KUCING HITAM YANG KU BELA…
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS, terima kasih kepada admin FS jika dapat menyiarkan kisah ini untuk tatapan pembaca lain di FS..
Nama aku Saiful.. atau Epul, kisah ini berlaku di rumah aku di salah sebuah felda di Johor, pada awal tahun 2016 yang lalu, sebelum mulakan cerita, aku nak beritahu yang aku ni memang peminat kucing, pantang tengok kucing mesti nak peluk…
Di rumah aku, aku bela 4 ekor kucing lingkungan umur 2 tahun ke 4 tahun, namanya Ning, Utih, Kiki dan Itam atau aku panggil die Pak Tam sebab die paling lama dan tua yang aku bela dan di juga satu-satunya jantan dan paling sado..hehehe.. die selalu bajet gangster dengan kucing lain..
Kisahnya bermula begini, waktu tu aku baru balik dari kerja, dalam lingkungan pukul 6.30 petang macam tu… adik perempuan aku 2 orang pun mase tu dah ada kat rumah balik cuti sem… lepas zohor tadi sampai…abang aku pun baru jugak balik dari kerja….
Macam biasa.. seperti rutin Ning, Utih dan Kiki dah siap sedia kat dapur tunggu makanan nak makan petang, mak aku masak ikan singgang untuk diorang, aku pelik Itam takde.. aku tanya mak aku…
“Mak, Manenye Itam, selalu dah ada kat dapur tak pon kat bilik epul”
“Itula, Mak pun pelik, panggil-panggil senyap je.”
Aku cukup heran, sebab selalunya diorang main sekitar rumah je.. area-area laman rumah aku, paling jauh pon umah sebelah, panggil-panggil tak datang, puas panggil dah, aku pergi tanya adik aku
“Yan, kau nampak Itam, mana die pergi, dah senja nak maghrib tak balik-balik”
“Manelah adik tahu abang, dari adik sampai umah, Itam tak muncul-muncul”
Aku dah naik cuak dengan risau, takut kena langgar kereta je, aku cari sekeliling rumah, sampai umah sebelah tak jumpa, abang aku suruh cari kat kebun belakang umah, aku cakap Itam takkan pergi sampai kebun belakang umah, sebab die takut monyet..
Last-last sampai azan maghrib tanpa khabar berita, kiteorang satu family risau, menelah si Itam ni, tak pernah-pernah die buat macam ni, paling lewat pukul 7.00 dah ada kat rumah.. duduk punya duduk sampai azan Isyak, tak muncul-muncul jugak, aku pun cuba cari lagi sekitar rumah, panggil nama dia sambil pegang lampu suluh..
Sedar tak sedar dekat pukul 12.00 malam tak muncul, sampai movie kat TV pun dah habis dah, aku gelisah tak keruan di buatnya, manalah Itam, ni mak aku “cakap doa-doa mudah-mudahan die balik kejap lagi, Insyaallah die tak hilang adelah tu”. Malam tu aku tak boleh tidur langsung aku duduk kat tangga depan rumah sambil tunggu si Itam balik.
Adik aku Yan tu pun risau jugak, sambil tengah gosok baju, sambil teman aku dekat tangga, masa tu dekat pukul 1.30 pagi.. adik aku sampai tertidur dekat ruang tamu teman aku, sambil aku lepak dekat tangga tunggu Itam, aku makan biskut cecah kopi, dengan tidak semena aku tersuluh dekat pokok kelapa tepi rumah aku, dan ternampak Itam keluar dari semak tepi pangkal pokok kelapa sebelah rumah..
Aku pun ape lagi bangun, terus ambil die peluk die..aku cakap kat die
“Itam mana kau pergi, kenapa buat orang risau”
die senyap tanpa mengiau langsung, dan yang pelik bau badanya busuk semacam, macam bau asap kemenyan macam tu, dan bau tu tak pernah aku bau kat kucing-kucing aku sebelum ni, aku pun tak amek kisah yang penting die dah balik, adik aku yang tidur kat depan tadi terbangun, sementara aku siapkan sabun dengan besen unutk mandikan si Itam, adik aku peluk-peluk die cium die yelah rindu, sambil kata.
