#HarisJK- Akak cantik ikut balik

Assalamualaikum dan hi buat pembaca setia FS. Terima kasih buat admin yang approve cerita aku yang pertama-Pengalaman menjadi Mediator. Sebelum aku mula, aku nak perkenalkan diri aku dahulu. Aku Haris aka lelaki kacak Hahaha. Aku ada scroll comments di PMM rata rata bash aku sebab aku ada letak perkataan ‘kacak’. Rilek la weyh aku saja je letak, siapa lagi nak puji diri aku kalau bukan aku. Buat akak yang tanya aku kacak macam aaron aziz tak? Jawapannya tak langsung muka cheq lagi hudoh dari aaron aziz. Ok lepas ni tak nak bash bash lagi hahaha.

Balik sahaja aku dari Indonesia terus aku jalankan aktiviti seharian aku macam biasa. Pergi U, balik tidur, makan, main game, tengok tv dan tidur. Macam tu la putaran hidup aku setiap hari. Tapi malam sabtu selepas dua bulan aku balik dari indo kawan serumah aku ajak kitaorang pergi berkelah dekat air terjun sungai chiling memandang semua free jadi kitaorang setuju. Pukul lapan pagi kita orang dah gerak, Wan mengambil tugas sebagai pemandu kami. Masa on the way aku rasa macam tak sedap hati, rasa macam ada sesuatu akan berlaku.

Lepas je aku jadi mediator aku dapat rasa dan kadang kadang mata aku dapat lihat benda yang tak semua manusia dapat rasa dan lihat. Perasaan tak sedap hati aku tolak tepi sebab aku taknak sepoilkan mood aku. Sampai kami dekat betul betul kawasan air terjun dalam pukul 12. Time tu aku boleh jadi tak sabar nak mandi, aku tak fikir lama terus aku tanggalkan kasut dan terus terjun masuk ke dalam air perbuataan aku diikuti oleh Mir. Dari darat aku dengar Man dah bising marahkan kami walaupun dia dalam keadaan marah dia tetap ambil kasut aku.

Aku rasa tenang gila bila aku duk dalam air, penat lelah aku redah hutan hilang macam tu sahaja, rasa setimpal dengan apa yang aku dapat. Dalam 10 minit juga aku berenang tiba tiba aku rasa ada orang tarik kaki aku dari dalam air kuat sangat. Aku hampir hampir tenggelam, aku rentap kaki aku dari tangan dia dan aku berdiri. Dalam hati aku, aku dah maki mir tapi bila aku pandang belakang tiada siapa pun. Aku dah mula meremang masa tu terus aku ambil keputusan naik ke darat.

Aku lihat kawan aku yang lain dah mula buka nasi bungkus yang kami beli tadi, ciss makan tak ajak. Tapi ada sesuatu buat aku pelik bila aku pandang Mir. Baju yang Mir pakai tak basah. Aku ulang tak basah sedangkan Mir dan aku terjun mandi tadi. Aku dah rasa lain dan ya aku dah kena game dengan ‘dia’.

Ziq: Muka kau pucat gila. Kau nampak hantu ke?.

Hasil dari soalan celupar mir dia dapat satu tamparan dari Man. Man pandang aku dia senyum dan suruh aku duduk serta join diorang makan. Man ada kelebihan, Hijab dia terbuka dan dia boleh berubat, ini kerana ayahnya seorang ustaz jadi dia belajar berubat dari ayah dia. Man juga yang selalu back up kami setiap kali kitaorang kena ‘game’.

Man: Aku tahu kau ada dekat sini, kitaorang datang cara baik. Kami tak ganggu kau dan kau jangan ganggu kami…Korang jaga mulut, jaga adab. Ingat ni bukan tempat kita.

Kata kata Man buat kitaorang senyap. Masing masing tak bersuara. Habis je makan terus kitaorang mandi manda. Aku cuba buang perasaan takut dengan main air dengan diorang. Pukul tiga Man ajak naik darat dan balik. Aku yang baru naik ke darat rasa macam ada seseorang perhatikan aku. Aku kalih belakang tiada apa apa cuma beberapa orang yang masih mandi. Telinga aku sayup sayup dengar orang bersenadung. Aku panik terus aku lari naik ke arah kawan kawan aku.

