HISTERIA – JIN DIHANTAR UNTUK M******H!

HISTERIA – JIN DIHANTAR UNTUK M******H!

10:41PM. 02 04 2020. Malam Jumaat.
Assalamualaikum wbt dan selamat malam admin Fiksyen Shasha (FS) dan para pembaca (jika cerita ini lepas lah hihi). Malam ni tiba-tiba rasa rajin nak mengarang cerita yang sekian lama sahabat tersayang saya ‘push’ untuk ‘share’ kat FS. Untuk pengetahuan admin, saya adalah antara pembaca tegar dalam ‘page’ anda/kalian. Sejak tahun 2016 tak silap saya. 4 tahun dah berlalu dan sekarang teringin nak kongsi juga pengalaman yang mungkin boleh jadi pengajaran untuk semua pembaca dalam ‘page’ kegemaran saya ini.

Sebab cerita saya agak panjang, mari kita terus ke ‘main point’. Hai, nama saya Ela (nama sebenar) dan ini adalah kisah yang saya sendiri alami (entah kenapa nak menulis malam jumaat ni – terasa seram pula tiba-tiba sebab pengalaman ni sangat memberi kesan yang mendalam bagi saya dan kawan-kawan yang ada masa kejadian).

Kejadian berlaku 2-3 tahun yang lepas, waktu saya masih ‘study’ kat salah satu universiti swasta yang terletak di Selangor. Waktu ini saya masih bergelumang dengan ‘Wechat’ haha, biasa lah ‘student’ asyik nak ada kawan baru saja. Akhirnya dapat la saya seorang ‘kawan’ ini, saya gelar dia Si K saja lah ya. Saya layan dia sama macam kawan-kawan lain yang ada dalam ‘Wechat’. Sampai la satu hari dia ajak jumpa, saya ok je, tapi saya nak jumpa kawasan hostel saja. Dia pun ok, ‘then’ kami ‘meet’. Ok la, ‘nice person’ senang dibawa berkawan. ‘First meet’ saja pun tak lokek belanja saya dan kawan makan – makanan bungkus yang saya bawa balik hostel, sebab kami jumpa kejap saja ‘plus’ saya tak berani lagi nak ikut keluar dengan dia.

Hari-hari seterusnya macam tu, dia kerja berdekatan kawasan hostel saya ‘so’ agak kerap juga dia singgah dan bagi kami makanan (kami merujuk saya dan kawan – sebab saya tak berani terima makanan sebenarnya tapi sebab fikir ‘kawan pun makan sekali’ ‘so’ kira ok la).

Tak lama lepas tu, dia ‘confess’ kata suka saya. Saya jujur kata saya hanya anggap dia kawan. Dari awal saya hanya layan dia ‘as’ kawan. Dia terima, dia cakap tak apa kalau awak anggap kawan. Saya ingat lepas tu dia akan berjauh hati dan berubah – tapi rupanya tidak. Dia tetap sama, tetap tidak lokek belanja saya dan kawan. Sebab dia tahu saya suka aiskrim dan coklat, dia selalu bagi sekali dengan makanan. Saya terharu juga dengan kebaikan dia – ‘seriously’ saya sikit pun tak fikir pelik ‘time’ tu kenapa dia baik sangat. Malah, saya siap fikir “masih ada insan yang sebaik ini masa sekarang – ikhlas memberi tanpa dapat balasan” haha ‘innocent’ sangat pemikiran ‘time’ tu mungkin sebab tak terfikir masih banyak manusia yang berhati hitam dan tak takut sekutukan Allah.

‘Finish one page’ – tapi belum masuk ‘main story’ pun haha. Maaf admin, maaf ‘readers’. Saya terang siap-siap bagi korang senang faham untuk kejadian yang berlaku ni.

Pada suatu petang, saya keluar lepak dengan seorang kawan. Kebetulan topik petang tu tentang Perubatan Islam. Kawan saya cerita dia ada sepupu yang belajar pasal ilmu perubatan islam ni, dan sepupu dia tu pandai ‘scan’ orang. Saya pun ‘interested’ untuk di’scan’ sekali sebab dulu ada En Popo pernah ikut saya masa saya ‘study’ kat Kelantan. En Popo ikut saya lama dan saya selalu dapat gangguan lepas bantu pelajar-pelajar yang histeria waktu kejadian Histeria 7 Hari 7 Malam kat hostel kami dulu.

