Ilmu Pengasih

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat admin kerana sudi siarkan cerita aku ni.

Cerita aku bermula pada malam aku exam SPM. Ceritanya begini… ayah dan mak aku ada bukak kedai runcit, memang laku kedai tu. Tapi disebabkan ada orang dengki, mak dan ayah aku telah disihir oleh orang dengki tu. Jadi mak dengan ayah aku dah penat dah berubat dekat ramai orang. Satu hari tu ayah aku jatuh sakit. Mak aku ni telefonlah orang yang selalu kami duk berubat tu, tapi nak jadikan cerita, dia sibuk pada hari tu. Jadi mak aku ni dah buntu dah nak panggil siapa lagi.

Atas recommendation dari mak cik aku, dia kenalkan dengan sorang kenalan dia. Kami pun memang tak kenal siapa orang yang nak ubatkan tu, jadi oleh sebab ayah aku terlalu teruk, mak aku pun bersetuju untuk berubat dengan orang tu yang aku beri nama sebagai S.

Dia pun merawat ayah aku. Pada masa tu aku tengah exam SPM, aku study sampai lewat malam. Sedara mara semua datang rumah aku, sebab risau akan ayah aku yang tak sihat.

Pada tengah malam tu, aku pun keluar la dari bilik sebab tak tahan nak terberak. Bila keluar aku pun dengan takdir Tuhan aku bertentang mata dengan S. Selepas kejadian tu, tiap-tiap malam aku terus tak boleh lena, aku macam angau dengan S. Aku pun tak tahu kenapa. Aku pelik dengan diri aku ketika itu. Kebetulan pula, selepas kejadian itu, makcik aku tak berapa nak setuju dengan cara perubatan si S, lalu mak dan ayah aku telah bagitahu dekat S untuk tidak berubat dengan dia lagi. Jadi si S telah marah. Dia kata dekat mak aku, hidup keluarga aku takkan selamat… takkan selamat selamanya.

Sejak kejadian itu, mak dan ayah aku still berniaga lagi, jarum-jarum still banyak lagi kami jumpa masa menyapu dekat kedai atau dekat rumah. Aku pulak hidup aku mula berubah sejak kejadian itu, setiap kali aku nak ambil wuduk bila pejam mata, aku nampak ada benda dekat muka aku, tapi tak clearlah. Nampak macam beruk atau monyet. Kaki aku sentiasa rasa panas-panas macam panas kena cili. Aku cepat marah dengan tiba tiba. Marah sebab benda kecil sampai baling-baling barang. Tapi ada kalanya aku termenung saja. Semakin termenung dan terus termenung.

Oleh sebab aku jadi takut-takut selalu, mak aku selalu teman aku tidur. Bila malam je aku dengar ada orang gergaji atas bumbung rumah aku. Aku jadi takut. Aku bukak surah yaasin dekat handphone. Bila pagi je.. Surah yaasin tu berhenti, padahal aku dah buat repeat dah. Bila mak dengan ayah aku keluar, aku tinggal sorang-sorang aku rasa seram je duk dalam rumah tu. Dengar bunyi macam-macamlah. Nampak macam ada kelibat.

Pada suatu hari aku demam teruk. Bila aku demam badan jadi lemah. Lepas tu, aku terasa macam ada bola api sebesar bola tenis bergerak macam tawaf pulak dekat seluruh tubuh aku. Macam bola tu lari-lari pulak. Aku bagitahulah dekat mak aku. Mak aku kata, entah-entah syikin kena sihir. Lepas tu mak dan ayah aku bawa aku pergi berubat. Bila pergi berubat, orang tu kata aku ada pernah sakitkan hati mana-mana lelaki ke? Lepas tu aku cakaplah, aku sekolah convent semua perempuan mana nak jumpa lelaki. Tiba-tiba mak aku cerita la pasal S. Lepas tu orang yang berubat tu cakap, “haa… mungkin orang tu.”

Orang yang berubat tu cakap aku ada terkena ilmu pengasih.

Sebelum keluar result SPM, mak dan ayah aku telah pergi ke Australia, melawat abang aku di sana. Aku pula tumpang rumah kakak aku. tiap-tiap malam aku selalu tidur dekat ruang tamu. Kakak aku pula tidur dekat bilik sorang-sorang sebab aku selalu bukak ayat ruqyah. Jadi bising sikit. dia tak boleh tidur bising-bising.

Pada suatu malam, aku tengah sedap lena… tiba-tiba aku terjaga dengan sendirinya, aku dengar ada dua suara tengah ikut ayat ruqyah tu. Tapi ada part yang dia tak boleh ikut . Aku pun apa lagi, pejam mata terus sambung tidur. Nak jerit panggil kakak aku pun tak boleh. Yang boleh aku pejam mata je. Then alhamdulillah aku boleh lena kembali.

