Highway Pasir Gudang

Assalamualaikum para pembaca FS dan admin FS. Agak lama juga tidak berkongsi cerita di sini. Untuk kali ini aku ingin kongsikan beberapa pengalaman yang pernah aku alami selama hampir 25 tahun berulang alik di lebuh raya Pasir Gudang.

Kisah 1
Kejadian ketika aku berumur 10 tahun, 30 tahun yang lepas. Kemudahan di Pasir Gudang masih lagi terhad. Klinik panel tempat abah kerja adalah di Kimisawa (sekarang dikenali sebagai Holiday Plaza) di bandar Johor Bahru, kira-kira 45 kilometer dari perumahan yang disediakan oleh tempat abahku bekerja.

Kami bertolak balik ke rumah agak lewat dari biasa kerana selepas selesai urusan di klinik, kami singgah terlebih dahulu di rumah saudara yang berada di Kempas. Jalan kembali ke Pasir Gudang ketika itu masih lagi tiada lampu jalan. Gelap. Kenderaan yang lalu pun tidak banyak apabila waktu malam.

Kami tiba di kawasan Taman Rinting ketika itu dalam pukul 11 malam. Aku yang sedang tidur-tidur ayam di dalam kereta tiba-tiba segar mata apabila abah memberhentikan kereta di tengah-tengah jalan.

“Nak teruskan ke?” aku terdengar suara abangku yang duduk di hadapan bersebelahan dengan abah.
“Habis tu?” soal abah pula.
“Nami tidur tu kat belakang, takpe, dia tak perasan,” jawab abangku.
Mendengar kata-kata abangku, aku sengaja mematikan diri dan menunggu apa yang akan berlaku seterusnya, kerana dari tempat duduk belakang, aku tak nampak apa yang berlaku di luar sana.

Abah kemudian menarik nafas panjang dan keluar dari kereta. Entah apa yang dilakukannya aku pun tak tahu, tetapi tak lama kemudian abah masuk semula ke dalam kereta.

“Lillahi ta’ala.. Bismillahirrahmanirrahim..” kata abah sebelum meneruskan perjalanan.

Bila kereta mula bergerak, perlahan-lahan aku membetulkan dudukku, agar dapat ku lihat apa yang ada di depan. Kereta abah tak pandu laju, kerana jalan di kawasan Taman Rinting tidak molek, banyak lubangnya sehingga sekarang ini.

“Apa tu bah?” soalku apabila objek yang berada di hadapan jalan semakin jelas kelihatan dek sinaran dari lampu kereta abah.
“Nami jaga?”soal abah.
“Ya..” jawabku. Mata masih lagi tetap pada objek yang semakin dekat kami hampirinya.
“Kaki..” jawab abangku.

Kelu lidahku apabila semuanya semakin jelas di penglihatanku. Sepasang kaki panjang dan berbulu, berdiri terkangkang di jalan raya. Mahu tak mahu abah perlu memandu di celah kakinya.

“Jangan terkencing dalam kereta ya,” pesan abah.
Aku fikirkan perkara ini akan habis setakat ini sahaja, tetapi bila abah sudah berjaya melepasi kakinya, perlahan-lahan makhluk itu mula berjalan seiring dengan kereta kami. Hentakan kakinya tak berapa kuat tapi tetap terasa.

“Tak payah tengok lama-lama kaki tu. Bukan cantik pun.. bulunya je banyak.. baik Nami pejam mata dan zikir.. ikut macam Angah ni,” abahku bersuara lagi.

Aku akur dengan arahan abah, mata ku pejamkan dan mula berzikir, tapi aku tahu ‘dia’ tetap ada kerana hentakan kakinya masih terasa. Tak terperasan bila aku tertidur kerana yang pastinya esok pagi aku tersedar dan aku sudah berada di atas katilku.

