Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia FS dan jutaan terima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah sebenar yang dialami oleh aku sekeluarga. Ceritanya bermula apabila keluarga aku bercadang untuk bercuti di negeri Terengganu sekitar tahun 2012 – 2013. Aku pun mula mencari ‘homestay’ yang berdekatan melalui laman sesawang dengan hanya menaip ‘HOMESTAY DI TERENGGANU’ dan tanpa berlengah aku membuat pilihan dengan memilih untuk menginap di Gong Badak, Terengganu.
‘Homestay’ yang aku pilih sangat murah dan berbaloi untuk percutian aku selama 3 hari 2 malam itu. ‘Homestay’ besar, cantik, bersih dan selesa. Itulah apa yang aku nampak sesampainya aku di sana. Pandangan kami dikaburi dengan keindahan di dalam ‘homestay’ tersebut. Terdapat 1 bilik tidur beserta bilik air di tingkat bawah dan 3 bilik tidur beserta bilik air di tingkat atas. Terdapat juga ruang untuk melepak di tingkat atas. Boleh tahan besarnya untuk memuatkan kami sekeluarga seramai 15 orang. Cuma agak pelik apabila kami masuk ke rumah terdapat notis di tampal di dinding seakan-akan memberi amaran ‘JANGAN TIDUR DI RUANG TAMU’ tetapi kami mengabaikan sahaja notis itu seteleh membaca.
Datuk dan nenek aku ditempatkan di bilik tidur bawah kerana dengan usia mereka yang tidak lagi larat untuk turun naik tangga. Bilik tidur di bawah juga agak selesa dan besar. Aku terus ke atas untuk memilih bilik tidur dan kami sekeluarga serta keluarga abangku tidur bersama di bilik utama. Keadaan pada hari itu masih terkawal.
Sehinggalah malam harinya setelah semua lena dibuai mimpi aku terasa sangat sejuk. Aku mencapai alat kawalan jauh penghawa dingin untuk menurunkan suhunya dan tidak sempat aku menekan sebarang punat, alat penghawa dingin tersebut tiba-tiba terpadam dengan sendirinya. Terkebil-kebil mata aku memerhatikan alat penghawa dingin tersebut sambil di dalam hati tertanya “Siapa yang tutup ini?” Dalam masa aku berfikir aku lihat sekeliling bahawa abang aku dan anak-anaknya tiada di dalam bilik. Aku beranikan diri turun ke bawah dan mendapati mereka sudahpun lena tidur di ruang tamu beramai-ramai. Keluarga aku ini ada satu masalah yang tidur beramai-ramai di ruang tamu lebih selesa berbanding tidur di dalam bilik.
Keesokan harinya, kami bangun, bersarapan dan bersiap sedia untuk berjalan sekitar bandar. Setelah penat kami pulang semula ke ‘homestay’ untuk berehat. Selain dari kejadian malam semalam yang menimpa aku, ada lagi perkara yang membimbangkan aku. Anak aku tidak mahu berenggang dengan aku dari hari pertama kami sampai hingga ke hari kedua. Hanya minta untuk didukung dan dipeluk erat. Jika diturunkan pasti dia akan berteriak dan menangis tak henti-henti.
Jadi pergerakan aku agak terbatas sepanjang percutian tersebut. Kami sampai di ‘homestay’ agak lewat senja dan sampai sahaja datukku terus ke bilik air bersihkan diri dan mengambil wudhu untuk menunaikan solat Maghrib. Datukku mengikut tanda arah kiblat untuk membentang sejadah. Selesai solat abangku menyapa datukku dan mengatakan bahawa arah kiblatnya salah. Datukku menegakkan kata-katanya dengan mengatakan dia telah mengikut tanda arah kiblat tetapi abangku cuma mengiyakan sedangkan arah tanda kiblat memang jelas bertentangan dengan sejadah yang dibentang. Abangku mula rasa tidak sedap hati.
Aku masih lagi berdiam dan tidak menceritakan kejadian yang telah berlaku pada aku pada malam pertama kepada sesiapa. Malam itu semua kelihatan penat dan membuat hal masing-masing. Adikku dan sepupu-sepupunya bermain kad di ruang ‘lepak’ di tingkat atas. Aku dan kakak iparku menonton televisyen di bilik tidur utama. Pintu bilik tidur kami terbuka luas pada asalnya. Tiba-tiba sahaja sedang kami enak menonton, pintu bilik kami bergerak sendiri seakan-akan ada seseorang memegang tombolnya untuk menutup pintu. Aku dan kakak iparku berpandangan sesama sendiri dan kami cuma sengih.
