Pusaka Warisan Part 6

Debaran kian terasa. Saat Haikal semakin hampir dengan mereka, Saodah laju kedepan berbanding anak dan menantunya. Dalam pikirannya hanya satu, ingin melindungi Mikael dan Aiza. Sebaik sahaja tangan Saodah diangkat untuk menyerang Haikal, Haikal jatuh terjelupuk di hadapan mereka.

Semua terkejut dengan situasi itu. Lantas Aiza dengan spontan berlari kearah Haikal dan memapahnya untuk duduk di kerusi berdekatan.

Bukan main terkejut Mikael dibuatnya. Lantas dia mendekati Aiza “awak sedar tak awak buat apa? Ni Haikal! Orang yang cuba musnahkan keluarga awak!”

“Saya tahu, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Haikal. Saya tak rasa aura jahat dari dia berbanding setahun yang lalu”

Mikael hanya mendiamkan diri turut memapah Haikal untuk duduk.

“Maafkan aku. Aku diperguna kan. Aku tak boleh kawal seluruh badan aku selama bertahun.” Haikal mula bersuara.

Rupanya ada orang lain yang berdendam dengan keluarga itu sehingga kan Haikal juga turut menjadi mangsa. Orang itu mengenakan sihir kepadanya dan sejak dari itu Haikal tidak mampu mengawal dirinya sendiri. Semua dikawal oleh ahli sihir itu.

Selepas perjumpaan Haikal dan Saodah setahun yang lalu, Mereka bertempur dengan sangat dahsyat. Ilmu Haikal ketika itu hebat, hampir sahaja dia m******h Saodah ketika itu. Saodah menang pun sebab tipu muslihat nya yang mengatakan Aiza telah m**i ketika malam Haikal menyerang Aiza. Kalau tidak kerana hal itu, sudah tentu Saodah juga akan menemui ajal pada malam itu.

Bila Haikal tahu Aiza telah m**i, dia juga teramat sedih dan terus lenyap ke hutan pada ketika itu.

Tak lama selepas itu Haikal mula dapat rasakan dia mampu mengawal semula tubuh badan miliknya setelah kira-kira hampir 30 tahun ibarat jiwa yang tak mampu bergerak selama ini.

Sehingga sekarang pun Haikal masih tidak boleh mengawal tubuh badan nya dengan sempurna.

Seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan Haikal itu, tapi Saodah tidak pula menunjukkan reaksi yang bukan-bukan.

Giliran Saodah pula bebicara, “Maknanya kau telah dipergunakan selama ni?”

Seakan tidak percaya tapi Haikal yang ada depan matanya bukanlah Haikal yang dulu. Haikal yang sekarang ni tidak setegap dan nampak jelas tidak bermaya, sepeti seorang penghidap kanser.

“Ya, ni lah aku yang sekarang Saodah. Apa yang jadi dulu takkan pernah aku lupa walaupun satu saat. Cuma aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.” mula terbit air mata di kelopak mata Haikal.

Selama setahun ni Haikal hidup seperti orang gila, tak terurus. Sayu hatinya bila dia dapat tahu dari Saodah dulu Aiza sudah tiada.

Sekarang, dia juga seakan tidak percaya Aiza diri dihadapan nya dengan keadaan masih sihat walafiat.

Mikael masih ragu-ragu dengan Haikal. Terbit rasa syukur dihati Aiza bila dia tahu Pakciknya sebenarnya bukan lah orang jahat yang sebenar.

Aiza mempelawa Haikal untuk duduk bersama mereka, bagi Aiza yang dah berlalu biarkan berlalu. Mulakan hidup baru dengan aman dan bahagia.

Beberapa hari berlalu, akhirnya Haikal buka mulut tentang kejadian sebenar bagaimana dia boleh dikawal oleh ahli sihir itu.

Pada masa tu Raikal dan semua orang sedang menyiapkan satu majlis hari jadi Aiza yang ke enam dan Ray yang ketujuh. Mereka lahir pada tarikh yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza, sedang Raikal sibuk membantu mengemas di hadapan rumah agam yang terbina dengan sangat besar sebelum dihancurkan oleh ahli sihir jahat itu, Haikal sempat menyatakan rasa tak sedap hatinya kepada abang nya itu.

“Bang, saya rasa ada benda yang buruk akan berlaku.”

“Jangan kau fikir bukan-bukan wahai adik ku”

“Abang jangan berkata seolah-olah kita tiada musuh!” tegas Haikal menjawab.

“Ya, aku tahu. Tapi kamu kena juga tahu dan faham kita sudah berbaik dan menjalankan hubungan yang sangat baik dengan semua pihak musuh kita. Kita antara puak yang berpengaruh dari 3 puak lain’ panjang Raikal menjelaskan.

