#AdminFS – Laman Web Misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana sentiasa menyokong page ini. Terima kasih juga kepada editor yang approve kisah admin ni.

Jangan takut, ini bukan cerita hantu. Tak ada pontianak ataupun pocong pun dalam cerita ni.

Okay, waktu perkara ni berlaku, admin tengah dok reread cerita-cerita yang nak dipublish untuk hari esoknya. Masa tu jam dah pukul dua lebih kot. Dua pagi ye, bukan dua petang. Masa tu, admin berseorangan dekat rumah. Housemate semua pergi team-building anjuran office diorang dekat pantai Morib.

Laptop tergeletak depan mata. Untuk dapatkan feel cerita-cerita tu, memang admin akan tutup semua lampu dalam rumah kecuali lampu porch. Keadaan senyap sunyi. Yang kedengaran cuma ngiangan bunyi kipas yang berputar ligat dekat atas kepala.

Tengah leka scroll satu-persatu cerita yang editor dah approve, pundi kencing terasa penuh. Lepas petik suis lampu tandas, admin pun melangkah masuk. Tandas dekat dalam bilik tu jer. Selesai urusan dalam tandas, admin duduk semula depan laptop. Tapi ada benda yang tak kena dengan laptop tu. Ada tab baharu terbuka. Padahal sebelum tu, admin buka satu tab untuk FS sahaja.

Admin cuma anggap tu pop-up advertisement sahaja. Tak fikir panjang, admin pun scroll cursor ke tanda pangkah. Tapi sebelum nak klik tanda pangkah tu, admin terbaca URL yang tertera dekat atas tab tu. Tak ada perkataan yang bermakna pun. Yang ada cuma sebaris huruf yang berterabur tak tersusun. Macam ada orang taip membuta-tuli, lepas tu tekan enter.

Atas dasar sifat ingin tahu, admin pun bukalah tab tu. Dalam hati just expect perkataan ‘404 – Page Not Found’ jer yang keluar, tapi terkejut juga admin bila yang terpapar dekat skrin tu adalah satu barisan petak-petak video ala-ala Youtube tu. Latar belakangnya berwarna hijau lumut, kalau tak silap admin. Font yang laman web tu pakai pun macam ketinggalan zaman. Korang tahu tak macam mana layout laman web tipikal zaman 90-an dulu? Ha, macam tu lah. Kepada adik-adik yang tak tahu, boleh tanya abang atau kakak.

Tajuk-tajuk dekat video tu pun bukan dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris. Bahasa apa, admin pun tak tahu.

Okay, tanpa fikir panjang, admin pun klik jerlah salah satu petak video tu. Lama sikit lepas klik tu barulah keluar paparan hitam menandakan video dah nak mula. Volume laptop admin slowkan. Bukan boleh percaya video-video dekat internet ni. Kan?

Tapi video tu gelap jer. Cuma nampak cahaya samar-samar, macam video tu dirakam dalam selimut yang diselubung atas lens kamera. Yang kedengaran dalam video tu adalah suara seorang budak (tak pasti lelaki ke perempuan) sedang bercakap-cakap dengan seorang budak lagi. Admin tak faham langsung apa yang diorang cakapkan. Macam kasar gila bahasa diorang. Ala-ala Russia macam tu kot. Tapi admin agak pastilah yang tu suara manusia. Kot.

Admin pun tarik cursor video tu untuk skip-skip minit dia. Durasi video tu kalau tak silap dalam 45 minit. Hampir seluruh video tu sama scene dia. Suasana gelap dengan suara budak-budak bercakap-cakap. Cuma lima minit yang terakhir tu jer kedengaran bunyi dentuman kuat dalam video tu, disusuli dengan suara jeritan budak-budak tu yang macam tengah seksa gila. Seriau gila, terus admin stopkan video tu.

Teragak-agak juga admin nak play video yang seterusnya. Tapi yalah, sifat ingin tahu manusia kan, admin scroll ke bawah sedikit dan klik dekat video random.

Kali ni, skrin laptop admin memaparkan imej kelam sebuah pintu yang terbuka luas. Kamera yang digunakan untuk rakam video tu macam diletakkan dekat atas meja di dalam sebuah bilik. Dekat luar pintu tu cuma hallway kosong. Nampak dari segi finishing bilik dalam video tu macam bukan dekat Malaysia. Dinding ber-wallpaper dengan pintunya macam pintu kayu lama.

