INDIGO

Hai Assalamualaikum.. Harini aku nak share satu story pasal keistimewaan adik aku.. Adik aku ni seorang Indigo, he can see the things yang kita takmampu nak lihat. Jarak usia antara aku dengan aku takdelah jauh mana pun so aku dengan dia memang rapat laa.. Apa-apa yang dia nampak memang dia akan bagitahu aku directly and aku sebagai kakak yang sangat baik automatically akan tanya dia macamana rupa dia, dia pakai baju apa, dia cantik tak, dia ada mata tak. Padahal aku pun penakut cuma aku curious saja. So kat sini aku akan compile semua kejadian yang pernah dia lalui dari kecik sampai sekarang….

Story 1: ZOO TAIPING
Zoo taiping memang tempat paling gempak/hebat gila laa time kami kecik-kecik dulu. Memang ibu ayah akan bawa pergi Zoo and kebetulan rumah nenek aku pun memang area situ so one-way laa. Adik aku ni dia memang jenis yang akan cakap directly kalau nampak apa-apa yang takkena dekat mata dia. Tengah-tengah kami duk sibuk tengok kawan-kawan(binatang) tetiba dia tarik tangan ibu aku.
“Ibu, kenapa kakak tu taksikat rambut. Rumah dia takda sikat ka?”
Sambil duk tunjuk-tunjuk dekat pondok yang orang duk rehat tu. Time ni mak aku memang dah naik bulu roma sambil duk cuit-cuit ayah aku. Ayah aku apa lagi terus tarik adik aku jauh-jauh sambil duk alih perhatian dia kat binatang-binatang yang ada dekat situ. Terus mak aku ajak balik, time ni aku pun bodoh lagi nak tanya soalan cepumas, ye lah masa ni aku pun kecik lagi…

Story 2: RNR KARAK
Selalu time balik kampong, ayah aku suka gerak lepas sembahyang terawih sebab senangkan bila malam. Elok masuk kereta ja, memang kami adik beradik tidur taksedar diri. Sorang kaki kat atas, sorang dengan bantal busuk, sorang dengan botol susu kat mulut. Sepanjang jalan adik aku tidor ja sampailah kat area RNR Karak, ayah aku berhenti sebab nak restkan badan sebelum teruskan perjalanan. Mak aku pun kejut lah kami kot-kot ada yang nak kencing…..
“Buu, ayah.. Nenek tu panggil adik lah, dia ajak main ball!” Boleh tak adik nak keluar?” kata adik.
Aku dengan kakak yang tengah mamai ni terus segar bugar sambil duk tengok luar, dalam hati aku ni “ehh kuat pulak nenek ni nak main bola malam-malam macamni !” tapi sekadar bunyi dihati je laa ye. Ayah apalagi dari penat terus steady bangun kunci pintu, buka surah yasiin yang memang sentiasa ada dalam dashboard terus tekan minyak keluar dari RNR. Ibu dah lemah lutut kat sebelah. Tiba-tiba..
“Ayah kejaplah, nenek nak tumpang. Dia kata anak dia tinggalkan dia kat sini, dah lama nenek ni tunggu tapi takdatang-datang pun !” kata adik. Ayah aku apa lagi terus tekan minyak lah. Tiba-tiba adik bangun lempar botol susu “Ayah jahat tinggal nenek tu, nenek nangis tau !”. Terus mak aku ambik adik, mak aku cakap yang kita takboleh tumpangkan nenek sebab nanti anak dia cari nenek. Sumpah lepas dari kejadian tu, ayah aku memang dah takpernah singgah RNR tu lagi.

