Hanuman Gunung Bahagian 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan dari episod 1.

Kamilah menyambut kedatangan kami dengan wajah yang cemas. Dari yang aku faham, katanya Samir sudah mula menghempas-hempas badan sebaik sahaja sebelum dimandikan. Katanya lagi air tadahan mandian juga cuma dapat ditadah separuh sahaja. Pak Seli mengangguk-angguk mendengar penerangan Kamilah dan memerintahkan Kamilah untuk menyediakan tikar untuk kami berjemaah diruang tamu.

Terkial-kial Kamilah melaksanakan arahan Pak Seli. Sebelum dia mula berpatah balik pada Pak Seli.

“Maaflah pak.. Rumah saya takde tikar sembahyang.. Rumah ni, tak ada siapa yang sembahyang..” Pandangannya diturunkan dari bertentang mata dengan Pak Seli. Aku nampak air muka Pak Seli berubah, daun telinga juga bergerak-gerak seperti menahan marah.

Habislah! Kalau tak kena pelempang, paling kurang mesti dibebel Pak Seli. Gumam aku sendiri dalam hati.

“Takpe.. Takpe.. Kamu hamparkan kain sarung atau batik yang bersih pun takpe..” Balas Pak Seli, sungguh berbeza dari apa yang aku fikirkan. Kamilah berlalu meninggalkan kami, Pak Seli hanya mengeleng-gelengkan kepala sambil melihat muka bapak.

Kain batik bertukar tangan, dan dibentangkan menghadap kiblat. Kami duduk menunggu tibanya azan Maghrib, disamping Samir yang masih lagi terbaring diruang tamu dan merepek-repek tak jauh dari kedudukan kami.

ALLAHU AKHBAR..

ALLAHHHHHHHHU AKHBAR..

Azan kedengaran dilaungkan, serentak Samir juga mula melolong seperti bunyi anjing, disetiap bait azan. Aku perasan, berkerut-kerut muka Uda melihat Samir.

Maghrib dan Isyak berjemaah dilaksanakan dalam suasana yang tertekan, Samir meraung-raung diruang tamu saat kami berjemaah. Tapi kami dah diingatkan terlebih dahulu, supaya tak mempedulikan apa yang akan terjadi. Kalau difikirkan semula, macam raungan yang sengaja dibuat-buat. Sebab bila kami selesai memberikan salam, Samir tiba-tiba diam dan kembali meraung semasa kami menunaikan Isyak.

Selesai Isyak, wirid dan bacaan doa, Pak Seli perintahkan Kamilah untuk membawa keluar bekas air mandian Samir. Dalam pada Kamilah ke tandas, Pak Seli menghimpit bapak dan berbisik seketika. Entah apa yang dibicarakan, tak dapat aku pastikan. Seketika kemudian, bapak cuit aku dan Uda.

“Mari.. Kita keluar, mungkin Pak Seli tak nak kita terkena tempias, kita tunggu dilaman je..” Tenang suara bapak, merungkai soalan dalam kepala aku. Mungkin insiden yang berlaku dirumah tempoh hari dah dimaklumkan pada Pak Seli.

Tanpa dolak dalik, kami turun dan menunggu dibawah pokok mempelam rendang. Agak luas juga kawasan rumah Samir, boleh dikatakan sudah menyerupai rumah agam, dek kerana besarnya rumah berserta kawasan tanah yang luas didepan rumah. Ada kerusi kayu tukangan tangan diletakkan dibawah pokok mempelam. Cuaca malam ni juga baik, bulan penuh walau tanpa bintang, takde tanda-tanda akan berlaku hujan. Bapak berdiri tenang menghadap rumah, manakala aku dan Uda melabuhkan p******g dikerusi.

Sepuluh minit kemudian, kami mula mendengar suara Samir kembali meraung-raung. Menjerit bagaikan dibantai dengan tali pinggang kulit. Serun juga jika diamati lama-lama. Jeritan berlanjutan selama setengah jam, dan selama setengah jam jugalah, takde jiran atau tetangga yang datang menjengah. Macam dah lali dengan bunyi raungan Samir.

“Hah.. Apaa??” Uda tiba-tiba bersuara.

“Apa yang apa?” Aku balas

“Kau cuit aku, ada apa?”

“Bila masa pulak aku cuit kau?” Aku angkat tangan yang sedari tadi aku letak atas kepala lutut, menunjukkan tangan aku memang dari tadi tak bergerak. Sepontan Uda berpaling dan melompat.

“Arip….. Belakang kau….”

Ahhh… Sudah…

Ada apa kat belakang aku? Peluh sejuk mula keluar dan kepala mula terasa kembang dengan d***h yang naik tiba-tiba. Bapak pula sepontan berpusing dan menghadap aku.

