Homestay Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca FS. Asyi kembali lagi! Terima kasih kepada admin FS sebab sudi siarkan coretan ketiga aku. Sebelum ni dah dua cerita aku coretkan dekat sini. ‘Isya’ dengan ‘Budak India’ . Memandangkan exam akhir tahun dah habis, maksudnya sekarang ni aku FREEDOM! (freedom kejap je la sebab tahun depan nak kena hadap exam yang lagi besar). Yang dah pernah baca ‘Budak India’, dia mesti tau berapa umur aku.. Dalam cerita terakhir sebelum ni, aku ada cakap nak cerita pasal gangguan dekat mama aku, kan? Sorry, aku tak interview lagi mama. Jadi, yang tu kita tangguh dan tolak ke tepi dulu boleh? Cerita yang tu panjang. Entah bila boleh karang dan post dekat sini.

Kali ni, aku nak cerita pasal homestay abah aku. Homestay abah ni depan rumah jaa… Almaklumlah, rumah taman berkembar. Dah pemilik dia nak jual, abah beli lepastu letak atas nama mama. Kalau gaduh, mama lari tidur dekat rumah tu lepastu abah gi pujuk. Hahaa.. Okay, back to the topic. Cerita kali ni, memang jadi tahun ni. Yes, tahun ni. Tahun 2018. Dalam awal tahun nak masuk pertengahan tahun camtu laa kalau tak silap. Waktu tu cuti sekolah Jumaat dan Sabtu. Cheq oqang Kedah nohh…

Aku ajak kawan-kawan aku tidur dekat homestay. Dorang? ON sedia!!! Hari tu hari Khamis malam Jumaat. Jeng jeng jeng… Malam Jumaat cheq oii.. Kata orang, malam Jumaat banyak hantu. Tak tau la betul ka dak. Abaikan. Petang tu semua berkumpul. Aku, Yana, Juwa(Adik Yana), Rin, Haila(kalau tersilap tengok ni, boleh jadi ingat nama dia Halia. Hahaa..) dengan Ipah. Petang tu konon-kononnya nak berbuka puasa sama-sama la (puasa ganti dengan puasa sunat hari Khamis). Last-last, sekoq pun tak puasa. Pakat berbuka waktu rehat dekat sekolah. … Sembang ja lebih.

Masuk ja dalam homestay, kami bukak lampu lepastu terus tuju dapur sebab nak masak. Nak maghrib dah waktu tu. Haila dengan Ipah balik rumah Haila kejap sebab Haila lupa nak ambik tepung nak buat ayam goreng. Jadi, tinggal aku, Yana, Rin dengan Juwa. Sayup-sayup, kedengaran azan Maghrib berkumandang dari surau yang berdekatan (acewahh). Yana dengan Rin masuk dalam tandas dekat dapur nak ambik air sembahyang. Aku dengan Juwa urus bahagian memasak dulu. Mula-mula, Yana yang masuk dulu ambik air sembahyang. Lepastu dia keluar dengan muka pelik. Aku nampak dia, aku angkat kening sebelah dekat dia. Dia geleng ja. Lepastu, Rin pulak masuk. Lepas ambik air sembahyang. dia keluar dengan muka biasa yang dia selalu tayang, muka seposen. Aku pulak masuk, takdak apa-apa yang pelik pun. Lepastu, kami sembahyang berjemaah. Juwa masih dekat dapur dan tak sembahyang sebab ‘cuti’.

Ipah dengan Haila balik waktu kami dah habis sembahyang. Terus Ipah marah sebab sembahyang tak tunggu dia. Marah-marah manja gituwww… Haila pun dah kebetulan ‘cuti’, dia tolong Juwa masak. Dah settle semua siap dengan hidang makanan, kami makan. Memang riuh meja. Maklumlah, semua masuk ayaq bak kata orang Kedah. Bila dah riuh sangat, tetiba aku teringat orang tua-tua kata, jangan seronok sangat. Nanti ada yang ‘join’. Terus aku beritahu dorang.

