Hotel Di Melaka

As Salam semua pembaca FS. Nama aku Mas. Dah sebulan kot tak post cerita kat FS nie. Hopefully cerita nie publish dan kita boleh sama sama kongsi pengalaman seram ahahhahaha. Harini aku nak kongsi  salah satu cerita seram aku semasa out station ke Melaka. Minta maaf jika cerita aku ini tidak seram bagi korang, tapi bagi akuia menyeramkan.

Masa tu tahun 2014 aku ikut jabatan hadiri majlis rasmi anjuran jabatan yang melibatkan kehadiran hampir seluruh ketua2 jabatan di negeriku (bukan Melaka). Penginapan kami merupakan sebuah hotel 5 bintang di Bandar Hilir dan terdapat kolam renang dibahagian tengah2 hotel (open air). Jadi bentuk bangunannya empat blok bercantum yang mengelilingi kolam renang yang boleh tahan juga besarnya tu.
Setelah mendaftar diri aku diberi kunci kerana aku datang awal dan rakan s’eapartment’ku belum datang lagi. Lagipun petang tu ada pertandingan bowling jadi aku ambil keputusan untuk berehat dulu. Pukul2 aku dah masuk ke apartment dua bilik. Aku ambil bilik yang mengadap kolam renang. Bilik yang satu lagi mengadap laut. Aku pilih mengadap kolam renang sebab pemandangannya nampak cantik nampak konsep taman macam tu. Sepatutnya serumah dengan ku ada 3 orang. 2 lagi belum muncul. Pertandingan bowling pukul 4.30 petang dan tak jauh pun tempatnya hanya berdepan dengan hotel jea. Baru baring2 sekejap sambil menikmati econ tetiba wassap masuk. Rupanya roomate aku, dia kata dia dah sampai. Aku balas .. naiklah, sambil berbaring malas. Tak sampai 10 minit terdengar bunyi pintu terbuka dari bilik sebelah. Aku nie baring tak tutup pintu bilik. Aku bangun dan ke sebelah untuk menegur macam biasa ar. Takde sesapa just bunyi shower terbuka. Beg pun tak ada. PELIK. Aku ketuk pintu bilik memanggil Fiza. Senyap. Dilla ke tu?? Senyap juga. Aku malas nak kaji2 ke hapa aku balik ke bilik dan terus mandi dan bersiap siap. Tengah pakai tudung tetiba wassap masuk lagi.
“Kak Mas, turun bawahlah. Kitaorang kat bawah nie malas nak naik”
Gulp!!
Aku berpatah balik ke bilik sebelah. Lampu terpasang dan shower masih berbunyi. Aku buka pintu bilik air dan tarik tirai kat ruangan shower. Sah shower terpasang. Takde orang. Entah kenapa waktu tu tak pula rasa takut lagi. Tapi aku rasa macam diperhatikan. Aku capai beg dan turun.
Balik dari game kami ramai kemudian tinggal kami bertiga di dalam lif kerana kami menginap di tingkat 11. Kami naik agak lambat sedikit dari yang lain kerana 2 rakan seapartment ku belom angkut barang2 mereka lagi. Korang maklum aje lah orang perempuan nie kalau menginap 3 hari pun dah macam 3 tahun barang2 dia ahahahhaa.

Semasa ditingkat 6 lif terbuka dan ada seorang perempuan yang aku jangka berumur belasan tahun masuk ke dalam lif. Dia kelihatan pucat, basah lencun serta berbau air laut. Bibirnya biru dan terketar2 mungkin sejuk kot. Kami pun balik dah senja, pukul7. So what do you expact. Budak perempuan itu hanya tertunduk dan mengigil jea. Kawan aku yang bernama Dilla cubit2 aku kerana budak perempuan tu sebelah dia dan aku pula sebelah Dilla. Fiza pulak sedikit terpisah oleh beg2 mereka berdua. Budak perempuan tu pulak tak berkata apa atau memicit butang lif. Tiba ditingkat 11, kami terpaku memandang budak perempuan tu yang berada betul2 didepan pintu lif. Budak perempuan tu keluar lambat2 dan menghala ke kanan. Guess what??!! Kanan tu betul betul pintu bilik kami jea!!! Aku dah rasa cuak tapi aku kontrol jea buat2 kuat kenkonon. Tolong budak2 nie angkut beg2 diaorang. Dilla tahan aku. Dia bagi isyarat biar budak pompuan tu berlalu dulu. Kami menahan pintu dengan memicit butang hold. Seketika kemudian baru kami keluar dari lif. Fiza dah tunjuk muka nak nangis.