Masa nak otw balik memang rasa lain sangat. Kereta jadi berat sampaikan wan yang tekan minyak 120 rasa macam 40. Masing masing memang cuak habis tapi Man tenang ja. Dari tempat duduk belakang aku nampak man terkumat kamit membaca sesuatu. Aku juga turut berzikir dalam hati sambil memandang ke luar tingkap. Sebaik sahaja kereta melepasi tol aku tersentak bila aku nampak seorang perempuan berambut panjang berdiri dibelakang divider melambai lambai ke arah kereta kami. Wan yang pandu time tu tiba tiba hilang kawalan, lagi sikit lagi wan nak rempuh divider tapi Man sempat kawal stereng dari tepi dan Wan terus brek. Kereta berhenti di tengah jalan, ada dua tiga buah kereta hon dekat kereta kami tanda tak puas hati.

Man: Apa kau nak dari kami syaitan! Lebih baik kau balik sebelum aku pancung kepala kau

Man jerkah. Yang lain diam tak terkata kerana masih lagi terkejut dengan kejadian tadi kalau tak kerana Man mungkin wajah kami dah terpampang dalam akhbar malaysia. Wan dan Man tukar tempat duduk. Man ambil tugas sebagai driver menggantikan wan yang masih lagi terkejut. Selepas itu tiada apa pun terjadi, kereta ringan seperti biasa dan tiada lagi gangguan kitaorang selamat pulang ke rumah.

Keesokan harinya aku bangun je dari tidur badan aku letih sangat sangat. Aku tak tahu kenapa sampaikan nak pergi tandas nak mandi pun aku malas boleh dikatakan aku sampai merangkak nak pergi tandas macam tu la tahap malas aku. Tapi aku gagahkan juga untuk pergi kelas pagi tu. Semasa dekat U tak ada apa apa yang pelik aku belajar macam biasa tetapi balik je rumah aku dah rasa lain.

Masuk je dalam rumah Wan dan Man sedang mengaji dekat ruang tamu. Aku letak nasi atas meja terus aku masuk bilik aku, dalam masa yang sama aku rasa rimas dengar ayat Al Quran kalau boleh aku nak tutup mulut Wan dari membaca Al Quran. Selang beberapa minit Man masuk dalam bilik aku dan dia berdiri di penjuru bilik. Perasaan aku time tu rasa benci sangat bila tengok Man, nak je aku tendang Man keluar daripada bilik aku tetapi aku kawal diri aku.

Man: Aku suruh kau balik tapi kenapa kau ikut dia!

Aku: Hahahaha

Aku tak tahu kenapa aku gelak bila dengar soalan daripada Man walaupun soalan tu tak kelakar. Aku rasa aku bukan diri aku lagi. Macam dan sesuatu mengawal percakapan serta pergerakan tubuh aku. Man aku nampak dah terkumat kamit bacakan sesuatu, perbuatan daripada Man buat aku gelak besar.

Man: Lebih baik kau keluar daripada tubuh dia sebelum kau aku seksa.

Aku: Kau ingat aku akan takut dengan kau? Kau manusia lemah tetapi belagak berani! Aku tahu isi hati kau sekarang ni, kau dalam ketakutan sekarang.

Man: Aku tidak akan takutkan sesiapa kecuali Allah S.W.T.

Sebaik sahaja Man berkata, Man datang dekat aku. Dia picit ibu jari kaki kanan aku walaupun dia picit perlahan aku rasa macam nak m**i tanggung kesakitan. Aku menggelepur atas katil, alunan yang suci Al Quran daripada Man buat aku rasa terbakar seolah olah aku dipangang seperti ayam di restoren kenny rogers. Aku cuba nak lawan dengan cara nak sepak Man yang berada di kaki aku tetapi tak boleh. Pergerakan aku seolah olah dikunci.

Man: Tiada guna lagi kau melawan, lebih baik kau mengalah dan tinggalkan tubuh dia.

Aku: Aku tak nak! Aku tak nak! Bukan senang aku nak menghuni tubuh dia.

Man: Senang atau susah kau tetap kena keluar dari tubuh dia. Aku berlembut dengan kau sekarang ni, jangan bagi aku guna cara kasar.

Aku: Kau siapa nak halang aku dari duduk dalam badan dia. Aku cakap tak nak tak nak la bodoh.