“Weyh, jangan seqonok sangat. Aku dengaq oqang kata, kalau seronok sangat nanti ada yang join sama. Ingat sama, duk kat dunia ni bukan kita ja ada. Ada hat kita tak nampak duk tengok ja kita. Dah la rumah ni homestay. Bukan tiap-tiap minggu oqang sewa. Pernah dengaq kan kalau rumah kosong tinggal tak berpenghuni dan lampu tertutup lebih daripada seminggu, nanti ada yang menumpang?” Waktu ni, aku tak tau kenapa mulut aku celupaq sangat sampai cakap pasai ‘penumpang’ bagai. Aku cuma berniat nak nasihat ja. Bukan nak takut-takutkan dorang. Sunyi sepi gila arr meja makan waktu tu.
“Tak lawak la, Asyi.” Aku dah nampak muka Rin cuak.
“Hang ingat aku melawak ka? Aku cakap benda betoi nohh”
“Cakap pasai ni, aku nak tanya sikit.” Yana mula bukak mulut.
“Haa.. Awat?”
“Petang-petang memang jiran belakang duk mencangkul ka kat belakang rumah?” Aku dah pelik waktu Yana tanya soalan ni sebab jiran belakang, rumah dia mana ada tanah. Semua dia dah letak simen. Belakang homestay pun dah letak simen.
“Eh, mana ada. Awat hang tanya?
“Tadi waktu ambik ayaq sembahyang, aku dengaq bunyi. Macam orang duk mencangkul.” Bagitau Yana.
“Haa, aku pun dengaq jugak. Tapi aku buat tak heqan (tak hairan) ja sebab ingatkan ada orang duk mencangkul.” Kata Rin.
“Hampa duk sembang muhung apa ni? Gila apa waktu maghrib nak mencangkul?” Terus sunyi balik bila aku cakap macam ni.

Yalah, cuba fikir. Waktu dorang berdua ambik air sembahyang, azan dah habis berkumandang dalam 3 minit dah. Maksudnya, dah maghrib. Dan penduduk taman aku tu bila azan maghrib ja, semua terus masuk rumah sebab masing-masing memang dah tau yang maghrib ni waktu syaitan-syaitan dengan sepupu-sepapat dan rakan-rakan seperjuangannya tengah merayau-rayau. Terus aku tukar topik bila suasana riuh tadi tukar jadi sunyi sangat sampai boleh dengar bunyi mengunyah makanan.

Malam tu, kami berlima (aku, Yana, Rin, Haila dan Ipah) study Addmath. Sebagai pelajar yang masuk kelas Akaun tanpa rela dan terpaksa jugak mengambil subjek Addmath tanpa rela, semestinya subjek ni payah yang amat sangat untuk kami. Juwa yang baru Tingkatan 2 cuma main phone dia dan tak berniat nak jalankan hobi dia yang suka mengusik kakak dia, Yana yang tengah study. Sunyi balik. Aku mula bosan. Kawan-kawan aku semua dah nampak tersengguk-sengguk depan kertas latihan. Tak lama lepastu, Yana ajak masuk bilik tengah.

Okey, cenni. Bilik kat homestay ada 3. Bilik utama, bilik tengah (bilik kedua) dan bilik belakang. Tandas pulak ada 2. 1 dalam bilik utama dan 1 lagi dekat dapur (tandas yang Yana dan Rin dengar bunyi orang mencangkul). Malam tu kalau tidak Juwa nak tidur sorang-sorang dekat bilik belakang (nak gayut dengan pakwe tanpa gangguan kami la kut) tapi tak jadi sebab kes petang tadi. Alahh… Kes Yana dengan Rin dengar tu. Bilik belakang ni memang kena lalu dapur dulu. Memang belakang sangat, kan? Sebab tu kami panggil bilik ni, bilik belakang. Si Juwa ni tak jadi nak tidur situ jadi dia pi menyempit dekat Yana dengan Rin dekat bilik tengah. Bilik utama, aku, Haila dengan Ipah dah tempah dulu dah siap-siap. Jadi, 1 bilik 3 orang. Dah faham kan kedudukan bilik? Okey, good.

