Hantu Susu Beraksi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hai, pembaca semua. Kisah yang saya kongsikan ini merupakan cerita sebenar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Cerita kali ini adalah pengalaman pertama saya ditakutkan ataupun diganggu oleh makhlus halus. Kisah ni berlaku semasa saya dalam darjah 3 pada tahun 1996. Pengalaman yang tidak pernah saya lupakan. Seram atau tidak itu terpulang kepada pembaca. Baiklah saya akan mulakan cerita dan akan membahasakan diri saya sebagai AKU.

Kisah ini berlaku ketika aku bersekolah di salah sebuah sekolah di Selangor. Menurut cerita kawan-kawan yang aku dengar tentang sekolah tu, kununnya, tapak sekolah tu merupakan bekas pejabat tentera Jepun. Aku lupa kem atau pejabat yang penting berkaitan dengan tentera jepun. Banyak cerita pasal hantu Jepun dari abang-abang dan kakak-kakak ‘senior’ diceritakan kepada aku. Maksudnya sekolah aku ni agak keras. Kisah hantu jepun berkawad lah, hantu takda kepala lah dan kisah hantu dalam tandas. Semua adalah cerita dari pengalaman pelajar-pelajar yang pernah bersekolah disitu. Dan cerita aku ni adalah tentang cerita mengenai tandas yang memang dikatakan berhantu.

Nak dijadikan cerita, petang tu, masa terakhir sebelum pulang cuaca mendung. Langit dah gelap walaupun masa tu hari masih awal dalam pukul 5 petang. Cikgu ada je dalam kelas tapi dia suruh kami buat kerja sendiri kalau dah habis buat latihan yang dia suruh. Kami pun apalagi pantang ada peluang, berboraklah.

Kami 4 orang bersahabat duduk dekat-dekat, aku, Nina, Wawa dan Atie. Aku dan Nina pusing kerusi menghadap Wawa dan Atie yang duduk belakang kami,lepastu cerita pun bermula. Sorang demi sorang bercerita tentang cerita hantu yang mereka tahu. Semua tak mau kalah cerita siapa paling seram. Aku jadi pendengar je sebab aku takda cerita hantu. Tiba-tiba, tengah syok mendengar cerita Nina ajak temankan dia pergi tandas. Aku tak suka pegi tandas yang berdekatan kelas kami tu sebab tandas tu terlalu kotor. Tahi atas lantai berketul-ketul..yeekk dan sebab tandas tu berhantu. Tandas tu sebenarnya tidak lagi boleh digunakan sebab takda air, sebab tu jugak kot tandas tu terlalu kotor. Tapi dengan redhanya aku temankan jugak si Nina ke tandas.

Sampai di tandas aku tak masuk dalam aku cuma menunggu di depan sinki yang ada cermin. Aku tak mampu untuk pergi lebih jauh daripada kawasan depan sinki. Berdiri depan pintu tandas,memang taklah. Selama ni, kalau nak kencing atau berak aku sanggup jalan cari tandas lain yang lebih jauh. Nina dah tak tahan sangat, tu yang sanggup ke tandas ni.
“weh, lama lagi ke kau kencing? Busuk gila. Cepatlah sikit” aku menyuruh Nina cepat,
“kejaplah. Tunggu aku tau, jangan tinggalkan aku”
Aku sebenarnya sudah rasa tak sedap hati menunggu lama-lama. Aku rasa seperti ada yang memerhati. Macam ada orang lain selain kami dalam tandas ni sedangkan dalam tandas ni mana ada orang lain selain kami berdua. Tandas ni hanya akan ada ramai orang bila masa tukar baju untuk PJK beramai-ramai je. Orang tak berani pergi tandas ni seorang diri.

Menurut cerita Wawa kalau pergi tandas ni sorang-sorang ada yang datang “meneman”. Buka paip sinki, buka pili air dalam tandas, ketuk pintu, paling seram bila tiba-tiba ada orang mula kira pintu lepastu cakap dia tau kau ada dalam tandas. Bila tengok takda orang pun kat luar tandas.

Sedang aku ketakutan menunggu Nina, tiba-tiba aku perasan seperti bahu baju sekolah aku terangkat. Masa tu aku tengah menghadap jubin putih dinding tandas, Aku nampak melalui pantulan di jubin putih tu bahu baju aku sudah terangkat menghampiri paras telinga. Aku harap siapa yang baca ni boleh bayangkan macamna bahu baju terangkat. Dan yang membuat aku bertambah seram adalah siapa yang mengangkat bahu baju aku.

Bahu baju aku seperti terapung di udara sebab takda benda pun yang memegang bahu baju aku. Terkejut bercampur takut, Aku menghadap cermin untuk kepastian dan kali ini nampak dengan jelas bahu baju aku semakin terangkat seperti ada yang menarik dari atas. Nina yang baru keluar dari tandas pun ternampak dan terkejut lalu menyebut nama aku dengan nada ketakutan.

