Hantu-hantu Perak 2 (Last)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini bahagian 2 untuk Hantu-Hantu Perak. Maaf kalau ada yang menunggu lama untuk sambungan. Sibuk sikit.

Oh ya, lupa pulak ramai yang tanya IPT ni dekat mana kan. Ermm, bagi nama kolej je lah ek; kalau siapa pernah or tengah belajar dekat situ mesti tahu punya. Kolej Indera Mulia/Sakti, Pasir Salak & Cempaka Sari.

Mungkin panjang sikit, membosankan dan banyak nama samaran digunakan kali ini. Harap maaf ye.

Okay jom mula!

Semester 3: Saka Kawan atau Minta Perhantian?

Macam biasa, aku mulakan cerita aku dengan kejadian semasa aku menuntut di IPT.

Aku dengan kawan-kawan kalau ada duit lebih dan tak sibuk dengan assignment, kitaorang akan sewa kereta dan lepak pergi ke Teluk Batik/ Lumut/Ipoh. Maklumlah, zaman kitaorang dulu tak ada entertainment sangat dekat kawasan tu. So kitaorang manfaat kan lah apa yang ada.

Nak dijadikan cerita, satu weekend tu (Sabtu) kitaorang gerak lah Teluk Batik. Member aku 2 orang ni ambik course photography kiranya macam dorang kena ambik gambar untuk assignment. Kalau tak silap aku lah. Pergi 5 orang seperti biasa 4 perempuan 1 lelaki. Biasalah lelaki yang akan jadi driver nya. Selesai ambik kereta sewa, kitaorang pun bergerak lah ke arah Teluk Batik.

Aku tak tahu haritu kitaorang macam sakan betul. Terlebih gula agaknya. Nampak sawah padi, sungai etc jadi macam batak, pergi berhenti ambik gambar semua. Aku duduk belakang dengan lagi dua orang (Maya & Kirah). So banyak lah swafoto kami bertiga. Yang dua orang kat depan tengah sedap bercinta monyet (dorang ni yang nak kena ambik gambar untuk assignment; Shuk & Hawa nama diberi).

Sampai teluk batik settle kan apa yang patut dulu baru lah budak dua orang tu buat assignment. Sampai ke senja tak siap lagi. Katanya nak tunggu sunset. Kitaorang pun layan lah sambil duduk kat tepi pantai tu. Tiba- tiba si Hawa ajak balik dia cakap macam tak sedap badan.

On the way balik, kitaorang singgah dinner. Selesai makan, tengah berjalan arah kereta tiba-tiba si Hawa pengsan. Semua panic. Cepat-cepat kitaorang angkat dia masuk kereta dan nak bawak pergi klinik berdekatan. Tapi YaAllah, 4orang angkat Hawa si kurus kering tu tak larat. Berat gila! Lepas tu ada orang yang lalu lalang tolong kitaorang angkat dia masuk kereta. Yang angkat tu, 3 orang lelaki dewasa berbadan sedikit gempal. Dorang boleh bising “Mak aiiii, beratnya budak ni. Badan kecik je” dorang letak dekat seat belakang which aku dengan Maya yang duduk belakang. Shuk hidupkan enjin kereta.

Kitaorang mula carik klinik, tak sampai 5 minit pusing mencarik; Hawa sedar weh! Dia sedar sambil tersengih-sengih. Bila dah macam tu, Kirah usulkan cadangan untuk balik terus sebab Hawa dah sedar. Semua setuju. Masa ni semua orang tak fikir apa-apa lagi; tak ada mood seram lagi.

Suasana jalanraya malam tu tak banyak kereta, cumanya gelap dan sepanjang 10km (mungkin) adalah ladang kelapa sawit. Gelap + kelapa sawit kiri dan kanan jalan berjaya menghasilkan suasana seram. Dengan Hawa tersengih dari sedar tadi. Masa tu sel-sel otak aku baru nak bergabung. Semua jenis kemungkinan aku keluarkan kenapa Hawa jadi macam ni:

(1) terpijak/terambik something dekat teluk batik tadi; (2) ada yang marah sebab Hawa suka cakap besar; (3) saka hawa & (4) mintak perhatian.