Result SPM pun dah keluar. Alhamdulillah aku dapat macam yang aku nak. Aku dapat sambung study ke UK. Tapi sebelum tu aku study dulu dekat Malaysia ni untuk persediaan. Masa inilah bermulanya detik-detik aku. Aku jadi tak sihat kembali. Sedih bila mengenangkan kisah aku ni. Aku jadi panas. Aku rasa bilik aku tu panas. Aku dah puas solat. Tapi still panas.

Setiap kali pergi kelas aku rasa aku tak layak untuk di situ. Setiap kali kot. Macam ada suara yang mengganggu aku bila aku nak fokus sesuatu. Aku jadi tak gembira dengan keadaan aku di situ. Bila kena baca Yaasin ramai-ramai, badan aku jadi goyang-goyang tak selesa. Lemas. Aku tak tenteram.

Aku buat solat istikharah, aku memang tak nampak apa. Aku cakap dekat mak aku yang aku tak boleh study. Aku cerita apa yang aku rasa. Mak aku bawak aku pergi berubat. Lepas tu okay sekejap, aku jadi normal balik. Lepas tu, dua tiga hari lepas tu jadi balik.

Keadaan ni berlarutan sehingga dua bulan jugak. Aku dah tak larat nak berubat. nak study pun tak boleh. Fokus dalam kelas jauh sekali . Akhirnya aku kata nak berhenti dekat mak aku. Dengan berat hati mak aku cakap okay. Walaupun jauh di sudut hati dia sedih.

Bermula kehidupan di rumah aku. Aku menangis setiap hari. Nak kata menyesal berhenti tak jugak, sebab aku sendiri tak mampu. Hati tu memang nak sambung, tapi apakan daya… masa tak akan kembali…hancur musnahlah semuanya…

Masa tu kakak aku ada dekat rumah sebab tengah buat persiapan dia nak kahwin. Dia daftarkan aku di universiti swasta, course enginering. Aku pun dah hilang arah, ikut saja. Aku mulakan hidup baru di situ, Aku pergi kelas okay… masuk kelas okay… Tapi aku paling takut bila presentation atau buat sesuatu perkara yang aku tak pernah buat. Aku jadi stress teramat sangat. Aku takut keluar malam. Aku takut itu, takut ini. Semua aku takut. Aku dibelenggu. Aku cepat marah… aku malas… termenung… nak habiskan diploma enginering tu susah jugaklah.

Oleh sebab aku tak ada boyfriend, mak ayah akulah tempat untuk meluahkan perasaan. Sebab aku selalu stress. Selalu mak ayah aku datang melawat aku. walaupun rumah aku dengan Universiti jauh. Memang habis duit la mak dan ayah punya nak bagi aku sambung belajar jugak. Segan dengan orang ramai. Oang duk mengata saja. tapi sepanjang diploma tu mak aku ada jugak tanya aku nak berubat ke… aku dengan confidentnya cakap tak ada apa dah. InshaAllah. Mak aku pun ingat aku stress. Aku pun tamatkanlah pengajian aku.

Semuanya terbongkar selepas aku habis belajar. Mak dan ayah aku still berniaga. Mak dan ayah aku pun still ada gangguan jugak. Aku pun bawalah mak dan ayah aku pergi berubat. Masa berubat tu orang tu kata dekat aku pun ada. Jadi aku pun berubatlah sama. Rupanya sejarah berulang kembali. Patutlah aku selalu kena gangguan masa di Universiti dulu. Aku malas nak risaukan mak dan ayah aku. Sebab tu aku teruskan jugak belajar.

Macam-macam dugaan masa belajar dulu… dan ujian datang lagi bila ayah dan abang aku accident. Masa kemalangan tu, abang aku cedera teruk bahagian kaki, jadi kaki dia tak dapat diselamatkan. Doktor terpaksa potong kaki kanan abang aku tu. Lagipun dia ada kencing manis. jadi susah nak baik kaki tu. Ayah aku pulak meninggal di tempat kejadian. Masa accident tu berlaku, dua tiga hari lagi nak masuk Universiti untuk sambung degree. Jadi aku ambil keputusan untuk tidak sambung (mungkin next year), sebab nak bawak abang pergi cuci kaki yang dah potong tu kan. Lagipun mak aku tak reti bawak kereta. Sementara tu aku kerja di butik muslimah. Tapi biasalah, aku begitu malu bila cikgu aku datang beli di situ tanya aku macam-macam. Aku juga rasa malu bila kawan-kawan aku ramai yang sambung study di oversea semua dah berjaya.