“Abang, asal bau Itam ni macam asap kemenyan”
“Yan, abang sendiri pun tak tahu die main kat mana sampai bau macam tu”
Lepas selesai, aku ambil kucing tu dari adik aku, mandikan die semua, di pendekkan cerita keesokan harinya, die masih tak mengiau macam selalu, aku balik kerja bagi makan macam biasa, dan yang pelikkanya kucing aku yang lain Ning, Utih dengan Kiki macam tak kenal langsung die, dengan macam takut sangat dengan die, selalu makan sama-sama, ini tak diorang tak kan makan sampailah Itam tu selesai makan dan pergi jauh dari mangkuk makanan tu, dan yang aku perasan lagi, diorang macam pulau si Itam tu, itu yang adik aku nampak, hari yang ke dua selepas Itam balik, aku perhati je gelagat kuicng-kucing aku, si Itam ni seolah-olah “Totally Different” dengan Itam yang aku kenal…
Si Itam ni selalu nak menyerang kucing aku yang lain.. sampaikan si Utih yang paling lemah lembut dan manja, dua kali nak di terkamnya, sampaikan kat perut die ada bekas cakar, panjang jugaklah, kerja si Itam, padahal sepanjang 2 tahun diorang duduk bersama, tak pernah gaduh, gurau-gurau biasa je.
Yang kedua peliknya di bilik aku, hari pertama lepas si Itam balik, aku bangun dari tidur, dakat katil aku ade bebrapa helai ambut yang panjangnya hampir 2 meter,,, dalam 1 meter lebih macam tu.. aku tany adik aku yang sorang ni, Zira nama dia… sebab die je yang rambut panjang sampai peha..
“Zira semalam kau ada tidur kat bilik abang, masa abang pergi kerja”
“Mane ade abang, Zira tidur bilik sendiri la, kenapa abang”
“betul ke, abis tu sape punye rambut panjang-panjang kat dalam bilik abang, dah 2 hari dah, abang diamkan aje”
“Eh abang ni tuduh-tuduh orang pulak, kenapa..?”
“Yelah, dalam rumah ni kau sorang je rambut panjang, Yan rambut die paras bahu je.”
Aku pun tunjuklah dekat 10 lai rambut yang aku jumpa kat katil aku kat dia.
“Eh, abang rambut Zira takdelah sampai panjang macam ni, abang tak percaya cubelah ukur cek sendiri”
Adik aku buka ikatan rambutnya aku lihat sendiri yang rambut di bilik aku lebih panjang dari rambutnya, aku pun diam jelah, esoknya hari ke tiga aku bangun pagi nak pergi kerja, aku terkejut di sebabkan cadar aku kaler putih, jadi aku boleh nampak beberapa helaian rambut di bantal sebelah aku, aku pelik takkanlah adik aku malam-malam masuk bilik, aku makin pelik, semenjak si Itam balik, banyak perkara pelik berlaku, dah masuk hari ke empat, hitam takkan muncul waktu siang die hanya muncul selepas maghrib saja, tu pun membuatkan aku lagi pelik dan musykil.
Malam yang ke lima, lepas aku layan movie Avengers dekat Astro aku pun masuk tidur, sepeti biasa Itam akan tidur tepi katil king aku, kucing lain tidur kat ruang tamu, aku dah tak tahu nak buat macam mana dah untuk satukan diorang berempat macam dulu, masa tu aku agak dah pukul 12.30 mcm tu, aku pun tidur macam biasa, malam tu agak panas sikit.. sbb dah 4 hari tak ujan, aku pun tolak selimut ke tepi, dalam masa aku tidur hujan tiba-tiba turun agak lebat jugak malam tu, yelah dah 4 hari tak hujan, aku terasa sejuk akupun tarik selimut masa tu aku tidur-tidur ayam je, masa tarik selimur, aku tergenggam rambut, seolah-olah aku terpegang segenggam rambut, aku terus terjaga, sapa tak terkejut, tapi sebelah aku takda orang, aku pun tidur macam biasa…
Nak di pendekkan cerita, malam esoknya Tok Imam Husin datang rumah aku nak bincang dengan bapak aku pasal paking motor dekat surau nak tambah bumbung, bapak aku ni setiausaha surau kat situ, masa aku bukak pintu Tok Imam Husin tu tengok aku pelik je, die cakap dengan aku, “kau sihat ke epul”, aku cakap “Eh, sihat je Imam” aku malas nak campur diorang tengah bincang kat ruang tamu, aku masuk bilik aku, dalam pukul 11.00 macam tu bapak aku ketuk pintu bilik, die kata Imam Husin nak jumpa kau, dah kenapa pulak imam nak jumpa aku, aku bukannya Ajk surau ke ape ke nak ajak bincang sekali
Imam Husin jumpa aku kat laman luar rumah, die tanya aku
“Epul, Tok Imam nak tanya, kau da bawa masuk sesuatu ke.”
Aku pelik giler dengan pertanyaan Imam tu
“Eh, bawak masuk ape pulak Imam”
“Apa sahaja dalam 2, 3 hari ni, barang ape-apa ke, atau kucing ke”
Lagi buat aku pelik bin ajaib
“Kucing adelah, itupun si Itam, Tok Imam pun tahukan Itam tu memang kucing saya”
“Takpelah, esok lepas maghrib, Tok Imam datang, ade hal sikit dengan kau, esok pastikan kau ada.