“Malam tadi tu abah cakap rahsia.. Jangan beritahu mak, nanti mak tak kasi kita teman abah pegi klinik lagi,” abangku berbisik di telingaku apabila dia nampak aku terkebil-kebil di atas katil.

Kisah 2

Seperti biasa, bas yang aku naiki setiap kali balik ke Pasir Gudang ketika zaman belajar di Selangor adalah Zuco Ekspress dan selalunya memang akan aku naik bas yang paling lewat sekali. Jadinya aku akan tiba di kawasan lebuh raya Pasir Gudang kira-kira dalam pukul 3 atau 4 pagi. Seperti biasa juga aku akan beralih duduk di bahagian hadapan sekiranya tidak ramai lagi yang tinggal di dalam bas.

Hampir sepanjang jalan dari bandar ke Pasir Gudang ada rel keretapi yang selari dengannya. Ada ketikanya aku akan memerhatikan deretan rel itu dari dalam bas. Hinggalah pada suatu hari ketika sedang asyik memerhatikan keadaan luar, mataku tertangkap pada sesusuk tubuh yang berdiri di jambatan keretapi.

“Pakcik, ada orang nak terjun jambatan tu,” tegurku pada pemandu bas.
Bas segera diberhentikan. Pakcik bas juga turut memandang ke luar. Kemudian dalam keadaan tergesa-gesa dia membuka pintu bas dan meluru keluar.

“Hoi!! Buat apa tu?” jeritnya.
Aku dan seorang lagi penumpang turut turun dari bas.
“Pakcik jerit kat siapa ni?” soal penumpang tersebut.
“Kau tak nampak tu? Budak perempuan yang tengah cangkung atas jambatan tu, tadi dia berdiri,” jawab pakcik bas.
“Mana..” dia bergerak ke depan sedikit.
Hati aku sudah mula rasa lain. Kalau aku dengan pakcik ni boleh nampak, kenapa mamat yang seorang lagi ni tak nampak?

Pandangan aku beralih dari budak perempuan di atas jambatan bergilir dengan mamat yang sedang sedaya upaya cuba mencari orang yang kami nampak.

“Takde..” dia kemudiannya berpaling ke kami.

Tak lama kemudian wajahnya berubah apabila terdengar suara jeritan yang amat kuat. Terus dia melutut sambil menutup telinga.
Aku tak dengar apa yang pakcik bas jawab dan apa yang mereka buat selepas itu kerana tumpuanku pada budak perempuan yang sekarang ini sedang berdiri di sisi jambatan sambil kaki kirinya dibuat acah-acah ke depan. Jeritan itu datang darinya.

Dia kemudian mengangkat kepala dan pandangan kami bertemu. Masih terbayang lagi sinis senyuman yang diberi sebelum secara tiba-tiba dia berpaling dan berlari ke arah yang bertentangan.
Terkejut dengan tindakannya, aku hampir menjerit bila dia terjun dari jambatan tapi suaraku tersekat di kerongkong apabila keadaan seperti di ‘reverse’, budak perempuan itu ada semula di atas jambatan, membelakangi kami dan terjun semula, dua tiga kali keadaan itu berulang, kedengaran agak lucu, tetapi aku yang menyaksikannya ketika pukul 4 pagi, memang tergamam.

“Dah.. dah.. kau tengok apa lagi tu..” pakcik bas menarik lenganku untuk masuk semula ke dalam bas.
“Eh.. bila pakcik masuk dalam bas?” soalku.
“Dari tadi, kau tu yang tak perasan, asyik sangat tengok syaitan tu,” balasnya sambil melepaskan handbrake.
“Syaitan?” soalku.
“Pakcik lupa.. area sini memang ada yang menjaga. Selalunya pakcik seorang aje yang nampak. Ni tadi bila kau tegur pakcik ingat orang biasa, sebab kau pun nampak, tapi bila mamat tu cakap dia tak nampak.. sahlah cuma kita berdua aje yang nampak,” jelas pakcik bas lagi.
“Kau betul nak turun kat simpang macam kau cakap tadi tu?” soal pakcik bas.
“Ye pakcik,” balasku.
“Berani kau,” kata pakcik bas.
“Nak tak nak kena hadap kan?” jawapanku dibalas dengan gelak tawa darinya.

