IPT Di Utara

#IPT DI UTARA#

Kisah ni jadi masa zaman2 aku belajar di satu IPT kat kawasan utara semenanjung ni. Tempatnya tu aku tak dapat lah nak share sebab dalam cerita ni ada part2 ragging dan jenayah juga la. Kisah ni juga takkan terjadi kalau aku dan kawan2 study betul2.

Disebabkan kami tak study dan banyak main semester tu, jadi aku dan kawan2 membuat keputusan yang bernas untuk membuat fotokopi kertas exam esoknya. Kerja2 seperti panjat bangunan, lockpick peti kayu yang berisi kertas ujian tu diserahkan pada budak dari Sabah bergelar Amat. Aku pun tak tau apa kerja dia buat sebelum ni sampai terer benda2 macam tu.

Aku dan sorang lagi kawan aku bergelar Ramli, berjaga di tingkat bawah tengok2 kalau guard atau penjaga peperiksaan meronda di situ. Malam tu memang lain macam sejuknya… Tiada lampu di kawasan kami menunggu tu, hanya dari cahaya bulan penuh. Aku yang tengah cuak2 sebab berisiko dibuang dari IPT kalau kantoi tu terkejut bila Ramli sapa dari belakang.

Ramli: John (nama gelaran je), kau cuba tengok hostel perempuan tu, ada perempuan menari.

(Belakang bangunan pentadbiran tu ada padang besar dan di hujung padang tu terletaknya hostel perempuan)

Aku: Kau ni nak jadi pervert pun lain time la, der…kita ada misi ni (tapi kepala toleh juga tengok asrama perempuan tu)

Aku ni jenis yang tak biasa dengan penampakan ni, jadi aku toleh tengok macam tu je la. Lepas tu baru la otak aku bergerak dan berkata, budak perempuan gila mana menari atas bumbung hostel? Naik macam mana pula atas atap genting tu? Mula lah tengkuk aku ni gatal toleh lagi sekali.

Disebabkan agak jauh masa tu, aku tak nampak mukanya. Hanya pakaian penari, ada kain jarang diikat dari pinggang ke tangan. Aku tengok kembali ke muka Ramli yang dah putih pucat, macam nak menangis pun ada. Aku pun dongak ke atas tengok Amat dah masuk ke tingkap ofis untuk fotostat kertas exam. Jadinya proses kerja tak berfaedah kami ni dah tinggal separuh lagi.

Aku pun cakap pada Ramli, “Amat dah nak siap tu. Kita tunggu sikit je lagi.”

Ramli pun dengan muka tak puas hatinya sambung tunggu di posisi asalnya tapi duduk menghadap aku sebab tak nak tengok lagi perempuan tu. Entah kenapa aku boleh tergerak tengok lagi perempuan yang menari tu lagi tapi kali ni dia menari di tengah2 padang.

Dalam hati aku, “ah sudah…dia ni nak datang sini ke?”

Begelora perasaan aku, nak terkucil, rasanak tervera pun ada. Tak cukup dengan perasaan nervous aktiviti yang kitorang buat tu, dia pula masa ni la nak buat penampakan. Tapi aku masih buat poker face cover supaya si Ramli ni tak lari balik ke dorm tinggalkan aku dan Amat.

Aku tengok Amat melakukan kerja dengan pantas dan efisyen masuk semula ke bilik stor untuk masukkan semula kertas exam yang ori dan kunci semula peti. Kemudian aku pun nampak dia mula masukkan semula kepingan2 cermin kaca tingkap. Aku menarik nafas lega dan menoleh kepada Ramli sekali perempuan yang menari tadi dah berdiri di belakang Ramli.

Sambil tangan dia masih membuat gerak tarian, kepala diteleng2kan. Muka dia hitam dan seperti ditoreh2 pisau, mulutnya menyeringai panjang sampai ke paras telinga, gigi tajam tapi bersepah2 tak tersusun, mata dan hidungnya pula tiada. Masa ni kalau aku dipasang mesin ECG mau spike tinggi bacaan jantung aku. Aku tak tahu apa yang patut aku buat masa tu tapi aku cuba juga buat poker face pada Ramli sambil beristighfar di dalam hati.

DUPPP…bunyi tak jauh di sebelah aku, bagai nak luruh jantung aku dibuatnya. Amat terjun selepas selesai tugasnya. Kemudian dia pandang ke arah Ramli terus terpacul dari mulutnya, “astaga…belakang kau tu…”

Aku pun terus pusing badan dan berlari macam tak cukup tanah balik ke dorm.

Selepas Kejadian

Aku dan Ramli demam panas tambahan pula malam tu tak tidur sebab cari jawapan2 dari salinan kertas exam dan menghafal jawapan. Markah cukup2 makan jugak, takdelah score pun. Amat pula dia memang hati kering macam tak ada apa2, cara dia bercerita pasal penampakan tu sama macam cerita dia pergi theme park Genting. Pengalaman yang thrill pada dia

Ramli sampai ke sekarang perli aku, “poker face kunun…muka kau masa tu dah boleh baca menatang haram tu dah kat belakang aku”.

Kami pun masing2 insaf selepas tu, takde dah buat aktiviti2 tak bermoral macam tu. Tapi aktiviti2 tak bermoral yang lain tu belum insaf lagi… Sekian sampai disini saja cerita aku…

TAMAT…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

TT

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.