“Dah aku duga kau akan datang..” Bapak pula tiba-tiba bercakap sendirian. Bingkas aku berdiri, berputar dan melihat arah belakang pokok mempelam.

Samir!

Jelmaan berwajah seperti Samir muncul dan be

rjalan perlahan mendekati kami. Wajahnya dilindungi bebayang pokok, tapi jelas kelihatan menyerupai Samir. Cuma bezanya bermata merah seperti biji saga dan kakinya pincang sebelah. Dan ya! Dia berekor seperti monyet!

“Aku tahu kau yang ‘menjaga’ budak ni selama ni.. Aku tahu kau yang dia puja, dari ilmu kepala tahi yang dia amalkan.. Dan aku tahu juga pantang larang ilmu kau!” Bapak berlari meninggalkan kami, dan masuk ke dalam rumah. Meninggalkan aku dan Uda terpingga-pingga.

“Nak lari jugak ke, Rip?” Uda cuit aku dan bertanya.

“Aku tak tau.. Kalau dia ni boleh kena cepuk, macam manusia biasa.. Kita lawan.. Hihi..” Aku balas sinis tanpa menoleh pada Uda. Kuda-kuda dibuka, dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang mendatang.

Jelmaan Samir berhenti kira-kira lima kaki dari kami. Wajahnya kini jelas, ada sesuatu yang aneh dapat dilihat, dia seperti tertoleh-toleh ke sebelah kiri. Dalam tangan kanannya juga memegang sesuatu, menyerupai tangkal. Dia mula duduk dengan wajah yang menyeringai, tersenyum hampir ke cuping telinga. Ngeri jika ditatap lama.

“SERANGGGGGGGGGG!!!!” Uda menjerit dan berlari ke arah jelmaan Samir yang sedang duduk.

‘Kegilaan apakah?’

Tak sempat aku halang!

Dalam sekelip mata, aku nampak Uda terpelanting diterajang dari depan! Dan dalam sekelip mata juga, jelmaan Samir masih kekal duduk seperti takde apa yang berlaku.

Ternganga mulut aku melihat kejadian yang tak aku sangka. Uda terlentang atas tanah memegang perutnya dan mengaduh. Aku berlari pada Uda. Sepuluh kaki jarak terpelanting, cukup membuktikan betapa kuat penerajang yang hinggap tadi!

Kelibat bapak nampak turun dari rumah dan berlari menghampiri kami. Bapak juga membawa sesuatu dalam tangannya. Memegang cemeti yang digunakan untuk menjinakkan harimau.

“Ke tepi, Rip!” Bapak keluarkan perintah. Aku heret Uda yang masih separuh terlentang menjauhi kawasan lingkungan bapak. Cemeti mula dibiarkan jatuh dari gulungan, dan bapak melibas-libas ke kiri dan ke kanan, laksana akan membantai jelmaan Samir sekejap lagi.

“Kenapa kau tak serang?” Bersusah payah Uda bertutur dalam keadaan menyeringai kesakitan.

“Siapa cakap kita nak serang?”

“Tadi kau kata nak cepuk dia?”

“Aku kata, kalau dia ni boleh kena cepuk macam manusia biasa… Kita lawan.. Haish..”

“Ohhhhh… Aku salah dengar… Ingatkan kau cakap nak cepuk dia…” Aku geleng-geleng kepala mendengar ayat Uda.

PIAPPP!

Cemeti yang bapak dapat entah dari mana, mula membantai jelmaan Samir. Dari apa yang aku nampak, tak memberikan sebarang kesan. Tapi bapak terus membantai tanpa menghiraukan apa-apa.

Agak lama juga bapak bersilat menggunakan cemeti yang terus menerus membantai jelmaan Samir, hingga aku kira bapak dah berpuas hati. Uda juga dah lama kembali berdiri disebelah aku. Bapak mula berlari dan menghimpit kami.

“Baik! Kita tengok apa dia nak buat.. Korang berdua baca surah Dhuha, jangan putus.. Baca dengan khusyuk!” Kata bapak serius, jelmaan Samir mula berubah-ubah wajah. Walaupun dalam keadaan masih duduk statik diatas kerusi dibawah pokok mempelam.

Masuk bacaan Dhuha kedua, ada kabus yang datang dari selatan, mula menyelubungi kawasan kami. Dan saat masuk bacaan pada kali ketiga. Kami seperti ditengah-tengah kawasan jirat Cina.

Kawasan berbukit bukau, berbatuan dan banyak pokok-pokok besar dilereng bukit. Cuaca juga sejuk, seperti embun jantan sudah mula turun. Dingin hingga ke tulang hitam.