Memang kena hadap sebab rupanya syaitan yang pakcik bas katakan itu ada menanti di atas pokok akasia di tepi jalan menuju kawasan perumahanku.

Ku tundukkan pandangan apabila aku lalu bersebelahan dengan pokok tempatnya bertenggek. Dalam hati tak henti-henti berzikir, rasa macam dapat kombo pula kali ini. Yang tiga ekor di pagar perumahan Insyaallah setia menanti, hari ini tambah pula yang sedang galak ketawa memerhatikan aku dari atas pokok. Semakin aku fikirkan berkenaan makhluk-makhluk ini semakin dadaku berdegup laju. Bohong jika aku katakan yang aku tak takut.
“Teet..teeeet,” tiba-tiba bunyi hon motor membuatkan aku mengangkat kepalaku.
“Macam lewat aje bas kali ni?” Pak Cik Kamis rupanya. Siap berkopiah. Mahu ke surau rasanya kerana memang tugas Pak Cik Kamis melaungkan azan di surau kami.
“Ha’ah.. driver bawa slow sikit,” balasku. Sempat aku menjeling ke arah pokok akasia. Sudah tiada.

“Marilah Cik Kamis hantar, cepat sikit sampai rumah,” bagaikan orang lapar dihidangkan makanan, aku terus naik ke motor Pak cik Kamis.
Sesampai sahaja di rumah abah ada sedang menghidupkan enjin motor untuk ke surau juga. Pakcik Kamis sekadar mengangkat tangan sahaja kea bah kerana dia perlu ke surau segera untuk melaungkan azan.
“Jangan masuk rumah dulu. Kau bawa siapa balik ni?” soal abah sambil matanya memandang pokok sukun yang ada di halaman rumah kami.
Di atas pokok itu, budak perempuan di jambatan tadi sedang duduk menghayun kaki sambil tersenyum-senyum.

“Dia tu.. kat rel keretapi tadi bah..” jawabku.
“Kau buat apa pula kat rel keretapi awal-awal pagi macam ni..? Dah..Cuci kaki, baca ayat kursi sebelum masuk rumah. Lepas tu terus mandi dan solat subuh,” arah abahku.

“Yang ini biar abah uruskan,” abah menunggu sehingga aku menutup pintu rumah barulah dia mematikan enjin motor dan berjalan ke pokok sukun.
“Dengarkan apa yang abah suruh buat tadi? Pergi cepat, tak payah nak mengendap dari tepi langsir ni,” entah bila, emak ada di tepiku.
Aku mengangguk perlahan dan terus masuk ke bilikku.

Apa yang abah lakukan dengan budak perempuan itu? Entah.. sehingga kini abah tak pernah cerita dan aku pun tak berani nak bertanya.

Kisah 3.
Salah seorang rakan baikku, Fina, berasal dari Pahang. Dia juga duduk di Pasir Gudang kerana bekerja di sini. Satu hari ketika aku berada di Taman Perling, berjumpa dengan sahabatku yang lain, aku mendapat panggilan telefon darinya. Ibunya dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Dia meminta aku untuk menemaninya pulang ke kampung.

“Kita balik hari. Tak perlu tidur sana. Aku dah inform pada mak kau dan kak, dia kata ok dan baju kau pun ada ni dia bekalkan sekali,” terang Fina.
“Aku ke Taman Perling sekarang, kau tunggu sana. Tolong minta izin kawan kau tu aku nak tumpang kereta aku kat rumah dia, boleh?” pintanya sebelum mematikan panggilan.