Bila kami kembali leka dan mengabaikan apa yang kami nampak, pintu itu kembali bergerak semula membuka tirainya. Sekali lagi hatikku tidak sedap. Aku terus keluar dan bertanya kepada adikku di ruang ‘lepak’ sama ada dia perasan apa yang terjadi atau tidak. Malangnya jawapannya TIDAK. Aku diam dan terus terdiam. Begitu juga kakak iparku.
Malam itu, adikku terjaga dari tidurnya dan keluar ke ruang ‘lepak’. Begitu juga aku yang tidak mampu untuk menutupkan mataku. Aku mengikutnya untuk melihat sekitar rumah. Jam menunjukkan kira-kira pukul 12 malam. Aku ternampak susuk tubuh lelaki diselimuti kain sedang terbaring di atas sofa di ruang lepak. Aku fikir itu hanyalah sepupu aku. Aku pergi ke bilik tidur sepupu aku yang lain dan pasti mereka memang sedang lena. Aku kira satu persatu. Cukup! 3 orang di dalam bilik dan seorang lagi di luar di atas sofa. Setelah pasti semuanya, aku dan adikku kembali ke bilik dan sambung tidur.
Keesokan harinya, aku bangun seperti biasa dan terus bertanya kepada sepupuku kenapa dia tidur di luar sedangkan di dalam bilik masih lagi muat untuk dia merehatkan dirinya di atas katil yang disediakan. Soalan ku terhenti apabila dia mengatakan dia memang berada di dalam bilik dan tidak pernah keluar dari bilik atau terjaga sepanjang malam. Semakin bulat membesar mataku memandang sepupuku. “Apa yang berlaku sebenarnya malam tadi? Siapa yang sedang terbaring di atas sofa sebenarnya?” Meremang bulu romaku tegak berdiri. Kemudian sepupuku bertanya “Kenapa? Mengapa? Apa? Bagaimana?”. Aku hanya terdiam dan menggelengkan kepala untuk merahsiakan apa yang terjadi.
Tiba-tiba “Aduh”. Ada suara dari tingkat bawah dan kami semua bergegas turun. Rupa-rupanya datukku terjatuh dari katil dan terus menceritakan kepada kami yang dia sedang lena tidur dan apabila bangun dia sedar dirinya sudah berada di bawah tepi katil. Dia berasa sakit seluruh badan dan mengatakan bahawa dirinya terasa seperti ada seseorang yang menolak dia dari atas katil. Kami terus mengangkatnya dan mengurut seluruh badannya. Aku berasa semakin tidak sedap hati tetapi aku kuatkan diri aku untuk berdiam sebab hari ketiga ini adalah hari terakhir kami di ‘homestay’ itu.
Setelah menguruskan datukku, kami sekali lagi dikejutkan dengan suara pekikkan dari dalam bilik air di bilik tidur pakcikku.
Kami bergegas ke atas semula dan mendapati makcikku berada di dalam dan berusaha untuk keluar dari bilik air tetapi masih gagal. Pakcikku cuba menolak dan bermain dengan tombol pintu. Cubaan berulang kali masih gagal. Pakcikku mengambil pisau dan mengcungkil di bahagian tombol. Akhirnya tombol berjaya dikeluarkan tetapi pintu masih lagi tidak boleh dibuka. Aku berada tepat di depan pintu bilik air bersebelahan pakcikku. Pakcikku menarik keluar tombol pintu tersebut tetapi tombolnya masuk kembali ke dalam seolah-olah ada yang menarik. Kami melihat sesama sendiri dan hanya mampu tersengih.
Pakcikku menegur makcikku supaya jangan menarik tombol pintu tetapi makcikku bilang bukan dia yang melakukannya. Tidak dapat aku bayangkan perasaan makcikku yang berada di dalam bilik air ketika itu. Usaha untuk membuka pintu masih gagal. Aku diarahkan untuk menelefon tuan rumah dan menyuruh dia ke ‘homestay’ untuk melihat keadaan sebenar. Setibanya tuan rumah di ‘homestay’ apa yang mampu diperkatakan hanyalah “Tidak mengapa. Encik pecahkan sahaja pintunya”. Riak muka tuan rumah semacam dan gelisah sambil berbisik kepada rakan yang mengikutnya ke ‘homestay’.
Tidak lama selepas itu setelah pintu dipecahkan, barulah makcikku dapat keluar dengan menghembus nafas lega. Aku mengambil tombol pintu dan membuka salah satu almari untuk menyimpan tombolnya seperti yang disuruh oleh tuan rumah. Tuan rumah hanya mampu berada di luar sambil menunggu kata putus dari kami. Hairan aku! Apabila aku buka almari tersebut, rupa-rupanya banyak tombol yang telah tercabut dari pintu tersebut. Sekali lagi aku hairan tetapi aku hanya terdiam dan memandang muka pakcikku. Pakcikku cuma sebut “Patutlah” dan kembali tersenyum. Aku tanya bermacam-macam soalan tetapi jawapan yang tuan rumah bagi masih tidak memberi keyakinan pada aku. Aku hanya berkata kepada tuan rumah “Naniti kami check-out kami bagitahu iya”. Tuan rumah pun pulang dengan keadaan yang kelam kabut.
