Hantu Perempuan Siam: Duit Deposit Burn

Assalamualaikum peminat FS sekalian,maaf disebabkan penulisan aku yang lepas banyak tersalah taip contoh kendiri jadi kenduri hahaha.Okay, aku akan sambungkan kisah aku sepanjang 3bulan disana.Aku akan selitkan sekali pengalaman Samad apa yang aku dengar dari Samad cerita kepada aku,

Baca: Klik sini untuk kisah yang lepas

Ini minggu first kami bekerja dikampung tersebut,kami datang check in rumah tersebut pada petang sabtu ala-ala lepas asar gitu,Samad memerli aku sambil ketawa

Samad: Ini dah sampai rumah girlfriends hang ni.hahaha

Aku: Mulut tu jangan nak celupar ,aku harap hantu bangla mai kacau hang malam ni

Samad pun ketawa sambil meminta maaf,dalam seronok gelak tawa terdengar moto honda 70 abg pei  groom..groom.gromm sangat antik bunyinya ala hidup zaman 70an-80an pulak,Abg pei berhentikan motornya tanpa mematikan enjin lantas turun dari motor bertanya khabar aku dan Samad

Abg Pei :Semua ok ka (pelat siam sikit)

Samad : Ok ja abg Pei,

Abg Pei : ha elok-elok ,aku pergi dulu

Samad : Abg pei nak pergi mana pulak senja-senja ni

Abg Pei : belakang tu jap (sambil tunjuk hutan kecil dibelakang rumah sewa kami)

Samad : ooo baik-baik bang, ada ular tedung naya.

Abg pei ketawa kecil lalu beransur pergi ke hutan kecil ,untuk pengetahuan hutan kecil belakang rumah tu bukan betul-betul belakang rumah sangat kalau keluar dari pintu dapur tu dalam 2minit berjalan baru jumpa hutan kecil tersebut tapi nak memudahkan aku cakap la belakang rumah aku ja ,harap boleh faham ya.Satu lagi hutan tersebut ada satu pokok sederhana besar ala-ala pokok orang india untuk buat ritual keagamaan mereka begitulah gambaran pokok tersebut.

Maghrib pun tiba,aku dan Samad solat berjamaah sekali di ruangtamu  usai solat, Samad mengajak aku untuk membaca surah yassin sementara menunggu masuknya waktu isyak,Samad jadi khalifah dalam bacaan tersebut dalam pertengahan ayat 70  ‘لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ’

Tang!!!  bunyi kuali goreng telur dadar aku dengan periuk faveret maggie aku jatuh didapur yang aku bawak dari rumah dengan bunyi almari dapur dihempas air singki dibuka deras,barang dapur rumah ini taklah banyak sangat yang lain aku dengan Samad yang bawa dari rumah. Samad pegang paha aku sambil menguatkan bacaan beliau , tinggal satu ayat terakhir untuk dibaca lampu terpadam gelap gelita dalam rumah terdengar tapak kaki orang melompat-lompat seolah macam  orang gemok melompat lompat memamg terasa gegarannya aku terkelu ketakutan sambil memegang tangan Samad ,Samad mengakhiri bacaan dengan suara yang  menjerkah ‘
شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ’

Situasi masih gelap,Samad tenangkan aku sambil dia mencari  memetik api dalam beg rokok daun kecilnya saat samad menyalakan Api, Aku melihat dibelakang Samad wanita yang aku lihat dulu tapi berlainan sedikit sebab separuh wajah nya cantik dan separuh lagi matanya terkeluar kulit penuh nanah,memamg mengerikan api pun terpadam aku melihat wajah perempuan tersebut dalam 2-3 saat sahaja ,Dalam Samad bertanyakan aku apa terjadi ,Samad pun menunjukkan reaksi ketakutan sedikit biasalah fitrah manusia berani mana pun tetap akan ada perasaan takut dalam diri,aku terdiam lantas Samad pegang tangan aku untuk mencari suis utama eletrik dalam rumah yang berada berhampiran pintu rumah,dalam berjalan untuk kepintu Samad dibisik oleh ‘benda’ tersebut
“kau takut yee hheheheheheeh’ ini apa yang diceritakan Samad kepada aku selepas dua hari dari berlaku kejadian tersebut.

