Hantu Perantauan

Assalammualikum dan hi semua,

Dalam bosan-bosan, saya sempat la baca balik entry cerita yang saya hantar sebelum ni, “Aziz, Si Abang Jaga”. Masa scroll, ternampak la ada orang tinggalkan comment cakap yang saya ni anak orang berada. Dan si commenter tu suruh saya cerita kisah2 mistik masa berada di overseas. Jujur cakap, saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada and was not born with a silver spoon bak kata orang putih. Hanya nikmat kesenangan ni rezeki Allah bagi dan berkat ayah saya kerja kuat from nothing till he made it. Alhamdulillah.
Okay, saya ada je cerita mistik time berada di overseas, samaada mase travelling or masa study dulu. Cuma, hantu mat salleh ni kurang scary compared tu hantu-hantu di benua nusantara macam di Malaysia ni. Kisah nye seperti di bawah.

Kisah 1:
Ni masa saya travel ke Rome, Italy. Mase tu saya rasa umur saya dalam 14 atau 15 tahun. Tak ingat sangat. So disebabkan hotel2 di Italy sangat mahal dan bila saya dan keluarga travel, kami memerlukan at least 2 bilik, so ayah saya decided untuk sewa service apartment instead. Masa tu winter, so memang sejuk tapi tak ada salji. Jarang Rome ada salji. Kalau ada pon Kawasan luar bandar. Sampai-sampai je apartment, alangkah terkejut kitorang. Bangunan dia macam gereja/castle lama era renaissance.
Sampai saja unit. Kitorang lega sikit. Walaupon bangunan lama, tapi dalam unit, modern mix traditional renaissance. Maksudnya katil, sofa dan toilet modern tapi dinding, pintu, almari semua design lama, macam ala-ala cerita Game of Thrones.

Tapi malam tu, saya rasa tak senang sangat. Rasa mcm orang tgh memerhati. Tapi akibat jetlag and letih, saya tido sampai pagi esok. Keesokan hari, kami sekeluarga makan angin pergi lawat tempat-tempat tourist macam Vatican City, Colosseum dan banyak lagi. Dekat Vatican city (Vatican City adalah NEGARA tersendiri dan Negara terkecil didunia) tempat pope tu. Security diorang pakai Buggy (kereta golf) brand Lamborgini tau. Masa masuk tempat makam-makam pope, saya rase macam tak sedap hati. Mungkin sebab tempat orang dah m**i, kan?

Malam tu masa dekat apartment, saya masih lagi tengok TV di ruang tamu. Yang lain dah tido. Saya dapat rasakan ada benda memerhati. Tetiba saya mengigil dan rasa tak sedap. Saya pon bangun dan bergegas ke toilet nak basuh muka untuk cuba tenang kan hati. Mase jalan. Saya dengar ada bunyi tapak kaki. Makin laju saya jalan, makin laju dia jalan. Saya toleh takde sesape. So masa dekat toilet, saya basuh tangan, muka dan juga buang air kecil. Masa shee shee, tetiba ada benda sergah dengan suara garau dan pegang bahu saya dari belakang. Memang terkejut la sampai hilang aim memercik kesana sini.
Saya pon menjerit la HANTUUUUUUUU. Mak and ayah lalu bangun and lari ke toilet. Saya pon cerita la ape terjadi. Ayah cakap dah pergi mandi (sebab dah basah kene shee shee kan) dan tido dibilik dia. Esok masa breakfast, ayah ada cakap yang smalam dia ada nampak lintasan orang pakai jubah hitam yang tutup kepala sakali dekat ruang tamu. Bukan mcm cerita The Nun, tapi lelaki pakai jubah hitam mcm citer renaissance. Lepas kejadian malam tu, takde lagi kene ganggu tapi perasaan mcm orang memerhati tu masih ada. Nasib la takde ngilai2 macam hantu melayu ni.

