Hijab

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, nama aku Natalia Coconova Susan (aku pinjam nama Australia sajad jap). aku nak bercerita beberapa kisah mistik yang aku dan family kecil aku pernah hadapi. Aku dah berkahwin, suami aku mualaf, kami dikurniakan anak lelaki seorang. Apa yang menariknya keluarga aku ni ialah suami dan anak aku ni ada keistimewaan yang aku tak ada, diorang ni boleh nampak benda ghaib. Yup,hijab diorang terbuka.

Aku pulak pada awalnye tak berapa percaya sangat hantu-hantu ni, sebab aku tak pernah nampak, sampailah aku tukar kerja bahagian perhotelan, so dari situ baru aku tahu, benda-benda ghaib ni tak akan bagi kita nampak dia kecuali pada orang-orang yang terpilih.

Selama aku kerja dalam sektor perhotelan,aku tak pernah nampak pun benda-benda ni menjelma, Cuma gangguan dari bunyi, barang bergerak sendiri, pintu tertutup sendiri dan banyak lagi, tapi aku tak pernah nampak rupa bentuk diorang.

Suami aku ni pulak dia boleh nampak kelibat berupa bayang hitam, atau penunggu yang nak menampakkan rupa mereka, contoh ada 1 kali tu, aku dengan dia driving ke tempat kerja, tiba-tiba sampai satu selekoh tu dia macam mengelak terkejut, yang faham tu fahamlah kan macam mana gayanya, then aku tanyalah kenapa, dia kata ada 3 bayang hitam duduk mencangkung kat tepi jalan macam kebingungan, suami aku gambarkan bayang hitam ni biasa memang tak ada rupa lah, Cuma fizikal bayang tu macam manusia. So dia minta aku google kalau ada kemalangan di kawasan tu, aku google memang ada weh, kemalangan maut yang meragut 3 pemuda Chinese sehari sebelum kami lalu di situ.

Bayang hitam lain yang suami aku pernah nampak ialah sewaktu kami ke pantai, masa tu dah maghrib, suami aku tengah berlatih lempar jala ikan kat pantai, aku pulak temankan dia duduk kat tepi sambil mesej ngan mak aku. Then tiba-tiba dia jerit-jerit kat aku, tapi aku tak dengar apa yang dia cakap, sebab bunyi ombak kuat kan.

Tak lama lepas tu dia datang kat aku, tanya ada nampak bola lalu tak depan aku tadi, aku cakap mana ada. Takkanlah bola sebesar tu aku tak nampak, dia kata lagi bola tu bergerak slow dan steady je sampai tepat berhenti sebelah aku. Aku diamkan je dan mengajak dia ke kereta,ambil wudhu’ then solat kat sebelah kereta. Selesai solat kami baca ayat kursi, barulah bayang hitam tu menjelma di bawah pokok pandan laut, fizikal seakan budak-budak leka bermain bola. Kami tinggalkan Pantai dan beralih ke pantai lain Tiada gangguan di pantai baru.

Cerita lain, waktu kami turun dari cameron melalui laluan Tapah, waktu tu dalam pukul 4pm lebih macam tu, tiba 1 selekoh tu,anak aku menunjuk-nunjuk jari arah selekoh tu sambil tengok muka aku, anak aku ni belum lancar bercakap lagi, tapi ada la perkataan jelas dia boleh sebut, masa dia tunjuk tu, suami aku cakap macam ni kat dia “Adik nampak? , Biarkan dia”. Aku tanyalah apa yang diorang nampak tu, suami aku gambarkan la, dia nampak 1 makhluk separuh badan, rambut besar menggerbang kusut masai, mata bulat besar. Aku tanya benda apa tu? Dia kata tak sure, sebab tak pernah nampak sebelum ni, then dia berdiri tu pun dekat kawasan hutan, kemungkinan penunggu kawasan lah.

Cerita lain lagi, Actually aku baru berpindah rumah ke Pahang, rumah yang aku sewa ni lama tak berpenghuni, menurut Tuan rumah ni, kami adalah penyewa pertama dia dan dia pun tak duduk rumah ni dari awal beli rumah tu sebab dia kerja di Putrajaya.

Hari pertama tinggal tu ada 2 ekor pepatung masuk rumah tu, sekor warna putih, sekor lagi warna hitam, dua-dua kami lepaskan je, then pagi nya pula ada lipan bawah toto tempat adik aku tidur, padahal bilik tengah tu, tak ada bilik air dan tingkap pun terkunci rapat. So kami pun lepaskan juga, hari kedua pulak, lepas maghrib tu rumah bau busuk tengik, macam bau telur tembelang, aku dengan suami berpandangan jela. Selagi tak kacau anak kami then kami abaikan je.

