Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 5
“Yelah.. Macam mana?”
“Kau ingat tak, sebelum kabus kelmarin, kita tengah buat apa?” Aku tanya pada Uda
“Baca surah Dhuha..”
“Mari kita cuba!” Aku dan Uda tekadkan untuk mencuba bacaan Surah Dhuha. Kami cuba untuk khusyuk walaupun sukar. Aku teruskan bacaan hingga kali ketiga.
Ya..
Aku sudah kembali ke belakang rumah Pak Seli, berhadapan pintu jamban belakang rumah. Yang merungsingkan kepala sekarang ni, Uda masih tetap takde!
“Udaaa…..”
“Udaaa…..” Dua tiga kali aku melaungkan nama Uda, Uda masih tak kelihatan. Aku yang masih cemas, berpusing-pusing disekitar jamban.
Alhamdulillah!
Uda aku jumpa sedang terbaring betul-betul dibelakang jamban, ditutup dengan dedaunan kering. Aku kejut dan bangunkan Uda.
“Kat mana aku ni, Rip?” Uda terpisat-pisat, bertanya dalam keadaan mamai.
“Sudahlah, mari masuk dalam rumah, nanti aku cerita..” Aku rengut tangan Uda, dan berjalan pantas memasuki rumah Pak Seli. Uda aku berikan duduk, dan nasi sekepal yang aku bawa, aku serahkan pada Uda. Uda makan dengan lahap, dan minta ditambah lagi sekepal.
“Kau tak ingat apa-apa ke?”
“Tak ingat.. kali terakhir aku ingat, aku nak ke jamban je.. Lepas tu.. Entah…” Uda termanggu-manggu macam memikirkan sesuatu.
“Takpe, kita tunggu bapak aku dan Pak Seli balik..”
“Haah ye.. Mana dia orang?” Uda garu-garu kepala yang tak gatal, teruk betul mamai si Uda ni!
Sepuluh minit yang terlalu panjang aku rasakan, menunggu bapak dan Pak Seli pulang dari pertempuran ghaib di bukit berjirat Cina.
SRETTTTTTTTTT
SRETTTTTTT
Bunyi benda diseret kedengaran dari arah belakang rumah. Bunyinya seperti atap zink diseret diatas tanah. Aku lari ke belakang, dengan perkiraan bapak dan Pak Seli sudah kembali dari pertempuran. Tapi ternyata aku silap.
Jelmaan berwajah Samir atau Hanuman berkaki pincang sebelah sedang berdiri dibelakang, atau lebih tepat didepan jamban. Berderau darah naik melihat kehadiran tetamu tak diundang.
Ah Sial!
Bukan dia ni tengah bertempur dengan bapak dan Pak Seli ke? Getus aku sendiri dalam hati.
Bapak takde, Pak Seli juga takde, Uda masih ‘biol’ belum sembuh. Nampaknya dah jadi tanggungjawab yang perlu aku galas untuk mempertahankan rumah Pak Seli.
Aku berlari kedalam, mengambil keris yang aku letakkan semasa mendudukkan Uda. Uda nampaknya sedang sibuk ‘membaham’ kepalan nasi bapak dan Pak Seli. Keris sudah ditangan dan aku berlari semula kebelakang. Jelmaan arwah Samir masih berdiri disitu, memang menanti aku keluar!
Aku berdiri betul-betul dipintu belakang, keris dicabut dari sarung, sarung dilempar kebawah. Aku genggam kemas dengan tangan kanan, aku kucupkan ke bibir sebelum melangkah.
Bismillahiladhzi la yad dhuru..
La hawla wala quwatta illa billah!
Cukup dua langkah, aku menghambur melompat dan berguling ke depan, naik dengan pencak kaki bersilang. Jarak aku dengan Hanuman cuma seluas sehasta sahaja. Dia berada disebelah kiri, dalam pada aku berpencak dibahagian depannya.
Kulit diliputi dengan remang aura sendiri yang naik!
Hanuman mula masuk menyerang! Diserbu dari kiri, aku bergilit ke kanan dan melayan serbuannya dengan membuat balik kuang ke depan.
Naik dengan kaki bersilang dan tangan mengulirkan keris, kiri ke kanan. Nah! Kami sekarang berdiri bersemuka menghadap satu sama lain,
Serbuan yang aku sangkakan serangan, rupanya hanya sekadar helah.
Hi.. Hi.. Hi..
Dia ketawa persis bunyi monyet, gembira kerana telah berjaya mengolok-olokkan aku. Aku sendiri, masih lagi dalam kuda-kuda separuh-separuh. Menunggu tidak, menyerang pun tidak.