Man: Kau yang paksa aku sekarang ni.Biar kau rasa kesakitan ini.

Man sambung membaca surah Al jin dan aku kembali menjerit. Habis sahaja ayat dibaca, Man bangun dari kaki aku dan dia membuatkan pergerakan tangan seperti menolak sesuatu dari kaki hinggalah ke kepala aku sambil mulutnya membaca beberapa surah lagi. Man hentikan tangannya seketika ketika tangan dia berada di atas dada aku, aku masa tu seperti tak cukup nafas dan badan aku sedikit terangkat dengan lafaz kalimah Allah Man menolak tangannya dengan kuat hingga tangannya dilarikan dari tubuh aku. Sebaik Man melarikan tangannya aku terjatuh ke katil dengan nafas tercungap cungap. Mulut aku tak henti henti ucapkan istifar.

Man: istifar banyak banyak ris. Ingat Allah.

Aku: Ya Allah!…Terima kasih Man. Aku tak tahu apa yang akan jadi dekat aku kalau kau tak tolong.

Man: Terima kasih dekat Allah bukannya aku. Aku nak pesankan dekat kau, sejak kau balik dari indo tubuh kau dah ada lubang. Lubang untuk jin syaitan hinggap dekat badan kau. Untuk kau nak tutup lubang tu kau kena dekatkan diri dengan Allah, solat jangan tinggal, al quran jangan nak biar berabuk baru nak cara, Amalan sunat kau kena rajin buat hanya tu yang mempu tutup lubang tu. Lagi satu kalau kau dan semua yang ada dalam bilik kalau pergi ke tempat yang tak pernah kita pergi jaga adab tingkah laku dan percakapan kita sebab itu bukan tempat kita.

Kata kata Man aku pegang sampai sekarang. Sedikit sebanyak aku kesal dengan perbuatan aku masa disana kata Man bukan sebab perbuatan aku tetapi benda tu dah tertarik dengan aku yang lemah ini. Lagipun badan aku dah ada ‘rumah’ kosong.

Sampai sini saja yang aku ingin kongsikan dalam entry kali ni, Ambillah cerita aku kali ini sebagai pengajaran untuk korang semua. InsyaAllah jika ada masa aku akan kongsi kisah yang seterusnya. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. Akhir kata assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

-Haris 020416

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 thoughts on “#HarisJK- Akak cantik ikut balik”

    • Once kalau jin penah masuk dlm badan, seolah2 dah ada ‘laluan’ utk jin yang lain kluar masuk lagi. So kne bnykkan zikir hati x kosong dari Allah. Klau x ‘ada’ la yang mengisi

      Reply
  1. Dulu ..bila g camping or hiking ke mana2 ke…ketua kitaorg slalu pesan..jaga adab / jgn celupar sbb byk benda2 keras cam batu , kayu n mcm2 lg lam hutan (sbnrnya ni ayat nk bg kitaorg nasihat dlm masa sama elak kitaorg cuak).

    Reply
  2. Anggap la mediator ni sebagai anugerah. Once kita jadi mediator, mmg ada 1 titik or lubang utk jin masuk and take over badan. Banyakkan dekatkan diri dgn Allah.

    *Btw, umur berapa? Kekeke. Tgh mencari juga. Tapi saya perawat 😛

    Reply
  3. Tiap kali baca story kt FS nie..bila baca bab kaki kena picit lada, garam , bdan berlubang buat tringat kat pengalaman sendiri..terbayang2 rasa diri msa kejadian..ngeri rasa huhu..

    Reply
  4. bila bace part ‘dbuka hijab’ ni, trus hilang ‘interest’ nak bace sampai habis… senang2 je ckp boleh nampak benda2 halus… cume nabi Muhammad saw n nabi Sulaiman as sje yg dberi kelebihan ini… yg lain sume tipu muslihar syaitan je…
    إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ

    ”Sesungguhnya, iblis dan golongannya bisa melihat kamu dari suatu tempat yang (di sana) kamu tidak bisa melihat mereka.” (Qs. Al-A’raf:27)

    Ayat ini juga menjadi dalil bahwa manusia tidak bisa melihat jin dalam bentuknya yang asli. Kecuali orang-orang yang dikecualikan seperti Nabi Muhammad dan Nabi Sulaiman.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.