Fiza: mana bilik kita kak mas
Aku : niahaa.. sebelah kanan nie.
Dilla : lahai bilik hujung sekali ke??
Fiza : aaaaaaa… nak tukar bilik lain ar.
Aku : malasnya nak turun balik.
Fiza : aku tak sedap ati ar kak.
Dilla : ntah ada bilik kosong tah tidak. Banyak pegawai2 askar pun buat kursus nampaknya td. Aku baca kat board di lobby tadi.
Fiza : korang nampak tak tadi.
Dilla : diam ar fiza. Jangan tegur lar ko nie mulut celupar.
Aku : dah jangan gaduh. Jom masuk. Kang lepas isyak nak turun. Dah2 .. takde pape lahhh.. jom

Budak perempuan pelik tadi dah menghilang tah kemana. Tak pulak kami nampak ‘dia’ melintas di depan kami kerana bilik kami yang paling hujung dan jalan m**i. Kami tinggal juga dibilik yang sama kerana tak punya masa banyak untuk ke kaunter lobby, jadual kami pack sampai pukul11 malam. Disebabkan Dilla dan Fiza bergaduh nak sama bilik dengan aku maka aku halau dua2nya dok bilik sebelah. Aku nie bukan lar berani sangat tapi aku lagi rimas kalau ada orang merengek2 nie. Selesai mandi solat kami terus bersiap untuk turun. Aku ke bilik sebelah kerana Fiza belom siap lagi. Aku dan Dilla duduk berbual dibirai katil mengadap Fiza yang menyuluh mukanya dicermin solek. Cermin meja solek pula mengadap tingkap yang terbuka langsirnya. Pemandangan mengadap laut. Sedang berbual Dilla laju menoleh ke tingkap dan menarik langsir.
Kenapa??!! Tanya aku.
Dah sudah tu Fiza !! Jom turun!! Cepat.. Dilla membalas pertanyaanku dengan menarik tangan ku dan Fiza keluar dari bilik.

Sampai di dewan. Dilla masih tak jawab pertanyaanku. Sementara kami banyak tugas untuk menjayakan majlis jadi masing2 sibuk buatkan persoalan tu tergantung. Setelah majlis usai sewaktu kami sedang meratah2 kambing golek Dilla kembali buka mulut. Yang pastinya ketika itu Fiza takde. Maklumlah, Fiza nie penakut dan lembik sikitt. Takut nanti jadi plak perkara2 yang tak baik sebab dia lemah semangat.

Dilla : kita tukar bilik nak tak kak
Aku : cakap jujur, ko nampak apa tadi.
Dilla : aku nampak benda yang kita nampak senja tadi kat luar tingkap kita kak. Membelakang kita. Seram aku kak.
Aku tinggalkan makanan yang sedang kami makan dan pergi ke kaunter lobby. Aku mohon untuk ditukar dengan bilik lain atas alasan tak selesa dan mohon untuk tinggal di aras yang lebih rendah.

Sayangnya bilik lain di aras yang lebih rendah dah penuh dan kalau ada pun aras yang lebih tinggi dah tentulah kami tak mahu sebab sekarang jea dah rasa creepy.
Kami pulang semula ke dewan mencari Fiza kerana ramai staf jabatan kami belum pun beredar dan masih makan makan. Salah seorang memberitahu tadi dia dah hantar Fiza ke bilik kerana dia tiba2 nampak tak sihat. Katanya mula mula Fiza cuba juga cari kami tapi kami takde.

Kami bergegas ke apartment. Sebaik jea pintu depan dibuka keadaan dalam apartment gelap gelita. Sayup sayup kami terdengar suara perempuan menangis. Suara yang lain benar dari suara Fiza. Kami buka lampu … suara menangis tu berhenti. Aku memanggil nama Fiza. Senyap .. tiada sahutan. Kami ke bilik Dilla dan Fiza. Panggil lagi. Senyap juga. Dilla ikut sama tapi menyorok dibelakang aku, macam lah aku nie berani sangat. Waktu tu rasa nak terkencing rasa nak terberak rasa nak terkentut perut memulas mulas semua ada. Lampu bilik dibuka kami nampak Fiza tertunduk kepalanya duduk memeluk lutut di tepi pintu bilik air. Mulutnya terkumat kamit merungut rungut yang entah apa buah butirnya tak jelas kedengaran, perlahan sangat. Dia mengoyang2kan badan nya dah macam orang psiko plak kami tengok.