Aku depressi teruk. Aku menangis sahaja. Aku berhenti kerja butik, duduk rumah kurung diri. Gangguan mistik still ada dalam diri. Kemudian aku dah mula berfikiran tidak waras seperti rasa nak cut je, nak bunuh diri. Kemarahan aku bertambah-tambah. Kekecewaan aku pun dengan diri aku pun bertambah. Aku mula bercakap seorang diri. Solat, tapi kosong je. Tak rasa apa. Menhaji al Quran boleh kira je. Aku sedih kenapa nasib aku begini. Aku malas nak hidup. Aku tak ada tujuan untuk hidup. Aku rasa tak mampu untuk berjaya.

Kata-kata dan hinaaan daripada kawan-kawan dan sedara mara terlalu banyak. Diorang dah nak habis degree, sedang aku tak start apa pun lagi. Senyuman telah lama hilang di bibir aku. Kemarahan, kebencian mula menapak di hatiku. Aku mula hilang rasa pengharapan dengan Tuhan.

Namun begitu Allah masih menyayangi diriku. Allah datangkan abang aku yang tak ada kaki tu cakap, bagi nasihat untuk aku. Dia ceritakan kepada aku tentang cerita yang sememangnya aku dah dengar. iaitu cerita bagaimana iblis jadi syaitan. Abang aku ceritalah, dia dengar youtube, “HOW IBLIS BECAME SATAN ”, channel Merciful Servant (kalau korang rajin try tengok tau). Bila dengar cerita tu, aku baru sahaja tersedar dari lamunan.

Aku baru tersedar aku banyak buat salah.

1- Kesilapan aku paling besar ialah aku putus asa dengan Allah. Sebab tu aku solat tak rasa apa-apa. Kemudian aku rasa nak bunuh diri sebab aku hilang pengharapan terhadap Allah. Aku salah sangka terhdapa Allah. Aku sering mempertikaikan kenapa aku keluar pada malam tu. Kalau tak hidup aku dah berjaya dah. Tapi sebenarnya Allah bagi ujian hidup sebab Allah sayangkan aku. Allah nak aku belajar sifat sabar, ikhlas, redha, jangan takabbur, jaga hati, jangan nak berlagak.

2- Aku terlalu mengejar dunia aku lupakan akhirat. Aku sedar aku sememangnya memandang darjat,harta ,pangkat, kecantikan. Aku terlalu rasa nak semua orang pandang aku mulia. Korang cuba fikir kalau aku berjaya je sambung study ke UK pasti aku terus berlagak, sombong, riak ,takabbur,ujub, sum’ah segala penyakit hatilah datang. Betul tak?

  1. Aku terlalu memandang rendah terhadap orang lain . Aku suka membanding-bandingkan hidup orang lain dengan hidup aku . konon nya aku pasti berjaya yang orang lain pasti tidak berjaya.

  2. Aku terlupa untuk redha dan ikhlas terhadap takdir aku. Aku hanya merancang tapi Allah ialah perancang terbaik. Mungkin aku tak nampak lagi apa akan terjadi dalam hidup aku. Tapi aku hanya harus sabar dan ikhlas.

  3. Aku terlalu pandang enteng terhadap keimanan. aku terlupa nak meningkatkan balik keimanan diri. Tadi aku ada tengok rancangan tanyalah ustaz TV9. Ustaz tu kata, amal ibadah yang kita lakukan tidak cukup untuk memasukkan kita ke syurga. Tapi rahmat dari Allah lah yang dapat memasukkan kita ke syurga. Tapi kalau kita tak solat, tak pakai tudung, macam mana kita nak dapat kerahmatan daripada Allah?

Lega aku rasa lepas confess ni. Aku harap korang di luar sana janganlah jadi macam aku. Semua orang dekat dunia ni sama sahaja. tapi aku silap. Sedangkan kalau kau Neelofa ke, Che Ta ke, Najib ke, Rosmah ke… semuanya akan masuk dalam kubur yang saiznya sama. Yang berlapikkan tanah semata-mata dan semua akan dibangkitkan dan ditimbang amal semula. Yang paling penting adalah hati mau bersih. Jangan putus asa dengan Allah. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Allah mampu mengubah keadaan seperti semudah membalikkan telapak tangan. Ikhlas dan redha dengan takdir. Ingatlah Allah tak pandang kau cantik, kaya, mulia di mata masyarakat. Tapi Allah pandang hati. Jangan lupa berzikir. Maafkan salah dan silap aku. Jangan lupa doakan aku cepat sembuh dari segala penyakit (masih duk berubat).

– Syikin.

syikin
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

26 comments

  1. Kesian awak. In shaa Allah nnti Allah beri petunjuk dan jalan. Jgn putus harapan lg tau. Byk2 bersabar dan berdoa ye. Gudluckkkk. 😊

  2. kata2 awak bg saya sedikit semangat sbb saya dalam tertekan sangt2 disabb kan org lain saya kene hadap semua nya..sehingga hubugan dengan adik saya jadi rengang dan itu yang mnyakitkan saya sekarang nie..
    semoga awak tabah dan semua berjalan dengan lancer..in shaa allah..

