Jaga di Landasan Kereta Api

Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Terima kasih admin kalau publish cerita ini.
Okay cerita ni telah diceritakan kembali oleh kawan ketika dia masih bekerja sebagai jaga(pengawal keselamatan) di landasan kereta api.

Dia di dalam kisah ini sebagai Aku.
Malam itu, seperti malam-malam kebiasaan sudah menjadi rutin bagi seorang pengawal keselamatan untuk memastikan kawasan yang di jaga berada di dalam keadaan yang selamat dari sebarang aktiviti yang tidak di ingini. Sebelum aku mula bekerja di tempat landasan kereta api ini,
tidak pula aku dengar cerita yang menyeramkan dan setakat ini aku tidak pernah lagi di ganggu.

Tambahan pula, aku jenis yang tidak ambil kisah asalkan aku buat kerja aku dengan betul.

Tetapi malam itu terasa sesuatu yang lain, seperti perasaan yang tidak enak. Landasan kereta api ini terbahagi kepada dua dan bersebelahan. Setiap satu landasan akan ada seorang jaga.

“Bip…bip..” bunyi vibrate whatsapp dari telefon aku.
“Salam bro, sorry aku tak dapat mai kerja malam ni sebab tak sihat.” whatsapp dari rakan sekerja yang sepatutnya menjadi jaga di landasan sebelah sana.

“Ni nampaknya malam ni aku yang kena cover dia lani..” aku mengomel sendirian.

Aku memulakan tugasku seperti biasa, torchlight yang berada di atas meja ku capai. Aku mula berjalan di sepanjang landasan kereta api di kawasan yang aku jaga. Kesunyian di tempat itu jangan di cakap la, kalau duit syiling 5sen jatuh pun akan kedengaran.
Aku suluh di merata tempat, di rail kereta api, di atas pokok pun aku suluh kalau-kalau ada pencuri bersembunyi. Mana taknya, kabel wayar pun mereka sanggup curi.

Sedang asyik aku memerhatikan kawasan sekeliling sambil di temani cahaya dari lampu suluh, aku mendengar seperti ada jejak kaki di belakang aku. Setapak aku melangkah, setapak bunyi tapak kaki jelas kedengaran.

Tetapi aku tidak terus menoleh, aku menguji ‘ia’. Aku cuba berjalan dua
tapak dan memang benar dua langkah tapak kaki juga kedengaran. Hati memang sedia berdegup kencang, tak pernah-pernah aku diganggu.
Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang, tapi kosong! Sesiapapun tidak kelihatan, hanya aku seorang di situ.

“Memainkan ‘kau’ dengan aku, aku tak kacau ‘kau’, ‘kau’ jangan kacau aku. Aku datang sini untuk aku buat kerja aku.” aku cuba berlagak berani.

Aku sambung berjalan lagi ke hadapan, tidak ada lagi bunyi tapak kaki yang mengikuti di belakang.

Berasa sedikit lega kerana gangguan bunyi tidak lagi kedengaran. Aku berehat sekejap di laluan tepi landasan sebelum sambung berjalan lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, aku membuka whatsapp untuk chat teman wanitaku. Selalu jam sebegini teman wanitaku masih belum tidur lagi kerana study lewat malam.

Katanya study lewat malam lagi menguatkan ingatan. Katanya laa…
“Awak tidur dah ka?”
“Belum, tengah study ni. Kenapa awak?” soalnya kepada aku.
“Nak call kejap, bosan la.”
“Ok.”

Lalu berbuallah kami sehingga 5 minit pun berlalu, dia yang rancak bersembang tiba-tiba mendiamkan diri.

“Hello? Awak? Tidur dah ka? Kenapa tiba-tiba diam?”
“Erm…awak, kita stop call eh malam ni. Penat la nak tidur. Awak hati-hati okay.”

Dia meminta untuk menghentikan perbualan. Pelik juga, selalunya dia akan tunggu sehingga aku sendiri yang meminta untuk hentikan perbualan kami.

Tapi, aku biarkan saja. Mungkin kali ini dia betul-betul kepenatan. Aku menyambung berjalan di sepanjang landasan kereta api sebelum pergi ke landasan sebelah.