Pada masa itu ada 3 puak lain nya selain puak serigala jadian yang ada di muka bumi. Puak-puak itu adalah manusia biasa, vampire dan juga ahli sihir.

Walaupaun berbeza kekuatan dan berbeza puak, dengan baik Raikal mewujudkan satu hubungan diplomatik antara mereka, baginya sudah sampai mereka semua untuk bekerjasama dan mula hidup bersama dengan aman damai.

Mereka tak risau sangat tentang puak vampire kerana selalunya puak itu takkan menimbulkan banyak masalah, seolah mereka dengan dunianya sahaja.

Manusia dianggap paling lemah kerana tiada sebarang kuasa cuma yang ada hanyalah akal yang cerdik dan dapat menggunakan kepandaian untuk membina suatu kemmajuan.

Cuma ahli sihir sahaja yang mereka risaukan, Raikal juga tahu bahawa Ahli sihir banyak tipu muslihat.

Walaupun begitu semasa mereka semua bersetuju untuk bergabung ahli sihir dan vampire memberikan hadiah kecil kepada puak serigala jadian, Raikal memberikan hadiah itu kepada keluarga Saodah yang merupakan golongan manusia biasa. Sebab itu jugalah Saodah boleh menggunakan sihir sama seperti ahli sihir yang lain.

Kenapa Saodah terpilih adalah sebab mereka ingin menyatukan kuasa melalui manusia biasa. Saodah tidak tamak, dia memberi kuasa dari vampire untuk anaknya Mikael dan kekuatan serigala jadian kepada suaminya Anas, tapi sayang umur Anas tidak panjang, meninggal dunia disebabkan m**i lemas akibat kakinya tersangkut akar kayu semasa berenang di satu sungai yang amat besar untuk menangkap ikan gergasi pada waktu itu. Akibat kekurangan oxigen untuk bernafas, akhirnya Anas tewas juga disebabkan dia rasa mampu menewaskan ikan gergasi itu, tanpa berfikir panjang dia terus terjun kedalam sungai yang dia sendiri tak tahu ada apa di dasarnya.

“Saya risaukan ahli sihir tu je. Mereka memang tiada masalah cuma Balqis yang saya risaukan.” soal Haikal memintas lamunan Raikal.

Balqis adalah anak kepada raja ahli sihir, dia amat benci dengan rancangan penyatuan ini. Baginya semua kena tunduk kepadanya sahaja. Dia juga merupakan anak tunggal raja sihir sekaligus merangkap penerus takhta kerajaan nya.

Memang dia tidak akan duduk diam selagi seluruh keturunan Raikal masih hidup. Dia telah membuat rancangan jahat dengan menggunakan tubuh badan Haikal sebagai dalang kepada perbuatan kejamnya itu.

Habis hancur majlis hari jadi itu selepas Haikal tidak mampu mengawal tubuh badan nya. Haikal berubah menjadi serigala yang sangat besar dan menggerunkan serta dia telah menyerang dan m******h semua yang ada disitu.

Ketika Haikal mengamuk, Raikal sempat membawa anak-anaknya kepada Saodah dan menyuruh Saodah untuk melarikan diri.

Saodah ketika itu tidak tahu serigala besar dan menggerunkan itu adalah Haikal, yang tahu hanyalah Raikal sahaja.

Dia teragak-agak untuk melarikan diri kerana memikirkan keselamatan Raikal. Dia terpaksa juga beredar setelah ternampak Haikal m******h isteri Raikal, Laila dengan kejam sekali.

Saodah tahu bila Raikal mengamuk, pasti terjadi satu bencana yang amat dahsyat akan berlaku. Kerana tiada pilihan, mereka melarkan diri ke hutan.

Raikal berubah menjadi serigala jadian yang amat besar sekali, saiznya saja dua kali ganda dari Haikal. Mereka bertempur ddengan dahsyat, Haikal hampir saja tewas tetapi disaat Raikal nak m******h Haikal, datang sekumpulan ahli sihir menyerangnya.

Puak vampire tidak duduk diam, mereka membantu Raikal maka dengan sekelip mata tempat itu menjadi satu medan perang yang amat dahsyat.

Bila keadaan menjadi sangat tegang, mereka kehilangan ramai orang dari puak masing-masing akibat amukkan Haikal dan Raikal, Balqis mula keluar untuk m******h saki baki dari puak vampire dan juga Raikal.

Balqis mengambil segala kesempatan terhadap mereka semua, setelah Raikal tewas dan di penghujung nyawanya, Balqis melepaskan sihir yang dikenakan kepada Haikal, Dia nak Haikal tengok dengan keadaan penuh kawalan bagaimana dia m******h abangnya Raikal.

Haikal meraung meilhat abangnya d*****h dengan kejam di hadapan mata nya. Dalam keadaan lemah itu, Haikal tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan abangnya.