Story 3: ADIK HILANG
Rumah arwah atok ni betul-betul atas bukit, kawasan bawah pulak ada sungai tapi cetek je la time tu adalah paras lutut tapi sekarang ni dah tinggal paras buku lali jaa. Time ni aku, kakak dengan sepupu-sepupu yang lain awal-awal lagi dah terjun dalam air. Aku dengan kakak yang acah sisterhood time ni tinggalkan adik sorang-sorang kat atas kononnya takot adik lemas, sumpah terasa bodoh time ni. Duk tengah seronok tiba-tiba semua pakcik makcik aku duk riuh atas rumah tapi kami buat taktau ja.
“ Akak angah mai naik atas sat !” panggil ayah, perghh time ni rasa macam nak lari rumah sebab ayah kacau kami main. Duk tengah bebai-bebai kami pun naik laa atas rumah sambil duk potpet.
“Akak, adik mana?” tanya ibu.
“Mana akak tau, tadi dia main sorang-sorang kat beranda atas nuh !” aku time ni duk terangguk-angguk kepala kononnya mengiyakan apa kakak kata.

Untuk pengetahuan korang belakang rumah arwah atok aku ni memang kebun + hutan. Arwah atok ada tanam pokok durian, manggis, ciku, langsat, rambutan dengan pokok nangka. Kat dalam hutan tu ka penuh dengan b**i hutan sebab malam-malam bunyi b**i hutan duk kais tanah kat belakang jamban rumah.
Berdesup ayah dengan pakcik aku bangun dan terus cari adik aku kat belakang rumah, mak aku apalagi buat kerja dia laa time ni (menangis). Arwah atok takbagi kami keluar, dia suruh kami duduk dalam rumah teman ibu. Sejam lepas tu ayah aku balik sambil dukung adik aku. Rupanya pakcik aku jumpa dia tengah main batu dekat pondok sorang-sorang, bila tanya adik aku cakap dia main dengan “Ayu”. Adik aku cakap “Mak Ayu” yang bawak adik aku dalam hutan tu. Semua menarik nafas lega, ibuu dah boleh senyum and aku mulakan siasatan sisterhood aku.
“Dek, “Ayu” dengan “Mak” dia macamana?” kataku.
“Depa pakai baju kurung putih dengan tudung putih tapi adik tak nampak muka “Mak Ayu” pun sebab tudung dia tutup muka dia. “Ayu” kata depa dah lama duduk dalam hutan tu, depa selalu mai rumah atok tapi dia kata kita taknampak dia sampai ada orang kampong pi masuk kampong depa suka hati jaa !”
Aku terdiam.

Story 4: PENJAGA
Masa adik aku darjah satu macamtu, mak aku ada mimpi sorang atok kata kat mak yang dia diamanahkan untuk jaga adik aku tapi ayah aku cakap mimpi ni cuma mainan tidor saja. Sambil-sambil tu mak aku duk pantau adik aku, yela sindrom mak-mak kan.
“Kila, tadi aku nampak adik hang cakap sorang-sorang dekat kantin !” kata kawan aku.
“ Lah gila dah pa adik aku ni, baru darjah 1 !” kataku dalam hati. “Takda apa lah, dia memang suka cakap sorang-sorang. Dia kata nak jadi pelakon besaq nanti!” seloroh aku sambil tepuk bahu kawanku itu.
Rutin harian aku bila balik sekolah, aku akan tunggu adik aku depan kelas dia. Yelah satgi kalau tinggal, hilang pulak budak ni. Sambil-sambil duk jalan aku pun mulakan siasatan sisterhood aku kat dia.
“ Dik, hang ada ramai kawan dak?” tanyaku.
“Ramai lah ada Paan,Naim, Syawal dengan Atok Man” jawab adikku.
“Atok Man? Sapa tu? Pakcik kebun tu ka?” tanyaku serius.
“ Atok Man ni dia kata ibu yang suruh dia jaga adik. Atok baik, ni dia duduk sebelah angah!” sambung adikku.

