Ini Kisah Angel Lagi

Hai, aku si Angel.Sebelum itu, aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada admin kerana sudi untuk publish an kisah aku yang tidak seberapa sebelum ini yang bertajuk Ini Kisah Angel, dimana ada dua kisah yang telah dikongsikan. Aku memohon maaf sekiranya jalan cerita yang aku olah ini tidak mampu dihadam oleh pembaca. Cerita ini original 98% dan 2% adalah garam dan ajinamoto untuk menampakkan lagi cerita aku lebih menarik. Sebelum itu, aku adalah Non-muslim. Nama aku Angel dan ini adalah cerita aku:

Kisah 3 : Jambatan (11 tahun yang lalu)

Kampung tempat aku tinggal ni area Beaufort, Sabah. Aku malas nak bagitahu nama kampung takut orang tidak mahu datang melancong ke kampung kami. Hahaha. (hint: kampung tu ada Pulau tiga)
Rumah aku ni dekat dengan pantai, naik saja bukit sikit boleh sudah tengok pantai. Berbeza dengan tapak rumah moing aku yang baru di atas bukit, memang jelas permandangan pantai dari rumah. Hanya perlu jalan kaki 200 meter dah sampai pantai.Seperti yang pernah aku katakan dalam kisah yang lalu, pada waktu siang memang indah tapi waktu malam, memang meremang segala bulu.

Memang rutinlah, kalau cuti sekolah memang balik kampung, lagipun kami ada rumah sendiri di kampung, jadi mesti mahu melawat rumah setiap minggu. Sebelum ke pantai kami mesti melalui jambatan. Dulu jambatan kayu, sekarang dah jadi jambatan batu setelah BN menepati janji-janji capatinya untuk membangunkan kampung kami.

Sebelah jambatan tu ada satu pondok kecil, memang betul-betul kecil. Moing kata pondok itu untuk orang kampung memberi “saji” makanan. Makanan tu khas untuk penunggu jambatan tu. Sebab adat tu diamalkan dari zaman dulu lagi dan diteruskan oleh generasi berikutnya. Yang aku tahu, sekarang tiada lagi orang yang sajikan makanan disana, mungkin disebabkan orang-orang kampung sudah mempunyai agama dan adat lama itu ditinggalkan kerana tidak selari dengan ajaran agama.

Kami budak-budak memang suka bila musim tahun baru cina. Boleh collect angpau dari orang kampung pada malam tahun baru cina. Lepas tu kami akan laburkan hasil angpau kami dengan bermain tikam ketam-ketam. ( main tikam ketam, bulan, udang,ayam,ikan,tajau).

Setiap kali malam tahun baru cina, aku, San, chik dan ara memang dah ‘pok’ awal-awal rumah uncle kami yang di depan pantai sebab mereka selalu bagi Rm5. Sebab tu kami pok rumah tu awal takut angpau habis. Kalau mahu pergi ke rumah uncle tu, kami memang kena lalu jambatan dulu. Itu yang berlegar-legar di kepala macam mana nak lalu jambatan kalau tiada kakak dan abang sepupu yang tua untuk temankan kami.

“ moing, kami mau pergi rumah uncle Udon.” Si chik minta kebenaran dengan moing. Sebab mama – mama kami sibuk urus rumah.
“ sapa kasi teman kamu? Mereka abang ada ikut ka?” soal moing
“ teda. Mereka abang-abang sudah jalan tadi lagi naik motor. Kakak-kakak enda bulih jalan, sebab mau cuci pinggan.” Jawab Ara
“ bisuk saja kamu pergi, bahaya pergi malam-malam kalau teda orang besar” balas moing. Automatik kecewa my heart terus bila moing cakap begitu. Kami budak-budak ni pergilah duduk- duduk di ruang tamu sambil tengok cerita P.ramlee. Dulu mana ada Astro, Tv pun Tv style gemuk punya.

“ kita pergi senyap-senyap mau ka? Lapas dapat duit, kita pulang la.” Cadang si chik. Si san angguk kepala tanda setuju.
“ enda mau. Nanti lari lagi kamu kasi tinggal aku” jawab aku.
“ enda ba. Kita jalan saja.” Pujuk Ara.
“ macamlah aku mau makan kata-kata manis lagi” sindir aku.
“ ba, kita jalan sambil pimpin tanganlah” pujuk si San. Cair juga aku dengan pujukan mereka cuma masalahnya kami masih memikirkan cara untuk limpas itu jambatan.

Senyap- senyap kami keluar dari rumah, lagipun semua sibuk buat kerja, confirm tiada satu orang pun yang perasan kami akan keluar dari rumah.
“ nanti di jambatan kita lari cepat-cepat” cadang si San.
“ oi, janganlah belari. Aku mana bulih lari laju, nanti ampus ku.” kata aku hampir menangis. Sebab mau balik rumah pun sudah separuh jalan.
“ kita lari sambil pegang tangan ba” balas Si san.

