Assalamualaikum..
Cerita ni jadi masa Tahun Baru Cina bulan Feb yang lepas. Alkisahnya kawan husband aku, Syamil nak kahwin dengan orang Terengganu. So kami dah booking satu homestay (untuk family pengantin dengan sorang kawan kami yang takbawak wife dia-Lan) then husband aku dengan kawan dia, Nazri sewa bilik dekat chalet yang tak jauh dari rumah pengantin.
Kami bertolak dari Penang lebih kurang jam 2.30 pagi hari Khamis, sebiji van dan sebiji saga. Sampai lebih kurang jam 11 pagi terus ke rumah pengantin (sebab nak ambil kunci homestay dan chalet) makan kuih-muih dan pergi check in. Aku dengan Nazri pun ikut pergi homestay dulu sebab gerak satu van, so nak tunggu family pengantin angkut barang. Nampak ja homestay, sumpah aku tak percaya harga dia RM 180 sehari sebab rumah tu memang nampak cantik sangat. Tak macam yang selalu aku sewa homestay. Car porch muat dua kereta, ada satu gazebo yang sangat cantik then mini playground untuk budak-budak.
Masuk dalam rumah, ada sofa, tv lcd flatscreen yang rasanya lebih 40 inci. Ada aircond, bilik ada 3, ada peti sejuk dan mesin basuh. Kelengkapan memang cukup la sebab dah nama pun homestay kan cuma keadaan homestay tu sendiri memang baru, bersih dan terjaga. Macam memang ada orang stay situ. So kami pun lepak lepak dulu dalam setengah jam sambil bincang lokasi nak ambil angin sebab esok dah akad nikah dan kenduri. Lepas tu kami decide check in chalet pulak. Sampai chalet rasa hampa sebab tak boleh move on dengan keselesaan homestay tadi. Haha! Bilik chalet ni aku dah pernah sewa masa datang meminang bulan Nov 2017 so memang malas nak cari tempat lain dah.
Zohor kami jamak then terus keluar lepak pantai batu buruk kot (kalau taksilap) lepak sampai la nak maghrib then balik homestay. Abang pengantin, Khairul beli kek nak sambut birthday wife dia so lepas makan kek kami pun balik chalet dalam jam 10 camtu. Mandi solat semua, kami pun tido. Dalam jam 2 pagi, handphone husband aku bunyi, aku tengok Syamil pengantin yang call tapi taksempat angkat. Then dia call lagi, aku angkat then pass kat husband aku yang tengah mamai. Syamil cakap “datang homestay cepat, kami kena halau!” Aku macam tergamam, sapa pulak nak halau, kenapa kena halau? Macam macam la dok fikir. Husband aku pun siap siap nak ke homestay tapi dia cakap “Awak stay sini, sebab dah lewat. Kang takut apa apa” aku baru pregnant so dia taknak jadi apa apa lagipun bilik sebelah ada Nazri dengan wife dia cuma maybe dah tido la. Aku berkeras nak ikut and janji stay dalam van je. Van memang kat husband aku, so kalau nak pergi memana kami akan ambil family pengantin kat homestay.
So kami pun gerak pergi homestay. Masa sampai tu ada la Lan dengan Syamil kat luar rumah tengah hisap rokok dan rumah tu terang benderang. Aku lupa yang aku janji takmau turun van. Aku terus turun pastu tanya Lan dengan Syamil perkara sebenarnya. Syamil cakap abang dia nama Nizam kena rasuk pastu benda tu suruh keluar malam tu jugak dari homestay. Bakal bini Syamil pun ada dengan adik dan ayah dia. Ayah dia bawak sorang lelaki, aku agak ustaz la kot. Dari luar aku nampak Nizam tengah dukung anak dia umur 2 tahun camtu sambil sembang dengan ustaz tu. Pastu dengar dia cakap sesuatu yang kami tak faham, nak kata bahasa apa pun taktau. Aku anggap dia tengah bercerita balik dekat ustaz tu apa yang dia alami. Aku nampak orang lain sibuk berkemas sibuk kesana kemari.
