Hantu Raya Bahagian 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian pertama…..

Aku beransur dengan pantas meninggalkan semak dan berjalan ke arah rumah-rumah kampung yang mulai berselerak dikiri dan kanan.

“JANGAN LUPA!!! ARIF BIN YAHYA!!! ATAU KAU YANG AKAN JADI TUAN BARU PADA AYAM INI!!” Laungan yang aku dengar dikejauhan..

Meremang-remang bulu tengkuk aku, bila nama aku dipanggil penuh.

“Sial!” Getus aku sendirian!

Tak guna punya Uda!

Aku berjalan tegak dan terus kedepan hingga sampai ke perkarangan masjid, Uda sedang duduk bergelimpangan macam dah hilang separuh nyawa didepan tangga masjid. Disebelahnya ada muntah yang banyak, bau masam menusuk ke rongga hidung di kawasan tangga masjid.

“Kau muntah ke Da?” Aku tanya

“Hns… Hnsss…. Yelah! Habis tu? Cilaka punya ayam! Orang tua keparat tu punya rupanya! Bukan Pak Selamat!” Kata Uda mengaturkan nafas yang semput kerana baru berlari dalam jarak yang jauh.

Aik? Dah dalam keadaan macam ni pun masih nak marahkan ayam lagi?

“Sudahlah, aku nak balik..” Bersahaja aku katakan pada Uda..

“Eh, Rip! Hantarlah aku balik dulu!” Uda dah mula merengek

“Ahhhh! Kau tinggalkan aku tadi, takpe?” Aku balas dengan perasaan geram

“Alahhhhhh janganlah macam tu, kalau dia kokak kepala aku dalam perjalanan nak balik nanti, macam mana?” Tanya Uda lagi

“Kau lawan lah! Rumah kau bukan jauh! Rumah aku lagi jauh tau!” Balas aku, sungguh mual nak melayan perangai Uda ni, aku berlalu tinggalkan Uda sendirian.

Aku buat tak tahu je dengan laungan Uda yang memanggil nama aku dari tangga masjid..

Uda mengikut dibelakang, tak membiarkan aku berjalan sendirian. Mungkin dia tak berani di tinggalkan sendirian..

“Malam ni, aku tidur rumah kaulah, Rip!” Katanya yang masih mengah. Aku cuma diam.. Mengangguk tidak, mengelengkan kepala pun tidak.

Kami sampai dirumah dengan lampu beranda depan yang terpasang, dari jauh boleh dilihat kehadiran cahaya. Bila semakin menghampiri rumah, jelaslah dipandangan mata, Pak Seli dan bapak sedang duduk diberanda.

“Assalamualaikum..” Kata aku sambil tersenyum.

“Waalaikum salam” Bapak dan Pak Seli menjawab serentak. Aku dan Uda bersalaman dengan Pak Seli, dan duduk diantara bapak dan Pak Seli.

“Dah habis latihan kau, Uda? Arip?” Tanya Pak Seli ramah.

“Dah habis.. Tapi tadi masa nak balik…” Suara aku putus-putus..

“Aku tau, dia datang jumpa kau kan? Suruh kirim salam pada aku?” Kata Pak Seli..

“Dia siapa? Macam mana Pak Seli tau?” Aku bertanya

“Wak Kadir tu lah.. Tadi dia berani datang jumpa aku ditengah laman. Ni aku datang rumah kamu ni pun pasal dia tu lah..” Kata Pak Seli..

“Kenapa Pak?” Tanya aku lagi

“Dia cabar aku, dia kata jangan ganggu dia, sampai dia jumpa ‘tuan’ baru. Katanya kalau taknak diturut, dia ambil kamu jadi tuan yang baru!” Kata Pak Seli sambil jari telunjuk tangan kanan dijentik-jentik dilantai papan rumah. Seketika kemudian Pak Seli mengeleng-gelengkan kepala, seperti sedang memikirkan sesuatu.

Aishh… Tak seronok betul aku dengar benda macam ni. Uda dah pandang-pandang muka aku..

“Jadi macam mana, bang?” Sapa bapak aku sambil tangannya mengaru-garu pangkal hidung yang gatal.

“Syaitan dan Iblis memainkan tipu muslihat untuk menyesatkan keturunan Adam, kalau kita turut, maknanya kita mengalah pada tuntutan Syaitan dan Iblis, walhal dalam Quran dah terang lagi nyata, mereka adalah sebesar-besar musuh yang harus diperangi!” Balas Pak Seli.

“Tak mengapa, esok siang kita ke rumah Wak Kadir tu, mungkin ada petunjuk yang boleh kita cari..” Kata Pak Seli sambil tersenyum.

“Aku nak beransur dululah, hari pun dah lewat malam dah ni..” Pak Seli bangun bersalaman dan bergegas pulang berjalan kaki kerumahnya yang berjarak tiga rantai dari rumah aku..

“Hah, kamu taknak balik, Uda?” Sergah bapak pada Uda.