Saya dah pernah berubat dengan ustaz kat macam-macam tempat termasuk la pusat rawatan islam. Seorang ustaz pernah beritahu saya masa kat Kelantan dulu, ‘benda’ tu akan terputus dari saya kalau saya seberang lautan – ‘so’ saya balik Sabah sebagai inisiatif ‘benda’ tu tak ikut saya lagi. Alhamdulillah, sampai sekarang saya tak pernah nampak ‘dia’ dah.

Ok, ‘back to main story’. Petang tu lepas lepak saya balik hostel macam biasa. Masa nak dekat Maghrib saya rasa ‘heavy’ – untuk orang yang pernah kena histeria mungkin tahu perasaan ni, sebab saya dah biasa kena ‘so’ saya tahu sangat perasaan bila ada ‘benda’ yang cuba nak masuk dalam badan saya.

Saya cuba ‘calm down’. Saya baca Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi sebagai pendinding diri. Saya istighfar dan sebut nama Allah serta selawat berulang kali dalam hati. Tapi ‘heavy’ yang saya rasa tu makin kuat. ‘Benda’ tu lawan dan tetap nak masuk dalam badan saya. Tangan kaki dah sejuk beku, saya ‘start panic, seriously’ saya tanak kena lagi. Saya cari kawan-kawan, dorang kawan saya dari Kelantan lagi, dorang ada dari ‘first’ saya kena histeria sampai la waktu kejadian ni. Kawan-kawan bawa saya ke ruang tamu, saya duduk kat tengah-tengah. Dorang cuba bagi saya semangat dan baca apa-apa yang patut untuk ‘dinding’ saya. ‘Benda’ yang nak masuk tu rasa menghentak-hentak badan saya, saya makin lemah dan lepas tu…

Cerita lepas ni berdasarkan daripada kawan saya yang melihat seluruh kejadian.
Saya tunduk, berderam. “Ni bukan Ela”, sorang kawan saya cakap. Kawan yang lain dah cemas, yang lemah semangat dah masuk bilik. Sahabat karib saya dah ‘start call’ sesiapa yang mungkin boleh membantu dalam situasi ini. Sorang kawan ambil telekung, cuba pakaikan saya yang hanya memakai baju tidur. Dalam 3 kawan duduk depan saya, sorang masukkan telekung ke kepala. Saya berderam, masih tunduk. Kawan tahan hati tahan nafas cuba ikat tali telekung kat belakang kepala sambil muka menghadap saya. Perlahan-lahan saya angkat kepala dan tenung kawan dengan pandangan tajam dan tersenyum sinis. Kawan tutup mata, tangan masih cuba mengikat tali telekung dengan terketar-ketar. Kemudian saya gelak, gelak sekuat-kuatnya, gelak pontianak. 3 kawan terundur, ada yang lari masuk bilik sebab terkejut dan pandangan saya terlalu menyeramkan kata mereka.

‘Second attempt’ – kawan yang sama datang, duduk depan saya dan cuba sekali lagi mengikat tali telekung. Saya berdengus, pandang dia dengan mata merah dan marah. Kawan takut dan tutup mata, sekali lagi saya gelak sekuatnya, gelak pontianak. Kawan terundur lagi tapi kali ni secepatnya cuba untuk kali ketiga kemaskan telekung di kepala saya dan ikat. Tiba-tiba saya menjadi agresif. Badan saya mengeliat fleksibel seolah tiada tulang. Kawan semua lari masuk bilik. Telekung putih masuk ke leher, tertutup satu badan dengan warna putih dan rambut pula terjuntai ke bawah. Seram, kawan lihat saya berdiri tengah-tengah ruang tamu dalam keadaan macam tu tanpa bersuara atau bergerak sedikit pun dah seram.

