Hantu Disangka Nenek

Hai dan assalamualaikum. Tak perlu intro panjang panjang sebab yang lain mesti nak ke isi cerita terus bukan? So let’s begin!

Nama aku iqaa. Apa yang ak nak ceritekan ni tentang diri aku sendiri. Dengan kuasa Allah aku diberi kelebihan untuk nampak yang orang lain tak nak nampak. Start nye masa sekolah menengah. Untuk pengetahuan, dulu aku sekolah agama yang kena pakai tudung labuh labuh tu.

Kisah 1 (tahun 2011)
Masa ni aku memang tak tau yang aku boleh nampak. Satu hari tu aku ke toilet sebab nak melabur, tapi tandas yang biasa digunakan tu dalam proses baik pulih so aku kena ke tandas lama belakang blok yang jarang orang gunakan kecuali terdesak macam aku masa tu. Masa ni aku tak fikir ape- ape yela nak melepaskan je. Dalam tu ada 4 toilet so ak guna yang dekat dgn pintu masuk toilet, ada pencahayaan konon nya. So dalam proses melaburkan tu, tiba-tiba aku dengar ade tapak kaki masuk dalam toilet tu. Aku terdetik dalam hati β€œtu kes emergency macam aku la tu, sampai masuk ke sini” nak gelak mase tu, tapi belum sempat ak gelak, suara yang dekat luar dah gelak dulu. Ah sudah!

Masa tu ak tak fikir benda-benda mistik lagi. Tapi makin aku taknak fikir makin kerap β€œorang” luar tu bagi hint. Nak tau antara hint nye ape? Satu, β€œorang” luar tu bediri betul2 depan pintu toilet yang aku tengah guna. Kan aku cakap ak pilih toilet yang depan pintu masuk sebab nak cahaya? Ha sebab tu aku tau dia tengah berdiri depan pintu aku. Ada bayang bayang tapi aku tak nampak ada kaki. Dua, β€œorang” luar tu bercakap, tapi dalam bahasa yang aku tak faham. Macam meratib bunyi nya. Mula-mula aku ingat aku salah dengar tapi lama-lama aku dengar tu bukan bahasa ibunda kita. Nak kata bahasa arab, aku belajar bahasa arab masa tu, so aku tau tu bukan bahasa arab. Haaa yang hint ketiga ni yang buat aku yakin kat luar tu bukan β€œorang”. Nak tau macam mana dia bagi hint? Macam ni… β€œyang satu? Takk ade…yang dua? Tak ade..yang tiga? Tak ade..” (masa ni suara dia dengar macam dekat) pastu β€œorang” luar tu sambung β€œyang empat?” lama dia diamm pastu dia sambung β€œhaaaa…” (tapi dalam nada berbisik, so dengar macam suara tu lagi seram).

Aku dah tak fikir ape, siap siap apa yang patut, kemas kemas kan ape yang patut, flush, nak keluar.(sebenarnya masa dia bagi hint kedua tu aku dah siap-siap) Masa ni aku redha betul, nampak ke ape aku dah tak kisah janji aku boleh keluar. Bukak pintu berharap dapat keluar cepat, tapi nasib badan, aku pergi toleh ke pintu toilet sebelah. Alahai…! aku nampak perempuan tua rambut nipis tengah jilat lantai toilet tu, mata dia sebelah buta, sebelah elok tapi warne hitam pekat. Aku terus berlari keluar tapi nak keluar tu pn aku rase jauh nye pintu padahal depan hidung je! Malam tu aku demam, 3 hari mc tak datang sekolah. Tu pun tak sihat lagi still pening lalat dah kena pegi sekolah. Dah lah aku nak PMR mase tu.

Haaa sejak tu aku boleh nampak benda-benda tu. Kadang-kadang aku tengah duduk diam-diam pun ada yang main muncul-muncul depan aku. Tahu-tahu je dah lalu depan aku. Memula memang rasa takut, tapi atas nasihat keluarga dan orang yang ubatkan aku, jangan takut sebab ni anugerah, maka aku terima nasihat tersebut. Tapi anugerah yang ni memang ambik mase yang lama untuk betul-betul selsesa wey.

Kisah Dua
Β¬Kejadian ni selang beberapa bulan je daripada kejadian dalam toilet tu. Masa ni tengah heboh dalam family aku tentang nenek aku. Okay, nenek aku ni (arwah dah sekarang, alfatihah) dia antara nenek aku yang misteri masa hidup dia. Okay bukan nak cerita tentang hidup dia tapi nak cerita masa dia tengah sakit.

Masa nenek aku ni sakit, berkali-kali dia nazak, sampai ada sekali tu memang doktor datang ke rumah makcik aku (sebab makcik aku jaga nenek aku), bagitau yang nenek aku memang dah tak ada harapan nak hidup lagi. So doktor minta anak-anak dia get ready. Tapi serious wey, masa ni aku tengok pun memang dah tak ada harapan. Tapi umur dia masih panjang masa tu, selang setengah jam lepas tu dia boleh minta makanan lapar katenye. Bayangkan eh, tadi dia nak bukak mata pun susah, gerakkan satu anggota badan pun tak boleh, tiba-tiba dia bangun, kemaskan rambut minta makanan. Masa ni aku memang tak nampak apa-apa lagi. Tiba lah malam tu, sebab aku kena tidur situ dengan kakak aku, makcik aku mintak tolong temankan. So malam tu aku tengah lena tidur, aku rasa ibu jari aku ada yang main cuit2. Aku tidur dekat ruang tamu dengan kakak aku and nenek aku tu.