Tengah aku berfikir, Hawa gesekkan kepala dia dekat bahu aku macam kucing tengah nak manja sambil cakap;”Weh aku lawa tak?Kau sayang aku tak?” sambil tersengih-sengih gelak-gelak. Aku diam, tak jawab.

Lepas tu dia pergi tanya setiap seorang dalam kereta. Semua diam bila dia tanya; mungkin yang lain-lain pun terfikir apa yang aku fikir. Bila semua tak layan Hawa menangis teresak-esak. Shuk dah kalut, dia berhentikan kereta dekat bahu jalan tepi ladang kelapa sawit.

Maya ni penakut terus dia tengking Shuk,
“kenapa berhenti! jalan je lah, budak ni dah naik gila kau masih nak berhenti ke?!”

“Sabarlah, aku nak call Shikin. Hawa ada pesan, kalau jadi benda macam ni masa keluar terus call dia.” kata Shuk.

Shikin kawan baik kitaorang jugak, cuma dia tak dapat ikut sebab balik KL. Shikin dari high school kawan baik dengan Hawa, so dia lebih arif lah untuk handle this kind of situation. Masa ni aku dah yakin dan pasti peratus kemungkinan aku no 3 tu paling tinggi. Masa tu kitaorang semua dah keluar dari kereta tinggal Hawa sorang. Dia tengah baring dekat seat belakang sambil menangis, main rambut dia yang panjang dan cakap sorang-sorang. Dialog yang sama ” Aku lawa tak? Sayang aku tak?” Dia duk ulang je benda ni.

Shuk call Shikin 2-3 kali baru dapat. Dia tanya nak buat apa semua, alih-alih Shuk letak phone dekat telinga Hawa. Aku perhati je dari luar kereta, nak tolong tak tahu. Tolong tengok je lah dalam masa yang sama baca lah apa yang patut untuk dinding diri sendiri. Tahu-tahu Hawa dah tertidur. Kitaorang pun mula bergerak balik ke IPT. Sampai kolej, kitaorang pun papah lah Hawa naik bilik. Kejutkan dia suruh mandi semua.

Aku lambat sikit tidur sebab nak transfer semua gambar dalam phone ke laptop aku. Lepas tu aku tengok satu-satu swafoto aku, Kirah & Maya. Mengucap panjang aku. Ada satu gambar tu muka Maya nampak tua gila! Kulit dia menggerutu macam kulit kayu. Ini serius aku tak tipu. Bukan satu gambar tau, swafoto kitaorag hampir semua jadi macam rosak. Macam ada benda hitam lalu masuk ikut tingkap kereta sebelah kiri; keluar ikut tingkap kereta sebelah kanan. Aku apa lagi tutup laptop terus tidur.

Esoknya aku tunjuk dekat Maya, Kirah & Hawa gambar tu. Dorang semua terkejut. Lagi-lagi Maya, terduduk dia tengok gambar yang muka dia macam orang tua. Ingat tak aku cakap kitaorang macam terlebih gula dan batak semacam? Ha, kitaorang assume sebab kan tingkah laku kitaorang tak molek sebab tu dia photobomb dalam swafoto aku, Maya & Kirah. Mungkin lah.

Hawa? Kitaorang semua tahu dia ada saka.

Aku sendiri tak tahu malam tu dia kena kacau dengan saka dia atau dia buat-buat macam tu untuk dapatkan perhatian daripada Shuk. Tapi mustahil dia buat untuk dapatkan perhatian dan tak mustahil the other way around kan? Hawa pun ada bagitahu pasal kejadian malam tu; yang mana saka dia marah sebab senja masih duduk lagi dekat situ sebab tu dia rasa macam tak sedap badan. Lepas dia pengsan tu,dia tak ingat apa-apa pun; yang dia tahu dia dah sampai kolej dan badan dia penat gila dan dia demam 2 3 hari jugaklah.

Korang rasa macam mana? Gangguan saka Hawa atau minta perhatian?

Semester 5: Eh ada dua lah!
Sem 5 aku menyewa luar dengan classmates aku dengan kawan-kawan yang lain. Kawasan perumahan ni masih baru dan tak banyak pun unit rumah didirikan; 2 rows je but still sangat lah berguna untuk students dari IPT berdekatan untuk menyewa. Tapi masih banyak unit kosong. Aku dapat rumah row depan menghadap perumahan lama dan padang; jadi unit rumah row belakang menghadap hutan.