Kawan-kawan lelaki yang se’batch’ datang ke hostel kami – ‘by the way, for your information’ hostel kami kat salah satu residensi yang ada kat Selangor, dalam residensi tu hanya 2-3 unit adalah hostel kami (yang universiti sediakan untuk ‘student’), selebihnya ‘tenant/owner’ luar. Residensi ni ada 21 atau 22 tingkat tak silap, unit saya di Level 15.

Waktu kawan-kawan lelaki dah sampai, saya masih di ruang tamu. Dorang pun ambil wuduk, ambil yasin, duduk keliling saya dan baca sama-sama. Saya duduk bersila kat tengah-tengah, tunduk. Dorang ‘start’ Al-Fatihah, saya ikut. Dorang teruskan bacaan sampai Yaasin, saya tetap ikut. Tak bergerak sedikit pun. Masuk bertengahan Yasin, saya angkat kepala pandang kat seorang kawan yang duduk paling dekat, saya tenung muka dia dengan senyum sinis. Saya datang perlahan-lahan ke arah dia – dengan gaya merangkak macam ‘Ju-on’ dan rambut terjuntai. Kawan ‘start’ gelisah – tak senang duduk. Saya dekatkan muka ke muka dia, pandang mata dia tajam-tajam. Kawan tutup mata, tak berani pandang. Lepas tu saya gelak sekuat hati, gelak bangga dan menyindir. Kawan lelaki yang lain kuatkan bacaan yasin, saya mula agresif. Saya sepak terajang dan melompat ke arah dorang. Bulatan yasin tumpas.

Saya makin tak terkawal, gelak menangis menjerit meraung mengilai. Kawan yang ada di Level G waktu itu (sebab nak cari bantuan) dengar jeritan saya yang ada di Level 15. Terkesima.
Satu residensi kecoh. Level 15 mula dikerumuni oleh penghuni-penghuni yang lain. Semua berkumpul kat depan unit kami. Keadaan dalam rumah makin tak terkawal.

(Sebab cerita ni dah terlalu panjang, saya terus ke babak-babak akhir ya, nak cerita dengan terperinci dari awal sampai akhir memang boleh buka satu buku saya haha.)

Okay, waktu ni kawan-kawan perempuan dah takda yang dekat saya sebab saya makin agresif, tak terkawal dan menyeramkan. Saya seorang dalam rumah, semua orang kat luar rumah. Pintu utama terbuka luas, perlahan-lahan saya merangkak ke arah pintu (dalam kejadian ni saya bergerak dengan cara merangkak dari awal sampai akhir macam gaya Ju-On, tangan kaki pinggang kriuk kriuk macam takda tulang). Saya berada depan grill, terlalu banyak mata-mata manusia yang memerhati, kawan-kawan saya juga ada. Saya mula panjat grill – masih dalam posisi merangkak tapi bergerak ke atas, saya merangkak atas grill pintu! ‘Benda’ tu cuba cari jalan keluar sebenarnya. Tapi ‘dia’ tak tahu cara nak pulas tombol grill. Mungkin sebab takut, datang seorang lelaki ni, dapat kunci dari kawan saya, mungkin cuba nak ‘lock’ grill tanak bagi saya keluar sampai ustaz datang. ‘Actually’, dah ada 1-2 ustaz yang cuba rawat saya ‘time’ ni, tapi tak jalan. Saya makin agresif. Sebab tu dorang cuba kurung saya dalam rumah sorang.

Lelaki dengan kunci tu datang dekat, saya pandang dengan tajam. Saya yang tengah berpaut kat grill (kepala dah sampai kat atas siling) tiba-tiba melompat ke bawah dan berdiri tegak depan grill tu. Lelaki yang tengah cuba kunci grill terlepas kunci, jatuh ke bawah dan lari balik ke belakang. ‘Second attempt’ – lelaki tu datang sebab saya berdiri tak bergerak tapi masih memerhati dengan mata tajam dibalik rambut panjang yang berjuntai, lelaki tu kutip kunci kat lantai, tangan dia secara tak sengaja terpulas tombol grill – ‘benda’ tu nampak, sepantas kilat ‘dia’ pulas dan tolak pintu grill dan meluru lari keluar. Lelaki tu dan semua manusia yang ada di depan unit kami menjerit ketakutan dan bertempiaran lari – ada yang lari naik tangga ke level atas, ada yang lari ke level bawah, ada yang lari masuk rumah tutup pintu. Kosong. Level yang riuh tadi kosong, hilang semua kelibat manusia.

