Assalammualaikum kepada semua pembaca FS. Ini merupakan kali kedua aku berkongsi di ruangan ini. Sebelum ini aku pernah berkongsi cerita tentang kembar aku sahaja, Shasha.Tapi kali ini aku ingin bercerita tentang kisah yang terjadi pada kami berdua pula.Terima kasih jika cerita ini disiarkan.
Pada semester akhir, kami terpaksa menyewa di luar university kerana kami tidak hadir banyak aktiviti pada semester yang lepas. Rumah sewa kami tidaklah begitu jauh dari universiti, lebih kurang 1 kilometer sahaja jarak antara rumah sewa. Rumah sewa kami terdapat empat bilik tidur. Setiap bilik untuk tiga orang. Aku dan kembarku memilih bilik yang sama dan merupakan bilik yang ketiga. Kami tinggal 8 orang sahaja di rumah itu. Manakala bilik yang pertama dibiarkan kosong.
Aku dan kembar aku ni memang jarang balik rumah, malas nak susahkan mak kami sebenarnya. Semasa study week, housemates kami semua balik rumah masing-masing. Tinggallah kami berdua di rumah sewa itu. Untuk pengetahuan korang, bilik yang keempat cuma ada dua orang sahaja penghuninya iaitu Mira dan Dayah. Tetapi Mira baru sahaja quit dua minggu yang lepas disebabkan sakit. Difahamkan dia sakit kerana diganggu ‘benda’ yang berada di biliknya itu.
Sebelum ini, hubungan kami dan Mira sangat rapat sehingga suatu hari kami bergaduh. Macam manalah tidak diganggu, biliknya sahaja, masya-Allah, kotor sungguh. Pernah suatu hari Dayah mengadu pada kami, dia tidak tahan tinggal sebilik dengan Mira. Mira tidak langsung mahu membantu mengemas bilik mereka. Sehingga ruang untuk solat pun tidak ada, bayangkan betapa bersepah dan kotornya bilik mereka. Memang patutlah pun dia diganggu, jin dan syaitan suka tempat yang kotorkan.
Ok, sambung balik cerita tadi, selepas Mira tiada, Dayah berpindah ke bilik pertama. Makanya, bilik terakhir itu sudah kosong, aku dan kembarku mengambil keputusan untuk belajar di bilik keempat itu. Semasa kami masuk bilik itu, kelihatan suram sahaja bilik itu. Perasaan seram itu kami ketepikan dan sambung study.
Jam menunjukkan pukul 10 lebih, aku sudah agak mengantuk lalu mengajak kembarku study di depan TV untuk mengurangkan rasa mengantuk itu. Dalam pukul 12 macam tu aku dan kembar aku mengambil keputusan untuk tidur kerana sudah terlalu mengantuk. Kami pun mengemas buku-buku lalu mengambil wuduk untuk solat isyak, selepas kembar aku solat, giliran aku pula. Ketika tiba rakaat ketiga, sedang aku menghabiskan bacaan alfatihah, telingaku menangkap bunyi suara TV terbuka dengan tiba-tiba.
Aku ingat selama ini orang bercerita TV terbuka sendiri ni mengarut je. Bila kena kat batang hidung sendiri, menggeletar kaki aku. Cepat-cepat aku habiskan solat aku. Selepas solat, aku pandang muka kembar aku, muka dia pucat semacam dah . Aku pun perlahan-lahan bertanyakan dia “Shasha… dengar tak bunyi TV kat luar tu?”
Kemudian, Shasha membulatkan matannya padaku lalu berkata “Kau pergi tegur tu kenapa, bangang?Diam-diam dah lah.” Kan dah kena bangang sebiji dengan kembar aku.
Walaupun perasaan takut menyelubungi diri, tapi aku gagahkan diri untuk memastikan adakah betul apa yang aku dengar itu. Aku mendekatkan telinga aku ke pintu, memang betul-betul TV terbuka. Terus meremang bulu roma aku. Aku dan Shasha terus melompat atas katil, menggigil ketakutan dan masing-masing dah macam nak menangis dah. Tak lama selepas tu, kami dengar bunyi seperti orang berjalan. Kembar aku pun berkata pada aku, “Bella, aku rasa Rina kut yang balik. Takkan lah TV terbuka sendirikan. Dia nak jumpa bf dia lah tu. Tu balik awal.”
Aku pun mengiyakan kata-kata Shasha itu, kerana Rina selalunya dia orang pertama yang akan balik lebih awal dari yang lain kerana dia lebih suka menghabiskan masa untuk berjumpa dengan boyfriend dia. Maka kami pun sedikit lega. Tetapi tiba-tiba aku terfikir lalu berkata, “kalau betul Rina balik, mesti dengar bunyi pintu grill bukak, ni langsung tak dengar pape weh. Kau perasan tak, selalu kalau diorang masuk mesti kita dengarkan pintu grill tu.”
