Hijab yang Belum Tertutup

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih juga kepada FS yang sudi menerima cerita ini. Ini bukan kisah aku tapi ini kisah anak perempuan aku ‘yuya’ (bukan nama sebenar). Suami aku orang Sabah dan bekerja di Sabah manakala aku pula orang Semenanjung. Aku bekerja sepenuh masa dan aku juga seorang pelajar PJJ. Memandangkan aku tinggal jauh dari keluarga dan jauh dari suami, dengan status aku yang sedang bekerja dan belajar, jadi suami aku tidak mengizinkan aku untuk menjaga yuya. Hati ibu mana yang tidak terluka jika terpaksa berpisah dengan anak sendiri. Tapi aku terpaksa akur dengan situasi dan akur dengan kehendak suami walaupun banyak kali juga aku berbalah tentang perkara ini.

Umur yuya 4 bulan, suami aku telah bawa dia balik Sabah. Alhamdulillah suami, mak mertua, bapa mertua dan keluarga mertua aku telah menjaga yuya dengan baik dan penuh kasih sayang. Tentang ini, aku sangat sangat bersyukur dan berterima kasih. Cuma ada satu perkara yang merisaukan aku iaitu yuya mempunyai hijab yang belum tertutup. Seawal umur yuya 5 bulan, yuya kelihatan sering bermain dengan sesuatu. Yuya akan ketawa kesukaan umpama ada sesuatu yang sedang bermain peek a boo dengannya. Dan adakalanya yuya akan menangis ketakutan tetapi tidak begitu lama.

Rumah mak mertua aku ada 5 bilik dan ada 1 bilik yang sering yuya pergi iaitu bilik hujung disebelah pintu utama. Bilik itu merupakan bilik penyimpanan barang. Boleh dikatakan sebagai bilik stor cuma keadaan bilik itu adalah besar. Pada ketika itu yuya berumur 6 bulan dan sudah pandai duduk di walker. Setiap kali yuya di walker pasti yuya akan ke sana. Yuya akan berhenti seketika dihadapan pintu bilik penyimpanan, memandang ke dalamnya dan tersenyum-senyum. Yuya akan terus masuk ke sana seolah-olah ada yang sedang memanggilnya masuk. Di sana pula, yuya akan ketawa kesukaan walaupun sendirian seperti apa yang sedang dilihatnya itu adalah benar-benar lucu.

Perkara yang menimpa yuya tidak mendatangkan kemudaratan kepada yuya. Yuya juga tidak pernah sakit. Demam pun jarang sekali. Namun begitu, ianya tidak dapat membuatkan jiwa aku tenang. Sebagai ibu, aku juga perlu mencari ikhtiar. Setiap bulan aku pulang ke Sabah dengan berbekalkan air penawar. Menurut kebanyakkan orang yang aku jumpa, perkara yang terjadi pada yuya akan hilang dengan sendirinya mengikut peningkatan umur. Aku Cuma berharap agar yuya sentiasa dibawah lindungan Allah. Aku berdoa dari kejauhan dengan penuh kerisauan agar ianya berakhir. Sejak daripada itu, mak mertua aku tidak lagi membiarkan pintu bilik penyimpanan terbuka. Ianya kekal bertutup.

Pada suatu malam, sekitar jam 12 tengah malam. Bapa mertua aku berjalan dari arah dapur menuju ke biliknya. Bapa mertua aku secara tidak sengaja ternampak 2 susuk lembaga. 1 susuk seperti perempuan dan 1 susuk seperti lelaki tetapi fizikalnya agak besar. Yang susuk lelaki itu sedang duduk di atas sofa manakala yang susuk perempuan pula tengah berdiri betul-betul dihadapan pintu bilik aku dimana suami aku dan yuya sedang berada didalamnya. Bapa mertua aku dengan jelas nampak susuk lembaga perempuan berkeadaan hitam secara keseluruhan dari paras atas hingga ke bawah. Bapa mertua aku terus menjerit “Hoiiiiiiiiii” dengan kuat dan lantang sebagai isyarat untuk mereka tahu bahawa bapa mertua aku nampak mereka. Dengan sekelip mata juga mereka hilang. Aku ada bertanyakan dekat kawan aku tentang perkara ini. Kawan aku bagitahu bahawa mereka cuma datang melawat yuya sebab mereka berkenan dekat yuya. Wallahualam.

Genap umur yuya 1 tahun 1 bulan, aku mendapat kabar berita bahawa suami aku telah mendapat penukaran tempat kerja yang betul-betul berdekatan dengan aku. Alhamdulillah sejak dari itu, aku sudah tidak lagi berjuahan dengan yuya. Sekarang umur yuya 2 tahun 2 bulan, yuya juga sudah lancar berkata-kata dengan sebutan penuh dan jelas manakala aku pula telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda. Kini, aku memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang aku dekat yuya. Tapi kerisauan aku mula datang balik apabila yuya memberitahu pada aku :

“Mama, hantu kacau”.

“Mama, hantu kat situ”, sambil tunjuk ke arah penjuru rumah.

“Mama, belakang papa ada hantu”.

“Mama, hantu ada 3 muka”.

Aku terpana. Setakat ini sahaja kisah yuya. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah ianya ada sambungan? Jawapan aku tiada sambungan kerana aku sendiri tak tahu adakah kata-kata yuya itu adalah benar-benar yang dilihatnya atau hanya sekadar imaginasi semata-mata. Sekian..

DWI ZILAN
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. Anak saya pun lebih kurang sama dengan kes ni. dr baby hingga uumur 4 thn lebih kurang. kdg² main kejar² padahal dia seorang diri. saya bawa jumpa berubat dengan ustaz di darul Syifa.. الحَمْد لله … dah ok sikit.
    cubalah

  2. Anak saya yg no.2 pun sama mcm c yuya.. Dia selalu tegur da hntu mak.. Tu hntu.. Then cakap pocong.. Da sekali kmi ke pasar, masa tu da keramaian.. So jalan jam.. Kereta kami betul2 berhenti kat sblah masjid, n dlm perkarangan masjid da kubur lama.. Tba2 dia tunjuk bagi tau da hantu n pocong.. Siap tunjuk gaya lompat lagi.. Saya takut nak toleh.. Sampai dia pegang kepala sya suruh bagi nak tengok pa yg dia dpt lihat.. Nasib baik hijab aku tak terbukak.. Kalau tdak.. Memang dah histeria dah..

  3. Kelebihan untuk dia…baik jumpa ustaz yg pandai tutupkan hijabnya…nanti susah bila dia dh skolah..nk fokus utk blaja tkut kene kacau…blh jd stress kalau slalu nampak…

  4. yep budak kalau boleh jangan biar bersendirian, penah ada pengalaman sendiri ank buah duduk kpg slalu ckp sorg2 dan main sorg2 bawak brubat memang ustaz kata dia ada “kawan” dunia ghaib…skarang alhamdulillah dah besar takde apa2 lagi benda aneh jadi

  5. huhu anak sy umur 3tahun start ckap pasal hantu… mmgkin sbb sy pnah dok umah sewa n dia pulak jnis xtdo mlm… tngah mlm dngar dia bsembang n brmain ngan ‘kawan’ tp xbrani nak ckap lbih sbb rumah yg sy duduk dlu agk keras… skarang dah pndah duduk umah ayah Alhamdulillah anak dah crita pasal hantu dah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.