Samad pun menolak naik suis utama dan lampupun bernyala, Samad buka pintu rumah dan keluar di beranda rumah aku mengekori Samad lantas terlihat makhluk tua yang kami lihat pada permulaan kami datang rumah ini,kelihatan samar -samar kerana disuluh oleh cahaya bulan ,Samad katakan hiraukan benda tu kita silap masuk kawasan,

Samad : hiraukan ja lagi kita takut lagi dia suka kacau,muka hang tu dah pucat teruk satgi aku buat air penawar untuk hg.

Aku : Aku rasa nak demam ni Mad malam ni aku tidur dengan hang boleh norh.

Samad : Ha,hang jangan buat pelik-pelik dengan aku,aku dah tidur mati..

Dalam keadaan macamni pun Samad boleh bergurau bodoh dia ingat aku kunyit kot,kami masuk kerumah tutup pintu dan terus melulu kedapur tengok apa yang terjadi ,setiba didapur elok sahaja seolah tiada apa yang berlaku Samad pesan kepada aku supaya pergi ketandas siap-siap buang apa yang patut  kerna nanti malam dia tak mahu teman aku ketandas,hahaha..Selasai solat isyak aku pun hamparkan toto di tepi katil samad , aku dengan Samad berbincang untuk keluar dari rumah sewa puaka berhantu siam.duduk malaysia jadi hantu malaysia la aduyai..hahaahaha,tapi fikir balik mesti abg pei tak bagi sebab dalam perjanjian 3 bulan kami nak menyewa deposit dan sewa rumah untuk satu bulan dah bayar ,memang mustahil nak dapat balik duit rumah dan deposit kecuali budi bicara abg Pei sendiri.

Tepat pukul satu malam aku dengan Samad pon melelapkan mata, tidur lambat sebab esok ahad cuti dengan badan aku mula kepanasan mungkin demam terkejut lihat wajah perempuan tadi. Tiba-tiba wajahnya mula bermain di fikiran ‘susah betul nak tidur malam ni’ getus hati kecilku tiba-tiba terdengar dari bawah rumah suara budak-budak ketawa hek hek hekkk hekk sambil mengetuk dengan kayu  tepat-tepat di kepala ku.Korang boleh bayangkan lantai kayu diketuk dari bawah rumah siapa biasa duduk rumah kampung kayu mesti dapat gambarkan.

‘tukkk ,tukkk ,tukk tukk,tukkk abg boleh teman adik main tak hehehehe’

Tiba satu suara jerkah kedengaran memecah hening malam iaitu suara Samad,

‘Woi bodohlah aku nak tidur ,sudahlah kacau tu’

Samad pun kena kacau rupanya ‘benda’ tu bermain tiup-tiup ditelinga Samad,lantas dia sambung tidur .

Aku pun turut lena dalam keadaan demam dan bangun subuh pukul 8 pagi yang mana ustaz yang pernah mengajarkan aku dulu pernah berkata ‘sapa yang bangun subuh waktu dhuha Subuhnya subuh babi’.

Dalam pukul 12 tengahhari aku dan samad pergi berjumpa dengan Abg pei memamg apa yang kami jangka Abg pei tak akan percaya dengan kisah kami dan tidak bersetuju dengan kami jikalau kami mahu keluar dari rumah tersebut. Maka burn duit deposit .Setakat disini dulu aku ceritakan, sebenarnya aku nak cerita tentang penduduk orang Asli yang masih mengamalkan ritual dan adat mereka mengunakan pertolongan jin  tak sangka kisah hantu perempuan Siam boleh panjang pulak.

Apa-apa pun korang komen dulu kisah aku ini,kalau dapat sambutan aku akan tulis part 3 yang mana pengakhiran hantu perempuan Siam ni dan aku akan ceritakan pengalaman aku masuk membanci kampung orang asli yang bukan Islam ,perkampungan mereka hanya 10 minit dari kawasan rumah sewa aku.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 thoughts on “Hantu Perempuan Siam: Duit Deposit Burn”

  1. Tolong la ayat tu jangan panjang sangat. Ni semua hg boh koma. Sikit lagi nak koma aku dok baca pasai tak cukup napaih. Mampoihhh.

    Reply
  2. Allahuakbar….ambil masa elok-elok, tulih pi la panjang2 sikit. Cerita hang best tapi buat pendek-pendek tak syok tunggu chek oiii. Hehe….

    Reply
  3. hamboih kemaih aih ceqita hg norhh. tp ni ha byk aku bg ni:
    …………………………………………………………………………………………………………………………
    cukop kot nohh ntok ceqita hg lepaih ni. pkai taw, jgn duk buat bejimat xtentu hala sgt. xcukup napaih oqg baca oi

    Reply

Leave a Comment