Aku terus pergi kat pintu dengan niat nak masuk rumah la. Sampai dekat grill pintu tu, dengar suara halus bisik tepi telinga aku cakap “jangan masuk” meremang weh, serius aku cakap. Terus aku menapak kat husband aku then bagitau dia. Dia suruh aku stay dalam van ja. Sambil tu adik Syamil dah start nak pindah barang masuk van. Aku tanya kat adik dia, Nizam cakap apa masa terasuk tadi. Dia cakap si Nizam tu memang tengah kena rasuk, benda tu ada dekat dia cuma tak mengamuk cam orang kena histeria bagai. Masa benda tu dekat dia, anak dia yang dia dukung pun tak nangis. Kira Nizam dalam keadaan normal cuma sekejap sekejap benda tu bersuara mintak keluar rumah dan makin lama suara dia makin marah.
Adik dia cerita benda tu kacau masa dalam jam 12 lebih lagi. Dia marah sebab alihkan barang dalam bilik hujung. Alkisahnya si Khairul dengan wife dia alihkan dan rapatkan katil single dalam bilik tu. Sebab yelah, besar la sikit kan nak tido laki bini. Start tu benda tu dah kacau, dia suruh rapatkan balik dan buat jadi macam asal, macam mula-mula masuk. Toto, bantal dengan selimut yang dorang ambil dan bentang kat bilik lain pun kena letak tempat dia balik. So bila nak keluar tu lebih kurang 4-5 pagi dah. Adik dia cerita yang dalam rumah tu memang ada notis “Jangan alihkan barang-barang” then “Jangan bising sebab takut ganggu ketenteraman jiran” camtu. Adik dia cakap setiap bilik ada almari tapi locked dan ada sign “Staff only” dah macam pejabat pulak. So pelik la kenapa ada syarat camtu sebab mana pernah ada homestay buat syarat camtu. Ayah pengantin perempuan ajak tido rumah dia dulu sebab mana nak cari homestay or chalet waktu dinihari camtu. So semua orang stay sana kecuali Lan dengan Syamil cakap nak tido dalam van.
Masa tengah tunggu pindah barang dari van, sembang la dengan family pengantin perempuan. Yelah mesti la rasa nak tau sangat. Ayah dia cakap owner tu stay Johor, kerja sana. Dulu pernah buat homestay kat Melaka tapi barang rumah kena sapu habis licin. So maybe dia ada pagarkan rumah dari elak kejadian sama berulang lagi. Then baru la anak buah pengantin pompuan cerita yang masa nak deal tu, rumah tu memang takda sepah atau kotor langsung. Keadaan memang macam ada orang stay dalam rumah tu. Tapi kakak penjaga rumah tu bagi syarat yang tak boleh tangkap gambar (nak whatsapp kat kami) then kakak tu tanya banyak kali berapa orang nak masuk rumah tu. Berkali-kali dia tanya nak keputusan.
Balik chalet, Lan dengan Syamil ikut sebab nak tido dalam van. Husband aku ajak turun pergi bilik dulu sebab nak bagi bantal. Dorang decide nak tido depan pintu chalet sebab ada ruang lepak sikit, muat la nak tido plus ada lampu. Berbual la dorang bertiga termasuk husband aku. Tak sedar jam berapa husband aku masuk bilik, subuh pun agak lambat. Syamil dengan Lan memang tak tido langsung. Kesian dia, dah la nak akad nikah jam 10 pagi. Lepas dah mandi tengah nak siap family pengantin sampai chalet nak tumpang siap sebab yelah takkan family pengantin lelaki nak siap kat rumah pengantin perempuan. Nikah pun belum, hahaha! Dorang datang naik kereta Nizam, dua tiga trip.