“Errrr… Tumpang tidur sini la malam ni, Cik..” Kata Uda tersengih-sengih..

“Sudahlah, masuk dalam, bersihkan badan. Kalau nak makan, lauk ada didapur, layan diri sendiri, aku nak mengaji..” Kata bapak tegas, sepontan aku dan Uda menganggukan kepala.

Malam tu aku tidur diruang tamu bersama Uda, bimbang jika tidur dibilik akan jadi lagi insiden dilempar b**i hutan di tepi tingkap macam dulu. Dan yang pastinya mimpi aku sangat aneh pada malam tersebut.

Antara sedar dan bermimpi, seperti berada di alam separuh sedar, aku nampak Uda bangun dan menuruti langkah aku, kami keluar dari rumah dan menuju ke laut..

Seketika kemudian kami menembusi kawasan berkabus tebal, entah macam mana kami sekarang hanyut beroleng-oleng didalam sebuah sampan. Dan sampan yang menampung kami bocor dan tengelam, aku dan Uda terkapai-kapai ditengah lautan.

Aku nampak Uda lemas dan tenggelam tanpa dapat diselamatkan, seketika kemudian Uda timbul dari tenggelam, anehnya Uda pada kali ini, berwarna ‘hitam legam’.

Betul!

‘Hitam legam berkilat’ bagaikan disapu arang diseluruh badannya!

“Arip, aku nak selamatkan kkkkkau ni.. Kalau kkkkkkau taknak lemas, ambil jaket keselamatan ni!” Kata Uda sambil memberi jaket keselamatan pada aku. Anehnya, jaket tu juga berwarna hitam legam!

Sayup-sayup ditelinga aku, aku dengar lontaran ayat-ayat suci yang dibacakan dengan tajwid dan taranum yang betul.

‘Itu suara abah!’

‘Aku kenal ayat ni!’

Waj alna mim baini aidihim shad dam, wa min khal fihim shaddam.. Fa agsyaina hum..

Aku tuturkan, langsung aku ulang dari ayat pertama Yaseen hingga ayat ke sepuluh..

Dan aku rasa, dengan sekali hembusan nafas.. Badan, jiwa dan raga aku ditarik kembali kerumah, dengan sekali rentap!

Aku tersentak sendirian diruang tamu rumah dalam keadaan cahaya yang samar-samar!

Peluh dah membasahi tilam yang di buat alas yang dibentangkan diatas lantai papan rumah. Uda? Nahhh.. dipenjuru hujung ruang tamu, tidur macam rupa bayi dalam kandungan, ibu jari dihisap didalam mulut..

Aku bangun dan duduk sambil mengesat peluh di dahi, Haus! Ya aku haus!

Aku bangun berjalan dan nyalakan lampu ruang tamu, Aneh sekali lagi, rupanya Uda tak tercampak dipenjuru, elok je dia tidur disebelah tilam aku..

Malas ambil pusing, aku segera ke dapur, saat aku tuangkan air kedalam gelas, aku dengar suara bapak berdehem beberapa kali dibelakang aku..

Ehemmmmm…

Ehemmmmm….

“Tekak gatal ke? Jemput minum air, bah..” Aku sapa bapak tanpa menoleh, perasan seperti bapak berjalan dibelakang aku..

“Ya.. Ya.. Kau capaikan aku gelas tu, Rip!” Suara bapak bagi arahan macam selalu.

Aku capai gelas dan hulur pada bapak, dalam keadaan separuh menoleh, aku nampak bapak aku berwarna hitam legam berkilat!

Berderau d***h aku!

Setan betul!

“Bahhhhhhh….. ” Aku jerit dan panggil bapak..

“Heh… heh… heh… Kau takut dengan aku ke, Rip?” Pintas bapak yang berupa dan berwarna hitam legam didepan mata aku..

Perlahan-lahan wajahnya berubah menyerupai susuk bertubuh tujuh kaki tinggi seperti semalam!

Cawan dalam genggaman aku letak ke tepi. Nafas naik aku tahan dihujung perut, kaki kiri yang berada didepan spontan aku jingkitkan..

La qod jaa akum rosullun, min anfusikum…

Aku baca ayat At-Taubah dalam hati sampai ke penghujung ayat yang berakhir dengan ‘HU’, aku tahan nafas dan tekan didalam perut.

Dengan sekali sentak!

Aku lepaskan tendangan padu membuang ke depan!

PRAPPPPPP!!

POMMMMM!!

Tendangan terbabas dan menghenyak dari bawah meja makan!

Berterabur barang yang ada diatas meja makan!

Meja patah dua!

Kelibat dah hilang dari dapur bersama ketawa terkekeh-kekehnya, bagaikan berjaya memperbodohkan aku.

Wajah bapak dan Uda menerpa didapur!

“Apa dah jadi?” Kata bapak aku dengan kening berkerut-kerut. Mungkin bapak fikir, walau macam mana marah sekali pun, jangan lah sampai nak pecahkan meja!