Perghhh lutut aku time ni terus longgar, nak terjatuh pun ada. Tu laa gatal mulut lagi tanya, kan dah dapat habuan. Elok naik ja kereta terus aku bagitahu ibu pasal tadi, ibu terdiam. Adik kat belakang elok jaa minum susu botol dia. Aku dengan ibu kat depan macam nak kena heart attack. Ibu cerita dekat ayah tapi ayah sikit pun takcaya, kata ayah mungkin itu kawan imaginasinya saja.
Satu malam tu nak dijadikan cerita, ayah aku bangun malam nak kencing tetiba tengok adik aku duk dalam gelap kat ruang tamu sambil duk cakap sorang-sorang. Ayah aku pasang telinga dengar apa yang adik aku cakap. Ni ayat yang keluar dari mulut adik aku, ayah aku dengar tak dengar ja time ni.
“ Atok tau, tadi dekat sekolah kawan adik takbawak buku pastu cikgu denda diaa..!” diam lepastu adik aku sambung “Betul, adik selalu sebelum tidor adik akan check semua buku dah bawak belum” diam pastu adik aku sambung “Atok dulu sekolah best tak?” diam pastu adik aku sambung “Atok jalan kaki saja? Kenapa ayah atok takhantar pi sekolah? diam pastu adik aku sambung lagi “Ayah kat belakang ka?” adik toleh tengok ayah aku lepastu adik cakap….

“Ayah taktidor lagi ka? Adik sembang dengan Atok Man ni !” kata adikku pada ayah.
Ayah terkejut gila time ni. Ayah aku gagap-gagap terus menjawab “Dah-2 meh sambung tidor, esok sekolah!”. Adik aku bangun dan melambai tangan dekat manusia yang hanya mampu dilihat oleh dia seorang. Sejak dari malam tu baru ayah aku percaya apa ibu cakap sebelum ni. Baru ada akal, orang dah cakap tapi taknak caya. Minggu tu jugak, ayah aku tanya dekat ustaz. Kata ustaz adik aku ni sebenarnya gifted sebab tu dia macamtu. “Atok” sebenarnya baik saja, dia macam nak jaga adik aku tapi jangan terlampau biarkan takot adik aku terlalu bergantung pada dia boleh jadi bahaya jugak.
Tapi sungguh kalau adik jatuh memang takpernah luka, kaki adik aku mulus ja. Tak pernah la adik aku balik rumah nangis sebab jatuh ka apa ka. Aku ni kaa kerja cium longkang ja.

Story 5: RUMAH MAKAN
Time ni adik dah besar sikit so dia dah tau yang dia boleh tengok benda-2 ghaib ni kan. Dulu menjadi kebiasaan ayah untuk bawak kami makan diluar setiap kali ayah gaji. Malam tu kebetulan tekak kami nak makan char kuetiau so kami pun terus pi satu kedai ni. Kedai ni memang famous laa dengan char kuetiau dia.
Baru ja kaki ni nak masuk tetiba adik hilang. Gelabah laa ibu ayah cari dia, rupanya dia duduk kat luar tepi kereta. Dia macam ketakutan sambil mata duk melilau merata ceruk kedai.
“DIk, awat? Jum lah masuk makan, lapaq dah ni !” desak ayahku.
“Ibu, kenapa banyak monyet kat atas syiling-2 tu. Dia ludah dalam pinggan depa semua.” Suara adik. Beberapa pelanggan didalam kedai melihat dan mendengar apa yang dikatakan adik. Kami terdiam. Ayah memanggil kami.
Bukan kali ni saja adik menegur kedai makan yang kami singgah. Ada yang katanya menyerupai kera, kadang cuma sekepol asap hitam. Kadang ada juga adik tak boleh makan, bila makan dia muntah. Bagus sebenarnya bila ada adik yang mempunyai kelebihan tapi kadang ada seramnya.

Story 6: SIAPA DIBALIK TINGKAP?
Zaman ni meletop dengan satu show korea runningman dan disebabkan runningman ni pukul 12 malam hari jumaat dan sabtu jadi aku dengan adik buat satu inisiatif dimana kami rekod setiap show runningman. So kami akan termiss 2/3 episod sbb semua yang kami record akan kami tengok minggu depannya tu laa. Lepas dah habis buat kerja sekolah, aku dengan adik pun buat laa khemah depan tv. Sorang satu bantal, selimut dengan toto. Tengah seronok-2 tengok separuh show tetiba aku rasa meremang tapi bila aku usha adik, dia still senyum-2 gelak-2 so aku pun ignore je laa.