Saya berdiri kat tengah-tengah ruang depan unit, sebab unit kami unit hujung ‘so’ sebelah saya tempat terbuka – tempat yang boleh tengok langit, boleh tunduk atau toleh ke atas tengok level lain dan tempat yang boleh terjun dari Tingkat 15! (Mesti korang boleh bayang kan macam mana tempat ni?)

Lama saya berdiri, kepala masih tertunduk, kaki kaku. Saya tak tahu macam mana tapi waktu ni saya sedar! Saya sedar dalam badan saya! Saya masih tak boleh gerak, atau panggil kawan, tapi saya sedar dengan situasi yang berlaku. Benda tu masih kaku, dia menghadap langit. Perlahan-lahan kaki saya melangkah, menuju ke tempat tu! TIba-tiba saya macam tahu ‘benda’ tu nak buat apa. ‘Dia’ nak bawa saya terjun dari tingkat 15 bangunan ni!! Saya mula menangis, saya mengigil ketakutan, Ya Allah!! Tak putus doa saya waktu tu, tak putus nama Allah saya sebut. “Ya Allah Ya Allah Ya Allah, inikah akhir jalan hidupku?” Tak mampu menerima hakikat, saya merayu. “Ya Allah Ya Allah Ya Allah, berilah aku peluang Ya Allah!” Kaki saya masih melangkah perlahan, semakin dekat tempat nak panjat dan melompat. Waktu itu saya rasa dah macam melutut dalam badan sendiri, menangis semahu-mahunya, takut setakut-takutnya. Berdoa dan berdoa kepada Allah untuk diberi peluang kali kedua, jangan jadikan ini sebagai asbab tercabutnya nyawa. Mula teringat kat mak abah dan adik-adik kat kampung, Allah! Lencun dengan airmata yang tiada pada zahirnya. Dengan hati luluh berdoa, “Ya Allah, tak ingin aku pergi dalam keadaan keluarga jauh di sisi. Aku masih belum bahagiakan mereka ya Allah, mak aku adik-adik aku, beri aku peluang untuk bahagiakan mereka ya Allah”. Menangis dan terus merayu. Masa terasa terlalu lambat dan terlalu cepat bagi saya, jasad tinggal 2 langkah dari tembok penghujung.

“Elaa..” suara sahabat karib sayup kedengaran. Kaki berhenti. “Ela nak pi mana tu?” Mungkin kawan perasan arah jasad ke mana. Tap tap tap – dengar tapak kaki kawan cuba mendekat. Serta-merta jasad lari pantas ke arah tembok. Waktu itu juga kawan menjerit memanggil sesiapa yang terdekat untuk bantu pegang saya, dalam masa yang sama, kawan dah berhabis tenaga peluk lengan saya tak bagi saya panjat tembok tu. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, entah dari mana muncul seorang hamba Allah yang lebih sasa pegang dan halang saya. ‘Benda’ tu naik gila. Meracau cuba melepaskan diri, makin ramai yang datang cuba pegang saya sebab kekuatan dah melebihi kekuatan lelaki dewasa.

Akhirnya saya ditumbangkan oleh 6 orang lelaki, terbaring di lantai, kaki tangan kepala dipegang kuat. Suara garau kedengaran, bengis marah. ‘Benda’ tu ada cakap ‘something’ (saya lupa dia cakap macam mana) tapi seolah ‘dia’ beritahu ada yang lebih kuat dah datang, lepas saja dia habis cakap tu jelas petir lintas depan mata, besar menyilau, saya masih sedar waktu itu dan menyaksikan sendiri. Gerun seketika dengan kekuatan kaum mereka. Guruh berdentum kuat, ‘benda’ tu gelak bangga sekuat tenaga. “Kami takkan pulang selagi budak ni TAK M**I!” “Budak ni kena M**I!” “Kami takkan mengalah, tuan kami tak bagi kami pulang selagi budak ni TAK M**I!” Lebih kurang macam tu antara ayat-ayat yang ‘benda’ ni cakap. Saya bungkam, patut la dari mula saya rasa lain – bukan ‘benda-benda’ yang biasa yang cuba main atau kacau manusia yang masuk badan saya kali ini, rupanya ‘benda’ dihantar! Allahu..

