Hantu Perempuan Siam

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian,sebelum diteruskan kisah pengalaman seram, aku mintak maaf andai kisah ini tidak dapat merentap jantung kekanda sekalian,

Kisahnya bermula apabila aku dan samad ditugaskan disebuah pekan yang jauh dari bandar yang ada hanya kawasan perumahan kampung melayu dan juga beberapa kampung orang asli.

Sebelum aku teruskan ,aku terangkan sedikit kampung melayu semua dikatakan islam dan perkampungan orang asli yang berdekatan 2 buah penempatan orang asli majoriti Islam dan satunya belum Islam masih amalkan ritual-ritual adat nenek moyang mereka dulu kala.

Apa yang aku dengar dari orang situ siapa yang masuk kampung mereka untuk ajarkan Islam, pulang ke  rumah pasti terjadi perkara tidak diingini contohnya, sakit perut ,muntah darah,kesan cakaran pada badan muntah kaca dll ,dan yang paling sedih seorang ustaz baru pulang dari berdakwah eksiden seorang diri dan terbabas jatuh dalam gaung.

Aku dan samad(bukan nama sebenar ye) datang ke pekan tersebut atas dasar kerja pembancian penduduk. Kami datang seminggu awal untuk mencari rumah untuk disewa selama 3 bulan.Dalam perjalanan aku dan samad pun bersembang pasal politik isu semasa negara ala-ala orang tua-tua sembang di kedai kopi.Kami singgah masjid untuk solat zohor usai solat zohor aku disapa oleh tok imam bertanya kan aku dari mana ,aku namakan imam ni dengan nama Pak Makmur.

Akupun bersembang dengan imam tentang tujuan kami datang kesini dan menyelesaikan tugasan kerja ,di akhir penbualan aku dengan pak makmur dia bertanyakan aku tempat aku menyewa.

Pak makmur: ha kamu menyewa rumah dimana ,aku ada rumah kosong kalau kau nak?

Aku: tak apa pak imam kami dan deal rumah sewa dihujung kampung sana depan perkampungan orang asli.

Raut wajah pak imam sedikit berubah lantas beliau berpesan supaya jaga adab ke rumah orang dan jangan tinggal solat dan aku pun bersalam dengan tok iman sebagai tanda mengundur diri.Lantas aku pulang ke kereta, sedap samad tidur buka aircond ewah-ewah .

Aku: Sedap ya kau tidur mad siap aircond ye.

Samad: kau sembang apa dengan pak lebai tu lama benar sembang tak larat aku tunggu kau dekat luar panas,

Samad bangun dari tidur dan terus melucur ke destinasi.Setiba di rumah sewa kami berurusan dengan Abg Pei orang Thailand tapi fasih berbahasa melayu.

Untuk pengetahuan korang, Abg Pei ini menganut agama buddha tapi tak sampai la tahap tok sami. Selesai urusan, kami berehat di dalam rumah. Aku keluar keluar cari makanan, samad diluar rumah sambil melayan john kelabu ,sedang samad ‘feel’ menghirup john kelabu terdengar suara budak menangis di dapur rumah.

Petang-petang pon dah kena kacau samad terus menghirup asap rokok dua tiga das tanpa menghiraukan apa benda duk menangis di dapur.Aku pun balik ke rumah sambil membawa dua bungkus nasi goreng pattaya bersama dua ikat teh o ais.

Tengah sedap makan, azan maghrib pun berkumandang sayu-sayu. Yelah rumah kami jauh sikit dari surau dan masjid kalau berjalan ke surau mau basah satu baju.Siap kemas diri dan bilik, kami putuskan untuk tidur disitu sehari memandangkan esok cuti boleh rehat-rehat juga dari pikirkan kerja yang tak pernah habis.

Usai solat isyak, kami bersembang diluar rumah.Tengah sedap-sedap aku bersembang aku perasan ada seorang tua dengan mengalas cangkul dibahu sambil memerhati aku dan samad,kami pun bergegas masuk rumah gila ka apa pukul 11 malam berkebun ,

Aku dengan samad masuk bilik masing-masing.Bilik aku dengan samad ini ada jendela kayu. Jadi bila angin kuat akan bunyi grrr..grrr …grrrr korang bayang lah sendiri ya.

Tengah sedap aku layan lagu spoon rindu serindu-rindunya, tiba-tiba angin kuat menerjah terbuka jendela bilik aku lantas angin menerjah muka dan terlihat sosok seorang wanita yang pakaian nya ala-ala tradisional siam muka cantik. Kulit mulus, rambut ikal mayang, wangi semerbak boleh tergoda siapa yang melihat dek panahan kecantikan.

Seolah dipukau tak semena-menanya,lantas Samad pun masuk di bilik aku dengan niat nak bertanya aku bau busuk dari biliknya.Masuk sahaja,Samad melaung kan takbir tatkala membuka pintu bilik aku kerana aku hampir mengikut hantu siam tadi keluar dari jendela. Seolah-seolah dipukau lantas samad menarik aku dan aku pengsan tak ingat apa yang berlaku.

30 minit selepas azan subuh baru aku bangun lama betul pengsan. Sekali dengan qadha tidur mungkin,dan samad suruh aku berwuduk tunaikan kewajipan yang lima ,aku gegas bangkit dari katil ke tandas.

Dalam turun nak ke dapur ,diruang singki tu ada tingkap. Aku terlihat sepasang mata merah jeling kearahku lalu terdengar jerkah “usah risau dia nak kenal-kenal dengan kau ja tu hahahahaha”. Tak guna punya samad boleh buat lawak benda2 gini.

Selesai kenduri apa semua aku dan Samad bergegas pulang ke bandar dan kami singgah sarapan di kedai roti canai berhampiran.

Setelah roti canai sampai aku tanyakan kepada samad apa yang berlaku semalam dan aku cerita kan kepada samad apa yang aku lihat dari sudut pandagang aku,

Samad: hang nampak apa semalam sampai nak terjun tingkap tu?

Aku: nampak awek siam cun nak mampoih

Samad: hahahahah tu norh cun,

Samad pun cerita apa yang dia nampak ,dari sudut penglihatannya.Dia ceritakan mulanya berbau busuk. Cari punya cari dalam bilik tak jumpa punca dimana baunya. Samad pun masuk bilik aku, ya memang bau busuk dari bilik aku dan Samad lihat perempuan  muka buruk badan terurai rambut panjang mata merah menyala.

Aku pun berenti makan tiba-tiba jadi tak lalu nak makan dan Samad sempat bergurau “kalau tidak mak hang dapat menantu hantu la kalau hang ikut dia”. Kuang asam punya samad.

setakat itu dulu aku ceritakan. Takut2 pengalaman dan penulisan aku ni tak best baca,kalau respon positif aku akan teruskan mengarang pengalaman di kampung orang asli ni.

-pena berlebai

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Asyraf Suib
Hantu Perempuan Siam
8.3 (82.91%) 55 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

15 comments

  1. Cerita best. Kalau ada cerita lain kongsikan la lagi. 3 bulan tinggal kat sana kan. Mesti ada kisah lain pulak. Kenapa muka pak makmur berubah masa tu, ada kisah disebaliknya ke?

  2. Awal-awal cakap pergi sana untuk buat kerja. Bila dah nak ending pulak cakap selesai kenduri. Mana satu ni? Buat kerja ke pergi kenduri?

    Tapi mukadimah cerita memang best dah. Cuma bila dah start kene kacau tu ke laut sikit rasanya.

    Teruskan usaha anda!

  3. Good story…but i think you should continue the story..I think something wrong with”KENDURI” or something else?. Good job.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.