crush aku) dan dua ustaz. Ustaz tu cerita yang aku tiba-tiba meracau dan menjerit. Aku menari sewang sambil menyanyi lagu sewang tu dan bila lagu tu habis, aku pergi terkam ahli-ahli perempuan suruh diorang pasang balik padahal bukan diroang yang pasang lagu tu dulu. Aku punya tenaga sampai tujuh orang lelaki pegang aku. Aku nak larilah, nak lompat pagar kawatlah, nak terbanglah semua ada. Nasib baik ustaz tu sempat lagi kawal keadaan.

Cikgu-cikgu bagi aku balik asrama seharii awal dan yang lain semua teruskan kem since ada lagi sehari. Kisah aku kena rasuk tersebar macam COVID19 kat asrama. Semua taknak dekat dengan aku sebab takut kena tempias. lol, hahaha. Aku pun jadi resah berbagai-bagai lah kan. Lepas makan, kami terus ke surau. Masa aku solat maghrib, badan aku jadi berat gila. Berat seberat-beratnya lah. Aku sampai hilang kawalan so aku tumbang ke belakang. Nasiblah kepalaku mendarat kat riba senior aku dan dia jerit mintak tolong. Semua yang tengah solat berlari bagi ruang kat aku. Budak-budak lelaki seakan faham so diorang keluar.

Lepas diorang keluar, senior aku bukakkan tudung aku dan zip aku ditarik sehingga nampak dada, just nak bagi angin masuk. Yang lain try panggil warden tapi diorang takde, keluar makan. Time tu aku baca semua surah yang terlintas atas kepala sebab time tu aku perasan ade sorang opah ni berdiri kat tingkap perhatikan aku dengan mata yang merah. Aku tutup mata sedalam-dalamnya dan tiba-tiba aku rase kosong, diam saja semua. Suara senior tu baca ayat qursi pun dh tak kedengaran. Aku jadi kabut, tangan aku tergapai-gapai ke udara, try nak suruh senior tu pegang tangan aku. Kesudahannya, aku jadi mengantuk dan tak sedar diri.

Korang nak tahu apa jadi?? nak?? okay,,, time aku dah tak sedarkan diri tu, aku pergi tampar-tampar muka senior aku laju-laju. Dah la laju pastu kuat pulak tu. Sampai senior tu menangis tapi dia tabah je time tu sebab tak sanggup nak tinggalkan aku. Dia pakaikan aku tudung aku balik, tapi dia lupa zip baju aku. Pastu sedap-sedap panggil budak laki suruh pegang aku habis terdedah apa yang aku cuba tutupkan selama ni (haihhh). time pegang tu, aku meracau-racau dalam keadaan marah sambil sebut bahasa yang diorang pun tak tau ape ke jadahnya yang aku cakap. Aku jadi kuat gila time tu pastu crush aku ni bacakan apa yang patut sementara nak tunggu warden balik dengan ustaz. lama jugak ah time tu, hampir dua jam aku mengamuk besar kat surau. Kejap aku menari, kejap aku pakai bukak telekung, kejap aku nyanyi lagu sewang tu dan kejap aku pergi kat tingkap cakap sengsorang.

Pastu, time ustaz tu tiba, takde sapa pun sedar yang aku hilang. Aku hilang tanpa kesan. Penat diorang cari aku merata-rata tapi tak jumpa, end up aku dekat dalam almari telekung menyorok sebab takut dengan ustaz tu punya pasal. Ustaz tu pujuk aku keluar lembut-lembut, tapi taknak dengar. Last sekali dia tarik aku sebelah tangan je pastu campak aku ke tengah surau. Aku mengamuk gila time tu. Aku koyakkan sejadahlah, pecahkan tingkap sampai tapak tangan aku lukalah, macam-macam lah benda buruk aku buat. Sekali ustaz tu geram gila, dia simbah aku dengan air yang dia dah baca-baca ayat quran. Dia simbah je aku jerit macam monyet. Dia simbah je aku berlari keliling surau. Dia simbah je ,macam-macamlah!! Dia suruh yang lelaki-lelaki pegang aku, tapi tak dapat tangkap aku. Last-last cikgu-cikgu lelaki yang tangkap aku. Ustaz tu dia ubatkan aku tapi bukan secara komunikasi, tapi secara urutan di sendi. Setiap kali dia pegang je aku jerit kuat gila cam harey.