Aku pun bersiap-siap untuk pulang dan mengemas segala kelengkapan untuk pulang. Setelah selesai semuanya aku pun menyuruh tuan rumah datang semula tetapi hanya 2 orang pekerjanya yang muncul untuk menyemak apa yang patut. Aku menyuruh pekerja tersebut masuk untuk memastikan keadaan rumah baik. Tidak sampai seminit aku ternampak kelibat pekerja tersebut. Aku hairan. Aik!! Sekejap sangat budak ini masuk. Kemudian pekerja itu berkata semuanya dalam keadaan baik. Kami pun pulang dan dalam perjalanan barulah masing-masing membuka mulut.
Rupa-rupanya dari hari pertama lagi abang aku sudah merasakan sesuatu di rumah tersebut. Abangku menunjukkan gambar yang diambil setibanya kami di ‘homestay’ itu pada hari pertama. Gambar itu diambil berdekatan bilik bawah di mana tempat tidur datuk dan nenekku. Di dalam gambar tersebut terlihat susuk tubuh wanita di celah-celah langsir sedang tepat memandang ke arah kamera. Apabila semua berkongsi cerita, barulah kami semua sedar yang bukan aku seorang sahaja yang kena kacau. Rupanya 1 rumah. Tetapi aku rasa bersyukur sangat dengan keadaan anak aku yang kembali seperti biasa setelah kami pulang.
Adakah setiap penginap di ‘homestay’ itu diganggu seperti kami? Adakah kami sahaja yang diganggu sebab tidur di ruang tamu? Iya lah notis sudah di tampal tetapi diabaikan. Persoalan kami tiada jawapan dan kami anggap itu sebagai satu kisah seram yang pernah kami alami. Tuan rumah ‘homestay’ pun tidak dapat lagi saya hubungi hingga kini. Ke mana agaknya? Tetapi hendak ke sana lagi mungkin tidaklah jawapannya. Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Serammmnya..tmn ape dkt gong badak tu
Saya lupa sgt tmn ape
Ble cr2 blk mmg dah x jumpa lgsg
Tp tmnnya mcm tmn br
Time tue lar masa saya ke sana
Umahnya pon x byk unitnya
Dlm 20 unit jek kalo x silap
sy pon penah kena area kawasan gong badak tahun 2012 tp rumah teres 1 tingkat rumah tepi
Kawasan yg sama ke?
Kawasan perumahan baru ke?
Sana pon agak t’pencilkan
X besa pon kawasannya
X ingat nama kawasan tp dekat dgn pasaraya hock kee seng
sy tgk google map xde nama taman, rumah tu dekat dgn traffic light, tgk kat google pon rumah keadaan nya sama mcm sy pergi dulu luar rumah penuh daun2 pokok x sapu, dlm blog rumah nmpk ok
Hmmmmmm
Saya punya kawasan umah mcm tmn baru
Time tue lar nmpk tmn baru
Skang nie x sure lar awak
Traffic lite eh?? Rasa mcm nak masuk kawasan umah tue dlm sgt
Traffic lite jauh sket
Then ade byk kedai2 baru
Homestay sy duduk tu x jauh sgt dgn traffic light, sy cari blog dia pon byk kali baru jumpa tu pon x update, gambar homestay sama mcm dulu
Seram nya
Seram lg ble kene time tue
Neway tima kaseh sudi baca
ya Allah.. boleh kata belah sana memang jenis yang tampal notis dan ada penjaga ka? saya pun kena masa raya cina tahun lepas..
https://fiksyenshasha.com/penjaga-homestay/
Thn lps?
Awak gie ke homestay yg sama ke?
Tp ntah lar saya cr blk homestay tue dah x jumpa
Apsal tersengih?
Teng teng teng ak tahu taman ape. Tp kat sini nk bgtahu nama taman x penting. Masyarakat di terengganu masih berminat dalam aktiviti berkawan dgn hantu setan. Xpercaya lantak. Ak tahu ak duk 5 tahun sana. Ak berkawan dgn org sana. Ak tahu sgt sgt. Budak muda pon xterkecuali hokayyyyy.
Yeke
X sangka plak
Rasa sume homestay kat sana sama jek kot
Tp mmg dah lama x jejak kaki ke Terengganu
Last tue lar kat Gong Badak tue