Admin pun tunggu jerlah tengok apa yang akan terjadi. Durasi video tu lebih pendek dari tadi. Dalam 15 minit rasanya. Video tu langsung tak ada bunyi. Mungkin mikrofon kamera tu tak dipasang. Tengah admin dok perhati jer pintu tu, tiba-tiba dalam video tu ada orang berjalan melintas dekat luar hallway tu. Terkejut juga. Tak lama lepas tu, orang tu melintas lagi berjalan ke arah dari mana dia datang tadi. Tak sampai seminit, sekali lagi imej orang tu muncul dekat luar hallway tu, tapi kali ni dia stop depan bilik tu. Video tu agak gelap, jadi admin tak nampak rupa paras orang tu. Cuma admin agak pasti, orang dalam video tu adalah seorang lelaki. Dia macam tenung ke arah kamera. Macam dia baru perasan ada kamera dekat situ. Dia pun berjalan masuk dalam bilik tu, lepas tu capai kamera tu. Dalam keadaan kamera tu masih merakam, dia angkat kamera tu, dan sekali imbas video tu memaparkan suasana dalam bilik tu tadi.

Dekat belakang kamera tu rupa-rupanya ada seorang perempuan yang tengah tersandar dekat dinding. Macam tengah tidur. Tapi entahlah. Admin pun tak pasti betul ke perempuan tu tengah tidur, sebab mulut dia ternganga luas. Tak beranilah admin nak spekulasikan apa-apa. Beberapa saat lepas tu, video tu tamat.

Ada juga beberapa video lain yang admin play malam tu. Ada satu video tu memaparkan imej seseorang yang memakai sarung arnab. Macam maskot tu. Tapi orang tu just duduk dekat macam satu sudut bilik, dok goyang-goyang kepala yang bersarung maskot arnab dia tu. Video tu pun tak ada bunyi jugak. Itu jer yang berlaku sampailah video tamat.

Ada satu video lagi memaparkan imej seekor mentadak yang dah d******g kepala. Mentadak tu macam terketar-ketar beberapa minit, lepas tu tak bergerak dah. Bunyi dekat latar belakang video tu macam suara seorang budak kecil tengah menangis mendayu-dayu. Mungkin takut tengok mentadak tu kot.

Dekat bawah tajuk setiap video tu macam ada nama orang yang post video-video tu. Admin tak ingat dah namanya. Nama asinglah. Macam nama orang Russia kot.

Memang video-video dekat laman web tu tak adalah di luar batasan akal. Tapi bila ditonton dalam gelap macam tu, entah kenapa admin rasa seriau. Tak lama lepas tu, admin pun klik icon pangkah pada tab tu.

Esoknya admin teringat semula dekat laman web tu. Admin pun scroll lah search history. Tak ada URL laman web tu. Last opened adalah URL Fiksyen Shasha. Ya, admin tahu, ini bukan kisah yang ada hantu-hantu. Tapi entahlah. Tak masuk akal macam mana laman web tu boleh tiba-tiba muncul time admin ke tandas malam tu. Sampai sekarang admin masih tercari-cari laman web tu, tapi langsung tak jumpa.

Kalau ada sesiapa yang pernah terbuka laman web macam yang admin ceritakan tadi, tolong maklumkan pada admin ya. PM jer admin dekat page Fiksyen Shasha. Bukan apa, cuma admin nak tahu dengan lebih lanjut lagi, macam mana laman web tu boleh tiba-tiba muncul dekat laptop admin malam tu.

Okay, itu jer yang admin nak cerita untuk malam ni. Tapi jangan risau, banyak lagi cerita lain yang admin nak share. Kalau ada masa admin ceritakan lagi ya. Korang teruskanlah layan cerita-cerita lain dekat FS ni. Admin chow dulu.

Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

46 comments

  1. Laman web macam dark web. Tapi laman web tu selalunya boleh open guna browser yang hidden ip address. Browser biasa macam tak lepas.

    Mungkin juga gangguan tu admin. Hati-hati. Haha.

  2. Min bukak deep web ke min?biasa video pelik-pelik banyak kat sana..tp plik la skit sbb boleh terbuka sdiri dan boleh access deep web tanpa torrent,guna tab biasa dan server biasa je..hurrmm..misteri..