Ramai manusia yang bertarung cuba masukkan saya semula ke rumah, susah sangat susah – mungkin banyak yang lebam sebab saya sendiri penuh dengan biru ungu hijau kat badan lepas kejadian. Sakit jangan cakap, macam kena belasah dengan 100 lelaki dewasa. Perit.

Akhirnya saya terbaring kat tengah ruang tamu. Dalam 6-8 lelaki cuba pastikan saya tetap dalam posisi baring. Datang seorang ustaz cuba rawat saya. Ustaz bagi kebenaran lepaskan saya, saya melompat dan terkam ustaz tu (mungkin ustaz pun lebam-lebam saya rasa, maafkan saya ustaz) – melihat situasi tak terkawal, lelaki-lelaki macho tadi datang semula ‘lock’ saya.

Saya ingat sangat dekat seorang pemuda ni, dia bagi salam masuk ke rumah. Berpakaian biasa – tshirt dan seluar trek. Takda kopiah dikepala. Biasa, sangat biasa. Mulut dia terkumat-kamit depan saya tapi masih jelas senyuman di bibir menunjuk manis wajahnya. Saya tersenyum sinis, kemudian gelak. Gelak semahunya – gelak memperlekeh manusia di hadapan ini. Ustaz yang berserban berjubah saja saya boleh tumpaskan, apatah lagi kamu wahai anak muda! Mungkin begitu pemikirannya.

Pemuda itu suruh saya dilepaskan, lelaki-lelaki yang pegang saya berpandangan sesama sendiri – ragu-ragu mahu lepaskan, takut kejadian sama berulang. Sekali lagi pemuda itu bagi isyarat tangan minta saya dilepaskan, pergelangan tangan dan kaki saya dah kelihatan lebam-lebam. Mereka lepaskan. Saya diam, duduk bersila, kepala dongak memandang pemuda itu dengan senyuman sinis dan mata merah tajam. Mulutnya masih terkumat-kamit, tidak kedengaran tapi saya mula tunjukkan reaksi marah dan panas. Saya berdiri dan cuba menyerang pemuda tersebut. Korang nak tahu apa yang jadi? Sikit pun saya tak dapat menyentuh kulit pemuda itu. Ada sesuatu yang menghalang saya, bukan saya tapi menghalang ‘benda’ tu dari sentuh pemuda tersebut. Dia masih tersenyum, mulut tak berhenti membaca sesuatu, pandangan mata dia menunjukkan dia cabar ‘benda’ tu untuk pegang dia. Saya makin agresif, marah! Saya cuba terkam, serang, melompat ke arah pemuda tu, satu pun tidak berjaya.

Mulut pemuda semakin laju berkumat-kamit, saya langsung tak dengar apa yang dia baca tapi dalam posisi macam ‘Ju-On’ saya mengundur ke belakang, cuba lari, cuba jauhkan diri dari pemuda tersebut. Panas, saya dapat rasa ‘benda’ tu tengah sakit dan panas. Dengan senyuman tak lekang di bibir, pemuda tersebut melangkah perlahan ke arah saya. Saya mengundur sampai menyorok kat bawah meja ‘study’ kami yang ada di ruang tamu. Saya lari sampai melekat di dinding macam ‘Spiderman’. Bunyi lucu kan haha tapi ini la yang terjadi, ‘benda’ tu takut, ‘dia’ sakit.