Ada satu malam kawan aku nak shot iklan untuk assignment dia (bagi nama dia Ika). Iklan dia pasal hantu kicap; hantu tu kejar orang yang naik basikal memalam untuk sebotol kicap tu je. Dia pulak ambik keputusan nak shot dekat unit rumah row belakang. Katanya ada feel seram sebab hutan dan gelap. Dia punya talent pun dah siap-siap pakai kain putih dan wig jalan pergi belakang; aku dengan Ecah sibuk nak ikut tapi gerak lambat sikit.

Masa jalan pergi belakang tu, aku tak rasa apa-apa lagi. Rasa seronok je. Tapi setengah jam lepas tengok dorang shot aku dah rasa lain macam. Bulu roma pun mula meremang. Siapa ada experience seram mungkin faham kot apa aku rasa. Dari kau seronok, tiba-tiba kau sense something yang tak kena. Atmosphere seronok, excited tu dah takde.

Disebabkan rasa macam tu, mula lah mata ni nak melilau tengok atas kiri kanan belakang; sampai focus betul-betul kat dalam semak dan hutan. Bila dongak tengok atas ternampak macam cahaya terbang dekat langit malam, warna putih. Alah yang macam lampu fun-fair tu. Lampu fun fair ke kiri kanan kan. Ha yang benda putih tu terbang terus. Sekali je, lepas tu tak ada dah.

Terus aku pandang Ecah, dia angguk macam dia pun nampak apa aku nampak. So kitaorang decide nak balik. Bila nak balik tu, aku cakap dekat Ika yang kitaorang nak balik. Masa ni lah aku ternampak, talent dia yang jadi hantu kicap tu ada dua. Berdiri sebelah-sebelah. Berdiri tegak je okay, macam pandang aku. Dan masa tu aku sendiri tak pasti mana satu talent mana satu hantu. Sebabnya dua-dua nampak sama! Cepat-cepat aku tarik Ecah jalan balik.

Sampai rumah aku bertukar cerita dengan Ecah. Dia pun nampak benda yang terbang tu. Aku bagitahu dia yang tiba-tiba hantu kicap tu ada dua pulak; padahal talent si Ika tu sorang je.
Terjegil bijik mata Ecah. Dia kata:

“Wehhhhh, memang ada dua orang lah! Sampai-sampai rumah belakang tu aku dah nampak dua-dua talent tu. Sorang tengah betulkan wig, lagi sorang berdiri belakang talent Ika tu! Sepanjang dekat sana, memang aku nampak dua lah.”

Aku dah pelik, sebab aku sendiri nampak sorang je yang jadi hantu kicap dan dia bersiap depan aku masa dekat ruang tamu. Siapa lagi sorang atau siapa lagi sekor? Kitaorang decide nak tunggu Ika balik; nak tengok betul ke talent dia ada dua orang.

Sesampai Ika dekat rumah, ternyata memang sorang je talent untuk hantu kicap. Ecah siap tanya Ika sebab tak puas hati. Ika keras-keras cakap memang ada dua talents tapi sorang jadi hantu kicap sorang lagi lelaki yang baru balik beli kicap.

Aku okay je, sebab baru nampak yang lagi “sorang hantu kicap tu” masa nak balik. Ecah lah kesian sebab dia nampak sepanjang kitaorang dekat set. Ika ada bagitahu kitaorang rakaman dia elok je, mana ada “extra talent”.

Konklusinya, memang ada sorang je. Yang aku dengan Ecah nampak tu tak tahu lah jelmaan apa. Nasib tak ikut balik. Tapi dekat rumah sewa tu memang tak ada apa-apa yang pelik berlaku.
Cumanya aku selalu lah nampak ada bayang hitam dekat luar rumah belakang. Bilik aku punya tingkap menghadap rumah belakang, malam-malam sebelum tidur dah jadi habit aku akan selak langsir nak tengok luar. Selalu lah nampak ada bayang hitam duduk mencangkung, kalau manusia aku boleh tahu. Tapi bayang ni besar gila dan statik dekat satu tempat je! Aku cuma fikir dulu sini hutan mungkin penempatan dorang dan aku pun tak kacau dia. Mungkin jugak dia jaga rumah tuan dia. Wallahuโ€™alam.