Ruang tamu rumah aku ni terbahagi dua tau, ruang depan tempat kalau-2 ada tetamu mai so memang jarang laa gunaa. Time ni aku dengan adik bergelap laa hanya bertemankan lampu dapur saja. Bulu roma aku berdiri tegak, pandangan mata aku tertumpu pada tingkap sliding didepan sana.
“Angah, jum laa tido. Tu dia dah mai dah tu, tandanya kita pun kena masuk tidoq !” sapa adikku.
Haa mampuih, sapa pulak mai malam-2 buta ni, desis hatiku. Aku pun apa lagi tarik semua barang terus masuk bilik tanpa sebarang suara. Malam tu aku tidor dengan lampu terpasang. Esoknya aku pun gatal mulut tanya.
“Sapa yang mai semalam?” tanyaku.
“Cik Ponti, dia duk gendap angah kat tingkap. Yela nak masuk takboleh sebab ayah dah buat pagar tu yang dia duk keloi-2 tuu!” selamba adikku menjawab sambil duk mencekik nasik lemak.
Aku cuak tapi still melahap nasi lemak.

Last story : SAPA DALAM KERETA?
Kejadian ni baru je jadi 2 minggu lepas, betul-2 jadi masa akak aku balik rumah. Akak aku engineer jadi dia memang balik lewat laa tiap hari, nak dijadikan cerita elok je akak aku balik adik aku pun balik kerja petang. Waktu ni aku duk tengah sidai baju dan yang aku pelik adik aku ni duk keras kat depan grill sambil duk tengok kak aku dalam kereta.
“Wey ngah, angah tengok dalam kereta akak ada berapa org?” tanya adik. Aku ni pun pusing laa kepala nak tengok berapa orang. “EH ! awat akak bawak balik kawan?” jawabku ringkas. Adik menganguk-2 kan kepala dia.
“Mana akak kutip ni?” sahut adik. Aku pelik. Kakak time ni tak hiraukan kami pun kat depan dia. Dia sibuk kemas barang-2 sebelum keluar. Tapi yang pelik takda pula akak bersembang dengan kawannya dibelakang, aku berfikir sejenak.

“Pi masuk rumah sebelum masuk baca ayat kursi !” perghhh time ni aku dah start fikir bukan-2. Aku apa lagi, memecut laa masuk dalam rumah tinggal laa bakul kat luar asalkan aku selamat kedalam. Huhuhu..
“hang dh kenapa ngahh oii, mencicit lari macam nampak setan !” jerit ibuku. Kuss semangat. Ibu kalau dah menjerit amy search pun kalah high pitch nya. Aku hanya mampu gelengkan kepala. Aku membuat bahasa isyarat dengan ibu seperti ‘adik kat luaq ngn akak, shuuuuu’ lebih kurang laaa..
Selang beberapa minit kemudian, adik masuk bersama kakak. Rupanya akak sedar akan kehadiran sidia dibelakang tapi tidak mampu berbuat apa. Ada beberapa buah kenderaan yang melewati akak memberikan high beam.

“lainkali masuk kereta bagi salam, bukan mai terjah masuk ja. Kan dh kena ikot, padan muka!” bidas ibuku.
Situasi ni dah jadi satu kebiasaan bagi kami sekeluarga, kadang ada yang menumpang ayah. Ikut ayah dari surau, hehehehe.. Tapi Alhamdulillah aku belum pernah dan aku tidak mahu. Ibu selalu berpesan bahwa bukan kita saja makhluk yang diami bumi, jadi kita mesti beringat selalu.

Sorry laa kalau cerita aku ni melalut, aku tak pandai sebenarnya nak bercerita tapi aku just nak share ngn korang saja.. hehehhe.. thanks ya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AQILAH

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.