Allahu panjang sangat kan! Maafkan saya admin, maafkan saya ‘readers’. Pendek cerita, saya dah sedar. Saya terbaring kat ruang tamu, datang dua wanita berjubah dan berniqab serba hitam dekati saya. Dorang ada cakap ‘something’ kat kawan, saya masih dalam keadaan lemah. Kemudian sorang dari dorang datang duduk sebelah saya, “Dik, minyak wangi ni akak pakaikan ye, sebagai pendinding adik, takut ‘benda’ tu kacau lagi.” Dia pun sapu minyak wangi dalam botol kecil, minyak wangi tu warna ‘purple’, memang wangi sangat, bau dia buat saya tenang dan lega. Kak tu sapu kat pergelangan dua kaki, pergelangan dua tangan dan leher kiri kanan sambil selawat ke atas nabi. Lepas tu dia ada baca ‘something’ dan hembus ke kepala saya. “Dik, minyak wangi ni simpan, bila-bila adik rasa ada ‘benda’ nak kacau, sapu minyak wangi ni macam yang kak buat tadi sambil selawat dan istighfar ingat Allah banyak-banyak ya.” Kak tu hulur minyak wangi kat saya, saya ambil dan angguk lemah. Dalam hati ucap syukur dan terima kasih banyak-banyak kat semua insan yang terlibat dan selamatkan saya.

Rasanya tak perlu saya bagitahu dari mana punca semua ni berlaku, mesti korang dah dapat tangkap dari awal kan hehe. ‘YES’, semua ni berpunca dari makanan yang Si K tu bagi. ‘At first’ saya sendiri tak tahu siapa dalang perbuatan terkutuk ni, siap nak b***h orang bagai Allahu. ‘But then’, dia sendiri pecah tembelang ‘chat’ saya minta maaf dan janji takkan kacau saya lagi. Kawan cakap kalau betul dia upah orang untuk hantar ‘benda’ tu, mesti dia pun kena tempias sekali atas rawatan yang ustaz bagi kat kau. Entah lah, saya tak tahu bab ni. ‘So readers’, terima kasih sebab baca kisah saya ni sampai ke akhirnya. Maaflah terlalu panjang, dah cuba sedaya yang termampu untuk pendekkan. Terima kasih admin kalau luluskan cerita saya ni, tak sia-sia saya menaip panjang sampai pukul 12:57 pagi ni hihi.

Pengajaran sangat jelas disini, jangan percaya orang baru, jangan terima makanan dari mereka dan bersangka baik itu perlu tapi jangan sampai takda syak wasangka langsung kat orang. Hati-hati okay ‘guys’ jangan jadi macam saya. ‘By the way’, kalau ada masa dan kerajinan lagi saya akan kongsi kisah Histeria 7 Hari 7 Malam yang berlaku kat muiz kami 7 tahun lepas, kisah yang jadi pemula kat semua kejadian seram dalam hidup saya. Atau kisah En Popo ‘follow’ dan bawa saya ke dunia ‘dorang’. Atau kisah diusik Nenek Kebayan masa saya kat Johor. Atau..… hehe okay ‘bye guys thanks again’.

Jappp, ‘by the way’ untuk sahabat tercinta saya Hajar, yang juga main peranan penting dalam selamatkan saya waktu kejadian ni, saya dah kongsi cerita ni, jangan tak baca pulak, sakit pinggang saya duduk taip ni tau huhu.

KISAH 100% TULEN TANPA TOKOK TAMBAH.
‘THANKS’ ADMIN ~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Elawaty Abdullah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

6 thoughts on “HISTERIA – JIN DIHANTAR UNTUK M******H!”

  1. wah menarik…saya pernah handle orang yang kerasukan jin yang sukakn dia…mmg boleh relate dengan apa yang awak rasa,,, n terasa sngat tulin dan ikhlas cerita ni..mmg sukar nak dipercayai jika tak pernah tengok sendiri.. terbaik..nanti cerita lagi ya…

    Reply
  2. Best la cerita. Janganla minta maaf sebab panjang, tak kisah pun kalau pandai mengarang. You did great nak deliver cerita ni. Tak berterabur. Nanti nak baca cerita yang lain lain tu pls.

    Reply
  3. Woi bedigol,ko ni dah kenapa lurus bendul sangat tulis cerita??? Tak perlulah ko letak koma kat atas setiap perkataan english tu.

    Reply
  4. Ya Allah awak takyah mintak maaf. Next story cerita je full sebab mmg best awak tulis, tak short pon takpa okey dear. I’m waiting!

    Reply
  5. Hebat pemuda tu..
    Dasyat nye dugaan hidup awak..
    Admin tolong release kan cerita2 minah ni lagi lps ni..
    Mmg best baca walaupun yg menanggung x best pun rasa

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.