Alhamdulillah perjalanan kami ke Pahang berjalan lancar. Setelah urusan ibunya di Hospital Kuantan selesai, kami bertolak balik semula ke Pasir Gudang. Kami tiba di Taman Perling kira-kira dalam pukul 1130 malam untuk mengambil keretanya.

Pelawaan sahabatku untuk bermalam di rumahnya kami tolak dengan baik kerana kami perlu bekerja esok.

“Akak, kau jalan belakang aku eh.. aku ni tak awas sangat drive gelap-gelap ni, kau tu aku tau ngantuk dah.. kalau ngantuk kau suka pecut.. tertinggal aku kat belakang nanti,” pintanya.

“Yelah.. yelah..” balasku sambil menghidupkan kembali enjin keretaku.
Perjalanan kami baik-baik sahaja sehinggalah sampai di kawasan tiga stesen minyak, tiba-tiba aku perasan ada orang duduk di ruang penumpang hadapan kereta Fina. Beberapa kali mataku gosok, takut pantulan cahaya yang menyebabkan kelihatan seperti bayangan orang yang duduk di sebelahnya.

Aku mengeluh bila ternyata apa yang aku nampak itu memang betul bayangan orang. Seperti sedang asyik mendengar lagu, kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan, sesekali pandangannya seperti dialihkan untuk memerhati Fina yang sedang memandu.

Aku tukar lane dan cuba untuk memotong Fina, mungkin dia ingat aku sedang mengantuk dan mahu memecut, dia bawa kereta lagi laju dariku. Aku kemudian kembali ikut belakang keretanya.

Ewah.. macam seronok pula yang duduk di sebelah Fina, terangguk-angguk kepalanya laju seperti sedang ketawa.Nak call Fina, handphone sudah habis bateri. Pada zaman itu, tiada lagi power bank atau usb wire, kalau bateri habis, habislah.

Apabila Fina seperti leka sedikit, aku tukar lane supaya dapat aku lihat siapa yang ada disebelahnya. Hati berdebar, tetapi aku tekad nak tahu juga.
“Satu.. dua.. tiga.. Bismillah..” aku toleh ke arah Fina.

Ketika itu dia juga turut menoleh ke arahku. Dia mengerutkan kening dan kepala diangkat sedikit, seolah-olah bertanya, “Apahal?”

Ku menarik nafas lega kerana tiada siapa di tempat duduk penumpang sebelahnya. Aku gelengkan kepala dan kembali memperlahankan keretaku.
Apabila tiba di rumah sewanya, aku segera ke tempat duduk penumpang di sebelahnya. Tempat kepala di kerusi itu sengaja aku goyang-goyangkan.
“Tak longgar..” ucapku.

“Apa yang tak longgar kak?” soalnya.
“Takde apa, kau pergilah masuk, esok dah lah kau nak buat presentation kan?” soalku.

Rupanya itu apa yang aku nampak itu adalah permulaan kepada bermacam-macam kejadian yang menimpa kami. Fina terkena buatan orang rupanya. Dan orang itu tahu kami rapat, juga tahu yang aku ada kemampuan untuk melihat benda-benda yang tak sepatutnya orang nampak. Hingga ke pejabat orang ini mencari aku untuk meminta aku menjauhkan diri dari Fina.

Perkara ini tidak aku ceritakan kepada Fina hinggalah pada hari aku menghantar dia pulang semula kepada keluarganya. Dua tahun melawan dan cuba berubat, Fina tidak kuat untuk melawan ‘benda’ yang dihantar oleh orang yang meminatinya. Setelah berbincang dengan ibu dan ayahnya, aku menghantar Fina balik kepada mereka untuk berubat.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nami
Highway Pasir Gudang
9.8 (97.57%) 107 votes

40 comments

  1. Pengalaman aku lak kt highway tu masa otw balik tmn perling hampir2 lunyai di tayar belakang trailer..handle moto dh bgesel dgn tyar blakang..mujur hanya tbabas bahu kiri jalan

  2. apa agaknya perasaan bila boleh nampak ni. what to react. how to react. tak terbayang2 ke. kagum tul pada yg kuat semangat ni.

