Hutan Malam

Assalamualaikum semua…lama kita tak jumpa. Sedikit sibuk hujung tahun dan awal tahun. Tapi tetap follow semua cerpen seram dalam FS.
Kali ni nak cerita pengalaman balik kampung dari bandar Keningau ke kampung halaman di bandar K. Asalnya untuk balik kampung time raya aku selalu naik flight saja. Tapi kali ni, tak silap tahun 1996 rasa malas nak ke kota kinabalu. Nak tukar angin. Call pakcik aku yang membawa penumpang dari area Keningau ke bandar Tawau yang melalui jalan belakang.

Keningau-kalabakan. Wah! Mesti penuh cabaran hehee. Dah siap booking 1 seat. Naik bas mini…sebenarnya. Merangkap van. Selalunya perjalanan akan di lakukan sebelah malam. Dulu-dulu jalannya tidak semua bertar. Ada yang masih gravel. Jadi perjalanan yang sepatutnya 6 atau 7 jam terbabas menjadi 8 atau 9 jam. Pakcik aku dah bagitau awal-awal. Akan makan masa lama tak sama seperti kapal terbang. Tak apalah, sama juga sebab kalau naik flight nak ke bandar KK makan masa juga.

Seminggu sebelum raya. Aku dah apply cuti awal. Luli dan Karl semua hanya akan bercuti 2 hari sebelum raya. Diorang non muslim. Nanti time krismas yang muslim pula cuti lewat. Selepas set masa dan hari, akhirnya sampai juga. Jam 6 petang pakcikku sampai juga di pondok guard. Aku sudah siap tunggu dengan pakaian ala kadar saja. Siap sweater sekali. Dalam bas tak ramai penumpang. Anggaranku dalam 8 orang saja. Aku duduk seat paling belakang. Senang sandar. Selepas baca doa naik kenderaan, pakcikku mulakan pulas stering perlahan keluar ke jalan besar. Aku rupanya penumpang terakhir. Sejam…dua jam…3 jam awal perjalanan aku isi dengan tidur. Penat sangat kut sebab kerja siang tadi. Selesaikan semua sebelum bercuti.

Perjalanan semakin jauh. Yang ada hanyalah hutan tebal di kiri kanan. Tanpa sebarang lampu jalan. Gelap sungguh. Ku lontarkan pandangan di luar tingkap. Gelap. Bayang pohon hutan tebal saja. Sejuk. Sebaik memasuki area pensiangan…..semua chanel radio hilang. Dalam van jadi senyap.
” kita sudah area pensiangan. Di sini saluran radio pun tiada ya…jangan mimpi ada line telefon di sini” pakcikku kuatkan suara. Dia matikan radio. Semakin sunyi mencekam. Ku keluarkan walkman. Layan lagu kegemaranku. Yang lain akhirnya lentok lena sandar pada kerusi. Lelaki di sebelahku cuba ajak berborak tapi bila lihat aku dengar lagu, dia pun ikut tidur. Semua akhirnya lena. Van berjalan sekejap lancar sekejap tidak bila berjumpa jalan gravel. Jam 3 pagi, aku terbangun dari lelap. Lelaki di sebelahku tepuk bahuku perlahan. Terpisat pisat aku bangun.

” kenapa?” Tanyaku
” pakcik ni…dia cakap dari tadi kita berpusing pusing area sini saja” terlihat resahnya. Aku betulkan duduk. Pandang pakcikku. Ya membebel mulutnya tak berhenti. Semua penumpang mula berbisik tanpa butiran jelas. Aku bangun perlahan bergerak ke kerusi di belakang pemandu.
” hei….buat hal la pula malam ni. Jarang kena macam ni” pakcikku membebel. Aku cuba perhati jalan depan. 10 minit….5 minit….sah! Kami berpusing pusing di kawasan yang sama!!!

Penumpang di sebelah pakcikku mula bercakap dalam bahasa Bugis. Aku faham semua tapi tak pandai nak sebut hehehe. Inti butirannya ialah kami kena kacau. Akhirnya van berhenti di tepi jalan. Kami semua turun. Wah ini betul betul tengah hutan. Satu biji rumah pun tiada. Macam-macam bunyi kedengaran. Secepat kilat penumpang perempuan yang seramai 3 orang naik ke dalam van. Kami semua gelak. Pakcikku duduk di tepi jalan sambil hisap rokok. Aku datang dekat.
” biar kita rehat dulu.” Pakcikku bersuara. Aku duduk di sebelahnya. Yang lain berborak sesama mereka.
” selalu ke kena macam ni pakcik?” Soalku
” tak juga. Jarang sekali. Ada yang dia minat kut dalam bas ni” pakcikku ketawa. Aku sengih saja. Pengalaman sebelum ini yang melibatkan perkara mistik menjadikan aku lali.

Untuk pertama kalinya aku langsung tidak merasa seram. Bagiku ini tidak seberapa di bandingkan perkara mistik yang berlaku pada masa lepas. Selepas berehat hampir setengah jam, kami mulakan semula perjalanan. Sebelum mulakan perjalanan aku sempat intai pakcikku duduk bersila di tempatnya tadi. Mulut kumat kamit tiba-tiba tepuk tanah di hadapannya dengan mata menatap tajam ke dalam hutan di seberang jalan. Bangun secepat kilat dan arahkan kami semua naik. Sebaik aku berada di seatku, terdengar tepukan sedikit kuat pada dinding bas. Rupanya pakcikku yang tepuk. Kami semua diam sahaja. Jangan di tanya cukuplah faham sendiri sahaja. Perjalanan akhirnya lancar. Selebihnya perjalanan itu tiada lagi sebarang gangguan. Alhamdulillah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

1 thought on “Hutan Malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.