Aku makin pelik bila Tom Imam cakap macam tu, malam tu aku tidur macam biasa, dan pagi-pagi bangun macam biasa mesti ade helaian rambut panjang di katil, aku pedulikan.
Malam selepas maghrib seperti yang di janjikan, Tok Imam datang tepat 7.45 kat rumah aku, bapak aku terkejut ingat nak bincang pasal surau, tapi kali ni cerita lain… ini perbualan aku dengan Tok Imam di ringkaskan
“Epul, semalam Tok ada tanya kau ada bawak masuk sesuatu tak dalam rumah ni”
Satu family aku terkejut, bawa masuk ape lah pulak Tok Imam ni… (untuk pegetahuan Tok Imam ni jugak mahir dalam perubatan Islam dan terkenal di bandar-bandar terentu)
“macam yang saya cakap semalam, saya bawa masuk kucing itam, si Itam dalam rumah.
“Kau yakin si Itam tu betul-betul kucing kau, mana kucing Itam tu”
Aku pun bawa Tok Imam ke balik aku, waktu tu Itam tengah tidur, bukak je pintu bilik, Tok Imam tu terus Istighfar “Astafirullah Ala’zim” dan takbir “Allahhuakbar” 3x, kiteorang semua terkejut,
Tanya bapak aku
“Kenapa Tok, terkejut komain lagi.”
Kiterorang kembali semula ke ruang tamu, Tom Imam Husin pun beritahu apa yang kiteorang tak tahu
“Sebenarnya, itu bukan kucing kau epul, tu kucing belaan Jin, dan kau dah mempelawa tuannya masuk rumah sekali.
Kaki aku dengan tangan aku terus menggigil, berpeluh dahi aku badan aku.
“Epul, kucing Itam tu ada tuanya, bila kau bawa masuk kucing tu ke rumah kau, kau bukan bawa masuk kucing je, kau bawa tuannya sekali masuk, dan tuannya pula Jin betina yang suka pada kau, sebab itu die tak kacau kau, tapi Alhamdulillah perkara ini baru lagi, waktu Tok masuk bilik kau tadi, Tok nampak yang Jin betina tu tengah duduk sebelah kucing dia”
Ya Allah, Ya Tuhanku, sekarang ni barulah aku tahu apa sebenarnya yang terjadi selama 4 ke 5 hari ni, selepas selasai bincang, lepas Isyak Tok Imam husin siapkan bahan-bahan untuk menghalau Jin di bilik aku, macam air masak, sambil memegang tasbih, Tok Imam Husin, masuk bilik aku, azan, dan baca ruqyah dan ayat tertentu, sambil die mambaca ayat-ayat, kucing itam tu terus keluar rumah aku melalui tingkap bilik dan hilang dalam kegelapan malam, selepas selasai membaca dan pagar rumah, aku dangan family aku tedengar suara halus jeritan dari Jin betina tu, dalam pukul 10.00 malam selepas selesai, terasa tenag dan aman macam sebelum ni di rumah aku.
Esoknya, kucing aku yang lain Ning, Utih dan Kiki, main seperti biasa seperti selalu, seolah-olah macam tiada apa yang berlaku, tapi aku masih lagi musykil, mana kucing si Itam aku, aku cuba jalan-jalan sekitar rumah aku, pastu aku aku terbau bangkai dekat dengan pokok kelapa sebelah rumah aku, aku selak daun-daun kelapa kering tengok-tengok si Itam aku dah mati, kalau mengikutkan pemerhatian aku, bangkai si Itam dah hampir dalam 4 ke 5 hari dah, maksudnya mungkin si Itam mati waktu die tak balik ke rumah aku aritu, sedih giler aku waktu tu… Antara nasihat Tok Imam husin kat aku, (“Kucing hitam yang selalu kita nampak di hutan atau kebun selalunya ada tuanya, jangan kita ambil suka-suka, melainkan bagi makan takpa, takut-takut kita di apa-apakan oleh tuanya, selalunya tuannya Jin/Orang Bunian, takpun jin yag menyerupai kucing hitam, itu lagi bahaya”) sudah 4 tahun berlalu 2019, tapi kejadian tu kami 1 keluarga masih ingat sampai sekarang… (untuk si Itam kucing kesayanganku, semoga tenang dan aman di sana)
Alahai dekat rumah je dah ada 3 ekor kucing hitam.