Masa kami hampir dengan jambatan itu, si San berhenti tiba-tiba. Dia terus genggam tangan aku. Signal untuk aku lari bersama dengan dia. Hati aku sudah dup dap dup dap. Apa lagi kali ni kami jumpa.

“aku kira 123, kita lari terus” kata si San. Kalau ingat muka si San masa itu, memang muka ketakutan. Macam dia sudah nampak sesuatu.
“ asap, asappp!!!” teriak si Chik. Dia lari terus tinggalkan kami yang lain. Bila dia sebut asap terus kami mencari mana asap. Asap tu rupanya muncul di pondok kecil tempat orang kampung selalu sajikan makanan.
“ San, balik ba kita…” rayu aku. Aku terlalu takut untuk lalu jambatan tu apalagi kami nampak kepulan asap di pondok.
“ kita lari ja angel. Dekat sudah rumah uncle Udon tu. Nanti minta dia hantar kita pulang ok.” Pujuk si san. Dengan pantas si San tarik tangan aku untuk berlari. Sebelah tangan dia pula dia gengam tangan Ara. Kami bertiga berteriakan berlari. Si Chik Sudah duluan sampai di rumah uncle Udon.Sampai rumah Uncle Udon, terus orang dalam rumah keluar sebab terdengar kami berteriak.

“ Asap uncle. Ada asap di pondok sanaaaa” teriak si San sambil jari telunjuk ke arah pondok.
“ astagaa, ini anak kan. Jajal (nakal) betul kamu sendiri-sendiri datang sini. Malam sudah ni” marah uncle Udon. Kami tidak pedulikan kemarahan uncle Udon, yang penting kami sampai di destinasi yang dituju.
“ Mama kamurang tau ka kamu datang sini?” soal Auntie ida ( bini uncle Udon).
“ Enda. Si San yang paksa kami datang sini.” Balas aku. Si san sudah menjeling. Peduli apa aku, yang penting aku tidak tanggung kesalahan.
Jadi malam tu, kami dihantar oleh uncle Udon naik kereta. Masa kami lalu jambatan tu, kepulan asap memang tiada sudah. Kami memang kena tarik telinga sebab tidak dengar kata. Moing membebel tidak berhenti sebab sakit hati cucu-cucu jajal tidak dengar kata.

“ Nasib dia cuma tunjukkan asap saja. Kalau betul-betul tunjuk muka tadi, sudah kamu pingsan tengah jalan” kata moing. Kami diam saja. Mahu soal kalau muka sebenar tu bagaimana, memang kena marah lagi. Kami budak-budak masa itu memang batch kategori jajal(nakal) dan tidak mendengar kata. Sekarang kami semua sudah besar dan beranak pinak. Kenangan lalu hanya kenangan manis.

Kisah 4: Balik dari KK (6 tahun yang lalu)

Ceritanya begini, parents aku, moing ondu, kakak Eva dan aku baru pulang dari Kota Kinabalu, sebab ambil si kakak eva ni dari airport. Masa itu memang sudah tengah malam,lebih kurang sekitar jam 11 lebih, mak aku malas mau stay di KK sebab kunun mau jimat duit, bagus lagi balik kampung terus. Bukan jauh pun, lebih kurang 3 jam saja ba.

Kampung kami ni memang wajiblah lalu area Bongawan baru boleh tembus itu kampung kami. Banyak jugalah dengar-dengan kisah orang , kununnya kalau malam ada seram sikit. Balai polis Bongawan itupun orang bilang ada pontianak. Bukan aku cakap, orang yang cakap. Tidak juga sangka malam itu malam yang bertuah kami cuma tidak kena bagi nombor 4D saja.

Masa tu, kereta kami saja yang ada. Sekitar jalan Bongawan tu tidaklah gelap sangat. Tapi yang aku tahu, cuma kereta bapa aku saja yang ada.. Aku yang di belakang memerhati saja. Mak dan kakak aku sudah terlelap dibuai mimpi. Tinggal aku dan moing aku saja masih terbeliak biji mata. Tidak lama lepas tu, ada kereta kancil warna kuning macam isi durian pergi potong tu kereta kami. Bapa aku relax sajalah. Sampai saja di bulatan bongawan tu, kehairanan kami kenapa kereta itu hanya berpusing di bulatan tu, bapa aku tunggu dulu itu kereta bagi laluan baru kami boleh jalan.