Kami berpandangan dengan muka saling tak percaya campur takut dan menjerit dengan serentak sekuat hati. Tanpa membuang masa kami pun pecut balik ke kelas. Kelas kami dengan tandas dekat je, cuma dipisahkan oleh tangga dan sebuah kelas. Tapi terasa sangat jauh, macam tak sampai-sampai.

Kami masuk kelas tergopoh-gapah. Cikgu cuma memandang kami pelik, tak tegur pun kenapa kami berlari masuk kelas. Aku yang masih ketakutan terus duduk ditempat aku tercungap-cungap. Kawan-kawan yang lain kehairanan dan bertanya apa yang terjadi sebab muka aku nampak pucat.

Aku tak dapat bercakap. Masih terlalu terkejut dan takut. Nina yang menceritakan kepada yang lain apa yang berlaku. Wawa cakap hantu yang angkat baju tu hantu susu. Hantu tu akan angkat baju orang sampai orang tu tercekik, alah macam orang yang gantung diri kalau nak bunuh diri tu. Macam tu lah keadaan yang hantu tu nak buat. Aku bernasib baik sebab aku cepat tersedar. Bila aku dah kembali tenang aku pun mula bercerita apa yang terjadi.

Cerita kami jadi panjang,macam-macam pulak pendapat yang keluar sebab makin ramai yang berkumpul kat tempat aku. Ada seorang kawan sekelas yang mendengar cerita aku, aku panggil dia Ajai bercerita pasal dia yang pernah kena rasuk.

Kami semua sebenarnya tak percaya sangat cerita dia sebab dia ni kadang pandai temberang. Tengah syok bercerita tiba-tiba dia mencekik aku. Dia mencekik aku dengan sepenuh hati. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Dia betul-betul seperti mahu membunuh aku. Kawan-kawan yang lain sudah menjerit-jerit suruh dia berhenti. Ada yang cuba menarik tangannya daripada terus mencekik aku tapi dia terlalu kuat. Aku jadi panik sebab aku sudah tak dapat bernafas. Aku tak dapat berfikir apa –apa lgi, aku jadi pasrah,masa tu aku fikir macam ni rupanya kena cekik sampai mati.

Aku tak tahu apa yang terjadi menyebabkan Ajai akhirnya berhenti mencekik aku. Kawan yang lain marah dan bertanya kenapa dia mencekikku. Dia hanya berkata dia rasa seperti ada yang menyuruh dia mencekik aku,jadi dia buatlah. Dia dengan muka tak bersalah cakap mungkin dia kena rasuk. Aku tak tahu mahu percaya atau tidak cakap Ajai. Aku hanya berdiam diri. Aku rasa separuh semangatku sudah hilang. Takut sebab hantu susu belum hilang ditambah pulak dengan kena cekik. Tidak lama selepas itu, loceng pun berbunyi. Masa untuk pulang. Ajai tak minta maaf pun. Dia hanya berlalu pergi. Aku dan kawan-kawan lain tak tahu dia sengaja mencekik aku untuk buktikan cerita dia kena rasuk tu betul atau dia betul-betul kena rasuk. Oleh hantu susu.

Tidak lama selepas itu aku berpindah sekolah. Bukan sebab kes hantu dan cekik tapi mengikut keluarga berpindah balik ke kampung halaman di Sabah. Sehingga sekarang aku tidak pernah lupa pengalaman pertama aku ini. Banyak lagi pengalaman lain yang aku lalui. Rupa-rupanya pengalaman ditakutkan hantu susu tu cuma permulaan kepada perkara-perkara lain yang berlaku dalam hidup aku. Ada pengajaran sebenarnya bila difikirkan balik iaitu pentingnya menjaga kebersihan kerana tempat yang kotor adalah tempat bersarangnya segala makhlus halus. Amalkanlah kebersihan, terutamanya tandas anda. Sekian. Ok,bye.
– Si Tudung Hijau.

Si Tudung Hijau
Beri markah tahap keseraman kisah ini

13 comments

  1. aku pernah duduk asrama mostly dorang akan cerita pasal hantu jepun..memang sekolah at malaysia bekas tapak tentera jepun agaknya.

    1. Mungkin hantu biashe2 kot.. sebab memang merata sekolah ada je kes macam ni.. x kira pintu toilet, kira katil..

  2. Tandas ni menurut Islam, tempat kesukaan syaitan2 dan jin. Port diorg lepak dan lari selamatkan diri dari azan. Sapa yg suka ke tandas tanpa sebab masa sekolah2 dulu tu kiranya geng la…haha.

  3. makin mengarut komen2 kat FS ni skrg. rasanya lebih
    baik kalau admin disable je terus komen. biar semua tak
    dpt komen. nak block, filter pun they will always come back somehow. mengganggu pembacaan bila ada komen2 lucah, maki hamun, racist dan lain2.

    1. Setuju. Macam budak-budak baru nak up je gayenye. Disable terus komen pon bagus. Sakit mata tengok orang terencat separa matang ramai-ramai ni komen bebukan.

  4. Masa Ajai cekik kau tu mana cikgu yg bagi latihan tu pegi? Murid dah terjerit-jerit takkan dia tak buat apa-apa? Macam tak logik je cerita kau ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.