Tahun 2016: Pancing.

Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsikan pengalaman aku teman boyfriend aku pergi memancing kan?Kecam lah kalau nak kecam. Kau apa tahu?

Lokasinya di Perak. Kenapa Perak? Sebab kitaorang ada bucket list untuk cuba memancing dekat setiap negeri dalam Malaysia ni. Dia lah, bukan aku. Aku just support je hobi dia.

Bergerak dari rumah dia around 2pm so sampai dalam 5lebih macam gitu lah. Sampai-sampai kitaorang carik makanan dulu so takde lah tengah seronok fishing nak pergi beli makanan bagai pulak kan. After maghrib dia dah setup barang-barang pancing dia dah. Seronok tempat dia, ramai orang tapi gelap sikit cuma diterangi dengan compund lights yang jarak dia jauh-jauh tu.

So kitaorang duduk lah berborak sementara tunggu rezeki kan. Ada tu ada tapi ketam lah. Kalau ambik pun tak makan, takpelah rezeki ketam dapat makan sotong udang ikan. Kejadian seram bermula lepas 12tengah malam. Cliche kan? Tapi itu kenyataan, bukan dibuat – buat.

Dah tengah malam aku dah tak senang duduk sebab sakit weh punggung duduk atas batu. So aku berdiri lah sambil peluk badan, maklumlah angin laut memalam memang lah sejuk tapi tenang. Tempat aku berdiri ni bersebelahan dengan pokok ru. Besar jugaklah; yang mana aku boleh nampak pokok tu dari ekor mata. Bulu roma aku masa ni dah meremang, maklumlah angin sejuk kan. Tapi tekaan aku salah masa ni.

Tengah aku berdiri sambil berborak dengan bf aku, ekor mata aku capture satu cahaya putih kuning-kuning sikit. Macam lampu motosikal. Cahaya tu berhenti dekat tepi pokok ru tu. Aku macam terperasan dia berhenti lama dekat situ, aku kedepan 2 – 3 langkah. Ingatkan aku halang dia nak lalu. Sebab aku mati-mati ingatkan tu motosikal.

Aku toleh ke arah cahaya tu asal tak gerak kan. Rupa-rupanya ada 2 3 biji cahaya (biji eh?). Aku pun curious, aku focus kan mata aku. Barulah otak aku nak berfungsi, itu bukan motosikal sebab ia semata-mata cahaya yang terapung. Masa ni aku dah kaku tengok cahaya tu. Leka pun ada jugak. Bf aku sibuk dengan pancing dia. So dia tak perasan apa yang berlaku.

Dalam aku kaku, cahaya-cahaya tu semua panjat naik atas pokok. Aku pulak asyik sangat tonton cahaya tu. Tergamam pun ada, cahaya terapung tapi kenapa kena panjat pokok kan. Terbang je lah ke atas. Dan macam mana aku tahu dia panjat tak terbang? Sebabbb aku dengar bunyi macam kuku tajam cengkam pokok untuk panjat. Laju pulak tu. 2 3 kelipan mata cahaya tu dah hilang mungkin dah habis memanjat pokok ru ataupun ghaib macam gitu je. Aku apa lagi cepat-cepat duduk dekat batu balik tapi masih tenang.

Sejam dua lepas penampakan cahaya tu, bf aku kelam kabut bangun dari duduk sebab dua-dua joran dia terkena. Aku pun exited, dalam excited tu aku meliarkan mata ni tengok atas. Kau tahu aku nampak apa? Aku nampak macam kepala terbang betul-betul atas joran bf aku and on the spot tali putus. Dua-dua joran tali putus masa kepala tu terbang atas joran. Aku bilang bf aku, dia tak percaya dia cuma cakap anggap aje lah tak ada rezeki. Aku pun okay kan aja.

Korang rasa apa benda yang aku nampak tu eh?

Tahun 2018: Bayangan Hitam.