Dah berjam-jam aku dan ustaz tu bertarung kat dalam surau tu, aku dipapah keluar oleh cikgu-cikgu lelaki. Aku dipapah ke dorm aku tapi time tu ustaz tak bagi tutup lampu takut jadi apa-apa kat aku. tapi yang buat aku malu gila, boleh pulak cikgu lelaki yang guard aku malam tu (lampu tak tutup ya). Sebab cikgu perempuan memang takboleh la nak pegang aku kalau aku kena rasuk balik. So, untuk preparation, diorang tunggu dalam dorm tu dengan seorang dua cikgu perempuan yang lain. Buat baca-baca sikit.

Pastu, esoknya aku mandi air limau yang ustaz tu bagi sebelum subuh. Asalnya aku tak nak sesapa pun teman aku, tapi cikgu perempuan senyap-senyap teman aku mandi. Nasib tak intip aku mandi. hahaha… habis mandi, aku nampak beg baju aku elok atas katil. Segala barangan peribadi aku pun ade. Aku tanya cikgu, pastu cikgu cakap nanti parents aku datang jemput aku balik, diorang dah nak sampai dah pun. Lagipun, dah akhir tahun jadi diorang akan cakap dengan pengetua untuk bagi aku rehat sampai cuti semester(bulan12) ni. Aku pun cam ouh lega gila takde la aku nak struggle kena ganggu. Dah beberapa jam tu, tak silap aku dalam jam 8.00 pagi, parents aku sampai. Aku pun bawak turun semua barang aku dengan bantuan kakak aku ke dalam kereta.

Time aku nak naik kereta tu, aku nampak kat surau, ade sorang nenek (nenek yang aku nampak time kena rasuk kat surau) dengan sorang wanita cantik (wanita cantik yang kemain senyum kat aku time aku tersuluh ke bilik jahitan) tengah tengok aku. Kepala diorang toleh je ikut aku. last-last tu, aku nampak diorang lambai slowly kat aku time aku dah keluar pagar. Masa nak otw balik, aku singgah kat kedai runcit nak beli keropok ke air ke. Datang sorang pakcik tua ni tegur aku dengan menyatakan dialah ustaz yang ubatkan aku. Aku sengih-sengih je time tu. Dia cakap benda tu sebenarnya tak suka aku sebab aku sibuk sangat nak buat rumah buluh dan buluh yang diorang ambik nak buat aktiviti tu rumah dia. Kebetulan pulak, aku tengah lemah sebab kena tolak cinta dengan crush aku. Jadi, dia senang nak masuk kawal aku. Yang nenek tua tu pulak, dia suka dengan aku dan ada hasrat nak jadikan aku cucu dia. lol. Yang wanita lawa tu pulak, dia berkenan sungguh dengan aku sebab aku lawa. Time tu kakak aku gelak gila. Ustaz tu tazkirah aku kat situ dengan pelbagai pesanan dan nasihat untuk aku hindari makhluk-makhluk Allah yang lain ni.

Lepas dari tu, parents aku pindahkan aku ke sekolah harian di Teluk Intan dan tinggal di rumah opah aku. Setahun aku kat sekolah tu aku rahsiakan identiti aku. Alhamdulillah, rahsia identiti aku selamat sampai la sekarang ni ha. Dan sekarang, aku belajar di kolej vokasional bidang elektrik di manjung dan kembali menetap dengan family aku.

Okay, tu sahaja dari aku, maaf jika tidak menarik kisah aku ni. Aku cuma ingin sampaikan kisah panjang aku ni. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan terima kasih juga kepada admin page ni.
———————
Isya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasah.com/submit

nur iman

8 thoughts on “hantu buluh”

  1. Org msia ni mmg suka menghina org sendiri. Dia lebih mengagungkan org barat. Sebagai contoh, nama pun pakai nama jay, joachim, connie, suzy etc. Tak sedar org barat selalu menghina org melayu…

    Reply
  2. Ini lah masalah nya orang kita. Suka sangat menghina bangsa orang. Kita sesama Islam adalah bersaudara, x kira lah apa bangsa sekali pun.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.