Kami pun ‘berkampung’ la dekat bilik tengah. Riuh gila arr… Dengan duk ber’wefie’ beramai-ramai la, karaoke la, buat video, semua ada. Sumpah, kami semua terlupa gila pasal ‘jangan seronok sangat’ tu. Aku yang nasihat tadi pun, terlupa jugak. Duduk dengan dorang memang tak sah kalau tak gelak macam langsuir. Hahaa… Gurau, gurau. Tapi, memang silap besar kami riuh sangat malam tu. Lepas dah habis idea dan tak tau nak buat apa lagi, aku ajak Ipah dengan Haila masuk bilik kami. Dah alang-alang si Yana pun melentok elok dah atas katil bilik tengah sampai pakwe dia call pun dia angkat lepastu jawab kata ngantuk then terus end call. Hahaa… Hati kental betul pakwe si Yana ni sebab dapat hadap perangai brutal Yana.

Malam tu, aku tidur memang tak sedar apa. Tidoq m**i! Esoknya, kami bangun sembahyang subuh. Lepas semua dah settle, kami lepak dekat ruang tamu. Yang tak dak waktu berkumpul tu, Haila sorang ja. Tengah duk sedap buat taik mata tak habis-habis. Orang ‘cuti’, memang tak bangun la waktu subuh. Juwa ja rajin sikit bangun join kami lepak kat ruang tamu lepas sembahyang even dia tak boleh sembahyang pun. Tiba-tiba si Ipah bukak mulut.

“Semalam hampa keluaq bilik dak? Tak pun mai ketuk pintu bilik kami?” Tanya Ipah.
“Dak pun. Buat apa nak pi ketuk bilik hampa? Tak dak qeja nak pi ketuk aihh.” Balas Yana.
“Yala, mana nak tau kut-kut nak tumpang tandas ka sebab nak terjah masuk memang tak boleh keih kami kunci pintu bilik semalam.”
“Dalam bilik kami tak dak orang keluaq pun semalam. Awat, hang dengaq ka?” Tanya Rin sambil senyum.
“Dengaq apa?” Tanya Ipah balik. Sekadar menduga.
“Aku tau hang dengaq. Aku pun dengaq jugak semalam. Sampai tak boleh nak tidoq. Dengaq macam ada oqang duk jalan kat ruang tamu, kan?” Tanya Rin. Ipah angguk.
“Aku dengaq jugak. Lepastu bunyi macam guli jatuh.” Juwa menyampuk.
“Betoi weyyy… Aku dengaq jugak. Tapi aku lagi teruk rasanya. Sebab ‘dia’ siap mai ketuk pintu bilik tequih. Bangang sungguh. Nasib aku tak bukak.” Kata Ipah.

Menurut Ipah, ketukan yang dia dengar tak macam ketukan biasa. Ketukan dia perlahan-lahan dan lembut. Sopan benorrr, katanya. Dia tak buka pintu sebab bulu roma dia tiba-tiba meremang. Bila difikirkan balik, memang sah la bukan geng bilik tengah sebab masing-masing dah kenal sangat perangai sorang-sorang pun. Kalau nak ketuk pintu, tak daknya kami nak ketuk pelan-pelan (perlahan-lahan) macamtu. Sekali ketuk, macam nak bagi roboh terus rumah! Tak cukup dengan tangan riuh duk ketuk pintu, sekali dengan pakej mulut duk riuh panggil suruh bukak pintu.

Ya, kami kalau duduk dengan kami-kami ja, memang tak jaga perangai. Sekoq-sekoq pun perangai lebih daripada syaitan. Hahaa… Tapi ketukan yang Ipah dengar tu hanya sekadar ketukan. Tiada suara daripada mulut kedengaran. Tapi, ‘dia’ ketuk tak lama. Lepastu ‘dia’ berlegar-legar dekat ruang tamu pulak. Tak cukup dengan tu, ‘dia’ main bagi jatuh biji guli pulak. Dapat guli daripada celah mana tak tiaw arr. Haihh… Sabor ajelahhh… Nasib la sapa yang kena kacau malam tu. Untung balik dekat aku, Yana dengan Haila sebab tidur m**i malam tu dan tak kena dengar gangguan ‘dia’.

Kes kedua ni kita throwback sikit pi bulan 12 tahun lepas.