Baru beberapa langkah, aku melihat sesuatu jauh di hadapan namun cukup jelas kelihatan kerana mataku masih belum rabun. Aku memperlahankan langkah dan memerhatikan ‘benda’ itu.

Rupanya seperti tiang lampu namun lebih tinggi, tiada tangan atau kaki,bergerak laju ke hadapan dan terus hilang!

Allahu..Berdiri bulu roma lepas tengok ‘benda’ itu. Aku mempercepatkan langkah ke pondok pengawal semula.

Walapun rupa ‘benda’ tu tidaklah menakutkan tetapi cukup menakutkan
kalau terjadi ketika kita sendirian. Tercungap-cungap aku dibuatnya, entah surah apa yang aku baca sepanjang berlari ke pondok pengawal.

“Nak pi jaga landasan sebelah pun dah cuak rasanya ni. Tapi kalau tak pi nanti kena dengan orang atasan.”

Aku mengambil nafas aku semula. Bayangan ‘benda’ tadi pun masih lagi bermain di kotak fikiran. Tak dapat aku teka apa ‘benda’ itu. Selalunya dengar dari orang-orang, ‘benda’ itu akan menyerupai seorang perempuan berambut panjang atau berbungkus, ataupun paling tidak menyerupai beruk tapi yang ini tidak pernah pula aku dengar ‘benda’ menyerupai tiang lampu.

“Hantu galah mungkin?” getus aku sendirian.

Dua jam berlalu,aku memulakan tugas aku kembali. Aku tidak meneruskan rondaan pada kawasan aku jaga kerana masih takut akan hal yang sama berulang.

Aku mengambil keputusan untuk buat rondaan di kawasan rakan sekerjaku yang tidak dapat datang bekerja malam ini, iaitu di landasan sebelah. Seperti biasa, aku mula menyuluh di kawasan sekeliling untuk memastikan semuanya berada di dalam keadaan yang selamat dari sebarang kecurian atau hal yang tidak sepatutnya.

Beberapa jam berlalu dan tiada sebarang gangguan seperti tadi. Aku mula menapak ke mini gazebo untuk berbaring sekejap. ‘Sekejap’ itu sehingga membuatkan aku terlena.

Aku menyangka bahawa gangguan sudah tiada tetapi kali ini lebih ekstrim.
Sayup-sayup kedengaran hilaian tawa, aku membuka mata perlahan-lahan. Dalam keadaan yang masih mamai, aku nampak makhluk berambut panjang yang menutupi seluruh mukanya dan berbaju putih lusuh.

Cliché sangat, tapi itulah yang aku nampak. Aku tidak dapat gerakkan badan aku,hanya mata yang terbuka memerhatikan makhluk itu sedang mengilai di atas pagar gazebo.

“Hi…hi…hi…” hilaian tawa yang cukup menggeletis mengganggu aku namun badan aku tetap kaku, tidak langsung boleh bergerak. Sepantas itu aku merasakan badan aku di tarik ke kiri dan kanan.
Makhluk itu semakin galak mengilai. Aku berusaha untuk membaca surah-surah lazim tetapi semuanya tidak dapat aku ingat.

“Allah..Allah..Allah..” hanya itu yang mampu aku sebut, suaraku entah di dengar atau tidak.

Baru aku mampu untuk menggerakkan badan aku , makhluk tadi pun entah ke mana. Tidak berani untuk aku memandang ke atas , keadaan aku waktu itu sudah bermandi dengan peluh.

Terus aku menghidupkan enjin motor dan tidak lagi datang bekerja di tempat itu. Aku sudah tidak peduli apa yang orang atasan akan marahkan.

Keesokkannya selepas teman wanita aku tahu yang aku sudah berhenti kerja, barulah teman wanita aku menceritakan yang dia mendengar seperti perempuan menyanyi mendayu-dayu dibelakang aku.

Setakat itulah kisah aku pada malam itu. Terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Jaga di Landasan Kereta Api”

  1. Penah kena usik camtu..Jam 12 malam call awek dlu tepi sungai sblah pokok.Sbb kawasan tu je ada line di pedalaman Sarawk.Lepas tu dia cepat2 suruh balik,upenya dia dengar suara pompuan mengajuk bercakap dalam telefon.

    Reply

Leave a Comment