Pengalaman menjadi mediator

Assalamualaikum dan Hi buat pembaca setia FS.Aku nak ucapkan terima kasih kepada Admin seandainya cerita aku di approve kan. Sebelum aku mula,aku nak perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Aku Haris anak kelahiran di bumi indonesia. Ini disebabkan masa tu parents aku study disana dan aku pulak ada moyang yang memang dari indo jadi aku terberanak disitu. Walaubagaimana pun aku memgaku yang aku anak jati malaysia dan ya aku masih single dan sedang mencari!

Mediator adalah orang pengantaraan atau boleh dikatakan orang ketiga.Sebagai contoh dalam perubatan tradisional(berubat) ada sesetengah menggunakan mediator tujuannya untuk berkomunikasi dengan mahluk halus yang menganggu pesakit. Itu sedikit sebanyak aku terangkan apa maksud mediator bagi sesiapa yang tak tahu. Aku dah cuba cari perkataan ini dalam bahasa malaysia tetapi aku tak jumpa.

Ok,sekarang aku akan mula bercerita. Kisah ini terjadi disaat aku pulang ke kampung moyang aku disana. Suatu hari pakcik aku(abang ayah)mengajak aku dan abang aku mengikutinya pergi berubat orang. Disebabkan aku agak bosan berada dirumah jadi aku dan abang aku mengikuti pakcik aku. Semasa di sana pakcik aku mahu memulakan proses perubatan tetapi salah seorang ahli keluarga pesakit mahukan proses mediamasi terlebih tahu kerana mahu menyoal mahluk halus yang menganggu pesakit. Disebabkan ketiadaan mediator (mediator pakcik aku sakit), pakcik aku memohon bantuan abang aku tetapi dia cepat cepat menolak dan hasilnya aku yang kena. Tak gunee punya abang badan besaq saja.

Aku disuruh duduk bersila ditengah tengah ruang tamu sambil membaca beberapa surah yang pastinya aku dah tak ingat sekarang. Aku melihat mulut pakcik aku terkumat kamit membacakan sesuatu. Tangannya dihalakan ke arah pesakit dan dia seolah olah menarik sesuatu dalam keadaan tangan digengam kemudian gengaman itu tadi diletakkan di atas kepala aku dan dilepaskan,hanya itu sahaja aku ingat sebelum pengsan. Aku sedar semula apabila pakcik memanggil nama aku dan menyuruh aku minum segelas air untuk memulihkan semula semangat aku.

Badan aku ketika itu memang penat dan letih teramat amat sehinggakan balik sahaja dari mengikuti pakcik aku terus aku tidur di ruang tamu tanpa menukar pakaian. Aku mimpi aku berada disebuah rumah yang agak usang dan ditemani oleh seorang perempuan berambut panjang sehingga mencecah lantai, kukunya panjang dan hitam dan semestinya kakinya tidak memijak lantai.Aku cuba berlari darinya tetapi dia mencengkam pergelangan tangan aku tanda tidak mahu membiarkan aku pergi meninggalkannya.

Seketika kemudian aku berasa telinga aku berdesing sangat sangat.Aku rasa seluruh tubuh aku panas seperti diseksa,aku mengelupur. Perempuan tadi melepaskan cengkamannya pada tangan aku dan dia pergi meninggalkan aku.

Aku mendengar seseorang memanggil nama aku. Aku membuka mata dan melihat abang dan ibu memengang erat tubuh aku. Aku bingung. Ayah hulurkan aku air dan suruh aku minum air itu. Aku dengan keadaan was was menerima huluran daripada ayah. Setelah keadaan kembali reda abang menceritakan yang aku kerasukkan secara tiba tiba. Faktor pertama mahluk halus yang menggunakan tubuh aku enggan melepaskan aku erti kata lain jatuh hati dengan aku, mungkin aku terlalu kacak. Faktor kedua kerana badan aku yang lemah.

Aku ingatkan selepas kejadian itu semua akan berakhir tetapi jangkaan aku melesat sama sekali. Jika aku ada masa yang terluang mungkin aku akan kongsi pada korang semua lagi kisah yang seterusnya.Percaya atau tak terletak pada diri korang sendiri.Yang Baik datang daripada Allah,yang buruk datang dari diri sendiri.Akhir kata assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 comments

  1. Ehem eheeemmm…
    Buat anak gadis atau wanita yg sedang mencarik, ini haaaaa teruna terlalu kacak sedia menanti…
    Tapi kena hati2 sbb ni jugak idaman Cik Ponti…
    Kena sanggup berkongsi gituuuu…
    Hehehehhee…

    Mesti lepas2 tu ko ni sng merase atau sng dihinggap kan…???
    Nnt rerajinkanlah diri share citer seterusnye yer…
    Kasik panjang2 sket, bagi meremang bulu roma punye…
    Haahahhaah demand koo…

  2. Malaysia dan Indonesia dari rumpun yg sama. Jgn lupa tu. Cuma harus diingat. Adat berdagang haruslah jangan membangkit amarah org lain.
    #keturunanIndojugak

  3. silap besar lah ko setuju nak jadi mediator tu. kan bile deme dah pernah masuk sekali badan kite, dia macam ade ‘tanda’ yg akan menarik spisis sama utk masuk in future. plus nanti ko senang la nampak benda2 yg x spttnya boleh nampak. harap ko okay lah..hmmm

  4. pakcik yg jd mediator masa aku kena rasuk siap gigit ibu jari kaki aku sambil kata ‘tinggalkan siti..tinggalkan siti’. aku pelik gak sbb nama aku bukan siti..hahaha

  5. Sempat lg dia promo diri sendiri hahah… mediator bkn org k3 tp org tengah.. pengantaraan. Mcm posmen gak haha. Sy suka tgok klau di tv indo ada rancangan misteri tu, selalu buat mediator.

  6. Dekat indonesia memang banyak guna mediator untuk rancangan misteri cam jejak paranormal, dua dunia, ngan mister tukul jlan2. Tapi dekat belah malaysia jarang guna kaedah ni takut tubuh pesakit mudah dirasuki balik dikemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.