Homestay Di Johor Bahru

Assalamualaikum, ini merupakan kisah pertama ku dan andai ada yang terkurang saya meminta maaf..

Pada malam tu ayah dan mak aku ni dah siap mandi dan bersedia untuk tido, tapi tiba-tiba dengar suara perempuan menangis mendayu-dayu, perlahan dan diiringi tangisan serta mengilai. Lepastu ayah aku baca ayat kursi dan cuba untuk tido tapi dia main ketuk² besi katil pulakk. Tak cukup dengan tu dia goncang pula, jadi ayah aku dan mak aku keluar duduk kat ruang tamu tetiba mak dan ayah aku ni nampak kita orang turun bawah sekali.

Kisah ni terjadi pada tahun lepas, 2018.kami sekeluarga ingin bercuti ke Johor buat kali pertama.. kakak aku yang kedua ni(Angah) mencari homestay yang terdekat untuk buat tempat penginapan selama dua hari. Rumah ni agak besar macam banglo dan dua tingkat.kat atas ada 2 bilik tidur dan 1 bilik air manakala di tingkat bawah pula ada ruang tamu,dapur 1 bilik tidur dan 1 bilik air.

Kisahnya bermula apabila pada malam pertama kitaorang menginap di sini. kami semua tidur di tingkat atas mak ayah aku satu bilik dan adik beradikku satu bilik. katil tu double decker. Aku ngan kakak ku yg kedua tidur di bawah manakala abang aku pula tidur di atas. kakak aku yang pertama ni angkut tilam dari stor bawah bawak naik atas dan tidur atas tilam tu kat lantai.

Cerita ni kakak pertama aku yg lalui aku namakan Along. Pada malam tu lebih kurang 1 pagi kakak aku baru nk lelap tapi dia kata dia ada nampak satu lembaga ni merangkak dari tingkat bawah ke tingkat atas dan terkam dia.  Macam kena tindih pada masa tu. Abang aku belum tidur lagi kakak aku nii sekuat hati panggil abang aku tapi abang aku tak dengar. Lebih kurang setengah jam jugak baru boleh gerak lepas tu kakak aku tu naik tido dengan aku dan kakak aku yang satu lagi tu bangun je pagi tu kakak aku nampak lesu dan pucat.

Mak aku tanya kenapa. Lepastu dia cite yg apa dia nampak semalam.. Pastu mak aku cakap “dah baca ayat kursi kuatkan semangat” lepas je sarapan kat kedai kitaorang buat aktiviti yg telah dirancang. Kami pulang lebih kurang pukul 12 malam. Hari tu cukup memenatkan jadi kitaorang ni terus tido je dah tak buat pape.. Ingatkan tu je rupanya lepas dia kacau kakak aku tu dia kacau kami sekeluarga pulakk dah. Okey aku cite yang mak ayah aku dulu.

Mak aku tanya “kenapa turun bawah nii pegi tidolah dah malam” pastu abang aku cite yg dia bunyi macam ada orang kat balkoni..oh lupa bilik kitaorang ada balkoni agak luas jugak bukan abang aku je tapi kitaorang semua pun turut dengar sekali pastu tetibe ada macam suara perempuan ketawa kecil serta dia pun macam dah berani tunjukkan diri dia tiba-tiba ada satu lembaga hitam yang besar duduk dekat pintu balkoni tu kitaorang apa lagi langkah seribu lah gamaknye.

Pastu lepas je kitaorang habis cite tiba-tiba blackout “haa sudahh” kata ku di dalam hati masa blackout tuu ayah aku entah baca apa entah terkumat-kamit mulutnye pastu ayah aku pun berkata “jangan ganggu kami sekeluarga kami hanya ingin berehat dan kami juga ingin meminta maaf kalau kami ada kacau engkau” tiba-tiba senyap sunyii dan cerah kembali kitaorang putuskan untuk tido di bawah bersama-sama. Alhamdullilah tiada apa yang berlaku lepas tu…

Keesokan harinya, kitaorang nak bergerak pulang pastu kitaorang terserempak dengan jiran sebelah dia ada tanya mak, pindah sini ke mak aku pun jawab lah tak sewa situ dua hari je, pastu makcik tu pun tanya ada berlaku apa-apa tak semalam pastu mak aku cakap lah ada lah jugak pastu dia pun cita yang dulu ada orang penah duduk kat situ dan ada pemb*n*han yng berlaku tetapi pemb*n*han tu misteri takdak sapa yang tahu bila tahu-tahu je dah mat*..Sebb tu tuan rumah tu bagi sewa kat orang lain suruh duduk dia sendiri taknak duduk sbb dah tahu tempat tu berhantu.

Okey lah tu je cite aku, kalau panjang sangat maaf lahh tak pandai nak pendekkan ni cite sebenar dari pengalaman yang aku lalui..

-Ann-

3 thoughts on “Homestay Di Johor Bahru”

  1. Kingzack dan Momotcomot92 bertanya, kat mana rumah-inap (homestay) kat Johor Bahru dari cerita Si Penulis (Ann)??

    Sekarang ni tahun 2020, masih banyak lagi nama-nama tempat seram dirahsiakan.

    Tulis jer nama-nama tempat yang wujud makhluk seram tapi, disebabkan tak mahu tulis — admin anggap kisah ni 100% rekaan macam drama seram rekaan di TV.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.