Ketika itulah, kereta kuning limpas saja kereta kami, teruslah kami tidak ternampak orang yang drive itu kereta, memang langsung tiada orang. Kereta itu memang jelas kelihatan drive sendri. Terus bapa aku drive laju sikit bila sudah nampak kereta tu tiada orang. Kami tiga diam saja. Aku tengok muka moing aku, relax saja dia macam tiada apa-apa yang berlaku. Aku saja yang berdebar-debar jantung sebab terkejut. Aku tolehlah belakang, sekali tengok kereta tu beul-betul di belakang kami saja. Terus aku mau bagitahu bapa aku suruh cepat sikit, baru saja mau bagitahu, aku tengok bapa aku sudah pegang stering dua tangan and muka sudah kelihatan cemas. Moing aku masih relax lagi. Aku tidak boleh relax sudah, sebab betul-betul dibelakang kami sudah tu.

“ pak, enda boleh laju lagi ka?” bilang aku menyuruh bapa aku laju lagi.
“ apa mau laju-laju, dia kacau saja tu, sekejap saja tu ba.” Kata moing aku. Terus ku toleh di belakang, hilang sudah tu kereta.
“ teda sudah.” Moing aku terus senyum-senyum. Senyuman moing tu yang buat aku makin seram pula. Jadi tenanglah balik tapi still ingatan aku tidak boleh lupa pasal tu kereta. Mahu disoal, takut kena marah.

Lepas saja limpas bongawan, kami akan lalu jalan shortcut untuk ke kampung, kami kena lalu jambatan dulu. Kawasan jalan sebelum melalui jambatan tu memang seram. Sebab memang tiada lampu jalan, harapkan lampu kereta saja. Rumah-rumah pun memang tiada, hanya lalang-lalang saja .

Dari jauh aku sudah perasan ada sesuatu di depan kami, betul-betul di sebelah kakak eva punya tingkap kereta. Moing di tengah antara kami. Aku tengok moing minta kepastian, sama ada yang aku tengok tu cuma mainan mata atau tidak.

“ moing…” baru mau mula menyoal.
“ shhhh,, tidurlah kau “ moing arahkan aku diam dan tidur. Sah! Bukan mainan mata. Ini mainan hantu. Kindet betul punya hantu. Mana mungkin aku tidur, kalau sudah di depan mata. Aku tunggu kereta limpas itu hantu dulu. Dup dap dup dap.. lepas saja aku tengok , laju-laju aku tutup mata.

“ pakkkkkkkk… cepat pakkk” aku arah bapa aku drive laju. Benda tu memang aku tidak pernah bayangkan. Muka dia memang aku tidak tengok sebab gelap. Yang aku nampak Cuma kain putih yang kotor berlumut lepas tu koyak lagi dan tangan dia melambai-lambai seakan-akan dia menyuruh kami berhentikan kereta untuk menumpang kereta kami. Bapa dan moing tiada response bila tengok aku dah mengelabah tidak tentu arah. Masa tu aku cuma mampu berdoa untuk keselamatan sebab malam itu sahaja sudah 2 kali terserempak dengan syaitan durjana.

Sampai saja di rumah, semua orang buat muka seakan-akan tiada yang berlaku. Kalau ikutkan , aku memang tidak mahu mandi, manalah tahu jumpa pula di bilik mandi, tapi bila mak aku dah offer untuk menjadi guard diluar pintu bilik mandi, aku pun rela.

Esoknya, bila aku bagitahu kakak eva apa yang kami alami masa dia dengan mama tengah siok tidur, dia cuma ketawa saja dan barulah dia keluarkan cerita, memang dia sebelum ini pernah terkena juga, cuma tidak kena dalam 1 malam. Sebab itu dia tidur sepanjang perjalanan balik kampung, sebab takut malam itu akan terkena lagi.

4 kisah yang aku cerita ini adalah kenangan masa zaman kanak-kanak. Dan unsur seram memang kurang dan kalau diberi pilihan, memang tiada siapa pun yang mahu menjalani susasana dalam kegelapan. Selepas ini aku akan ceritakan kisah zaman belajar di kolej , kisah bagaimana mama aku disihir sehingga hari-hari aku memang diganggu benda yang pelik sehingga aku takut untuk pejamkan mata.

Terima Kasih
Angel Yang Comel.

Angel Si comel
Tiada lagi iklan menganggu,kini 1 unit iklan sahaja dalam web FS. Web Makin laju. Jika rasa iklan menarik perhatian anda, mohon view untuk support web FS. TQ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

8 comments

  1. kindet betul punya hantu….
    hahahahahaha..
    kamu limpas jalan belakang ka (mbakut-binsulok-KP)… duii nasib ndak jumpa Jin Kerbau…
    kami tekena ni… sengsaraaa menghalau ni… dia kacau hubby aku…aku x dpt dia kacau sbb ada gimbaran :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.