Dalam awal tahun ni, parents aku datang dan ada hal kerja di Perak. So aku sepakat dengan bf aku datang Perak on weekend untuk bawak mak aku jalan-jalan di Perak sebab bapak aku busy meeting. Dah petang dalam maghrib tu kitaorang gerak balik KL.

Sepanjang perjalanan balik KL hujan gerimis and accident memanjang. Aku tengok bf aku mata dah terkebil-terkebil sebab mengantuk. Aku suruh dia berhenti sekejap dekat mana-mana pergi cuci muka hisap rokok etc. Aku tak boleh drive malam sebab silau dia lain macam walaupun dah berkaca mata line putih jalan pun aku tak nampak. Aku dengan dia lelap sekejap dalam setengah jam dekat kawasan rehat mana entah tak ingat.

Bangun-bangun aku tak pakai spec lagi ingatkan nak sambung tidur balik. Tapi aku tergamam jap siap gosok mata dengan apa yang aku baru nampak bila kitaorang keluar dari kawasan rehat tu.

Kereta banyak dengan hujan gerimis. Aku boleh ternampak banyak gila bayang hitam. Bila pakai spec aku tak nampak. Bila buka spec aku terus nampak banyak bayang hitam berbentuk manusia. Ada yang duduk atas kereta orang. Siap terjuntai-juntai lagi kaki dorang. Ada yang melompat dari satu kereta ke satu kereta.

Percaya atau tak benda ni aku nampak bila aku tak pakai spec. Yang paling seram ada bayang hitam lalu sebelah kereta aku siap buat isyarat jangan bagitahu orang (alah jari dekat bibir tu macam “shhhh”). Aku pun tak tahu kenapa aku boleh nampak dia macam tu sedangkan dia cuma bayang hitam.

Bila di fikir-fikirkan balik bayangan hitam yang aku nampak tu, gaya dia macam monyet yang suka bergayut dekat pokok tu. Entahlah aku sendiri tak tahu apa yang aku nampak.

Okaylah, dah habis dah pengalaman seram aku.

Thank you sebab sudi membaca dan maaf kalau sharing kali ni bersifat memeningkan dan membosankan.

RRDoters
Hantu-hantu Perak 2 (Last)
9.8 (97.58%) 157 votes

18 comments

  1. Da tau salah n akan kena kecam,pandai2 la ubah watak..abg ke,adik lelaki ke..memang mintak dikecam ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

  2. Budak jaman now… kluar ngan bf sampai malam buta pun tak ape… mengandung ,bersalin,buang..senang kerja ko

  3. Ex boyfriend (skang dah jadi suami๐Ÿ™Š) dulu pun kaki mancing. Pernah teman dia mancing few times sbelum kitorang kawen. Normally pergi challet kitorang pergi ramai2 and geng2 gf/tunang/isteri akn duduk dlm 1 challet.
    Tertidur dalam kereta di rnr pun pernah.
    Tak paham kenapa perlu ada pemikiran kuning bila org cerita mcmtu. Kadang tak semua yg kte fikir perlu diluahkan, takut tercakap bende yang tak betul jatuh hukum fitnah. Since makcik bawang semua maksum kan, takkan tak taw dosa fitnah termasuk dlm salah satu dosa besar?

    1. dah taw fitnah better jangan cerita..lagipun bukan mahram mesti la semua org pikir bukan2..lain la yang duduk dalam 1 CHALET tu semua ahli keluarga.. and x semua orang ada lifestyle cam hakak keluar ngn bf cmpur2 pn rasa biasa n ok.. so don’t make assumption as semua org pikiran cam hakak.. #justmy2cents

  4. Klu x korek mengorek kompom la panjat2 bukit. Sembang semua melangit mintak kecam sgt kn. Haa teepuukkkk ๐Ÿ˜

  5. sudah2 lah mengecam org dgn pemikiran yg kolot tu. bukan semua budak2 tu gi buat keja x senonoh je. yg kg ke pekan tu yg culture shock sgt. sampai ke apa jadi.
    cuba lah berfikiran baik sikit.

  6. aku pelik betul lah. kenapa website cerita hantu ni penuh dengan comment yang merepek eh? yang dok comment korek mengorek naik bukit mengandung buang anak semua tu – pernah buat ke weh? nampak macam berpengalaman. ke sembang kencang dekat sini je?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.