Hantu mat salleh check in

Aku Lana. Aku mengikut kak long kerja di sebuah pusat pelancongan yang agak dikenali di Sabah. Hutan dara dan kami tinggal di sini memandangkan kami orang luar.

Setiap chalet di sini berjauhkan antara satu sama lain. Untuk menjaga habitat haiwan terutama burung-burung, kawasan hutan di sini memang terjaga dan kita akan bersahabat dengan alam.Tempat ini memang jadi tumpuan pelancong dari luar, samada pelajar atau orang asing yang bekerja di sini.

Bagaimana aku mampu melihat makhluk alam ghaib adalah bila pertama kali ikut kak long kerja sini. Sejak dari itu aku mampu melihat mereka ..berbagai bentuk dan rupa. Pertama kali jugak bagi aku melihat hantu orang putih. Tau tak macam mana rupa mereka.? hantu cina, hantu melayu, hantu kristian, hantu jepun?. Di penulisan lainnya akan aku ceritakan.

Kali ni nak cerita pasal hantu mat salleh yang nak check in.
Memandangkan ini tempat pelancongan, hantu atau spiritnya pun orang asing. Waktu ini aku belum boleh membezakan antara manusia ataupun roh. Kerana rupa mereka sama sahaja. Kadang kadang aku lihat cafe ni penuh dengan pelancong, siap ambil order lagi untuk mereka. Hahaha. Time ni kak long akan perasan, dia akan cepat-cepat sedarkan aku.

Pernah aku nampak satu hantu orang putih , wanita sedang duduk di meja cafe, dekat jak dengan kak long aku berdiri, tubuhnya pucat basah. Aku agak-agak dia m**i lemas dan aku tak suka bercakap ataupun nak durang tahu aku boleh melihat mereka. Sebab durang akan ikut saja ke mana aku berada.

Kejadian itu pada waktu umur aku 18 tahun, baru habis spm. Sekarang aku dah berusia 26 tahun. Pada waktu itu aku bertugas di kaunter pendaftaran. Kak long dan staff lain bertugas di bahagian belakang. Waktu ni memang aku bertugas sendiri di bahagian hadapan. Staff lain ada yang rest.

Lonceng pendaftaran di kaunter berbunyi, aku pula sedang sibuk di dalam ofis. Cepat-cepat aku melihat siapa yang datang. Satu keluarga. Suami isteri , satu anak lelaki dalam lingkungan 7 tahun dan bayi perempuan dalam umur 1 atau 2 tahun. Comel sangat. Seperti biasa aku akan ambil butir diri mereka. Berbual macam mereka itu hidup. Aku tak perasan langsung. Masa ni isterinya diam sahaja, begitu jugak anak-anaknya. Hanya suaminya saja yang bersuara. Dia sempat lagi bercerita pengalamannya melancong di Sukau dan Kinabatangan.

Bagaimana aku mula perasan, bila aku dongak melihat mereka wajah mereka pucat sangat. Subahanallah. Terkejut aku. Baru aku perasan dari tadi aku bercakap dan berbual bukan dengan manusia.
Masa ni, bila aku dah sedar mereka bukan manusia serta merta aku jauhkan diri. Takut siot, masa ni aku belum biasa. Suaminya memanggil aku berulang kali. Aku hanya duduk membatu memandang lantai. Hilang sikap ramahku. Sudahlah sendiri.

Tiba-tiba suaminya bercakap setelah aku tak peduli panggilannya
“Mungkin kau sudah tahu.” dia cakap dalam bahasa inggeris la. Aku masih tunduk. Seolah aku tak dengar. Dia terus menyambung.
“Sebenarnya kami dalam perjalanan ke sini dari Kinabatangan. Anak-anak dan isteri saya sangat teruja datang ke sini” katanya selepas aku translate. Tempat kerja aku ni memang popular sebagai pusat pelancongan terutama pelancong luar.

“Dalam perjalanan, kami terlibat dengan kemalangan dan kami semua maut. Sebab teruja kami teruskan jugak ke sini. Cuma nak bagitau kami tak dapat check in dan batalkan tempahan kami.” Sekilas aku memandang wajah mereka. Wajah pucat tadi sudah tiada. Mereka agak gembira. Mungkin kerana hajat mereka sudah sampai. Tak tahula.

Mereka mengucapkan terima kasih kemudian beransur pergi. Aku sempat melihat mereka jalan menuju entrance sebelum kelibat mereka hilang perlahan-lahan. Hilang di sebalik pokok besar dengan gembira.
Dan aku ingat masa tu aku diam saja sampailah kak long datang.Kak long perasan terus bertanya. Aku cerita apa yang berlaku. Dia tanya siapa nama pelancong itu sebab katanya memang ada satu family tempah bilik hari itu.

Aku serahkan apa yang di tulis oleh pelancong tadi. Kak long terus mencari namanya. Cuba teka. Nama mereka memang ada dalam buku tempahan. Ya Allah..terkesima kami semua. Meremang bulu roma pun ada.
Pada masa ini aku memang belum mampu membezakan mereka manusia ataupun makhluk ghaib.. kadang-kadang aku hai-hai jugak sampailah kak long aku tarik tangan “mana ada orang setan…”..haha kesian kak long aku.

Pernah dia suruh bagitau kalau ada cik ponti ka. Dan aku tunjukkan di sebalik pokok besar depan entrance. Masa ni siap tumpang motor salah seorang staff kami. Rambut sampai sangkut dekat tayar motor. Lucu tengok dia tarik-tarik rambut yang tersangkut. Nanti aku akan cerita pasal nina bobo dekat kuarters, pasal Ju on yang selalu ikut salah seorang staff kami, makcik karipap. Gerai kuih depan kuarters. Pasal kak long aku memasak tertarik rambut cik ponti. Seribu satu cerita di kuarters ni dan kak long aku mampu bertahan lama di sini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cinta

5 thoughts on “Hantu mat salleh check in”

  1. Serius.. semua cerita bestΒ² belaka.. buka email, sy baca paling atas sekali kisah makcik karipap.. kemudian, baca cerita nina bobo.. tertanya juga awalan cerita.. rasanya yg ini kisah pertama kan Lana?? Teruskn cerita pengalaman awk ya.. sy ttp menunggu setiap cerita menarik dr awk..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.