Aku lihat, bapak sudah berpakaian laksana panglima perang. Bersamping, bengkong, tanjak dan berkeris. Cukup lengkap busana panglima berlabuci kemas dihujung baju, dan tenunan benang emas dibahagian samping. Ada pengikat yang mengantungkan cemeti yang tergantung elok dibahagian kanan pinggang.

Nun jauh didepan kami, terdengar suara orang meratib seperti membaca mentera yang berbunyi seperti bahasa yang dirojak. Sesekali dia bersuara seperti menjerit, ditekan-tekan pada patah-patah perkataan bacaan mentera, dan sesekali dia bersuara mendatar. Aku lihat sekeliling mencari kelibat Uda. Uda gagal dikesan!

“Jalan, Rip! Kawan kau dah tunggu didepan!” Kata bapak memberikan arahan. Aku berjalan menghala ke arah bunyi meratib. Pak Seli dan Uda sudah berdiri menanti kami, berada dipinggiran jirat. Pak Seli berpakaian putih, bertasbih dan berserban dikepala. Nampaknya hanya aku dan Uda sahaja yang masih berpakaian biasa.

“Mari!” Pak Seli bersuara sebaik melihat wajah kami. Kami mula berjalan lebih hampir pada suara yang didengar. Saat sudah cukup hampir pada suara. Aku perasan Pak Seli sudah pun berdiri tak berapa jauh dibelakang kelibat yang aku yakin, itu adalah Samir.

“Cukup! Jarak kau hanya sampai sini sahaja!” Bapak pula memberikan arahan, meninggalkan aku dan Uda, dan menapak menghampiri Pak Seli. Mereka berdiri dan memerhati tindak tanduk Samir yang sedang membaca mentera didepan sebatang pokok tunggal yang menghadap dua buah bukit, bulan penuh menyinari dari belakang bukit. Barangkali upacara yang dilakukan hanya pada waktu tertentu, saat bulan menyinar penuh dari belakang bukit.

Pokok besar yang dipuja Samir juga kelihatan ganjil, kerana tidak ada sehelai daun pun pada ranting pokok. Pokok yang seolah-olah m**i beragan.

“Kita kat mana ni, Rip? Tadi bukan kat depan rumah dia tu ke?” Pinggang aku dicuit.

“Manalah aku tau.. Aku langsung tak faham..”

“Apa yang kau tak faham?”

“Bila masa bapak aku dengan Pak Seli salin baju?”

“Hurmmmmm…” Keluh Uda lemah.

“Cuaca pun lain, kan? Macam dah tengah malam.. Udara pun nipis dan terasa ringan..” Sambung Uda lagi.

“Ah.. Kau banyak sangat bunyi laa.. Diam ajelah.. Kita tengok je.. Kalau bapak aku perlu bantuan, baru kita masuk..” Uda mengangguk beberapa kali.

Bapak berpatah balik pada aku dan Uda. Berdiri disebelah dan memandang terus ke depan.

“Kau orang tengok, sekejap lagi.. Benda yang dia puja dan sembah nak keluar..” Bapak mula meleraikan ikatan cemeti dan mengenggam dengan tangan kanan.

Sekonyong-konyongnya, bukit mula bergegar, bagaikan gempa bumi, habis jatuh batu-batuan yang berada diantara bukit, sebelum bukit mula terbelah dua. Dan dari bukit yang terbelah, keluarlah mahluk yang besar, rupanya saling tak tumpah seperti sang Hanuman, dari watak dewa-dewa klasik Cina. Berpakaian perang juga mirip sang Hanuman.

Part paling best “Bersambung..” Baru episod dua ni.. Ada lagi beberapa episod.. Sabaq.. Sabaq.. kita baca sampai habis naa.. please klik like, komen dan subscribe.. Eh? share!

Eh, korang komen f, f.. f tu apo bondo? Menchagut ko? Komen la ‘ya’ ko, ‘mim’ ko, ‘nun’ ko.. boghi la komen berdayo saing sikit..

Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)
Link untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.

Terima kasih. Xoxo!

#Pusaka2 #Arifyahya

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya
Rating Pembaca
[Total: 33 Average: 4.7]

3 comments

  1. part yng dia baca mentera sambil tekankan pada ayat2 tertentu saya pernah hadapi dgn dukun temberang..dukun tu perempuan..dulu masa kecik2 abah bawak kami pergi berubat sbb ada yg mengikut balik almaklumlah abah kerja bomba..dia punya nk mula berubat tu mcm ni lah meratib berselang seli dgn ayat2 al quran..mmg tak paham lngsung yg faham cuma ayat2 al quran tu je..bkn baik malah ditambah nya belaan mengikut abah balik..makin rancak pulak rumah time2 maghrib ada org baling pasir..ngeri betul..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.