Histeria vs Motivator

HISTERIA VS MOTIVATOR

Assalamualaikum. Kisah ini juga dari rakanku. Aku hanya ingin berkongsi dengan pembaca FS jika ia tersiar.

Aku sering terlibat dengan program motivasi. Bermacam kejadian pernah aku lalui. Kejadian yang akan aku ceritakan ini berlaku di sebuah negeri di utara tanah air. Program berlangsung di sebuah hotel. Dalam dewan aku lihat peserta mengikuti program dengan khusyuk. Waktu break untuk solat Isyak, perserta ke surau yang diasingkan mengikut jantina. Setelah aku selesai solat, aku keluar dan peserta akan mengikuti kuliah ringkas. Sewaktu aku ke ruang pendaftaran hotel, yang agak jauh dari surau, aku dengar suara jeritan. Nampak seorang peserta berlari dan datang kepadaku. Ada perserta program hysteria. Alamak, dalam surau tu. Kelam kabut aku ke surau. Aku minta seseorang untuk memanggil ustaz (motivator) yang sedang bertugas di dewan.

Aku lihat seorang peserta program duduk dalam keadaan bersila dan matanya terbeliak. “Aku nak pulut kuning.. aku nak ayam panggang”. Aku belum pernah berdepan situasi begini.. dalam hati berkata juga. Pandai pula benda ni demand. Nak yang sedap je. Tak nak pula minta nasi bujang.
Uastaz pun datang. Duduk berdepan. “Kamu nak ap ani..?” Motivator kan. Ayat lembut tersusun je. Agaknya kalau aku yang tanya, entah macam mana la punya bahasa. Si Mangsa hanya mengulang ayat yang sama, nak pulut kuning ayam panggang. Kami yang lain senyap je. Ada peserta lelaki yang datang duduk berjaga kat pintu. Tingkap selamat sebab ada grill. Buatnya budak ni bersilat lari keluar, payah nak tangkap. Badan dia boleh tahan sado nya walaupun perempuan.

Ustaz dengan tersenyum manis menghulurkan tangan kosong. Nah, ambik pulut kuning ni. Ayam panggang pun ada ni. Ambik la… Mulanya si mangsa marah-marah. Ye lah.. tangan kosong je kan. Jenuh le Ustaz kena maki.. bodoh bangang semua keluar. Tapi ustaz dengan tenang dan lembut cakap, cuba tengok betul-betul. Kan ini pulut kuning ayam panggang ni. Sedap baunya. Berkali-kali ustaz cakap begitu. Si mangsa tengok tangan ustaz lama-lama…

“Ya…ya… pulut kuning..ayam panggang..” meleleh air liur dia. Lidahnya terjulur terjelir melihat tangan ustaz. “ aku nak…aku nak.. aku lapar. Dah lama depa tak jamu aku..”…

Ustaz berkata, kalau nak, pegi ambil seraya ustaz membuat gerakan melempar pinggan ke dinding. Macam kita lempar bola bowling tu. Aku lihat si mangsa merangkak seperti anjng menerkam ke dinding. Si mangsa membuat perlakuan seperti haiwan sedang makan, menjilat-jilat dengan rakus.

Setelah selesai, mangsa menjilat-jilat bibir dan mulut. Panjang lidahnya terjulur. Nampak air mukanya puas kekenyangan. Ustaz minta empat rakannya azan dengan syahdu di empat penjuru surau. Sewaktu azan, si mangsa mengeliat dan menjerit-jerit. Badannya terangkat sendiri dari lantai. Ustaz berdialog lagi. “Sakit kan”… Si mangsa dengan suara garau lelaki tua mengaku sakit dan minta dilepaskan. Maka ustaz membuat perjanjian, selepas ini jangan lagi datang mengganggu anak cucu Adam, pergi jauh dari sini. Dalam keengganan, dan dengan terpaksa, makhluk itu pergi. Ustaz berkata lagi, aku tidak percaya pada janji syaitan, maka aku sendiri akan hantar kamu. Ustaz dan rakan-rakannya membaca surah-surah Ruqyah dan berzikir. Sehinggalah mangsa pulih. Kami hanya terbau hangit seperti rambut terbakar.

Aku pergi berjumpa pengurus hotel dan bertanya apa ritual yang pernah pihak hotel buat sebelum ini. Rupanya dulu setiap tahun, aka nada ritual menjamu pulut kuning dan ayam panggang yang diletakkan di pinggir hutan, dan mungkin setelah lama ritual itu tidak dibuat, makhluk itu merasuk.

Alhamdulillah, setelah kejadian tadi, tiada lagi ritual khurafat itu dibuat. Hanya dengan sedikit pujuk dan kata-kata, makhluk halus juga boleh ditundukkan. Tapi.. bukan semua orang boleh buat. Kita yang ilmu hanya sejemput ni, tak payah le nak cuba. Nanti tak fasal-fasal kita pula dipujuk dek makhluk tu. Jadi.. don’t do this at home okay…

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

Kak Al
Histeria vs Motivator
8.6 (85.71%) 21 votes

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.