Hantu Mata Sepet

Assalamualaikum…

straight to the story-mory…aku nak share kisah anak aku yang berumur lebih kurang 5 tahun….kejadian berlaku pada tahun 2013…

Kebiasaannya, aku sampai rumah dari tempat kerja dlm pukul 640 petang…seperti biasa, bila sampai aku rehat seketika…hilangkan penat meredah jam..aku lepak luar rumah sambil² sapkok…hilangkan peluh sebelum mandi…

Waktu tu dah pukul 7 lebih…kalau x silap aku…sbb dah nak senja….anak² aku yg berumur 5 dan 7 tahun kecoh main kejar² dalam rumah…biasa la budak².

Tiba-tiba, wife aku datang ke muka pintu dan memanggil aku masuk dalam rumah. Aku pun naik hairan, apasal pulak ni? muka dia cuak semacam jer…bila masuk rumah, wife aku suruh tanya anak aku apa dia nampak..aku tanya la, apasal? apa yg dia nampak….then dia citer, time tgh baring kat sofa, sementara tunggu maghrib tiba tu…tiba² anak ku yg bongsu tu lari menerkam ke arahnya…” umie….orang tu suruh iman lari…lari iman..lari….” sambil buat muka, mulut bukak-tutup bukak-tutup..sambil tunjuk ke arah dinding sebelah pintu masuk tandas.

Aku gelak jer…ingatkan dia main². Untuk pengetahuan semua, dia tak pernah kenal pun perkataan hantu ke apa…kitorg tak pernah ajar…tak pernah sebut pun depan anak²…citer seram? lagi la tak bagi tengok…

So, aku tanya dia…iman nampak apa tadi? then, dia ulang menda yang sama…siap buat memek muka…tarik matanya ke tepi…jadi sepet…then, nganga tutup mulut dia mcm nak gigit sesuatu…

Aku tanya lagi…”Iman nampak kat mana tu?” dia tunjuk kat dinding tersebut. Aku tanya lagi, ” camana rupa dia?”…..dia jawab tanpa perasaan “muka dia kaler hijau gelap…rambut dia pacak² camni..” sambil menggayakan bentuk rambut ‘orang’ tu…imagine rambut iron maiden tu….pacak²..panjang mengerbang….Aku dah mula cuak. Then, tanya dia lagi..” orang tu tinggi mana? “…tiba² dia termenung macam tengah fikir sesuatu, then jawab “emm…iman tak tahu…dia takder kaki….” muahahahahaahahah….time tu aku dah berdiri bulu roma….aku tanya dia lagi, ” ada lagi tak?”…dia jawab, ” dah ilang daaa…”

selepas pada kejadian tu, wife aku terpaksa tunggu aku balik rumah 640 kat kedai makan…sebab tak berani balik umah…kitorg terpaksa panggil ustaz tengok²an rumah kami…

Dipendekkan cerita, ustaz datang ke rumah kami…anakku pula bermain kat tingkat atas…aku cakap kawan abah datang, suruh dia turun jumpa salam…dia tak nak turun, siap nangis² lagi…terpaksa aku dukung bawa jumpa ustaz tu…

Ustaz baca ayat Al-Quran…hembus kat mata anak aku…then dia suruh pejam mata…ustaz tu tanya dia…” iman nampak tak kat mana orang yg usik iman tu?”. Anak aku angguk kepala..then, ustaz tanya lagi “kat mana? tunjuk kat ustaz” . Sambil pejamkan mata tu, anak aku pointkan jari telunjuknya ke arah bawah tangga (tangga ke tingkat atas)…Ustaz cakap lagi,” Iman, bukak tangan Iman…Ni ustaz letak bara api dlm tangan iman….Iman baling benda tuu..” sambil ustaz genggam telapak tangan anak aku…macam dia bagi something.

Dalam keadaan tutup mata tu, anak aku baling ‘something’ ke arah tangga tu…sampai terhenjut² badan dia…then, ustaz tanya lagi, “ada lagi tak mende tu?”…anak aku anggukkan kepala sambil tunjuk ke arah luar rumah…Ustaz ulang lagi sekali,” nah bara api lagi, baling menda tu sampai dia m**i…” anak aku terus buat aksi baling ‘something’ sampai dia nak nangis….Ustaz tanya lagi,” ada lagi tak?”…anak aku geleng jer kepala dia…habis part 1.

Ustaz cakap, hijab mata anak aku terbukak tanpa sengaja kot. Dia plak tak tahu makhluk tu apa…so nasib baik la. Kalau tak, boleh demam budak tu…then, ustaz bacakan doa, tutup hijab mata anak aku tu…

part 2
Ustaz mintak izin utk ‘scan’ rumah aku…dia masuk bilik ke bilik…sambil baca ayat Al-Quran, hembus², then buat macam aksi tangkap something masukkan dlm botol…dia cakap, depan rumah aku kawasan lalu lalang makhluk Allah ni, kekadang diorg tersesat masuk dlm rumah..selepas pada tu, takder lagi gangguan..Alhamdulillah….

Sorry…jalan cerita tersekat². Aku tak reti nak mengarang² citer nih…cuma nak share pengalaman sendiri dekat pembaca…..ada 2-3 lagi kisah misteri yang wife aku alami. Dia jenis senang ‘nampak’ kot…selalu sangat kena tindih, kadang-kadang sampai lebam..Ustaz ada ubatkan pada waktu yang sama…Alhamdulillah, selepas pada tu dah kurang sikit.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Nama Anda (Tak wajib)
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.