    1. try la amalkan ayat kursi dengan pengertian selama 100 hari tanpa putus.doa mohon dari Allah swt hijab dan keberanian, kemudian hijab apa yang dapat kena redha dan berani. hijab banyak jenis

  3. Kita org Pasir Gudang jugaa .. kat tepi rel tu mmg sereemmmmmmm .. katanya tmpt org bunuh diri .. Dekat area kilang antarasteel pun sama . Jalan titan depan petronas sebelah ilp pg … punya keras jalan tu . Berapa kali dah xcident makan nyawa . Lepastu jalan Litar Pasir Gudang .. nak ke kilang Panasonic Taman Pasir Putih . Mintak ampun kalau situ . Dekat dgn sungai buluh resevoir tu .. area sungai buluh pun sama . Ada keluang putih jaga situ .. katanya .. wallahualam ..

    1. Pernah dok isi minyak kat petronas ilp tu.. Dlm hati terdetik, laju sgt lori ni… Ku toleh tgk balik amount isi minyak tu, terus dgr bunyi berdentum.. Lori tu langgar van. Situ jlnnya mmg sentiasa haus.

      1. Tu lah . Mmg kt situ .. lepas tu bekas hostel panasonic dulu .. itu pun minta ampun .. bertahun kosong .. skrg dh jd milik kiswire .. belum lagi perumahan kastam yang dekat perumahan bakti tu .. pernah nmpk benda terbang melintas masuk perumahan kastam yg kosong tu . Mmg tobat nk lalu situ lagi malam malam .. huhuhu

  4. saya lak “kena” kat jambatan lepas tiga stesyen minyak tu…two years back…jambatan tu kat area jalan yg xde lampu ke arah Pasir Gudang……btul2 time lalu bwh jambatan xberbumbung tu “pommm” bunyi kuat gila jatuh atas bumbung kete…dlm hati “abeslah bdk nakal baling bata dri jambatan”…nak benti tp jalan gelap la plak xde lampu…smp rumah kat TPP, tgk ats bumbung xde pape plak…hurmmm

  5. Tmpt bermastautin sy dulu tu, pd awal 1990-an. Keje kilang kt Pasir Gudang. Kilang tmpt keje di Jln Tembaga dan hostel yg kilang bg di Tmn Mawar je yg sy tahu berhantu. X tahu pulak ada misteri2 lain kt area P.Gudang tu. Sbb jarang kuar dr P.Gudang ke JB. Selalu lepak2 kt Komplek P.Gudang je. Ataupun ke Masai. Gedung Harian dlm komplek tu la jd tmpt membeli barang2 keperluan. Dan di sana jugalah sy bertemu jodoh. Rindu pulak bila dikenang.

    1. 1990 an.. saya bersekolah menengah time tu. Masa tengah nak tahu semua perkara. Tak membangun sangat PG time tu. Masih banyak kawasan yang bersemak samun/ hutan. Bila dengar cerita tentang satu2 tempat yg ‘pelik/mistik’ , mesti nak pergi ke sana, nak tengok sendiri. Contohnya ladang tembikai terbiar di tepi perumahan TNB yang sekarang ni dah jadi kawasan kilang.
      Gedung Harian tempat lepak bila balik sekolah.. hahaha..

      1. gedung harian tu dah jadi apa sekarang?
        dulu dari taman air biru jalan kaki je pergi pusat bandar.

  6. jambatan rel keretapi tu ada dua. yang mana satu ye? sebab saya kerja ktm. selalu jugak lalu situ untuk ke johor port hantar barang by train. and saya pun duduk seri alam je. setakat ni kalau kerja tengah malam kene lalu plentong tu takde pape jadi. terkejut baca cerita ni. harap semuanya selamat lah. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.