Aku selalu la ajak anak jiran belakang rumah aku ni tidur dengan aku dekat homestay. Nama dia Lia. Sama umur dengan aku jugak. Kawan aku yang ni sekolah lain. Dia budak asrama. Jadi, bila waktu cuti je la baru boleh nak lepak-lepak dengan dia. Dalam ramai-ramai kawan sekolah aku, sorang je yang si Lia ni kenal iaitu Haila sebab Haila selalu datang lepak dekat rumah aku. Malam tu kalau tidak nak ajak Haila tidur sekali tapi Haila nak kena ikut mak ayah dia balik kampung. Jadi, berdua jelah kami malam tu. Waktu ni, aku tak ajak geng-geng aku tu tidur situ lagi.

Malam tu, tinggal Lia sorang duk tengok drama apa entah (aku dah lupa) dekat laptop abah aku. Dia tengok drama tu dekat dalam bilik, tau. Bilik mana? Of course la bilik utama sebab tandas memang dah ready siap-siap dalam bilik tu. Senang sikit kalau nak ‘membuang’ waktu malam. Aku? Awal-awal lagi dah ‘syahid’. Hahaa… Dengan air-cond tengah menghembus-hembus angin sejuk lepastu tambah pulak Lia duk tengok drama yang aku dah selalu tengok, memang makin berat mata aku. Macam biasa, aku tidur m**i lagi.

Esoknya, jeng jeng jeng…Ya, betul la tu. Lia cerita dekat aku yang dia kena kacau malam tadi. Wuahh… seronok ‘dia’ mengusik kawan-kawan aku. Tapi kan, si Lia ni kena teruk sungguh. Waktu ni, tombol pintu bilik utama rosak. Jadi, tak boleh nak kunci. Mula-mula tu, Lia kata dia dengar macam ada orang ketuk tingkap bilik. Kuat katanya. Sampai bergegar tingkap jenis sliding tu. Lepastu, dia dengar macam ada orang bukak pintu. Dia diam sebab dia tau tu bukan manusia yang bukak. Kalau ada orang nak mencuri, mesti dengar bunyi dia tengah proses nak bukak pintu grill dengan sliding door dulu sebab sebelum tidur, memang aku dah kunci siap-siap dua-dua pintu tu. Tapi, Lia ni dengar ‘dia’ tu bukak macam pintu tu tak berkunci langsung! Dan ya, pagi tu waktu aku dengan Lia nak keluar rumah, memang pintu masih terkunci. Kata Lia lagi, tak lama lepas ‘dia’ bukak pintu, Lia dengar macam ‘orang’ duk berjalan dekat ruang tamu. Lepastu……

‘Krekkkk’

Pintu bilik terbukak sikit. Lia tak tunggu lama, terus dia tahan pintu guna bantal. Sebab tu pagi tu bila aku bangun, nampak bantal duduk dekat pintu. Aku ingatkan salah sorang daripada kami tidur buas sampai tertendang bantal ke bawah. Memang macam tak logik sebab pintu dengan katil jauh. Hahaa… Nak husnuzon punya pasal. Lepastu Lia kata dia dengar ‘si dia’ tu duk berjalan dekat ruang tamu. Bukan ke hantu kaki dia tak jejak tanah? Takkan dia buat bunyi berjalan guna kaki palsu? Uishhh, kaki palsu sapa la yang malang sangat kena curi tu? Hahaa… Gurau je.

Beberapa minggu lepastu, aku ajak Lia tidur homestay lagi. Lia? Tak menolak langsung! Masih berdua jugak kali tu. Tapi malam tu dah memandangkan aku baru lepas download drama baru, aku pun bersengkang mata dengan Lia sampai pukul 5 lebih baru tidur. Itu pun dalam pukul 6 lebih kami bangun balik sebab nak sembahyang subuh. Nasib tak dapat ‘mata panda’. Tapi yang jadi pelik bila aku tak dengar apa-apa pun malam tu. Lia pun kata macam tu. Yang pernah ‘kena’ semua kawan-kawan aku. Aku tak pernah kena. Selama aku tidur dekat homestay tu tak kira dengan family ataupun dengan kawan-kawan, aku tak pernah ‘kena’ dan aku berharap sangat tak akan pernah ‘kena’. Aku tak sanggup. Huhuu…