Aku memberanikan diri menyentuh bahu Fiza.
‘Fiza’ sapa ku perlahan.
Fiza seraya berhenti mengoyangkan badannya. Dia ketawa perlahan dan kemudian semakin kuat. Kami berundur perlahan lahan. Seram siak. Pelik betul perangainya. Tiba tiba Fiza mengangkat mukanya. Pucat. Matanya merah. Menyeringai. Ya Allah!!!
Dilla dah berlari ke muka pintu. Di tinggalnya aku .. hampeh tul!!! Aku mencari kekuatan untuk berlari keluar disebalik kedua lututku yang terasa longgar dan rasa hendak terkucil yang amat sangat yang pasti kentut ku keluar agak kuat ar bunyinya. Cilako.

Fiza mula bangun menghampiri aku. Sekelip mata aku dah sampai ke pintu lif menyertai Dilla yang sedang gigih menekan punat lif 20x persaat macam lah tindakan tu membantu lif untuk membuka pintunya dengan segera. Eleehhh .. sama lar juga dengan tindakan korang yang mengetuk ngetuk fon korang kalau line menunjuk kan ‘H’ atau tiada data. Macamlah membantu. Tipu lah tak penah buat.

Berbalik kat kisah aku rasa takut sampai rasa nak terberak tadi. Nasib tiada yang mengikut kami. Sampailah lif tiba di aras ‘G’.
Terbuka jea pintu lif Fiza dan Timbalan Pengarah kami terpacul. Kami semua kemudian ke bilik Timbalan Pengarah kami tu. Bermalam di ruang tamu apartmentnya. Bertiga. Malam itu Fiza juga cerita. Dia rasa tak sihat dan nak balik bilik awal. Suaminya (masa tu kekasihnya) menghantar dia ke bilik setelah tak jumpa kami di dewan. Iwan menghantarnya sampai dipintu lif aras bilik kami jea sebab tugas belum habis.

Semasa pintu bilik dibuka, keadaan bilik gelap gelita walaupun kad kunci dah diletak kan ditempatnya dan suiz lampu tak berfungsi. Di ruang antara bilik kami dia nampak ada kelibat yang berdiri kaku disitu melambai2 sambil memanggil namanya. Dia berlari turun dan berjumpa dengan Timbalan Pengarah kami. Mereka kemudian keluar sekejap pegi 7E dan minum2 kopi.
Esoknya timbalan pengarah kami mohon pihak hotel memberi kami bilik yang lain. Kami ditempatkan di aras 8 di kedudukan yang sama. Beserta compliment dari pihak hotel. Alhamdulillah .. sehari semalam disana keadaan tenang. Cuma aku dan Dilla jea lepas balik dari cuti sakit seminggu sebab demam.
Sekian.
Mas.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mas
Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.6]

9 thoughts on “Hotel Di Melaka”

  1. ni hotel blakang mahkote parade nih.. kire2 20 thun lepas, time ktorg fly dr asrama,slalu lepak kt area pntai blakang hotel tu n area tu agak terang sbb cahaya dr hotel tu.. pnah jd kejadian ktorg nampak org cam nk b***h diri area pantai blkang hotel tu.. pompuan pakai baju kaler merah mnghala ke laut.. bgeges ktorg bgtau pakcik guard hotel tu tp rilek je die ckp, kalo yg korg nmpak tu pompuan pakai baju merah, korg dh nmpak antu org b***h diri.. tiap minggu ade je yg nampak..mesing terdiam trus balik asrama.. hahaha

    Reply
  2. agak seram juga, cuma tak faham, part yang korang lari kearah lif tu lepas nampak fiza yang mata merah, itu fizza ke hantu? sbb awk cakap bf fiza hantar dia naik sbb nampak tak sihat, lepas tu fiza pg 7E? ke yang mata merah tu just jelmaan fiza? tak faham. agak gantung sikit ceritanya , part situ je.

    Reply
    • Yesss sama wehh ada ayat yg tertinggal tu rasa nya tapi ayat mengarut tekan tekan phone bila line H tu apajadah nak selit kut adoii

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.