      1. Deep web ni bukan mcm browser biasa , bahaya klw masuk and takde security yg betul betul save sbb dekat deep or dark web tu penuh dgn benda yg luar jangkaan and jenayah so bila ada jenayah ni biasa la hacker pun ramai dalam tu jadi klw takde security memang senang senang jadi sasaran nanti and dlm tu banyak orang buat benda pelik pelik

          1. Setahu saya bukan tempat buat bitcoin…hehe…kt deep weeb tu bitcoin diguna kan sebagai pembayaran untuk membeli sesuatu yang ada dlm web tu…

  3. Deep web or dark web saya rasa admin patut ambil gambar url tu kot dan kaji tapi agak mustahil laptop admin dapat masuk web tu dan saya rasa mungkin hacker yang buat kot dan lagi satu video deep web tu memang kena seksa atau dera…..x silap saya kebanyakan orang yang tengok video ni berlebihan akan trauma,mental,takut tanpa sebab disebabkan muzik,video atau jeritan video tu……tu sahaja yang saya tau.tq

    1. I rasa laman yg u buka tu Dark Web.. Tapi x habis fkir mcmana tetiba leh keluar popup utk ke laman tu. Bukan senang untuk ke laman tu.. Harap admin berhati2..

  4. Adm.. admin buke your cmputer pukul 2 pagi kan.biase kalau waktu malaysia pagi2 ip ye mcm terdedah.. entah nk ckp macammana… yg pasti admin bertuah dpt bukak web tu. sbb mmg ade org cerita cth gamers yg terkejut sbb diorang mcm adm.. tapi diorang dont care pun..
    tapi ni dah lama.. sejak win 7 ade and win XP ditinggalkan

  5. mcm deepweb, sbb url die mmg xde makne cmtu dan video pelik cmtu mmg byk dlm deepweb. tp deepweb hanye boleh buka guna TOR browser shj, atau ade gune sofware proxy. TP….walaupun da ade TORbrowser, link2 url die bukan senang2 blh popup atau terbuka sendiri….

  6. Dapat thu benda baru..hahaha…deepweb…darkweb.. TOR browser… bru hajat nak buka tapi bila baca warning2 dr korang…takpalah…hehe… thanks share

  7. Bahaye min kalau deepweb or darkweb ni.. biase kalau orang bukak web camni tutup dulu kamera laptop tu ngan pita pelekat ke ape ke . And lagi biase orang pakai gajet yg x de personal information sbb hacker diorang bukan biase biase

  8. deepweb punye video je bunyinye.. tp ade je website yg blh access ada video ala2 deepweb.. sila google.. deepweb ni perlukan special browser mcm TOR browser utk access tp kalau boleh deepweb x yahla gatal2 access… disturbing video sumanya and bykla kegiatan mcm jual beli weed, ko nak hire hitman, abduct people, childporn, torture p**n, animal torture pun ada and mcm2 la nama pun dah darkweb. mohon dijauhi…. pastu ada dgr kalau xde pengetahuan nak masok dlm deepweb ni bahaya sbb diorg blh track sapa kita ni… tak psl2 lain plak jd.. very sick in the head indeed..

    1. Lol..same here.. aku pn tgh tggu sambungan cite si akhlakeen ni..pi mana tah die ni. Btw ni first time dgr deepweb darkweb..based on story n comments..boleh disimpulkn yg content dlm web tu mg psychotic..xmo aku explore. tgok drh pn dh takut lg lk torture2 ni..bye2 la

  9. wah…bukan seriau baca cerita admin ni..tp seriau baca comment2…mcm mana korg tau pasal deep or dark web ni…kata bahaya….teringin jugak nak tgk video2 dlm web tu..nak tgk mcm mana…tp bila ssemua warning benda yg sama jadi takut la plak….

    1. tgk kt page creepyposta..dia ada masukkn ckit link video deepweb..mmg xsggup nk tgk videonya..xkuat jgn tgk..xpun g je kat fb search #deepweb..msti kuar..try la kalo nk tau sgt

    2. kalau dekat ig search fuckta_creepy dye ada share sikit pasal deep web….kalau nak penerangan pergi dekat kupi kupi go tentang deep web tapi dialek sabah seram kat youtube….

  10. serius first time dengar pasal darkweb deepweb ni..xsangka dalam dunia ni ada benda2 yg pelik mcm tu..takut bila dipikirkan n dibayangkan..huhuhuh

  11. Saya tak sekuat admin… To admin jangan terlalu berani ye masuk web yang tak patut2 macam tu. Dorang boleh scan kita kat mana..creepy sgt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.