Kadang-kadang, mak dan bapak saudara aku ada la tumpang tidur dekat situ. Aku ada la tanya mana la tau kut-kut pernah kena kacau dengan ‘dia’ dekat abang sepupu aku yang sekarang dah lebih daripada sepupu (faham la kut nohh? Kalau faham, diam-diam dah la, okey? Shhh… Hahaa). Dia kata mana pernah ‘kena’ takat-takat tidur situ. Aku cerita dekat abah aku, abah aku pun susah nak percaya. Mungkin sebab kami tak pernah kena. Tapi kalau nak kata kawan-kawan aku tipu, takkan dorang nak reka cerita. Lagipun, baru-baru ni aku ada ajak geng-geng aku tidur situ lagi dah alang-alang exam dah habis, Rin terus geleng. Hahaa… Kesian Rin. Dalam ramai-ramai kami, dia yang kena sampai 2 kali. Waktu dekat tandas yang dengar bunyi orang mencangkul tu, dengan waktu tidur. Tapi, Yana kata nak tidur situ lagi sebab seronok berkumpul ramai-ramai dengan kawan. Rin pulak jenis selalu keluar dengan Yana. Jadi kalau Yana nak tidur lagi dekat homestay tu, Rin tak ada pilihan. Lia pulak sejak-sejak lepas ‘benda tu’ buat cubaan menyelinap masuk dalam bilik waktu malam tu, terus dia tahan pintu guna bantal setiap kali tidur dekat homestay dengan aku.

Aku rasa, ‘benda’ tu cuma kacau kawan-kawan aku je sebab yang mana pernah sewa homestay cakap homestay tu selesa. Ada yang setiap kali datang Kedah, terus tempah homestay abah aku lagi. Bukan tu ja, siap cadang dekat kawan-kawan dengan saudara-mara dorang suruh tempah homestay abah aku. Kawan-kawan mama dan abah aku pun selalu je sewa. Takde gangguan pun. Memang dah nasib kawan-kawan aku la sebab ‘dia’ berminat nak kacau dorang. Hahaa…

Sampai sini saja coretan aku. Maaf kalau membosankan, tak seronok ataupun panjang sangat. Biasalah, banyak waktu lapang sejak-sejak dah habis exam ni. Nak tolong mama dengan abah, dah tolong sampai tak dak kerja dah nak buat. Hahaa… Okey, ada masa aku share lagi cerita. Nak kena kemas balik otak dan cari balik pengalaman-pengalaman seram yang ada. Maaf atas segala kekurangan yang terselit dalam cerita yang aku sampaikan ni. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Asyi

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Asyi

13 thoughts on “Homestay Abah”

  1. Aah nmpk lah byk masa lapang tu pasal meleret leret sgt critanya. Emm takpe2 tetiba aku rsa risau plak nk tido homestay nextweek ni…

    Reply
    • Sorry, cerita meleret sangat. Hahaa… Nak masuk homestay tu, jangan ‘cakap besar’ tau. Nanti takut ‘dia’ rasa tercabar. Anyway, selamat tidur dekat homestay… Harapnya bukan homestay abah saya la ye? Sebab dah lama ‘dia’ tak ganggu tu. Mana la tau kut2 dia nak asah balik ‘skill’ dia? Okey2, gurau…

      Reply
      • Hahhaha. Uish minta simpang. Nauzubillahminzalik. Btw nurra ngan asyi ni org sama ke? Hahaha byk nama eh. Nurra ni yg rjin komen kat fs klu x silap

        Reply
    • Tq. ‘Dia’ pun dah lama tak mengganggu. Tapi kalau tengok daripada luar (bila tak berpenghuni), memang nampak menyeramkan sikit. Mungkin sebab kosong sangat kut…

      Reply
  2. Best ceritanya….nmpk cam benda tu pun pilih sape yg dia nk kacau agaknya..hihii…nice story..nnti cerita lgi pengalaman yg lain…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.