Hari ketiga pulak, pisau masak aku hilang, aku cari 1 dapur, rak yang biasa aku letak pun tiada, pastu mak aku pun datang tolong cari, dekat rak yang sama tu pun mak aku cari juga, last-last bapak aku yang tiba-tiba datang tanya kami, kami ni mencari apa?, Aku pun jawablah tengah cari pisau masak, bapak aku tunjuk kat rak yang sama aku dengan mak aku cari tu, pisau tu terletak elok je weh, mean kau guna mata kasar pun dah boleh nampak, xpayah belek-belek pun.

Gangguan lain macam aku dengar lempar tanah kat bumbung rumah, malam tu memang aku susah tidur lah, dengan keadaan rumah yang panas bagai, esoknya mak aku belikan garam kasar dengan lada hitam, dia bacakan ayat-ayat, malam lepas maghrib tu bapak and suami aku tabur keliling kawasan rumah, selepas malam tu tak ada dah gangguan pelik. Cuma aku masih terasa ada lah.

Sebab ada 1 malam tu waktu lepas maghrib,aku mengaji Al-Quran, surah Al-Baqarah, masa tu aku sorang kat rumah, suami aku kerja dan biasa balik malam, anak aku pulak waktu tu, mak aku bawa balik kampung kat Johor, so tengah khusyuk membaca, sampai 1 ayat ni, aku tak ingat ayat mana, tiba-tiba ada kertas terbang sentuh belakang aku, istighfar aku masa tu sebab terkejut, impak sehelai kertas terbang entah dari mana dan jatuh ke lantai tu menghasilkan bunyi seakan barang yang berat jatuh. Aku pun hentikan bacaan aku, buka semua lampu dalam rumah, mesej kat suami aku surih dia balik segera.

Bukan itu je weh, ada 1 maghrib tu, aku tinggalkan anak aku di bilik,aku pulak ke toilet ambil wudhu’, keluar je dari toilet, anak aku cakap macam ni “bibu bibu, cong” sambil tunjuk kat luar runah kawasan jalan. Waktu tu aku faham apa yang dia cuba tunjuk, tapi aku ngeri weh, jadi aku buat-buat tak layan anak aku, tapi sekali lagi dia cakap kat aku “Bibu Cong.. Cong” sambil melompat-lompat. Waktu ni aku stress dah, aku pakai telekung,ambil sejadah, aku jerit kuat-kuat Auzubillah Minasyaitan Nirajeem terus aku solat maghrib. Anak aku tahu nama benda tu sebab tengok kat youtube atok dia, ada video prank gunakan benda tu,so dia kenal la, seumur hidup dia, itulah first time dia sebut nama spesis tu, kalau spesis lain dia tak kenal nama lagi, kalau kenal habis semua ditegur dia.

Contoh macam 1 malam tu, suami aku,adik dengan bapak aku keluar pergi mancing ikan, diorang balik lewat malam,dalam pukul 1am lebih, anak aku ni tak tidur lagi, biasa kalau diorang keluar,mak aku pesan siap-siap sediakan air baldi kat luar untuk basuh muka dan kaki, tapi malam tu diorang tak sediakan, jadinya selamber jela dorang masuk tak basuh kaki, yang suami aku ni lagilah, dah masuk dibiarkannye pintu sliding utama terbuka.

Malam tu aku dengan anak aku tidur kat ruang tamu,sebab bilik kami bahang panas, jadinye lepas diorang masuk tu akan melintas tempat aku tidur, diorang ni masuk terus ke bilik untuk mandi. Waktu tu aku tengah tepuk-tepuk anak aku,nak bagi dia tidur, dia pulak terkebil-kebil tengok kat 1 sudut bedekatan dengan pintu utama, lama dia tenung, aku waktu tu tak fikir apa pun,then macam ada angin tiup sampaikan langsir yang tutup sliding door tu bergoyang,anak aku tiba-tiba bangun berlari ke pintu, sambil tengok arah luar, then berlari balik kat aku sambil tutup muka. Cepat-cepat aku bangun tutup pintu sambil baca kursi, 3 kul, aku tiup kat anak aku, tak lama tu baru dia tidur. So yang ni spesis yang dia tak tahu nama, jadi dia tak akan sebut atau bagitahu aku.