Selepas beberapa ketika Balqis kembali mengawal tubuh badan Haikal, Haikal terpaksa menjadi seperti boneka mainan Balqis yang kejam itu. Balqis tahu anak-anak Raikal sempat melarikan diri dari tempat itu. Sebab tu juga lah Balqis tidak melepaskan Haikal.

Balqis nak buat orang semua percaya Haikal dalang yang sebenar.

Hakal tak mampu meneruskan kisahnya lagi kerana terlalu sadis, Giliran Saodah pula menyambung kisah itu.

Semasa Saodah merlarikan diri, dia terdengar raungan yang amat dahsyat dari arah rumah agam itu. Dia meninggalkan Aiza dan Ray di salah satu rumah dalam kampung itu untuk bersembunyi, dia memesan supaya jangan keluar sehingga keadaan semua kembali tenang. Dia dan Mikael patah balik ke rumah agam itu untuk melihat apa yang terjadi, apa yang dia lihat adalah serigala besar yang meraung disisi Raikal dan yang paling mengejutkan adalah apabila Serigala itu berubah menjadi Haikal.

Dia tidak sanggup menerima semua itu, dia membawa anaknya Mikael untuk berhijrah disitu setelah memastikan keselamatan Aiza dan Ray.

Saodah dan Mikael menetap disatu kawasan lain yang agak jauh dari situ dan Aiza dan Ray pula kembali kerumah agam itu. Suasana pilu menusuk kalbu kerana mereka berdua terpaksa menguruskan mayat ibu dan bapanya serta orang-orang yang tewas disitu. Cuma segelintir sahaja yang terselamat.

Setelah bertahun berlalu, terbit rasa bersalah dalam hati Saodah kerana meninggalkan Aiza dan Ray, dia kembali ketempat itu. Dan lebih sedih bila dia dapat tahu bahawa Ray juga telah tewas d*****h kejam oleh Haikal dan beberapa orang kampung yang termakan sihir si Balqis itu. Sekali lagi dia cuba untuk menhaga Aiza tanpa pengetahuan nya. Nasib baik Aiza dan mikael bertemu jodoh tanpa Saodah sedar dan dengan itu dapat lah Saodah selalu ada dengan Aiza, dia juga tidak bimbang kerana Mikael amat menyayangi Aiza dan akan menhaga Aiza dengan baik apabila dia sudah tiada.

Mikael mencelah perbualan itu dengan soalan “Jadi Mikael ni vampire lah mak?”

“Kau tu manusia biasa je, cuma ada sikit je kuasa dari keturunan vampire masuk dalam badan kau.” balas Saodah

Mikael mempunyai kuasa vampire tetapi cumalah tidak merasa penat dan gagah perkasa sahaja yang ada dalam dirinya, selain itu tiada apa-apa kuasa lain yang dia dapat.

Tampak sedikit kecewa Mikael mendengar penjelasan Saodah, ketawa kecil mereka bertiga melihat Mikael.

Mula dari saat itu Haikal turut membantu Mikael untuk usahakan kebun bunga dan sayuran di tanah lapang milik mereka itu.

Aiza pula cuma sesekali sahaja membantu kerja-kerja dibelakang itu pun saat mengambil hasil bunga dan sayuran untuk dijual, selebihnya dia banyak membantu Saodah menjual nasi lemak setiap pagi.

Hampir setiap hari juga Hanum datang membeli nasi lemak mereka, Mereka selalu berbual panjang sehingga habis jualan nasi lemak. Hanum sebenarnya tiada kawan untuk menghabiskan masa.

Ini kerana ramai diantara rakan-rakan sebaya Hanum telah berhijrah ke luar daerah itu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Hanum hanya dapat duduk di bandar itu kerana menjaga ibunya yang tengah tenat akibat sakit tua.

padanya , biarlah dia berbakti kepada orang tuanya memandangkan dia juga anak tunggal dalam keluarga itu. Tapi suasana bandar ketika ini dah tak macam dulu. Sejak keluarga Aiza balik semula ke bandar itu, mereka sajalah tempat Hanum melepaskan keluh kesah, kongsi kegembiraan dan macam-macam lagi.

Lega hatinya bila keluarga itu melayan segala karenah nya. Dia juga mula sayang dan dah menganggap mereka seperti keluarha.

Cuma Hanum sedikit takut dengan Haikal. Ini kerana wajah Haikal yang garang dan bengis. Walaupun begitu, Haikal juga baik kepadanya. Hanum dianggap sebagai anak angkat dalam keluarga itu.

Pada satu petang, ketika itu hujan renyai di bandar itu. Aiza duduk termenung di beranda biliknya mengenangkan kebahagian yang mereka semua kecapi sekarang.