Hanuman hanya berdiri tegak dan menjegilkan mata pada aku. Dia kemudian meletakkan dua batang jari di bibir dan membuat satu siulan yang nyaring. Gema nyaring yang memekakkan telinga!
Sekonyong-konyongnya, ribuan lagi kawanan beruk yang entah datang dari mana, mula muncul. Berkerumun di setiap inci tanah dan pokok, dilaman belakang rumah Pak Seli. Tidak terhitung banyaknya, tiada ruang kosong tanpa diisi beruk disekeliling aku.
Ukkkk!! Uukkk! Uuukkkk!!
Hingar bingar dan hiruk pikuk dengan suara beruk disekeliling, umpama menyaksikan temasya gilang gemilang.
Uda juga mula keluar dari dalam rumah, duduk melunjurkan kaki dimuka pintu belakang rumah Pak Seli, dengan tangan mengenggam nasi kepal dan sibuk mengunyah, langsung tak ambil pusing keadaan sekeliling yang berlaku!
Ah! Betul-betul malang, kalau aku di keroyok ni! Bonyok segala tulang belulang.
Datang rasa serun dalam hati kecil. Fikiran sudah menjadi musuh kepada diri sendiri, barangkali nyawa aku habis disini malam ni!
’‘Teruskan tawakkal.. Kita dipihak yang benar.. Tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah!” Sayup suara Pak Seli meniup dicuping telinga aku.
“Aku titipkan Allah ’berserta‘ kamu, Arip…“ Berderau darah aku, bagaikan membakar semangat yang hampir pudar! Ribuan beruk berserta Hanuman dengan wajah Jelmaan Samir didepan mata, sudah tak aku hiraukan lagi!
Aku henyak tumit kaki kanan ke tanah beberapa kali, nafas yang tersangkut-sangkut, aku tarik dan tahan dihujung perut. Air ludah atau ‘maal hayat’ yang duduk dihujung tekak, aku telan dengan satu tegukkan.
Tangan kanan mengulirkan keris, tangan kiri dibuka dan disilang-silang berselang seli mencipta pencak.
Lillahi Ta`ala..
Sum mum buk mum, um yum… Fahum laaaa yar jiunnn…..
Cukup tiga kali, aku mula melompat ke arah Hanuman dan meradak membuta tuli. Aku ‘mengamuk’ dalam ribuan kerumunan beruk yang berpusu-pusu masuk menyerang!
HAAAAAAARRRRRRRRRRR!!!!
Gendang perang bergema kedengaran,
Burung hutan sayup berterbangan,
Keris ku genggam pedang ku libaskan,
MEMBUJUR LALU, MELINTANG KU PATAHKAN!
Tiada zat yang melintas tanpa dijamah keris aku. Fikiran kosong dipenuhi bunyi nafas sendiri, dan gambaran gerakan langkah songsang berulang-ulang menjadi buah pukul yang PERGI SEMAHU-MAHUNYA!
SRRAPPPPP!!!
SRAPPPP!!
SSRAAPPPPP!!
Bunyi indah tusukan keris yang tak pernah gagal dan kekal ‘setia’ bersama aku hingga saat ini!
Aku persetankan birat kesan cakar yang terasa dibahagian belakang badan, aku MARA dan terus MARA menyerang!
Koyak rabak baju dan seluar yang dipakai, diserbu dan dicakar ribuan beruk. Namun berundur tidak sekali.
Dalam gerak ada geri, dalam geri ada NGERI! Dalam ngeri engkau MATI!!
Entah berapa banyak yang dah tumbang ‘diradak cula‘ dari depan tak pula aku tahu, yang aku pasti dan sangat yakin, aku dah mula melangkah dan memijak diatas timbunan bangkai beruk yang banyak.
Wajah dah dipenuhi darah yang memancut dari kesan tikaman yang aku ‘rentap’ sedari tadi! Hingga mengganggu penglihatan aku sendiri.
Ah! Persetan ini semua!
Wujudku wujud Allah! Wujudku Maujud Allah! Allahu laa illa ha illa..
Mata hanya ‘medium’ untuk melihat, sedangkan bukan mata yang sebenar melihat! Tetapi hati yang benar!!!
Dari kejauhan aku terdengar bunyi seperti letupan. Kuat hingga bergegar tanah yang dipijak. Letupan berbunyi tiga kali, memekakkan telinga. Hinggalah cukup hampir. Aku nampak kelibat bapak, Pak Seli, Panglima Beting Beras Basah dan Uda! Datang melalui satu lohong cahaya, bagaikan menerobos menembusi lapisan dimensi.