Sebab geli, aku bukak mata tengok sape pulak hujung kaki. Aku nampak dalam samar-samar gelap tu, nenek aku tengah cangkung menghadap aku, tengah cuit-cuit ibu jari aku. Aku terus tarik kaki aku, yelah, macam kurang ajar lunjur kaki depan nenek sendiri. Pastu aku tegur lah, β€œatok, nape tak tido lagi? Lapar ke?” (aku panggil nenek aku ni atok). Pastu dia angguk, so aku memang fikir dia lapar. Aku cakap lah, β€œkejap ye orang sendukkan bubur.” Aku ni pulak rabun, so dah pakai spek, aku pasang lampu ruang tamu, yelah nak berjalan nanti tak nampak kaki kakak aku. Dan cuba teka?? Aku pandang balik tempat β€œnenek” aku cangkung tadi, aku nampak benda yang macam perempuan tapi mulut dia penuh dengan air hitam tengah pandang aku. Dia pandang aku !! Mata dia tersembul, mulut tengah menyeringai keluar air hitam. Aku apa lagi, keluarkan lah bakat aku. Bakat menjerit di tengah malam. Sambil jerit β€œatok! atok!” maka yang lain pun terjaga dan terang benderang la rumah.

Makcik aku terus call abah aku suruh datang tengokkan aku ni ha dah kenapa. Sementara tunggu abah aku datang tu, makcik, sepupu-sepupu ngan kakak aku lah yang temankan.

Dalam macam tu pun, aku tengok nenek aku, elok je tidur nyenyak. So sape yang duk main cuit-cuit ibu jari aku tadi? Tapi memang la, kalau aku boleh share perasaan dan pandangan aku masa tu, aku nak share dengan yang lain biar faham apa aku rase.

So abah aku dah sampai, bawak aku balik ke rumah, dan macam biasa esok nya aku demam. Tapi aku still tengok nenek aku lagi lepas tu, hingga lah akhir hayat dia. Macam tu pun, aku sayang nenek aku. walaupun dia tak rapat dengan adik beradik aku dulu termasuk lah aku.

Okay so sampai sini sahaja ya. Lain kali aku share pengalaman aku yang lain lepas nenek aku meninggal, masa belajar, sampai lah dah kerja sekarang ha. Sorry kalau cerita aku tak seram sangat dan tak menepati citarasa uolls.
Sekian,
iqaa

IQAA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

20 thoughts on “Hantu Disangka Nenek”

  1. Hopefully lepas ni dah tak ada dah orang tua2 cakap “nampk syaitan ni satu anugerah”. Konon nak sedapkan hati budak2 tulah.. buat dia berfikir konon2 dia ada kelebihan.

    Nampak makhluk2 halus ni bukanlah satu anugerah. Saya dah baca dan rujuk banyak tempat. Di Indonesia, diorang panggil orang2 macam ni dengan nama indigo. Saya x sure kalau kat Malaysia pun kita panggil macam ni. Dan anak2 indigo semuanya cakap yang boleh nampak makhluk ni adalah kekurangan sebab penglihatan dia tak sama macam orang lain.

    Dan macam iqaaa cakap, dah cuba bergi berubat tapi tetap nampak, kan? Samalah macam budak tu.. dah tiga orang dia pergi, tapi ketiga-tiganya cakap benda yang sama- tak boleh.

    Ada yang siap puji lagi yang sia sepatutnya menghargai benda ni. Well, disebabkan dia boleh nampak, dia boleh keluarkan syaitan dari badan orang (kes kerasukan). Dan kalau kawan2 dia kena ganggu pun, dia akan cakap dengan makhluk tu untuk ikut dia. Kalau dia larat, dia akan tinggalkanlah dekat tepi pokok ke, tepi semak ke.. tapi kalau dia tak larat, dia akan bawa balik rumah dulu. Dia tengok dululah benda tu bahaya atau just usik-mengusik. Pastu baru dia decide kes tu urgent untuk lepaskan kat mana2 atau tak.

    Dan, dengan mata dia jugalah dia boleh nampak kejadian2 yang pernah berlaku dekat sesuatu tempat. Saya x pasti kalau2 tu memang perkara biasa untuk anak2 indigo, tapi, kawan saya yang boleh nampak pun ada cakap dekat depan dewan makan kami (asrama) dulunya ada satu tokong. Tapi saya tak ingat dah macam mana dia gambarkan tokong tu sebab dah 7 tahun berlalu.

    Ok, dah melalut.

    Apa yang saya harapkan orang2 tua lepas ni berhentilah perdayakan yang kononnya nampak makhluk halus ni satu anugerah.. 😞😞😞😞

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.