Antara banyak-banyak spesis, anak aku takut 1 spesis ni je, biasa kalau nampak spesis ni,dia akan demam. First yang dia nampak spesis ni, waktu kami nak ke Danga Bay, kami salah masuk 1 jalan, kami termasuk lorong perumahan yang depan Istana tu, aku malas nak bising perangai laki aku ni, dia ni jenis tak fikir panjang punya pattern, dia boleh pulak Uturn dekat 1 rumah kosong ni, rumah teres ala banglo tu, nampak buruk dan uzur dari luar, waktu tu anak aku diam je weh, tergamam ke apa aku pun tak tahu, suami aku ni pulak dia macam kelam kabut waktu tu, reverse kereta keluar dari kawasan halaman rumah tu.

Dah jauh dari rumah tu, baru suami aku ni bukak cerita, dia kata waktu kereta kami masuk je halaman rumah tu, ada makhluk besar hitam, mata merah keluar dari rumah tu seakan marah kami masuk kawasan rumah tu anak aku sepanjang jalan tu diam je, sampai rumah, dia demam, demam yang agak panas. 2 hari jugak lah nak elok. Kali kedua dia nampak, ialah semalam 27 October, minggu ni anak aku tinggal kat kampung, memang begitulah kebiasaannye cucu kesayangan, mak aku minta nak bawa dia balik 2 minggu, lepas 2 minggu turn aku pulak jaga.

So semalam mak aku call bagitahu anak aku demam meracau-racau, menangis mak aku sebab kali pertama cucu demam meracau-racau minta tolong nenek dengan atok dia, dan aku pun tak pernah tengok anak aku meracau macam tu. Dia keraskan badan dia, mata tengok ke arah atas,sambil jerit “nenek tolong, atok tolong” .. mak aku sapu minyak kasturi kat kening anak aku sambil baca ayat-ayat.

Tak lama lepas tu anak aku okay, tapi meracau lagi waktu pagi subuh, demam dah kebah tapi dia meracau lagi, demam kalini pun anak aku betul-betul lemah badan, biasa kalau demam macam mana pun,dia masih aktif bermain, tapi kali ni betul-betul badan dia lemah,dah bawa ke klinik, doktor bagi ubat demam, lepas demam dah kebah, mak aku bawa jumpa makcik aku pulak, urut dan minta nasihat, sebab makcik aku ni pandai mengubat orang.

So nak jadi cerita, makcik aku tanya mak aku, ada bawa cucu pergi mana-mana kedai tak sebelum dia demam tu, mak aku kata ada, kat 1 kedai runcit ni, mak aku biarkan anak aku sendiri pilih barang jajan yang dia nak,sementara mak aku pilih-pilih barang basah, lepas letak barang kat kaunter, anak aku ni tak datang kaunter, hilang. Mak aku cari-cari rupanya anak aku tu terduduk melunjur kaki antara rak barang. Muka dia basah, sebab nangis. Yang peliknye, anak aku ni sejenis yang nangis mesti terjerit-jerit, tapi kalini dia nangis sendiri-sendiri, mak aku ingatkan cashier tu marah cucu dia,dia terus lah keluar dari kedai tu, masa tu anak aku dah nampak lemah, nak happykan dia, mak aku singgah pulak kedai yang biasa mak aku bawa dia belikan mainan, tak macam kebiasaan, tangan dia mesti penuh mainan, tapi kalini ambil bola kecik sambil sujud kat lantai. Mak aku terkejut tengok dia sujud macam tu, terus ditanya adik kenapa, didukung terus balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan tu anak aku menongkat kepala dia, macam lemah sangat. Malam tulah dia start meracau. So makcik aku kata gangguan datang dari kedai yang dia menangis sendiri tu.mak aku tanya gangguan apa?, Makcik aku tak jawab. So aku simpulkan anak aku ni disergah makhluk Pelaris kedai tu. Aku google pelaris ni, ada yang menggambarkan makhluk pelaris ni besar, seakan monyet. So dah betul lah tu,anak aku memang takut makhluk yang besar-besar ni, kalau spesis lain dia tak takut. Tambahan lagi ada bekas lebam di kedua belah kaki anak aku. Mungkin kakinya ditahan oleh makhluk tu, so tak peliklah kenapa anak aku tak berlari ke arah mak aku waktu kejadian.

Harini mak aku bagitahu keadaan anak aku dah normal, aktif dan dah bermain macam biasa Alhamdulillah. Tapi disebabkan kejadian ni,aku kena cari ikhtiar untuk tutup hijab anak aku, Di kesempatan ini, aku nak minta jasa baik korang,siapa-siapa yang tahu kat mana aku boleh jumpa Ustaz yang pandai tutup hijab mata area Pahang dan Johor , minta tolong sharekan aku lokasi atau nombor telefon. Terima Kasih. Kalau ada yang nak dengar cerita aku lagi, next time aku send cerita lagi disini. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Hijab”

Leave a Comment