Takbiiiirrrrrr!!!!!
ALLAHHHU AKHBARRRR!!!
Takbbirrrrrrr!!!!
ALLAHHHU AKHBARRRRRR!!!
Takbbirrrrrrr!!!!
ALLAHHHU AKHBARRRRRR!!!
Tiga kali ‘SERUAN’ bertakbir dilaungkan! Aku sahut dalam hati!!
Ya! Aku tak salah nampak! Uda!
Uda datang Bersama bapak dan Pak Seli!
Terpaku melihat kehadiran mereka, kepala aku tiba-tiba terasa berat, seperti dihentak dari belakang. Sebelum aku betul-betul rebah disambut bapak yang mula berlari pada aku. Aku sempat lihat, Uda yang tadi duduk melunjur dimuka pintu sudah mula bangun dan bertukar rupa menjadi manusia separuh Macan.
***
“Aduhhhh….“ Aku tersedar dalam keadaan meniarap dan kepanasan. Sendirian diruang tamu rumah Pak Seli. Jam didinding menunjukkan pukul 11 pagi, mungkin dah semalaman aku pitam sejak insiden semalam. Tak nampak pula kelibat-kelibat yang lain, entah ke mana mereka pergi.
Aku bangun dan berjalan sendirian ke belakang, mungkin bapak, Pak Seli dan Uda ada di pangkin belakang rumah, atau mungkin sahaja hanya Pak Seli dan Uda, manakala bapak sepatutnya sudah ke kebun dalam waktu-waktu begini.
Telahan yang tepat, aku nampak Pak Seli dan Uda sedang duduk-duduk minum kopi dipangkin, dalam rembang pagi yang beranjak ke tengahari. Sepontan Uda bangun dan memapah aku untuk didudukkan bersama dipangkin.
“Berat betul kepala aku, Da…“ Aku sapa pada Uda yang masih cuba membantu aku. Tangan kanan aku mengusap kepala sendiri.
“Lama sangat kau tidur kot?“ Uda balas acuh tak acuh.
“Lama apanya… Semalam sebelum rebah tu, baru masuk Isyak agaknya… Mana ada lama?”
“Kau dah tidur tiga hari, Rip…“ Aku terkejut, aku pandang muka Pak Seli untuk mendapatkan jawapan, Pak Seli senyum dan mengangguk-angguk.
“Belakang badan kau, macam daging cincang.. Teruk betul kena cakar… Nasib baik sempat dirawat..“ Sambung Uda lagi. Tapi aku rasa aneh, sebab badan aku tak dibalut dengan apa-apa pembalut luka.
“Apa yang dah jadi sebenarnya, Da?“ Aku tanya dalam kekeliruan
“Kau tu lah… Sudah bawak balik kroni dia, sampai masuk dalam rumah…. Habis pagar batin pecah.. “ Pak Seli masih lagi tersenyum dan mengangguk-angguk.
“Bapak aku mana, Da?”
“Kerjalah… Jam-jam macam ni..” Balas Uda bersahaja.
“Apa sebenarnya yang berlaku, pak?” Sorotan mata aku menatap wajah Pak Seli.
“Kamu ditipu semasa bawa Uda balik.. Bapak kamu sendiri yang melepaskan Uda.. Bagusnya perang ‘alam sana’ berjaya diselesaikan dengan cepat, dengan adanya bantuan Panglima Beting.. Hurmmm…” Pak Seli menelan air liur, seperti berfikir-fikir, tangan kanannya mengurut-urut janggut putih nan sejemput.
“Oh yaa.. Panglima Beting Beras Basah.. Apa khabar dia ya?” Aku mula teringat kehadiran Panglima sebelum perang bermula, susuk gagah tujuh kaki tingginya merejam tombak atau lembing yang bertukar menjadi warna keemas-emasan bermain secara sepontan dalam fikiran aku.
Sambung lagi gais.. second last day, bagilah icon love, lopeh tu lantok koranglah nak komen apa pun.. aku dah penat gaduh dengan boghuk! Depa bawak geng time gaduh.. Naik berbulu dah tengkuk ni..
Esok last day dah.. tahun depan baru aku up lagi ceghito.. ahahaha.. barulah bare.. eh care.. eh rare.. ahhh.. rawr laaa..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)
Link untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.
Terima kasih. Xoxo!
#Pusaka2 #Arifyahya
❤💖💜🧡💛💚💙💗
Hrmmm..ok…dah bagi ikon love dari makcik…😆
💕