Datang Mikael dari arah belakang memeluk tubuh Aiza, sungguh romantis suasana petang tu.

“Tak yah lah romantis sangat abang, akak oi!”

Jeritan dari Hanum di hadapan pagar rumah agam itu menghentikan suasana hangat itu.

“ish , kacau lah kau ni. Ada apa datang?” Soal Mikael.

“Nak bagitahu malam ni Hanum ada buat majlis doa selamat untuk mak Hanum kat rumah” balas Hanum.

“Haa yelah, malam ni kami datang” jawab Aiza.

Hanum masuk kedalam rumah agam untuk memberitahu mak Odah.

Disapanya Haikal ketika sedang asyik menghisap rokok di pangkin hadapan rumah iti. Haikal cuma tersenyum sambil mengangkat tangan melambai.

“Mak Odah mana pakcik? Tanya Hanum.

“Carilah dekat dalam, dia baru je masuk tu” jawab Haikal sekadar memuncungkan mulut kearah dalam rumah.

Saat masuk kedalam ruma, Hanum perasan ada sepasang mata kemerahan sedang memerhati dari arah kebun belakang rumah itu. Separuh menjerit akibat terkejut.

Terus dia memberitahu Haikal yang duduk atas pangkin berhampirannya. Dengan cemas Haikal berlari kebelakang diikuti Mikael dan Aiza yang baru keluar dari dalam rumah.

Tak lama selepas itu Haikal kembali dengan wajah yang cemas.

“Siapa tu pakcik?” tanya Aiza.

“Balqis!”

Pucat terus muka Aiza, mereka semua terus masuk mendapatkan Saodah di dalam.

“Selagi kita bersama, dia tak ada kuasa untuk mulakan serangan.” Saodah berkata.

Menurut Saodah kuasa yang ada pada Haikal dan Aiza mula bertambah cuma bila Saodah ada berdekatan mereka, mereka tidak dapat betukar saja.

Saodah dapat merasakan kuasa mereka berdua semakin kuat. Tidak kurang juga dengan anaknya Mikael.

Buat masa sekarang mungkin Balqis tak dapat apa-apakan mereka. Tapi satu hari Balqis pasti dapat apa yang dia nak.

Hanum baru tahu cerita sebenar tentang keluarga itu. Tapi Hanum tidak melarikan di ketakutan. Hanum teruja apabila dia mengetahui hal keluarga itu.

Malam tu mereka semua pergi ke rumah Hanum untuk majlis doa selamat ibunya. Selepas majlis itu, semasa mereka berbual-bual diluar, mak Hanum semakin nazak dan akhirnya menghemmbuskan nafas terakhirnya pada malam itu.

Selepas pengurusan jenazah mak Hanum selesai, Hanum duduk kseseorangan di atas kubur mak nya itu. Dia dah tak ada tempat lagi untuk hidup.

Aiza datang ke tempat Hanum keseorangan itu, Aiza mempelawa Hanum untuk duduk bersama, memandangkan Hanum dah tak ada siapa-siapa lagi untuk duduk bersama. Bagi Aiza, Hanum perlu duduk bersamanya kerana Hanum mungkin dalam bahaya. Mungkin saja Balqis akan mengambil kesempatan bila dia tahu Hanum ada kaitan dengan mereka.

Tanpa membantah, Hanum hanya bersetuju dengan cadangan Aiza.

Hari kian berlalu, hal kematian mak Hanum dan Balqis semakin dilupakan. Tetapi mereka takkan biarkan salah seorang dari mereka keluar keseorangan. Hanum tidur juga sebilik dengan Saodah. Hanya Haikal sahaja yang tidur sendirian di bilik berhadapan bilik Aiza dan bersebelahan dengan bilik Saodah.

Walaupun semakin lama hari berlalu, mereka masih berjaga-jaga kerana mereka tidak mahu kehilangan siapa-siapa lagi.

Keesokan paginya apabila mereka hendak memulakan persiapan untuk meniaga nasi lemak, Aiza yang berada di dapur tiba-tiba pengsan. Panik juga mereka yang lain.

Bergegas mereka hantar Aiza ke klinik berhampiran. Klink paling dekat pun mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Mujur tak ada siapa yang tertinggal dirumah, takut-takut sesuatu yang buruk terjadi.

Tiba saja di klinik, atendan klinik membantu mengangkat Aiza yang masih pengsan itu. Mereka menunggu kira-kira 30 minit barulah dapat berjumpa dengan doktor.

Doktor beritahu berita gembira, Aiza disahkan mengandung 3 bulan. Menitis air mata Mikael, Saodah juga gembira, tak sangka dia akan menjadi seorang nenek.

Tiba-tiba Haikal pula pengsan disitu.

Bersambung…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.6]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.