Sambil tu cerita lagi kejadian malam tadi. Syamil tunjuk gambar bakal anak buah dia yang deal homestay tu selfie depan cermin master bedroom. Dalam gambar tu kira gambar dia depan cermin membelakangkan katil. Dekat kepala katil tu ada kepala perempuan bertudung biru,tapi nampak bahagian sisi muka ja. Padahal dia cakap masa dia selfie tu,dia sorang ja dalam bilik tu. Then dorang deal agak dalam 10 orang ja masuk rumah tapi lebih. Rasa dalam 12 orang kot. So maybe dia marah la kot.
Aku pun taktau nak cakap bab bab mistik ni tapi benda memang jadi. Mungkin ada penjaga yang deal dengan owner rumah syarat-syarat tertentu yang kami sendiri pun taktau. Bahagian yang buat aku rasa kagum bila adik dia cerita, masa nak ambil kunci homestay tu, kakak penjaga tu takdatang pun. Dorang just ambil kunci dalam peti surat ja. Masa petang yang kami nak pergi pantai pun sama, kunci takboleh bawak. Tinggal ja dalam peti surat. Keluar jam 4-5 pagi tu pun sama, tinggal ja kunci dalam tu. Kau rasa? Haha!
So lepas siap semua, pergi akad nikah dekat rumah pengantin perempuan dan terus ada buat kenduri raikan pengantin. Simple tapi lauk dia sedap sampai aku lupa kejadian malam tadi. Topik malam tadi jadi bualan semua tetamu. Then si Khairul dengan Nizam pergi cari homestay lepas makan tu. Sebab yelah, ada satu malam lagi nak stay sebelum balik Penang. Cari takda yang ngam sebab semua rumah yang dorang masuk, anak dia yang 2 tahun tu akan menangis. So kami decide untuk bahagikan dua biji bilik chalet ni (aku dengan nazri) untuk lelaki dan perempuan. Sebab dah takda pilihan. Kebetulan tanya owner chalet, ada lagi satu bilik kosong so Nizam, anak bini dia, adik perempuan dia dan ayah dia stay satu bilik. Bilik aku jadi bilik perempuan, bilik Nazri jadi bilik lelaki. So lepas tu Alhamdulillah memang dah takda apa apa yang jadi sampai la kami balik Penang.
Cuma aku ada sembang dengan husband aku, rasional owner homestay buat macam tu. Memang dia serik sebab dia pernah alami kerugian yang taktau berapa banyak tapi akan menyusahkan penyewa macam kami. Sebab bila sebut homestay,setakat masak makan, alih barang nak tido dekat ruang tamu, bentang toto tido kat lantai sebab katil atau bilik tak cukup tu dah memang adat la orang kata.
Lepas ni kami semua kena beringat sebab kita taktau tempat orang, peraturan orang dan cara orang. Fikir positif yang setiap benda yang jadi ada hikmahnya. Syamil pun selamat dah nikah dan wife dia dah pregnant pun. Cuma suara siapa yang berbisik dekat telinga aku tak bagi aku masuk tu masih menjadi persoalan sampai sekarang. Huhu. Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca cerita aku dan maafkan penggunaan bahasa aku (rojak) kalau ada yang kurang selesa.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
takde sapa nak taip “FIRSTTT” kerr?
love, Diva.
Letopp uolss… br lepas kluar masjid terus komen kelezzzzzz
Serammmmnya
tq sudi baca 🙂
best cerita ni…..
mekasih cikburunghantu 🙂
Terengganu kat belah mana ni.Adoii.. Dah lah kalau balik kg sana mmg stay kat homestay je. Seriau gak ni..
dekat belah KT sana
seramnye..
tq miss E sudi baca 🙂
9.5/10
hehe alhamdulillah tq awak.. tq sudi baca 🙂
susah lah kalo org nak sewa kalo ade penjaga.
taoi nasib lah die just marah2 gitu jer.
kan.. tapi tu la maybe owner ada sebab dia tersendiri
meleret cerita nie..just straight to the point.cerita hantu sikit je yang full story sebelum tue..not so bad..okaylah.
hehe maaf ye.. saya tak pernah karang mengarang neh.. maaf kalau meleret and tq sudi baca 🙂
pening sikit tapi markah keseraman aku bagi 4/10. ok bye
Not bad
maaf sebab saya pun lemah bab mengarang neh.. apa pun tq sudi luangkan masa ye 🙂
yes komen last
Yeaa.. aku komen paling last..