Ni yg lemah bab kucing mati ni T^T T^T. Semoga tenang disanaa Itamm. Ly
Baca cite aku..koleksi cerita seram
Best. Syaa dah bela kucing hitam. Seram pulak tiba²
saya faham rasanya bila kehilangan dan kematian kucing kesayangan. memang sedih dan pedih. Alhamdulillah awk dan keluarga selamat.
baru tau jin pun ada haiwan peliharaan sendiri. tapi saya curious la apa penyebab si itam tu mati haih anyway i feel u sbb baru2 ni kucing aku pun tak balik seminggu then masa borak2 dgn jiran rupanya dia yg tolong kubur kucing kami tu sbb ada sekumpulan anjing gigit dia. dahla masa tu dia tgh bunting and tinggal dlm 2 hari gitu je lagi nak beranak 🙁 btw best cerita kau ni sbb agak unik bagi aku
Aku dripda kecik lagi x suka kucing hitam
Wehh sedih ar. Aku pun cat lover jugk mcm kau. Mmg sedih bila tengok kucing yang kita bela and anggap macam adik beradik kita mati. Uhukk “(
Hi Penulis, salam perkenalan.
sedihnyaaa, kucing yg kita sangka hidup rupanya mati dah…
Sedih nya Itam awak dah mati…
sy pun ada bela kucing hitam..full black..dh 6 thn umur dia..msh sehat…dia la peneman dan kesayangan sy. walaupun adakala nya mata dia merenung mcm agak scary…tp sy tetap syg dia sgt..x kesah la org kata kucing hitam ni sial la..kucing hantu la..sy bela dia dengan ikhlas dan penuh kasih syg..
Best. kesian si itam
seram,endingnya sedih.
Kesian
Fuh.. Ko mandikan kucing tetengah malam?
Pastu kucing tu tak demam.. Komfem tu kucing jadian.
Kucing jantan i klu sehari tak balik, xde nye nk risau.. Sbb tau dah perangai jantan.. Gi cari awek nk mengawan ler tu..
Aku dari dulu lagi memang takut kucing hahaha
Kucing saya baru beranak…tapi dia colour kuning and putih ibu dia…i call the mommy cat is mama kuning…her name was kuning..dulu masa first dia beranak sekor je hidup lagi empat ekor mati..terkejut aku tengok kucing yang keempat meninggal sampai campak dalam tempat dia meninggal…kali kedua punya anak kucing dah besar..aku buang sebab kucing aku beranak jali ke3 itu buang masa kat rumah baru pindah…then bulan mac kucing aku mengandung…aku pernah nampak dia mengawan dengan kunang kunang…aku bagi nama dia kunang kunang sebab diaorang sama bulu….kali ke4 dia mrngandung…dia lahirkan pada 30 mei 2019….comel nya ……masa dia beranak aku tengah tido lagi…mentang2 cuti sekolah ni aku cuti…tido sampai tengah hari..aku memang cat lover..pak long dengan kakak kepada ayah aku tak suka kucing tapi ayah aku and adik dia yang maknanya pakcik aku suka…sepupu aku ada 10 ekor kucing..aku pun ada 10ekor kucing…patutnya aku ada 20 puluh ekor kucing sebab setiap kali kucing aku mengandung dia lahirkan 5 ekor anak..anyway,kunung kucing ke 2 aku.. kucing pertama,mati jiran aku jumpa…aku pernah pelihara arnab tapi mati tak makan
Aku pon pecinta kucing. Dulu aku bela kucing. Bila kucing aku mati. Rasa macam satu kehilangan. Start tu aku x bela dah kucing
bestlaa cerita kau ni.. lain drpd yg lain, 1st time aku baca cerita mcmni.. terbaek (Y)
huhuu cerita sal mr meow memang hiba bila ending nya sedih, aku juga meow lover…. anak bulu aku namanya si leo, seronok sebenarnya bela mr or rs mis meow ni.. dia la penawar duka lara dala keluarga, huhuhuh akau x berani nk lepas si leo ni ke luar tp sekali sekala bawa juga dia jalan2 kat taman mainan, sekarang ni dia tengah galak bunyi nak minta kawin, ye la umur dah hampir 1 tahun, aidil adha ni genap la umur dia,… hurm aku dok mencari lagi pasangan untuk dia ni,,, huhuuhuh btw story ko memang best, mb pasangan si leo nak cari warna hitam la, coz si leo aku ni putih..
cerita awk best.. lain dr lain. sy suka sy suka.. anyway sorry for itam’s death :'(
Aku bela kucing dari kecik. So cerita ni aku rate 10/10. Sedih kan bila kucing kita mati. Lama baru boleh move on. Kalau teringat pun still lagi boleh menangis.. :'(