Kisah 2:
Ok mase ni tahun 2011, saya belajar Diploma di Perth, Australia. Bagi student-student amik jurusan Mass Comm, kami diwajib kan untuk attend Media Camp. Dekat camp, kami berpeluang untuk masuk workshop2 seperti, Special Effect Make up, Stunt coordination dan paling best, kitorang diberi assignment untuk buat filem bedasarkan tajuk yang diberi. Kumpulan yg paling kreatif akan menang pada penhujung camp.
Camp kami ni terletak betul2 pendalaman outback Australia. Dari bandar mengambil masa dalam 2 jam setengah naik bas. Camp kami ni sebijik macam cerita omputih. Lebih2 mcm cerita Slasher seperti Friday the 13th. Tempat tido dia adalah dalam cabin2 yang disediakan. Since its Co-ed dan dekat negara mat salleh. Perempuan dan lelaki memang share satu cabin (Astafghfirullah) haha. Saya sorang je melayu. Yang lain mat salleh la, brazillian la, African la, Chinese la.

So malam tu masa selesai activity, kami semua lepak di outdoor terrace tu sambil nyanyi and main gitar. Ada yang bergossip, bercinta dan ada yang bercerita hantu. Saya sempat selit2 masuk kumpulan2 yang ade kecuali kumpulan yang bercinta sebab HARAM. Ahaha. Mase sibuk dengar cerita hantu, ada senior ni cakap yang tapak camp ni bekas hospital orang gila dan berhantu. Kitorang gelak la sebab tak percaya. Senior pon cakap la. Cuba check bilik tido.

So malam tu, saya dan 2 orang kawan, James dan Alicia, pon pergi siasat. Disebabkan punya excited pergi camp. Kami sendiri tak perasan katil yang kami akan tido. Katil hospital tuuu. Tapi katil hospital lama bukan yang ada switch tekan-tekan nak naik kan kaki kepala bagai tu. Lepas tu bawah katil Alicia, ada baju straitjacket yang baju ikat kaki tangan orang gila pakai. Kami pon freaked out la. Katil Alicia dan katil saya bertentangan, saya check bawah katil ada gari tangan tapi jenis yang lama punya. James pon check katil dia. Ada gari jugak.
Perasaan seram tu pon sampai.. kitorang decided untuk stay up dan teman each other.

Pukul 3 pagi, suasana cabin sangat sunyi. Tetiba dengar bunyi tapak kaki berjalan bersama seretan rantai di lantai. Saya pandang james dan Alicia, mereka pon dengar. Seorang rakan sebilik kami nama Denzel, dia pon terdengar dan tanya samaada kami dengar jugak. And then kami dengar suara orang tua meraung tapi slow and sayu je. Tak kuat. And then suara orang menangis. Bunyi2 ni hanya didalam bilik kami je di cabin. Bilik bilik lain tak dengar sebab kesokkan hari kami tanya budak2 bilik lain. Mereka ckap tak dengar. Nasib la camp tu untuk 2 malam je.

Mase last day nak balik. Saya, James dan Alicia duduk sesame dekat belakang bus. Saya mengadu sakit lengan ade kesan lebam. Diorang pon cakap yang diorang ade kesan lebam yg sama and tunjukan dekat saya. Lepas graduate dan kembali ke Malaysia, saya ade kenkadang pergi Perth lawat diorang, dan pengalaman ni masih akan jadi topik sembang kami. Even till now dengan PKP, MCO tak boleh travel. Kami akan ingat dan sembang pasal peristiwa ni everytime kitorang video call. Saya ada gambar camp ni. Bukan gambar hantu. Tapi gambar rupa sekeliling camp. Kalau ade sesapa nak tengok. Nanti saya boleh share dalam ruangan comment FB FS jika cerita ni di approve. Sekian, BYE!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joe Ariff
Rating Pembaca
[Total: 81 Average: 4.6]

3 thoughts on “Hantu Perantauan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.