True story mmg best….
selalu dengar baca cerita orang, ini sendiri yang alami memang seram
Pernah sewa homestay kat terengganu jgk. Mmg bersih, kemas dan teratur mcm de org duduk je.
yke? huhu kita ingat orang berkemas untuk kita duduk tapi memang ‘dijaga’ rupanya
peh..susah la gitu….xleyh ubah2 benda dlm rumah tu…nasib dye bg notis awal2
tu la dia bagi notis tampal ja tapi kami yang tak perasan.. kalau pesan masa tengok rumah tu maybe la lagi beringat. tapi alhamdulillah tak melarat sangat.
cter best, lain dari lain.. bukan kisah hantu hostel, duk opis kena kacau, hotel berhantu etc..
tetapi kisah homestay yg ade penjaga!
teknik penceritaan agak bosan…. tp sb story best, iols gegeh baca hehe
tq chinta.. tu la sebab tak pernah dengar homestay berpenjaga.. maybe lepas neh kena improve cara penceritaan dan cara mengarang.. hehe mekasih ye
besttttttt….. baru jemah tau..
mekasih jemah 🙂
Bestttttttttttt gila nak mati. Tapi tak mati lagi la. Hahahahaha.. mmg seram. Pakcik bagi 10/10.
Homestay pon ada camtu. Nasib badan
haha jangan mati lagi pakcik, biaq seram ja.. mekasiihh.. tu laa, kes yang jarang jarang tapi sebab tuan homestay serik pernah rembat barang dia rasanyaa..
mane or homestay tu…kalau dekat ngan batu buruk..memang bnyok homestay situ…
alamak saya lupa nama tempat tu tapi tak jauh dengan umt
best cerita ni. buatkan orang beringat lepasni kalau nak sewa homestay. hehe
serius memang lepas neh akan beringat.. takut jadi lagi
Kebanyakkan homestasy kat tganu mmg ad penunggu.
Family mertue ak ad pengalaman jugak.
Nseb baik ak x kene sbb separuh dari kami pergi candat sotong mlm tu.
oh camtu ea? aduhh yang neh pun nasib la xkena.. cuma dengar kejap ja.. itupun trauma sampai sekarang..
nak jaga umah tp pakai jin..syikin tuuu…ayat quran xde ker..bongok nyer tuan umah
syikin? ko taip pakai lutut ke? hahaha sapa bongok sebenarnya?
Teman jd caretaker homestay kt Putrajaya ni dh bertahun…mmg kdg2 guest ada yg x reti bhs…dh tau itu umah org…tlg lah jg kebersihan umah tu…usah suka2 dok alihkan perabot…ada sekali tu boleh alihkan tilam queen size dr bilik master bedroom kt tkt atas ke ruang tamu bwh…nk patah pinggang teman dok alihkan blk…mmg guest mcm tu jenis darat br keluar dr hutan kot…yg plg biasa guest jenis pengotor tahap gaban…dh berak xmo flush…plg biasa guest dr Kelantan…mmg lps tu kn kerja keras dok bersih umah…dh biasa kot kt umah sendiri mcm tu punyer pengotor…maka itu tlglah kalo pi dok homestay…sedar diri yg umah tu umah org…pastu tlg berhemah & jaga kebersihan…kita manusia…bknny babi
Patut la orang sampai tergamak guna jin nak jaga. Sebab yg guna pun kategori ‘jin’ jugak.
Cerita panjang. Part seram sikit je. Tu pun tak seram sangat. Penat aku baca. Tapi ok la kisah benar.
Feel letih kena kacau tu sampai, havoc .. nauzbllh.
Garang betul penjaga dia