Aku terus ambil phone aku untuk whatsapp group housemates. Aku bertanyakan Rina, “kau dah balik ke Rina?” Kemudian Rina mengatakan dia masih berada di Rembau. Aku bertanya lagi di dalam group itu, “Dah tu siapa pulak yang balik?” Maka semua pun memberi jawapan yang sama. Mereka masih dirumah masing-masing. Rina membalas lagi, “kenapa weh?” Aku pun memberitahu mereka TV terbuka sendiri. Rina membalas lagi, “HAHA. Sekarang giliran kau oranglah yang kena kacau, baru tahu rasa dia. Nanti balik sana aku cerita camne aku dengan Alia kena kacau.”
Kami pun cuma mendiamkan diri sahaja. Untuk menghilangkan rasa takut itu, kami bermain game di phone masing-masing bagi menutup keseraman bunyi TV yang masih kedengaran diluar. Dalam setengah jam macam tu, terdengar pula air dibuka di sinki berhadapan betul-betul dengan bilik kami. Memang jelas sangat bunyinya. Masa tu masing-masing dah takut tahap gaban dah. Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 3.45 pagi. Aku dah rasa nak terlelap, tetiba terkejut aku bila pintu bilik keempat berdentum kuat.
‘Dia’ main bukak tutup pintu pulak dah. Bilik keempat kosong, mana ada siapa yang nak masuk bilik tu melainkan aku dengan kembar aku je. Kawan serumah kami yang lain semua tak berani nak masuk bilik keempat tu selepas Mira sakit, takut kena kacau pulak dengan ‘benda’ yang ada dalam bilik tu. Aku dengan kembar aku ni memang penakut. Tapi bila terbaca cerita pasal TV terbuka sendiri lah, air terbuka sendiri ke apa memang tak percaya pun. Tapi bila kami yang kena, baru tahu macam mana perasaan tu.
Dalam hati cakap janganlah dia ketuk pintu bilik kami pulak. Kalau dia ketuk memang tak tahu lah macam mana. Kami tak tidur sehingga ke subuh, habis azan subuh, aku cuba memberanikan diri untuk keluar bilik, kaki ni masih menggeletar nak buka pintu. Walaupun dah subuh, tapi perasaan seram tu masih ada, sebab hari kan masih gelap. Aku buka pintu perlahan-lahan sambil berdoa janganlah ‘dia’ main cak cak depan pintu ni pulak. Aku menjengah ke luar bilik, aku tengok memang TV betul-betul terbuka. Aku terus ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat subuh.
Ketika aku lalu di hadapan bilik keempat itu, aku menjeling ke arah bilik itu, meremang bulu roma aku. Selepas kejadian itu, aku tidak lagi masuk ke bilik itu. Aku mengadu pada owner rumah sewa itu tentang hal itu, dia lelaki cuma dia agak lembut lalu dia berkata, “kau yang baik ni pun kena kacau nokkkk….”
Aku tergelak mendengar kata-katanya itu. Itu sahaja lah cerita yang ingin aku kongsikan. Tentang kembar aku yang aku ceritakan sebelum ini di dalam ‘Mudahnya kau berubah’ ,dia semakin pulih apabila bersama dengan tunangnya, Mikail . Dia dah semakin kuat dan mampu keluar ke dunia luar setelah dipujuk berkali-kali oleh Mikail. Alhamdulillah. Kami berdua akan berkahwin selepas raya. Akhirnya, impian aku tercapai untuk berkahwin sekali dengan kembar aku. Ok, jangan kecam hakak ye. Semoga Shasha akan terus sihat hingga akhirnya. Aku mohon maaf jika cerita aku ni tak seram bagi kau orang.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bila nak cerita pasal ni “Nanti balik sana aku cerita camne aku dengan Alia kena kacau.”
tu la psl…nak taw jugak
nnt ad masa bella cerita ye .
sgt simple.nice lah bca relax2 je. tpi bgi mkcik cita first lagi gempak dri cita nie. itu pndapat mkcik sje yea. jgn kecam plk halamakk…
Ya …apa kisah tu ya
Aku ucapkan tahniah kat ko n kembar ko… tak lama lagi korang brdua dh nk jd wife org.. mudah2an ko, kmbar ko n psngn masing2 kekal dr dunia sampai akhirat.. Amin..
kasi habis jeklaa suma citer pasal alia tu
nnt ad mase sy cerita ye kak
hahaha .takpa lah mokcik .pendapat masing-masing kann
nnt free cerita pulak part rina ngan alia k. cerita seram leh tahan. tp ebtullah. selagi x kena x tau feeling tu cmner.
Best lah citer ngko ni nokkk… Mak suke bace huhuhu
walaupn pndek tpi jln crita pdu cuma trgnttong dekat kwan kau tu je
Aku penah gak main laptop mak aku waktu aku umur 6 tahun. Aku main laptop tu sampai pukul 3:48 minit pagi tapi alhamdulillah hantu tak kacau aku
Kat rumah aku plk, ‘ade’ main ttup TV. Tapi jarang2 berlaku. Kuatkan jek la semangat. Mungkin ‘mende’ tu tak suka aku membazir kot. bukak TV, tp aku tertido kat bilik. Acaner tu? Tu belum masa bilik kedua ttup kipas. ahaha
Tv oh tv..
Best- Ringkas padat dan sampai
Best sangat. Tp nak dengat cerita Alia tu