  3. Ya Allah kesiannya adik ni. Aku baca berdebar2 sebab macam2 peluang dia terlepas disebabkan sihir. Jahatnya orang yg menyihir tu.

  4. yang aku hairan kau buat confess tapi masih mentionkan nama2 org lain..bkn mcm tu caranya..tulis la “walaupun org kaya mana sekalipu” instead nama org..

  5. serious aku rasa nak menangis. dgn cerita kau ni ye aku pun masih dalam proses mengubat. benda yg kau alami, sama macam aku alami. aku jadi stress terlampau. bila berubat, org tu kata mmg ada benda minat. bila solat rasa kosong. baca Quran pun berat. doakan aku jugak ye 🙁

  6. Allahu…..walaupun cite ni x seram tpi byk kesedaran…dan kebencian dri seseorg yg sggup menyihir org…harap segalanya akan terungkai dan org yg menyihir tu dpt balasan setimpal dgn perbuatannya….always keep strong yaa…

  7. Saya dulu pun belajar nak pergi oversea. Gagal. Memang tertekan. Kesian mak ayah yang mengharap. Malu pada orang sekeliling. Kegagalan demi kegagalan saya hadapi selepas itu yang memusnahkan harga diri. Tapi rupa2nya Allah ada jalan cerita lain yang telah ditulisNya untuk saya. Alhamdulillah, walaupun lewat tapi saya sekarang berjaya menggenggam segulung ijazah dan berkerjaya yang baik. Selalu bersangka baik dengan Allah adalah kunci bahagia. Yakin denganNya untuk elak berputus asa dan mengundang gangguan dalam jiwa. InsyaAllah.

  8. Kisah sepupu saya yg gagal belajar ke oversea..dia keje kerani guna spm..kemudian lps kawin dia menganggur 11 tahun dan tiada anak..isteri yg sara dia..isteri bawa dia gi umrah…balik Malaysia tak lama lps tu isteri dia mengandung semasa usia hampir 40 tahun..sepupu pula ketika itu berusia 41 tahun..ketika isterinya mengandung tu lah Allah bagi rezeki kpd sepupu saya dpt keje gomen guna SPM..dia sambung belajar Diploma secara part time…kemudian sambung Degree…kini dah jadi pegawai kerajaan pun…dan sudah berusia 51 tahun..ada rumah 2 tingkat..kereta mahal dan bahgia dgn 2 anak…perancangan Allah utk dia…jadi adik2 jgn la kecewa dgn ujian…tu semua utk didik hati kita supaya sabar dan tabah

  9. Syikin…muga awk tabah…sy doakan kejayaan awk utk masa depan…awk muda n bijak…pedulikan ckp2 org…sbb awk taw sbnarnya diri awk……jauhi gangguan iblis syaitan….bzikir byk2…

  10. Sama mcm saya benda mcm bola bergerak dari kanan ke kiri rahim. Size pun mcm tennis. Kaki pun rasa terbakar. Tapi bukan sihr pengasih.

    Awak kena ruqya diri sendiri.

  11. Alhamdulillah cepat sedar dan nampak kembali jalan yg benar. Selain dari berubat ruqyah, harap syikin juga dpt cuba rujuk psikaitri utk minta khidmat nasihat berkenaan depression dan axiety. Depression ialah sejenis masalah mental yg boleh diubati. Malah motivasi dari pakar juga, In Shaa Allah, boleh bantu syikin pulihkan semangat yg sedang down.

  12. Urmmmmm mcm bercampur campur cerita dia, part mana yang awak kena sihir???? Saya baca beberapa kali, still tak paham jugak sebenarnye.. part 1st cerita ingat awak akan cerita sape penyihir, tapi at the end, cerita bertukar pulak

    1. sy pun rse x faham jugak.

      nk tahu part yg dia kena sihir tu,.. just faham yg si S pengubat mak ayah dia, ata pengasih ke dia.

      btw sy bersimpati dengan kesulitan hidup penulis. besar ujiannya.

  13. Semoga Syikin dan abang terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan. Al fatihah utk ayah Syikin. Semoga keluarga Syikin terus berada dlm lindungan Allah. Suka dengan Syikin punya point yang pertama. Saya berada dlm fasa ‘kejatuhan’ sekarang ini. So dari point satu tu saya dah nampak dah apa silap saya. Thanks sebab bagi peringatan. Semoga kita semua diberkati oleh Nya inshaallah.

  14. Thank youuu so much dear writer for sharing this especially those advices. True indeed Allah have better plans for us.

  15. Hi nice story there. you can add up by reciting surah ad dhuha and ar rahman whenever you feels depress. lagi bagus kalau baca interpretation surah tu sekali. i have tried before and it works. may Allah bless and guide us at the right path. all the best 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.