Aku cerita apa yang berlaku. Bapak mengangguk-angguk, Uda pula yang naik seram sejuk mendengar cerita aku. Sesekali matanya melingas memandang kanan dan kiri.

“Sudah! Takpe, tinggalkan je meja tu, esok siang kau kemas! Ambil wuduk semula sebelum sambung tidur!” Tenang arahan dikeluarkan bapak.

Aku menurut tanpa banyak bantahan, tak dimarahi bapak kerana memecahkan meja, sudah cukup baik pada pendapat aku.

Tapi sampai hari bertukar cerah, aku gagal melelapkan mata, insiden begini betul-betul menghantui malam aku yang indah!

*********************************

Kami keluar berjemaah dimasjid pada pagi subuh yang tiba, Uda bergegas pulang kerumah selepas Subuh berjemaah. Aku dihurungi rasa mengantuk yang hebat, tapi masih aku gagahkan untuk turut serta bersama bapak dan Pak Seli untuk ke rumah Pak Kadir.

Kami tiba sekitar pukul lapan pagi, saat matahari masih suam mendaki langit. Jiran Pak Kadir yang sedang menyapu dan membakar sampah disebelah rumah menyambut kedatangan kami. Pak Lamat namanya, orangnya ramah, siak masjid kampung kami.

“Kami ni datang nak melihat-lihat rumah Pak Kadir..” Jelas bapak, usai bersalam-salaman sesama kami.

“Bolehh… Pak Kadir ni sebatang kara.. Orang mendatang bukan warga asal kampung kita, rumahnya tu, disewa dari aku.. Masa meninggal pun dia bukannya ada waris. Kunci rumahnya ada pada aku, kalau nak naik dan tengok, aku ambilkan kuncinya dulu..” Balas Pak Lamat masih ramah.

“Boleh juga, nak tengok-tengok aje..” Sampuk Pak Seli. Pak Lamat meninggalkan kami sebentar, masuk kedalam rumah dan kembali semula bersama segugus anak kunci ditangan kanan.

“Aku tau, banyak dah aku dengar, orang nampak Pak Kadir berkeliaran waktu malam, tapi itu cuma cakap-cakap orang aje, tak pernah lagi aku nampak atau terserempak dan melihat dengan mata kepala aku sendiri..” Kata Pak Lamat saat memberikan kunci rumah Pak Kadir kepada Pak Seli..

Pak Seli dan bapak hanya mengangguk-angguk saat kunci bertukar tangan. Kami naik ke rumah Pak Kadir, tiada apa yang istimewa, hanya ada beberapa perabut usang dan tikar mengkuang yang dibuat hamparan diruang tamu.

Pak Seli dan bapak masuk ke setiap bilik dan menjengah-jengah disana sini, seperti mencari sesuatu, dan Pak Seli terkumat-kamit seperti membaca sesuatu, dan sesekali hanya diam dan merenung seperti bertafakur seketika.

Ada Mashaf Usmani yang masih terletak elok diatas rehal dipenjuru ruang tamu. Semuanya nampak seperti terjaga dan pernah dijaga. Sekurang-kurangnya tiada tanda-tanda yang boleh membuatkan Pak Seli curiga pada pendapat aku.

“Sudahlah, mari kita balik!” Seketika kemudian Pak Seli mula bersuara.

Errrr.. bersambung lagi gais, relax gais.. esok aku sambung, panjang lagi ni nampaknya.. Hihi..

Jangan komen ‘f’ banyak-banyak.. pening kepala aku, komen fa ke… shim ke… tho ke.. boleh? bagi komen yang berdaya saing sikit la…

Anyway, yang mana dah beli buku Pusaka, boleh share caption cantik-cantik kat ruangan komen tak? aku nak simpan jadikan kenangan aku dengan korang.. hihi.. thanks gais!

xoxo

#Pusaka

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

4 thoughts on “Hantu Raya Bahagian 2”

  1. Dah beli pusaka, nak ulang baca dah ni walaupon dah banyak kali baca dalam fiksyen shaha.. hopefully cerita2 en arif yg selebihnya ni masuk dalam Pusaka 2 pulak ye….

    Reply
  2. Assalamualaikum.. hi penulis.. dari dulu saya rasa saya tak pernah lagi skip cerita awak kat sini. sampailah bila awak bgtahu pasal buku pusaka tu, saya terus beli dari book mesh. wlupun cost penghantaran ke SS mahal, tak apalah janji dapat beli. Tak lama pun lepas tu saya dah dapat buku pusaka tu, hehe.. feedback saya, buku pusaka tu sangat2 worth it.. dan paling menarik bahagian belakang tu awak selitkan bacaan2 surah yang diamalkan dalam cerita awak. Alhamdulillah saya dah mula amalkan. terima kasih banyak2. kalau boleh terbitkanlah lagi sambungan buku tu. saya masih rasa tak puas nak baca. dan harapnya boleh juga berkongsi potongan ayat surah dalam Al-Quran yang lain macam dalam buku pusaka tu. Elok untuk diamalkan, pahala pun dapat!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.